InsyaAllah sebelum balik ke Malaysia 16 Disember ini akan
Sementara itu nak diperturunkan satu petikan artikel dua minggu lepas yang dikemaskini semula, ini pula bagi menjawab komen dan email yang
Media Bebas
Kini menjelang pilihanraya kempen boikot media kedengaran lagi. Maka lahirlah Gasak yang di tunjangi oleh beberapa teman pemuka parti keADILan... seperti MPT keADILan Khalid Jafar dan bekas calon Ketua AMK dalam Kongres yang lepas, Hasmi Hashim. Tahniah ia merupakan usaha kecil yang mungkin mampu menggerakkan tekanan yang besar. Kempen boikot media era reformasi memberikan mereka ini inspirasi.
Editor KL Pos juga ada menghubungi melalui email, meminta komen mengenai usaha boikot media ini. Dalam isu ini che'GuBard jelas.... dalam dunia hari ini tiada media bebas....aktivis dan rakyat diharap jangan keliru...antara media bebas dengan kebebasan media....
Begini penjelasanya.. dari segi hak kepenggunaan tindakan boikot media itu tepat kerana ia memberikan tekanan kepada pemilik media untuk melaporkan kebenaran sesuai dengan kehendak pembaca yang membeli media tersebut. Tetapi dari segi politik ia kurang tepat... kita seharusnya menumpukan usaha tekanan kepada hak kebebasan mewujudkan media.
Jika tanpa masalah permit dan kebenaran adakah Harakah atau Suara Keadilan, bebas sepenuhnya ? Adakah semua berita yang dimasukkan oleh wartawan tidak ditapis mengikut kehendak pemilik media tersebut...? Adakah Suara Keadilan mampu mengeluarkan berita Abdullah menjadi Iman solat..? Sudah tentu tidak...sebegitu juga sudah tentu Berita Harian tidak akan mengeluarkan berita mengenai Presiden Pas
Tindakan boikot media tepat untuk mempraktikkan kuasa sebagai pengguna untuk mendapatkan berita yang tepat dan sesuai. Majalah masakan juga akan bertukar kepada tema hiburan jika mendapati tidak boleh membuat jualan dan permintaan kepada isu hiburan lebih tinggi.
Tetapi jika aksi politik ia harus di fokuskan kepada kawalan penerbitan media dan seumpamanya. Semua harus diberikan hak sama rata memiliki media sendiri ...baik cetak mahupun elektronik, sudah tiba masanya regim didesak mewujudkan Suruhanjaya Media Bebas untuk mengendali perjalanan media
Jangan terperangkap isu ini perlu diperjelaskan. Jangan kita berfikir seperti Shafie Afdhal, harga Ayam naik maka kita kena boikot jangan beli ayam untuk hukum peniaga ayam di pasar. Harga minyak naik maka kita kena boikot jangan beli minyak...?
Usaha boikot dari segi exercise hak pengguna adalah betul. Tetapi dalam konteks
Mengambil contoh Amerika ketika kemuncak doktrin Bush porpular; tidak mungkin kita mampu melihat media seperti Comentary, Weekly Standard, Fox TV Station, harian seperti Washington Post menulis buruk mengenai Doktrin Bush. Ataupun Jurnal The National Interest menerbitkan tulisan mengkritik terbuka Bush tetapi kerana semua orang mampu punya media maka bertaburan juga media dan terbitan di AS itu sendiri yang mengkritik Doktrin Bush. Maka budaya berfikir rakyat akan lebih subur dan hidup…
Jangan salah sasaran... !!!
No comments:
Post a Comment