Thursday, September 13, 2007

Mohamad Hasan, hina Mufti dan Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan...

Surat itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Norzam Mohd Nor tentunya tidak bertindak sejauh itu jika tidak mendapat `lampu hijau’ daripada Mohamad sebagai peneraju pentadbiran kerajaan negeri, katanya.

Menurutnya, surat itu dengan jelas menyatakan bahawa Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri akan dikawal dan dipantau sepenuhnya oleh Pegawai Kewangan Negeri bermula 1 Mei lalu.

Dengan arahan terbaru itu, semua tanggungan atau perbelanjaan yang membabitkan Akaun Amanah Mufti perlu mendapat kelulusan daripada pegawai Kewangan Negeri, katanya.

Selain Akaun Amanah Mufti, semua akaun amanah di jabatan-jabatan kerajaan yang lain turut menerima nasib yang sama, katanya.
Beliau mendakwa, tindakan itu dilihat sebagai usaha Mohamad mendapatkan `sumber kewangan’ bagi menampung beberapa `program Mesra Rakyat’ dan untuk beberapa agenda peribadi sejak menjadi Menteri Besar pada 25 Mac 2004.

Pandangan serong ke atas MB

Tindakan itu juga mengundang pandangan serong terhadap Mohamad yang didakwa cuba mencampuri urusan pentadbiran agama Islam negeri itu yang mana mufti adalah pihak berkuasa utama selepas Yang Di Pertuan Besar dalam semua perkara yang membabitkan hukum syarak, katanya.

Badrul Hisham berkata, tindakan Mohamad `mengarahkan’ Norzam membuat pemantauan dan kawalan ke atas Akaun Amanah Mufti yang diwujudkan pada Ogos 2004 turut didakwa telah mempertikaikan kewibawaan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Mufti Negeri Sembilan sendiri.

Berlandaskan keyakinan berada di pihak yang benar, Murtadza mengatakan perasaan kesal dan membantah `arahan itu’ melalui surat bertarikh 23 April lalu, katanya.

Menurut Badrul Hisham Murtadza menjelaskan, bantahan itu berlandaskan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan pada 4 Ogos 2004 dengan jelas menetapkan Mufti Negeri Sembilan sebagai` pegawai pengawal’ bagi urusan terimaan dan bayaran berkaitan Akaun Amanah Mufti.
untuk bacaan lanjut sila klik di sini

1 comment:

  1. Anonymous11:29 AM

    Bard kau ingat bila DK (pengerusi perhubungan ns) jadi MB dia leh bertindak adil dan mentadbir dengan baik ke ?

    ReplyDelete