Sunday, July 29, 2007

kenyataan terbuka 27 Julai 2007

Sejak pengumuman terbuka Ezam yang mengisytiharkan keluar parti sehingga kini saya telah menerima beratus email. Ada email yang mengeji, memuji dan bertanyakan penjelasan atau pendirian. Ini mungkin kerana imej saya yang rapat dengan Ezam mengundang semua email.

Malangnya kesenyapan saya dalam isu ini juga telah diterjermahkan dengan perbagai telahan. Malah ada pihak yang menggunakan 'kesenyapan saya' untuk kepentingan mereka.

Di sini ingin saya tegaskan sehingga kini saya masih menjawat jawatan Eksekutif Ko ordinator GERAK. Kesungguhan (semenjak mula penubuhan) untuk melihat GERAK menjadi pencetus sebuah gerakan tidak pernah berubah. Melahirkan GERAK bukan hanya sekadar menubuhkan sebuah lagi NGO. Sebagai sebahagian kumpulan yang menubuhkan GERAK, amat tinggi harapan melihat GERAK umpama sebuah gerakan seperti People’s Solidarity for Participatory Democracy (PSPD) di Korea Selatan yang merupakan organisasi massa yang bukan politik tetapi menjadi penyuntik utama kebangkitan rakyat. Keyakinan GERAK ialah perubahan akan pasti berlaku apabila rakyat yang memahami demokrasi, mengetahui hak peribadi dan punya kesedaran anti korupsi. Maka focus GERAK bukan politik kepartian tetapi pemerkasaan rakyat.

Keluarnya siapa pun walaupun ahli lembaga pengarah, GERAK tidak akan mati. GERAK pencetus gerakan yang kini telah mempunyai hampir 8,000 orang sukarelawan berdaftar bukan NGO kebiasaan.

Ditegaskan juga disini keyakinan saya terhadap Parti Keadilan Rakyat yang di ketuai Anwar Ibrahim sebagai vehicle terbaik untuk membuka pintu perobahan ke arah memperkasakan rakyat membentuk Malaysia baru tidak sama sekali goyah. Dokongan saya terhadap keADILan bukan bukan berdasarkan mana mana individu tetapi yakin dengan matlamat perjuangannya. Khususnya saya tidak akan mengkhianati amanah ahli yang memilih saya sebagai MPT penggal ini.

Sebagai sebuah parti masa depan keADILan seharusnya sedia dikritik. Keluarnya ahli tidak akan melemahkan ideology dan bukanlah suatu yang pelik. Pimpinan, ahli sedia ada dan kemasukan ahli baru (jumlah yang semakin meningkat) akan terus menggalas tanggungjawab memperkasakan parti.

Usaha GERAK membongkarkan rasuah, mendidik rakyat mengenai demokrasi melalui program - programnya harus didokong.

Jika benar terdapat sebarang usaha terancang untuk membubarkan mana mana peringkat parti keADILan ia ialah satu usaha pengkhianatan terhadap harapan rakyat.

Menyentuh hubungan GERAK dengan keADILan merupakan ia merupakan hubungan dua buah organisasi berasingan yang berkongsi cita cita perubahan.

Sedarkah kita negara makin parah ? Rasuah sedang memusnahkan bangsa ….. Demokrasi kian mati… rakyat dihimpit perbagai masalah perlukan pembelaan ….

Ada anak sekolah membunuh diri kerana kesempitan hidup ……ada keluarga kehilangan (kematian) anggota kerana rasuah negara…..

Hentikan percakaran yang tidak perlu jika kita benar ikhlas memikirkan masalah negara. Jika letih berhenti seketika, berehat bukan menyerang pasukan sendiri…..

Bilangan rakyat yang kecewa dan sedar mengenai kegagalan pemerintah menunaikan tanggungjawab semakin meningkat. Rakyat mula sedar dan bosan dengan kerakusan pemimpin parti pemerintah memunggah harta negara… tetapi mereka akan lebih kecewa jika alternatif yang mereka harapkan tidak menyakinkan …….

Ingat ….. kebhatilan yang terancang akan menewaskan kebaikan yang tidak tersusun.


Salam perjuangan ;

Che’GuBard (Badrul Hisham Bin Shaharin)

l Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) keADILan

l Eksekutif ko ordinator Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi

l Naib Ketua Bahagian keADILan Teluk Kemang

No comments:

Post a Comment