Friday, July 27, 2007

Jangan buang masa tumpu perkasa rakyat !

Salam buat semua teman seperjuangan ;

Sejak pengumuman terbuka Ezam yang mengisytiharkan keluar parti sehingga kini saya telah menerima beratus email. Ada email yang mengeji, memuji dan bertanya.mungkin kerana imej saya yang rapat dengan Ezam mengundang semua email tersebut singgah di chegubard@gmail.com Imej Ezam menjadi rapat dengan saya apabila saya menjadi staff (yang kemudian saya namakan jawatan saya Eksekutif Ko ordinator) yang sama melancarkan dan membina GERAK.

Ikhlas saya katakan dalam perjuangan ini sedikit penghormatan berlainan saya angkat buat dua orang; Tian dan Ezam. Bagi saya dua ini pejuang dan ada hati perut. Ramai lagi yang saya hormati tetapi saya ada alasan tersendiri dan agak peribadi untuk penyataan tersebut.

Ingin saya menyorot kembali ghairah melawan dalam jiwa muda ini pernah memuncak apabila melihat susuk Ezam memilih untuk pulang ke Malaysia secara terbuka melalui lapangan terbang dari pelarian yang mungkin tidak perlu (baca buku ; Di sini aku berdiri). Walaupun dalam pada masa itu kumpulan yang rapat dengan Anwar hampir semuanya lari dan yang pulang pada ketika itu memilih jalan sulit. Khalid Jaafar pernah menceritakan bagaimana dia dalam ketakutan pulang menggunakan bot bersama pendatang haram dari Indonesia.

Selepas itu imej Ezam melonjak menyedut imej anak muda untuk bangkit sekali melawan kezaliman. Ezam bersama barisan pimpinan pemuda keADILan masa itu berdepan dengan bergaya bukan sahaja tentangan dari dalam tetapi juga tentangan dalaman parti. Imej amarah, berani Ezam umpama Panglima barisan depan yang bersedia menyembelih pejuang kejahatan telah menakutkan ramai perasuah khususnya konspirator.

Sasaran pemuda pada masa itu jelas Mahathir perlu dijatuhkan dan Anwar perlu dibebaskan ! Sasaran yang tiada kompromi……

Namun ketika itu Ezam amat payah didekati, hulubalang hulubalang (tetapi lebih dilihat juak) sekitar Ezam mengawal rapat beliau. Datang ceramah berkepung dan pulang ceramah seolah dilarikan pergi. Namun pendedahan demi pendehanan serangan demi serangan dari Ezam seperti kes OSA telah menghalalkan imej Ezam yang dikepung kerana Ezam umpama jelmaan tubuh Anwar yang perlu dipastikan terus berada bersama rakyat. Ini kepercayaan arwah Pak Non apabila dalam satu kejadian dia menolak polis yang cuba memegang Ezam dan akhirnya pada hari tersebut dia yang ditahan bukan Ezam.

Kali pertama duduk bersama Ezam ialah ketika Pilihanraya Kecil Teluk Kemang. Ezam mengendalikan mesyuarat jentera pilihanraya. Ketegasan dan cara dia memudahkan semua tugasan umpama Janeral perang amat memikat. Sepanjang kempen pilihanraya itu berpuluh rakan guru digerakkan membantu kempen. Dua malam akhir aku ditugaskan mengedarkan dokumen sulit dari rumah ke rumah. puluh jentera terdiri dari teman sekolej perguruan dan rakan

Selepas Pilihanraya Kecil Teluk Kemang Ustaz Jaafar mengambil alih Pemuda keADILan Negeri Sembilan. Aku dipelawa masuk mengganggotai pasukan Pemuda keADILan Negeri Sembilan. Dari menjerit di pinggir jalan, lari dikejar polis sehingga, di sinilah penglibatan aktif aku bermula.

Akhirnya Ezam dan teman teman ditahan ISA kerana kerajaan takut dengan susuk seksis ini yang menjadi tarikan anak muda turun ke jalan khususnya selepas BN tumbang di Lunas.

Ketika itu aku masih berkhidmat sebagai seorang guru. Tangkapan 10 aktivis Reformasi pada 2001 telah menyebakan gerakan seolah vacuum. Tangkapan memberikan kesan besar terhadap gerakan, pertama mewujudkan ketakutan (ada yang bergelar pimpinan lari menyorok dalam keadaan genting). Ada sekelompok lagi yang cuba meneruskan caturan politik dan lebih diparahkan ketika itu angin penggabungan (keADIlan PRM) yang bercelaru. Penerimaan terhadap undangan Saifuddin Nasution untuk aku bertanding Exco Pemuda Pusat di KemamanNegeri Sembilan. Setahun rasanya aku diserang dalam dan luar parti ketika itu. Terbuang dari kawan dan pekerjaan sebagai guru juga. Jika ikutkan hati ketika itu sudah menyerah, namun atas kesedaran jiwa, perjuangan bukan milik individu, atas didikan YM Guru Utama dan sokongan keluarga serta teman teman baru maka perjuangan diteruskan. Aku hijrah dari kampong halaman ke Kuala Lumpur. telah menyebabkan aku hilang hampir kesemua teman yang bersama membina parti di

Sebagai exco aku jelajah seluruh negara tiada orang bawah, yang ada cuma teman seperjuangan. Duduk dalam arus perdana parti tidak menjanjikan keenakan. Sepak terajang kadang kala amat menyakitkan. Ketika tiada pekerjaan, pernah menumpang kerja di pinggir IKD tetapi kerana tidak mampu mengampu tersepak keluar juga.

Golongan yang mengambil kesempatan wujud di mana mana, ada teman yang berjuang tetapi tidak payah kerana tiap bulan ada masuknya, masih teringat juga ketika aku mengendalikan laman laman haram demi menyalur semarakkan maklumat alternatifteman teman pengendali laman mula aku kenali mereka kebanyakanya hidup ala kadar, kadang kala derita tetapi ada yang meraih keuntungan dengan mengutip ufti dari para simnpatisan kononya bagi pihak pengendali laman cyber tapi pengendali laman habuk pun tak dapat. Tetapi golongan yang ikhlas menyerah tengkuk juga lebih ramai.

Seperti ada konflik ketika proses transisi Pemuda keADILan kepada Angkatan Muda. Mungkin kerana tidak pandai selok politik setiap yang dihati akan dilontar. Aku bertahan namun musuh makin banyak tercipta. Disini aku belajar bermuka mukalah kerana itu politik selamat. Nikmati semuanya, hanya duduk tengok tetapi bila berdepan dengan bos di mahkamah nanti laporlah seperti kita sudah lakukan semuanya.

Masih tersimpan kemas surat pertama dari Ezam di sebalik tirai besi, yang melantik aku sebagai Ketua Penerangan Pemuda keADILan. Terpinga arahannya cuma satu sila teruskan apa yang dilakukan, kerjasama dengan semua.

Amanah itu aku angkat dan laksana sedaya mungkin. Sehingga keluarnya semua aktivis dari balik tirai besi. Sebaik sahaja keluar hero ini dikepong semula oleh juak juak mereka, termasuk Ezam.

Mungkin kerana sudah agak keletihan, peluang ini aku ambil untuk pulang ke kampong halaman menyusun hidup. Ketika itu aku fikirkan masanya untuk yang lain mengambil tempat tetapi pada persepsi ramai teman ketika itu, aku merajuk. Di sinilah Tian mencari aku dan berbincang panjang. Tian berjaya menggelojakkan semula darah juang mudaku. 10 juak telah isytihar parti, aku mengadap Ezam aku ikrarkan akan terus bersama setiap minit takkan dibazirkan selagi Anwar selaku simbol kezaliman harapan sinar keadilan terseksa di penjara. Gerakan Anwar Bebas (GAP) dilahirkan menjelajah dari bandar ke desa seluruh negara. Himpunan 100,000 Rakyat di Permatang Pauh menjadi kemuncak pelancaran GAP dan menidakkan tuduhan keADILan terjejas dengan keluarnya juak juak.

Episod terus panjang berjalan sehingga akhirnya Anwar dibebaskan. Pembebasan AnwarMalaysia diterangi keadilan memuncak. umpama melihat fajar siddiq harapan melihat

Ketika Anwar berada di luar negara berubat dan kemudian bertugas dari university ke university, berjujuk juak juak elit mengekor beliau. Namun Ezam sekali lagi memanggil aku. Arahanya jelas jutaan risalah perlu membanjiri negara memaklumkan bahawa Anwar diterima dunia dan kita sedia berlawan atas nama keadilan rakyat. Dengan sumber serba sedikit aku gerakkan keseluruh negara dengan bantuan teman teman. Dari edaran terus ke tangan di pasar ramadhan hingga menyelinap ke pejabat pejabat kerajaan mahupun ke peti peti surat kawasan perumahan.

Pengalaman panjang dari hujung 1998 telah mengajar bahawa usaha perlu diperbagaikan. Ezam sekali lagi memanggil aku untuk bersama membentuk sebuah organisasi massa (ormas) yang memberikan fokus kepada Demokrasi dan Anti Korupsi. Bermula dengan kumpulan kecil dan buget yang terhad GERAK melangkah. Aku ditugaskan sebagai ko ordinator sepenuh masa tunggal. Dari mencipta lakar logo GERAK (berdasarkan idea Ezam), mengecat pejabat, menyusun perabot, kemaskini laman web, sehinggalah menyelaras aktiviti semuanya dilakukan dengan semangat melihat gerakan anak muda diteruskan. Kelahiran GERAK disambut gembira oleh banyak pihak namun tidak kurang juga yang rasa kurang senang dan tercabar.

Dari sokongan tempatan sehinggalah jaringan antarabangsa GERAK tanpa bantuan dana besar lebih selesa digelar Movement organization dari sebuah NGO biasa.

Demikianlah membuka lipatan sorotan kisah yang mungin belum boleh dianggap sejarah.

Kembali kepada keadaan semasa. Menimba pengalaman dari sejarah dan kegigihan aktivis Korea menggerakan massa menumbangkan kezaliman amat mengkagumkan. Tidak sabar rasanya mahu pulang untuk bersama rakan rakan semula memperkasakan, menyusun rakyat.

Namun perkembangan mutakahir ini agak meletihkan.puluhan email tiap hari dari teman respond dan maklumat juga tidak kurang yang menunggu isyarat dan pendapat. teman memberikan perbagai

Sedikit keliru! Namun pedoman dari kitab Samurai ialah jangan bertindak dalam keadaan tidak pasti. Maka semuanya aku senyapkan (tidak membalas) kecuali dengan beberapa teman teman rapat yang seolah tidak sabar mahu mengambil keputusan hanya perkataan sabar dan tunggudi KLIA, kita duduk berbincang selepas itu apa keputusan yang diambil secara peribadi dihormati. InsyaAllah telah berjanji akan bertemu dan banyak yang perlu dilakukan dalam cuti sebulan. mampu diungkap. Sekurang kurangnya sabar sehingga 4 Ogos 12tengahari aku sampai

Malangnya kesenyapan saya dalam isu ini juga telah diterjermahkan dengan perbagai telahan. Tidak kurang juga kesenyapan itu diambil kesempatan menggunakan nama cheGuBard untuk memburukkan keadaan.

Di sini ingin saya tegaskan sehingga kini saya masih menjawat jawatan Eksekutif Ko ordinator GERAK. Kesungguhan (semenjak mula penubuhan) untuk melihat GERAK menjadi pencetus sebuah gerakan tidak pernah berubah. Melahirkan GERAK bukan hanya sekadar menubuhkan sebuah lagi NGO. Sebagai sebahagian kumpulan yang menubuhkan GERAK, amat tinggi harapan melihat GERAK umpama sebuah gerakan seperti Peoples Solidarity for Participatory Democracy (PSPD) di Korea Selatan yang merupakan organisasi massa yang bukan politik tetapi menjadi penyuntik utama kebangkitan rakyat.

Keluarnya siapa pun walaupun ahli lembaga pengarah, GERAK tidak akan mati. GERAK pencetus gerakan yang kini telah mempunyai hampir 8,000 orang sukarelawan berdaftar bukan NGO kebiasaan.

Ditegaskan juga disini keyakinan saya terhadap Parti Keadilan Rakyat yang di ketuai Anwar Ibrahim sebagai vehicle terbaik untuk membuka pintu perobahan ke arah memperkasakan rakyat membentuk Malaysia baru tidak sama sekali goyah. Dokongan saya terhadap keADILan bukan bukan berdasarkan mana mana individu tetapi yakin dengan matlamat perjuangannya. Khususnya saya tidak akan mengkhianati amanah ahli yang memilih saya sebagai MPT penggal ini.

Sebagai sebuah parti masa depan keADILan seharusnya sedia dikritik. Keluarnya ahli tidak akan melemahkan ideology dan bukanlah suatu yang pelik. Pimpinan, ahli sedia ada dan kemasukan ahli baru (jumlah yang semakin meningkat) akan terus menggalas tanggungjawab memperkasakan parti.

Kemungkinan ramai yang sudah keletihan berjuang sekian lama tiada salahnya mereka memilih jalan mereka. Sesiapa bebas memohon sebagai menjadi ahli dan bebas memohon keluar ahli. Cuma apa yang dikesali ramai yang kononnya pemimpin di peringkat tertentu mengambil kesempatan ini untuk keluar dan mengkritik parti, sedangkan ada antaranya sememangnya tidak mampu atau keletihan untuk menjalankan tanggungjawab di peringkat masing masing. Ada pemimpin yang umum pembubaran sedangkan sememangnya di peringkat itu parti sudah lama tidak mampu digerakkan oleh beliau. Jujurlah dalam tindakan! Jika benar wujud sebarang usaha terancang untuk membubarkan parti di mana mana peringkat ia merupakan sebuah pengkhianatan terhadap harapan rakyat.

Mencari jalan keluar dari keletihan dan kebuntuan berjuang dengan menggunakan alas an solidarity buat Ezam dan GERAK bukanlah satu jalan keluar yang enak. Menyatakan solidarity bersama GERAK menuntut bukan sedikit masa dan tenaga ditumpukan kearah memperkasakan rakyat dengan demokrasi dan melawan korupsi. Risiko dan pengorbanan yang lebih meletihkan jika tidak dilakukan dengan kesedaran dan keihlasan.

Kritikan yang dilempar kepada parti seharusnya diambil serius untuk tindakan pembaikan parti bukan dibalas dengan serangan merapu. Tidak perlulah semuanya nak menjadi hero membela bos, tetapi tepuk dada jawab jujur bila bos didalam berapa kerat kongsi derita berjuang bermati matian kearah pembebasan. Masih terngiang ditelinga menginat ayat yang keluar dari mulut seorang yang kini bergelar MPT juga juak rapat bos menyindir teman-teman aktivis reformasi yang kononnya hanya buang masa menjerit dijalan. Dia dari mula 1998 hingga kini sedap menikmati dana untuk sebuah institut pemikir.

Sememangnya ahkbar arus perdana tunggangan pemerintah sentiasa memberi ruang mensensasikan dan memburuk burukkan lagi keadaan. Selaku pimpinan seharusnya perhatian rakyat perlu dialihkan, perlu difokuskan semula dengan isu yang dekat dengan rakyat.

Jentera, perlu disusun. Jangan sebagai pimpinan kita sibuk bercerita pencerahan yang langsung tidak dekat dengan rakyat. Bila rakyat tidak faham kita kata rakyat tak cerdik.???

Menyentuh hubungan GERAK dengan keADILan merupakan ia merupakan hubungan dua buah organisasi berasingan yang berkongsi cita cita perubahan. keADILan pernah dikritik oleh beberapa organisasi mahupun individu tetapi kita berjaya menunjukkan jiwa besar kita mengenepikan kritikan dan meneruskan kerjasama kerana berkongsi cita cita perubahan.

Sedarkah kita negara makin parah ? Rasuah sedang memusnahkan bangsa.. Demokrasi kian mati rakyat dihimpit perbagai masalah perlukan pembelaan.

Ada anak sekolah membunuh diri kerana kesempitan hidup……ada keluarga kehilangan (kematian) anggota kerana rasuah negara..

Hentikan percakaran yang tidak perlu jika kita benar ikhlas memikirkan masalah negara. Jika letih berhenti seketika, berehat bukan menyerang pasukan sendiri..

Bilangan rakyat yang kecewa dan sedar mengenai kegagalan pemerintah menunaikan tanggungjawab semakin meningkat. Rakyat mula sedar dan bosan dengan kerakusan pemimpin parti pemerintah memunggah harta negara tetapi mereka akan lebih kecewa jika alternatif yang mereka harapkan tidak menyakinkan……..

Salam sayang buat semua teman seperjuangan .

Ikhlas dari ;

CheGuBard
Seoul, Korea
Selatan
27 Julai 2007

2 comments:

  1. Komen: Mendebarkann...Dup Dap..Dup Dap...(cont..)

    ReplyDelete
  2. pengunduran ezam dari PKR; goal biar satu, weapon biar pelbagai (bagi memberi alternatif kepada rakyat akan pilihan yang ada bagi menggantikan rejim yang bermaharajalela kini)

    ReplyDelete