Sempena Lawatan Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan beberapa Menteri dan pemimpin kanan negara ke Korea satu perjumpaan dengan Pelajar Malaysia telah dianjurkan pada 12 Mac 2007.
Diyakini ada di kalangan pelajar Malaysia di sini enggan menghadiri majlis yang dijangka akan menjadi medan propaganda parti pemerintah. Namun malangnya majlis pertemuan itu wajib dihadiri oleh semua pelajar Malaysia. Malah terdapat ugutan untuk memotong ‘elaun’ jika tidak hadir.
Dalam satu perkeliling yang ditandatangani oleh Syahirah Mohd Sahar, S/U Agong PPMK06/07, Persatuan Pelajar Malaysia Korea 2007 selain menyatakan ugutan pemotongan elaun jika tidak hadir turut menyatakan beberapa garis panduan dan tatasusila yang ditetapkan oleh Kedutaan Malaysia di Korea.
Antaranya ialah :
Kehadiran tepat pukul 6 petang. Pintu akan ditutup selepas pukul 6.15 petang. Pintu akan dibuka semula selepas majlis berucap tamat.
* Bagi yang ingin bertanya soalan, sila kenalkan diri: nama penuh, institusi pengajian dan bidang pengajian. Soalan – soalan sensitif dan mengenai elaun adalah dilarang sama sekali.
* Jaga pertuturan dan adab majlis kerana VIP akan turut serta di setiap meja dan media massa turut hadir. Jaga imej pelajar Malaysia.
* Harap semua dapat berdiri dan bertepuk tangan apabila TPM memasuki dewan sehingga beliau duduk.
* Jaga pertuturan dan adab majlis kerana VIP akan turut serta di setiap meja dan media massa turut hadir. Jaga imej pelajar Malaysia.
* Makanan amat mencukupi. Tidak perlu berebut dan tidak perlu mengambil dalam kuantiti yang banyak pada satu masa.
* Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan demi menjaga nama baik pelajar Malaysia di Korea.
Ugutan dan perkeliling seperti ini sebenarnya sendiri boleh memalukan negara. Badan – badan pelajar dan intelektual yang tumbuh subuh di Negara ini sudah tentu akan mentertawakan cara pemerintah mengawal pelajar Malaysia.
Seharusnya lawatan pemimpin negara bertemu pelajar atau warga negara yang berada di bumi asing dipenuhi dengan sesi pertukaran idea, dialog terbuka ke arah mencari formula terbaik memajukan dan mendepani masalah negara.
Memberi ugutan untuk hadir, mengawal soalan dan memberi arahan untuk bangun dan bertepuk tangan menggambarkan bagaimana pemimpin negara mengawal budaya intelektual anak Malaysia.
Arahan cara makan ‘Jangan ambil dengan banyak sekali’ menggambarkan cara mereka melihat penuntut Malaysia.
Ini amat memalukan dan menyedihkan. Jika pertemuan ini diadakan secara terbuka boleh berdialog secara sihat maka tidak perlu dipaksa pasti pelajar Malaysia akan datang.
Malah jika tiada kawalan ‘ketat’ saya juga amat berminat untuk hadir. Diyakini kawalan ketat ini juga berikutan isu – isu ‘panas’ seperti Kes Altantuya dan Korupsi pembelian senjata turut menjadi bualan penuntut Malaysia.
* gambar di atas itu ialah gambar hiasan yang dipetik dari dari http://www.umno-reform.com/march04/100dalilnajib.htm
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
saya tertarik dgn ulasan anda ....tapi bukan kerana kehebatan penulisan dan isi yg dikupas tapi lebih kepada menjatuh kan budaya menghormati majlis~
ReplyDeletemaaf kata...saya sabagai rakyat msia yakin perkara2 spt yang tertulis pada arahan tersebut adalah hanya sebagai panduan kpd pelajar yg tidak begitu biasa menghadiri majlis2 formal~ disini tertera beberapa guideline yg patut dipatuhi dan tidak menjadi kesalahan bagi saya~ protokol mmg wujud di malaysia dan ia mmg perlu di ajar..tidak timbul soal mengugut~ umur pelajar masih muda dan selalunya nafsu menguasai akal..jd diberikan beberapa panduan agar terlihat kesopanan...kalau tidak masakan ibubapa akan mengugut akan merotan anak2 yg nakal~ samalah juga...didikan melalui byk cara adakala halus adakala kasar~jadi saya tidak rasa pedekatan ini salah..pasti ada sebab disebaliknya dan yg pasti bukan kerana tidak mahu berjumpa TPM~
Salam...
ReplyDeletePagi tadi saya dimaklumkan oleh seorang kawan bahawa harakahdaily ada keluarkan cerita mengenai pelajar Korea so saya terus ke bilik komputer untuk melayari...
Bangganya rasa apabila kami di sini telah disertai oleh reformis seperti saudara...
Saudara Badrul... harap kita boleh bertemu untuk membincangkan banyak perkara..
Mungkin dengan adanya saudara di sini maka penaja akan berikan lebih tumpuan kepada kami :-)
Ada khabar pula saudara sudah membuat pertemuan dengan beberapa pelajar Malaysia di Ietawon minggu lepas...
Boleh berikan saudara punya mobile number untuk saya hubungi ..?
Salam Perjuangan..
Khamsa Hamida.. dan selamat datang ke bumi Kimchi ;-)
Saya menyokong kata-kata saudara/saudari pelajar. Kerana saya sendiri mengaku bahawa saya sebagai pelajar tidak begitu tahu tentang tatasusila ketika menghadiri majlis-majlis formal. Apatah lagi makan bersama-sama orang-orang tinggi seperti TPM ini. Maklumlah, dibesarkan dalam komuniti yg serba sederhana ini. Menghadiri majlis-majlis besar sebegini adalah jauh sekali dari fikiran. Tetapi belajar. Itulah tugas kita sebagai seorang pelajar.
ReplyDeletePada pandangan saya, "ugutan-ugutan" seperti apa yang dinyatakan oleh saudara badrul tidak kelihatan sebagai ugutan kepada saya. Sebaliknya lebih kepada tatasusila majlis agar hadir tepat pada masa dan menjaga tatatertib semasa makan dan bercakap. Bergaul dengan orang-orang tinggi bukannya senang, cakap ikut sedap mulut sahaja, kurang ajar namanya. "Manners" is what people need to put as their priority in their interaction with other people. Respect and manners are like twins. So respect others as well like how you want others to respect you.
Sekian, sedikit pandangan dari saya. Terima kasih.
assalamualaikum...
ReplyDeletechegubad~~!!
salam perkenalan buat kali kedua buat cikgu.semenjak cikgu meletakkan alamat blog ini ke ruangan PPMKonline,saya mungkin menjadi beberapa org yg tertarik utk mengunjungi dan membaca ulasan dan tulisan cikgu yg saya anggap perlu kerna saya mungkin hanya dihiburkan oleh kerajaan semata2. namun tulisan cikgu mengenai apa yg berlaku tentang jamuaan makan malam bersama tpm baru2 ini agak menyekat lagi pikiran saya tentang cikgu,baik mengenai motif dan apa sebenarnya yg cikgu perjuangkan.
saya juga ada bersetuju dgn beberapa pandangan cikgu,malah saya sendri dari dulu agak berkeras jika berbincang pasal pemimpin2 nih.kalo semuanya pon perlu protokol saya pon penat. ttp apa yg saya heran,mengapa setiap apa yg dibuat oleh persatuan kami itu salah. saya percaya hatta GERAK juga ada peraturan dan protokolnya tersendiri.mengapa itu yg menjadi isu?
saya juga ingin bertanya....pernahkah cikgu kerumah setiap pelajar di korea ini? oh paling mudah,sudahkah berdaftar dgn persatuan (oh persatuan kami tiada kena mengena atau dapat duit sesen pon dr UMNO)
adekah cikgu pikir pelajar disini sama seperti yg ada di negara timur tengah sana?? kami tidak mendalami pengajian agama,malah hampir semua yg dihantar kesini adalah pelajar kejuruteraan. cikgu ,kalau hendak kritik kerajaan ...silakan kita negara demokrasi ....saya sedikit tak kisah malah menyokong jika itu yg terbaik,tp kenape mengaitkan persatuan kami....cikgu belum kenal lagi pelajar punya feel disini macammane....
cikgu tahu tak kenape duit yg menjadi ugutan....kenape mesti bersyarat kalau hadir ke majlis formal seperti itu??
-cikgu seorang cikgu....
ape cikgu nak buat kalo student cikgu rambutnye panjang macam jembalang mane ntah...itu tak campur yg dah berkaler2...yg dah terlubang dan penuh dgn subang toksah citer....ape yg cikgu nak buat??? ape cara yg paling baik cikgu boleh pikirkan selain denda?
student yg dtg kesini dr bermcm latar belakang,tak usah di ckplah..kalo baiktuh...baiklah..dan yg sebaliknye...kalo tak buat peraturan mcmtuh....come on lah cikgu...takkan nak bawak manusia mcm tuh pegi MESYUARAT AGONG GERAK kot....kemudian...pasal duit tuh...tahu tak cikgu siapa yg selalu tak dtg majlis2 baik makan ke sukan ke ape ape la....bknnye org sokong umno ke pas ke.....janji kalo org tuh dah malas...mmg malas jugak....jgn kate dinner semalam je,kalo dah mmg hati tuh tebal tak bersosial...duduk umah jelah...saya tak mau panjangkan...kerana bila berlarutan ia akan masuk isu kaum..dan bila saya berkata demikian harap cikgu pahamlah apa yg saya maksudkan. silalah bertanya sebelum membuat keputusan terburu2. tentang kes antatuya dan sebagainya, saya juga pikir ianya perlu tetapi sedarkah cikgu apa yg kami nampak iaitu peluang setelah lama duduk dikorea..cadangan yg amat bernas dan pandangan mengenai pendidikan...aduh cikgu, idea dan akal saya masih tersekat dek pelajaran saya yg tiada kaitan dgn semua ini namun masih saya ingin berbicara dgn bahasa yg agak pelik lagi tak tersusun ini. cikgu!,ada benda yg bagus ada yg tak...itulah kata2 saya buat cikgu....saya menerima sebahagian tapi menolak yg selebihnya.....terutamanya tentang persatuan kami itu...jgn dicampur adukkan dgn pollitik.....kami tiada sejarah bergelumang sejauh begitu...apa yg kami perjuangkan hanyalah pendidikan...dan pendidikan..sedarlah cikgu juga dari bidang yg sama...alangkah baiknya jika kita berjaya membuatkan org MELAYU itu tidak bergaduh dan hanya berpikir utk berjaya..mungkin itu akan mengubah polemik hidup dimalaysia...wassalam
en badrul tiada feed back ke?? nk dgr gak...어디에 살고 왜 우리 동아리는 안 오고?? 우리에 대해서 잘 못하면서 그냥 이야기 하면 안 돼는 데요~ 답좀 써 주실가요???
ReplyDeletecikgu...salam polemik..saya merupakan MUHD HAIKAL BIN SAMSUDIN SETIAUSAHA KHAS PPMK..ingin saye berkata..'cikgu' dtangkah ke majlis itu?..dimanakah kawalan2 ketat yang cikgu dakwa?..saya tidak paham kenapa orang yg bukan ahli PPMK sendiri sebuk mejual dan menjaja nama PPMK dan tanpa segan silu menagaitkan nama SU PPMK sedangkan tuan blo anjing menyalak ini bukanlah ahli PPMK sendir dan tidak dtang ke majlis tersebut..'cikgu'..seperti yg diutarakan oleh rakan saya di atas..perangai kami di sini tidak sama dengan pelajar di timur tengah dan uk yg rata2 nya bertunjangkan politik..nasihat saya..kalau masuk sesuatu kawasan..bergaul dengan msrkt setempat dan fahami mereka..kemudian barulah boleh menjadi 'hero'..ini tidak,,sudahlah membelakangkan PRESIDEN PPMK DAN AJK nya terus melalak2 di harakah dan menjual PPMK seolah2 'cikgu' ini pemilik PPMK..tolonglah fahami kami ini..kami bukan macam PELAJAR LUAR NEGARA LAIN!..dan saya juga tidak mahu saudara menjual politik saudara di wbsite PPMK..bukan saya mahu menghalang..tetapi saudara ini nampaknya betul2 tidak memahami keadaan kami lantas cuba berlagak seolah2 sudah lama bersama dengan kami...tidak perlu menjadi suara kami kerna kami semua sepakat untuk bersuara bersama2..tentang pemoto0ngan elauan sudah dinyatakan di dalam perlmbagaan ppmk yang menyatakan bahawa PPMK boleh menghukum ahlinya yg gagal menyertai aktiviti besar PPMK..sudah puaskah saudara menyalak di malam hari smpi tak nampak tiang lampu lalu terhantuk?..saya amat berharap untuk bersua dengan 'pejuang keadilan' yang bertindak 'dgn bijak' sekali... x guna belajar tinggi2 kalau hanya pandai menuduh yg bukan2 dan mengambil kesempatan terhadap org lain..salam polemik
ReplyDeletep/s kami ajak amat teringin nak berjumpa dengan cikgu..bolehkah?
Keldaian bad melakukan pembohongan di korea.. pegi ke sana rupanye utk menipu... bukan belajar... student di korea skrg ni dah kenal/dah tahu perangai sebenar keldaian bad.. (sebenarnya dia x layak pegang title cikgu yg mulia itu, sbb banyak menipu, putar belit cerita.. jd spin doctor orait kot)
ReplyDeletewahai students m'sia di korea... jgn dilayani dakyah keldaian bad yg nak pesongkan anda dari belajar.. semoga anda semua berjaya di dalam pelajaran, berguna untuk agama, bangsa dan negara...
sapa lah budak yang tidak mahu dtg dan hantar email itu ya ?... jgn jadi bacul kenalkan identiti..
ReplyDeleteapa salahnya elaun tak cukup maka pemimpin datang nak bagi makan free datang aja lah..
Hahaha...
ReplyDeleteKat sini pun sama. Kakitangan kerajaan dikerah sertai aktiviti2 anjuran menteri2 ni. Kedatangan wajib pulak tu.
Lepas tu nak tak nak kena angguk dan beri tepukan sokongan terhadap apa jua perkara bangang yang dibangkitkan.
Kalau nak tanya soalan bukan2 pun takut kena cam dan buang kerja.
Lepas tu panggil wartawan ambik gambar dan siarkan kat TV seolah-olah rakyat menyokong penuh apa saja yang kerajaan katakan.
Lawak... lawak...
hey, bukankah perkara ini berlaku tiap2 hari kat IPTA di Malaysia? Apa yg begitu hairan?
ReplyDeleteSiapa2 sini dari IPTA? Pernah berdiri tepuk tangan memuja para Naib Canselor, dan jika tanya soalan 'sensitif' nama akan dicatat pengawas?
13/03 18:36:36
erm aku tak tahulah apa akan jadi dgn korea .... dua demonstrat penting negara ada kat sana black dan bard..... jgn bakar kedutaan dah ler yer...
ReplyDeletehttp://blackinkorea.blogspot.com/
demo menda besa jer kt korea...
ReplyDeletetetiap minggu ada demo nk bosan dh tgk ^^...spam
Mushi-mushi,
ReplyDeleteSokong kata Shinya Said & Spongegoat!
Walaupun saya pelajar di Jepun,
saya alami benda yang sama. Korang(tuan punya blog ni dan parti reformasi) tau nak cakap je, tak paham perasaan kitaorang kat sini..
Kerajaan dah tolong bayar biasiswa kat kitaorang. Full lagi tu. So, apa2 arahan ikut ajelah..
Macam mak bapak ko bagi duit suruh belajar, takkan nak melawan apa diaorang suruh. Tu duit kerajaan bagi. Lagipun, sapa2 yang tanggungan sendiri tak payah kena pergi. Korang ada ke bagi duit kat rakyat miskin? janji je macam taik! Kalu korang dapat takluk kerajaan negeri tu, HANCUR jawabnya!! Papa kedana suma! Kerajaan dah jalankan tanggungjawab, bagi biasiswa kat kitaorang. Memang patut balas jasa diaorang. Ngok!! Lu bikin wa panas!!
woi awatlah sengal benar kepala otak hang nie pegi belajar jauh2 tapi bodoh berttingkat2...
ReplyDeletekerajaan cuma uruskan dana negara yang milik rakyat///////// kau tahu betapa rasuah yang wujud baca laporan audit negara yang terbaru...kau tahu betapa wang minyak negara yang hilang....itu milik kita sekarang kita sudah hilang daya saung kita dah tertinggal jauh dalam negara asean pun cuma myanmar belakang kita.....
isu2 seperti yang anda (pemilik blog) ulaskan di atas tu sepatutnya tidak menjadi isu yang panas. itu semua perkara remeh temeh.no issues.
ReplyDeletekenapa perlu terlalu sensitif dan mudah berkecil hati dengan perkara2 spt itu. Melayu sepatutnya berjiwa besar, bukan mudah berkecil hati.
penulis seperti sengaja mencari isu untuk dibangkitkan semata-mata mahu bergaduh dengan kerajaan. atau mungkin untuk jadi glemer.
saudara...sebagai seorang guru...3 tahun belajar di MPRM...arahan dan ugutan saudara tidak dapat bezakan...memalukan...perkara kecil begini saudara jadikan isu..takut nanti masalah tandas tersumbat pun saudara bawa ke parlimen...pemerhatian saya...saudara gemar mencungkil isu utk mencari salah org.lain..setahu saya org.seperti ini gilakan kuasa..apabila tidak mendapat kuasa yang diidamkan..maka menyalaklah seperti anjing kelaparan...apa sebenar yang anda mahu dalam perjuangan saudara...klu hanya sekadar menulis perkara remeh begini...bertaubatlah...buat sembahyang istikharah...atau saudara,anuar ibrahim dan penyokong yang meroyan kuasa tu...pergi ke indon dan jadi pemimpin di sana...
ReplyDeletemuka pun mcm penyangak...patut berhenti jadi cikgu...contoh yang tidak bagus pada bebudak...jadi penyagak lagi bagus...
ReplyDeleteKerajaan dah tolong bayar biasiswa kat kitaorang. Full lagi tu. So, apa2 arahan ikut ajelah..
ReplyDeleteLepas tu nak tak nak kena angguk dan beri tepukan sokongan terhadap apa jua perkara bangang yang dibangkitkan.
kenapa perlu terlalu sensitif dan mudah berkecil hati dengan perkara2 spt itu. Melayu sepatutnya berjiwa besar, bukan mudah berkecil hati.
cakap letup letup..derang kat atas tu..senyum gelak2 jek...chet podah~!