Sunday, December 24, 2006

AMNS LANCAR KEMPEN 'AGRESIF' PENERANGAN KE ARAH PILIHANRAYA.

Kenyataan media
26 Disember 2006

Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan (AMNS) mula mengerakkan jentera peneranganya secara serius ke arah mempersiapkan rakyat menghadapi pilihanraya.

Untuk itu AMNS mula melancarkan pengedaran VCD percuma, pengedaran risalah secara berkala dan penyebaran sms info.

Pada peringkat awal ini dua vcd telah dicetak berjumlah 5000 set.

  • Jejak Fakir mengandungi sekeping VCD dengan rakaman 30 minit mengandungi rakaman program jejak fakir di mana angkatan muda telah turun memberikan bantuan kepada fakir miskin. VCD ini mendedahkan betapa ramai lagi golongan miskin dalam negeri ini yang terbiar sedangkan kerajaan negeri sibuk membazirkan wang rakyat untuk program tidak berfaedah
  • Dialog Ekonomi mengandungi dua keping VCD dengan rakaman dua jam program dialog ekonomi yang telah diadakan pada 26 November lepas. Dialog ini di sertai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Ezam Mohd Nor, Dr Lee Boon Chye dan mengenengahkan che’GuBard sebagai moderator. Semua panel telah mengenengahkan alasan yang bernas mengenai permasalahan ekonomi negara yang perlu di fahami oleh rakyat terbanyak.

VCD ini akan di edarkan percuma kepada kakitangan kerajaan dan pertubuhan – pertubuhan masyarakat. AMNS merancang untuk mencetak VCD dan mengedarkan percuma dua bulan sekali.

Risalah pula dikeluarkan secara bulanan. Sehingga kini telah dua bulan AMNS mengeluarkan risalah bulanan dengan jumlah 10,000 keping. Risalah ini dihantar terus ke rumah rumah pengundi secara rawak di kawasan tumpuan. Jumlah ini sedang dipertingkatkan.

SMS info juga akan di sebarkan dari masa ke semasa untuk memaklumkan rakyat setempat mengenai info penting yang berlaku. AMNS sedang meembina data base pengguna telefon bimbit di negeri ini. AMNS mensasarkan untuk mengumpul 200,000 nombor telefon bimbit menjelang pilihanraya umum nanti.

Setakat ini AMNS menampung kos cetakan bahan penerangan ini melalui kutipan sesama ahli jawatankuasa amns sendiri. Untuk itu kami memohon sumbangan semua yang prihatin untuk memastikan kami usaha ini dapat diteruskan.

Sumbangan boleh di buat dengan

  • Menyumbang sambil dapatkan vcd dialog ekonomi / jejak fakir. Satu set dengan belanja pos minima RM 21. Hantarkan wang pos atas nama Zaini Yusof dan sertakan alamat saudara ke Pejabat Perhubungan keADILan NS, Ting.1, No. 1, Jalan Dato Abd. Rahman, 70000 Seremban (depan Maybank Seremban).
  • Sumbangan wang tunai boleh dimasukkan ke akaun terus ke akaun khas atas nama bendahari AMNS –05 10529 00012 0067– akaun BSN atas nama Zaini Yusof
  • sumbangan juga boleh dalam bentuk kertas A4 / A3, VCD kosong, kad top up telefon bimbit dan lain – lain. Untuk sumbangan barangan tersebut sila hubungi Azizi 0123696474

Sumbangan, kerjasama dan sokongan semua amat dihargai. AMNS berjanji akan mempergiatkan jentera untuk memastikan panji keADILan berkibar kukuh menjelang pilihanraya akan datang.

Selain itu program bantuan, khidmat masyarakat juga di pergiatkan. Selepas kejayaan program Jejak Fakir AMNS kini menumpukan program kembali ke sekolah (membantu anak keluarga miskin kembali ke sekolah) dan Program Jejak Asli (membantu keluarga orang asli). Kedua dua program berlangsung antara 25 Disember 2006 - 5 Januari 2007

No comments:

Post a Comment