Perjumpaan ini untuk membincangkan prosedur sebenar penyaluran bantuan dan kelayakan penerima bantuan dari kedua dua badan berkenaan, selain dari menyerahkan senarai fakir miskin yang telah di temui sepanjang jejak fakir AMNS yang diadakan sepanjang ramadhan lepas.
AMNS memohon untuk pertemuan tersebut di adakan sesegera mungkin kerana ada antara mereka yang kita senaraikan itu amat memerlukan bantuan segera, malah ada antara mereka gagal menghantar anak ke sekolah kerana kesempitan hidup.
Seperti Puan Salmah, dari Chuah, (Lukut, Port Dickson) seorang saudara baru yang di nafikan sebarang bantuan kerana tidak menghadiri kelas fardu ain amat mengecewakan. Dari tinjauan kami kegagalan puan salmah dan anaknya yang baru memeluk Islam bukan di sengajakan tetapi kerana kesempitan hidup malah tambang untuk menghadiri kelas juga tidak ada. Anak beliau juga tidak ke sekolah. Perkara ini tidak akan berlaku jika sistem pematauan bantuan dapat di pertingkatkan.
Malah amat memeranjatkan apabila AMNS melakukan lawatan ke rumah keluarga yang diberikan bantuan oleh agensi seperti Baitulmal Negeri Sembilan keadaan keluarga tersebut memiliki keperluan seperti kereta, motosikal, televisyen besar dan lain lain lagi. Dalam keadaan itu masih banyak pula bilangan keluarga miskin tegar yang memerlukan bantuan terbiar tidak mendapat bantuan.
Sepanjang bulan Ramadhan yang lepas AMNS telah melancarkan gerakan kebenaran dan kesedaran sempena ramadhan. Dalam kempen itu amns telah berjaya mengedarkan 50, 000 risalah mendedahkan penyelewengan dana khas yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat miskin. Sebanyak RM 1 bilion wang rakyat miskin telah disalahgunakan oleh kerjaaan umno. Malah di negeri sembilan Menteri Besar telah menyelewengkan RM 4.5 juta wang rakyat miskin untuk mengubah suai rumahnya yang baru satu tahun siap. Jumlah wang yang banyak juga dibazirkan untuk membeli perabot pejabat kerajaan dan menempah iklan sambutan pemimpin. AMNS amat kesal dengan penyelewengan ini. Ternyata Menteri Negeri Sembilan yang berwajah kononya seorang tokoh korporat yang prihatin masalah rakyat tetapi ternyata menyeleweng dan membazirkan wang rakyat.
Dalam kempen yang sama juga di adakan program jejak fakir di mana AMNS menjejak golongan fakir untuk diberikan bantuan sebanyak 237 buah keluarga untuk diberikan bantuan namun kerana kekangan kewangan amns Cuma berjaya menyampaikan bantuan kepada 56 buah keluarga. Bantuan dalam bentuk barang makanan, bantuan kewangan dan baju raya ini di perolehi dari sumbangan ahli keADILan dan sumbangan orang ramai termasuk dalam bentuk Zakat, Fitrah dan Fidyah. Untuk itu kami mengucapkan terima kasih atas kesudian orang ramai menyalurkan bantuan. Insya Allah semua sumbangan tidak akan kami sia siakan.
Atas kejayaan program ini amns akan meneruskan program bantuan ini dengan program jom ke sekolah. Program jom ke sekolah ini akan di lancarkan untuk membantu anak – anak fakir miskin ini membeli peralatan dan keperluan sekolah.
Memang benar, yuran peperiksaan sekolah di mansuhkan tapi bagaimana dengan yuran sampingan seperti yuran majlis sukan, pibg, yuran kertas peperiksaan percubaan dan seumpamanya. Malah bagaimana mereka ini mungkin berdepan dengan pakaian sekolah dan peralatan sekolah yang semakin mahal. Kami merayu bagi pihak anak – anak keluarga miskin ini , kepada mereka yang berkemampuan sudilah membantu dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, peralatan sekolah dan seumpamanya. Sebarang bantuan bolehlah disalurkan dengan menghubungi ; Badrul 017 6688404 @ Azizi 012 3696474.
Janji Angkatan Muda keADILan Malaysia meneruskan tekad memperjuangkan rakyat terbanyak !
Kenyataan Media ;
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Pengarah Gerakan Kebenaran dan Kesedaran Sempena Ramadhan 1427 Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan Merangkap
Pengerusi Biro Bencana dan hal Ehwal Masyarakat Angkatan Muda Malaysia.
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Pengarah Gerakan Kebenaran dan Kesedaran Sempena Ramadhan 1427 Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan Merangkap
Pengerusi Biro Bencana dan hal Ehwal Masyarakat Angkatan Muda Malaysia.
la...apekejadahnye ada si teddy bear dlm program amkns ni bard??? korang ni ade komplot ngan die ke....??? takde maknenye....
ReplyDelete