When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Tuesday, April 18, 2006
UMNO perkuda Polis
PULAU PINANG: Pemimpin Umno terus memperalatkan polis untuk menahan pemimpin Barisan Alternatif (BA) yang menyertai perhimpunan rakyat bagi membantah kenaikan harga minyak dan gas di zon utara, pada 16 April lalu.Seorang pemimpin Angkatan Muda yang ditahan dalam demontrasi di Tasek Gelugor, di sini berkata, polis telah memaklumkan bahawa mereka diarah oleh ‘pemimpin Umno’ untuk menahan pemimpin BA.“Kami dimaklumkan polis terpaksa bertindak atas arahan pemimpin Umno kerana gerakan reformasi berupaya menggulingkan kerajaan,” jelasnya kepada Malaysia Today.Selain itu, dedahnya, polis juga merungut kerana mereka terpaksa kerja lebih masa, meskipun pada hari cuti bagi mengawal demontrasi.Perhimpunan di Tasek Gelugor, pada pagi Ahad lalu hanya sempat berlangsung kira-kira 10 minit sebelum polis melakukan tangkapan ke atas lima pemimpin Angkatan Muda, termasuk Timbalan Ketua Penerangannya Badrul Hisham Shaharin.Turut ditahan pada jam 11 pagi itu ialah Exco Angkatan Muda Pusat, Rezal Huzairi Md Zaki, Ketua Penerangan Angkatan Muda Pulau Pinang Amir Mohd Ghazali, Ketua Penerangan Angkatan Muda Tasek Gelugor Sabri Salleh dan Setiausaha Angkatan Muda Kepala Batas Latif Abdullah.Mereka hanya dibebaskan pada kira-kira jam 5.30 petang, selepas enam jam disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Butterworth.Kesemuanya dikehendaki melaporkan diri semula pada 2 Mei depan di Ibu Pejabat Polis berkenaan.Di sebelah petang, di pusat bandar Sungai Petani, Kedah, perhimpunan hanya sempat berlangsung kira-kira 10 minit, sebelum polis bertindak mengarahkan orang ramai bersurai.Ketua Angkatan Muda Kedah, Ir Zamri Yusof hanya dibenarkan mengadakan sidang akhbar selama 20 minit, berhubung isu kenaikan harga minyak.Pada masa yang sama, di Alma, Bukit Mertajam, hanya kira-kira 20 minit perhimpunan dan pengedaran risalah membantah kenaikan harga minyak dapat diadakan, sebelum diarahkan berhenti oleh pihak polis.Hanya Badrul Hisyam yang baru dibebaskan, dan AJK Keadilan Perak, Gobalakrisnan sempat berucap pada perhimpunan itu.Perhimpunan di Tasek Gelugor dan Sungai Petani dipantau ratusan anggota polis, anggota FRU dan meriam ‘water canon’.Sementara itu, sumber jabatan bomba Sungai Petani mendedahkan semua kakitangannya diarah bersiap sedia menghadapi ‘perhimpunan haram’ pada hari tersebut.“Cuti semua kakitangan dibekukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” jelas sumber berkenaan.Tindakan itu katanya, telah menimbulkan rungutan kakitangan terbabit terhadap para penunjuk perasaan.Pada 23 April depan, untuk kali kedua perhimpunan yang sama akan diadakan di Kompleks Dato’ Kailan Kepala Batas, bermula jam 5 petang.
No comments:
Post a Comment