When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Tuesday, October 04, 2005
Penghakiman ini bersihkan nama saya - Anwar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur akhirnya nama beliau dibersihkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Hishamuddin bin Mohd Yunus membuat keputusan Khalid Jafri bersalah kerana menyertai konspirasi memalukannya. "Akhirnya keputusan hakim membuktikan wujud konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politik saya dan itulah yang saya katakan dari hari pertama saya dipecat," kata Anwar selepas menang saman malu berjumlah RM4.5 juta terhadap penulis buku '50 Dalil' Kahlid Jafri. "Penghakiman ini membersihkan nama saya," tambahnya lagi. Anwar masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika beliau menfailkan samannya itu pada tahun 1998 terhadap Khalid dan Rozihan atas dakwaan memfitnah. Katanya, buku tersebut telah diedarkan pada Perhimpunan Agung Umno pada Jun 1998. Sejurus selepas itu, Anwar dipecat atas dakwaan terbabit dalam salahlaku seks, tetapi beliau menegaskan secara konsisten bahawa tuduhan tersebut adalah sebahagian daripada konspirasi politik terhadapnya. Mengulas ganti rugi yang diberikan, Anwar berkata, beliau tidak akan menggunakan wang tersebut kerana wang yang diterima itu tidak penting, sebaliknya apa yang penting adalah kebenaran. "Saya akan berbincang dengan keluarga dan peguam untuk mengagihkan wang tersebut pada pihak yang memerlukan," kata beliau. Dalam ceramahnya di Tangkak Johor beberapa hari selepas itu, Anwar menegaskan bahawa wang yang diterima itu tidak akan digunakan untuk kepentingan peribadi. "Saya tidak akan ambil satu sen pun, wang itu jika ada, akan digunakan untuk pihak yang memerlukan," kata beliau. Awal Ogos lalu, Mahkamah Sesyen Ampang menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas Khalid kerana menulis maklumat palsu dalam bukunya itu, yang antara lain, mendakwa Anwar homoseksual, pemimpin rasuah, terbabit dengan zina dan mempunyai anak luar nikah dan pengkhianat. Mahkamah juga memutuskan sebelum ini yang anak tersebut adalah anak sah kepada bekas setiausaha sulit Anwar, Mohamad Azmin Ali. Khalid kini sedang menjalani rawatan di hospital dan dilaporkan dalam keadaan tenat akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya. Kaki kanannya telah dipotong dan dia kini diberi bantuan pernafasan. Khalid merupakan sumber rujukan yang menyatakan Anwar sebagai homoseksual, pemimpin rasuah, terbabit dengan zina dan mempunyai anak luar nikah dan pengkhianat.
No comments:
Post a Comment