Tuesday, May 08, 2012

memorandum Desak Anggota Polis terlibat jenayah ketika BERSIH 3.0 tampil serah diri



MEMORANDUM|

KEPADA       :           POLIS DIRAJA MALAYSIA
DARIPADA  :            SOLIDARITI ANAK MUDA SAMM (SAMM)
                                    DAN 28 PERGERAKAN ANAK MUDA SERTA MAHASISWA
TARIKH         :           7 MEI 2012
TAJUK           :           DESAK ANGGOTA POLIS TERLIBAT JENAYAH KETIKA                
                                   MENGENDALIKAN #BERSIH 3.0 TAMPIL DAN SERAH DIRI
Pada 28 April 2012 yang lepas telah berlansung himpunan rakyat Malaysia terbesar dalam sejarah negara. Lebih 250 ribu orang secara sukarela telah datang ke Kuala Lumpur untuk menuntut hak warga untuk punya proses pilihanraya bersih, bebas dan adil. Himpunan ini berlansung dalam suasana penuh festival aman dan meriah dalam mood bantahan yang jelas. Sehinggalah peristiwa insiden tembakan air kimia dan gas pemedih mata di jalan raya berhampiran Dataran Merdeka berlaku.

Kalau ada pun kesalahan ialah kerana halangan (barricade) polis telah ditolak itupun turut melibatkan beberapa individu yang meragukan dan disyaki TURUT LIBATKAN anggota polis berpakaian biasa. Perintah mahkamah iaitu melibatkan kawasan padang (hijau) Dataran Merdeka tetap jauh dan tidak dimasuki. Adakah dengan hanya menolak halangan dan kemudian berundur menghalalkan tindakan ganas polis melakukan tindakan ‘membabi buta’ mengganas di hampir seluruh bandaraya Kuala Lumpur selepas itu?

Polis segera dengan kerjasama media serta pimpinan regim penguasa terus memburukan penganjur dan orang awam terlibat dengan perbagai tuduhan. Polis juga telah menyenaraikan puluhan malah dijangka ratusan akan disenaraikan orang awam sebagai orang yang dikehendaki. Kita tidak menghalang proses keadilan untuk berlaku jika benar terdapat unsur jenayah.

Namun, bagaimana dengan anggota polis yang turut terlibat dengan kegiatan keganasan dan jenayah yang berlaku ?
SAMM dan 28 organisasi massa muda dan mahasiswa dengan ini mendesak :
1.      PDRM  tampil memberikan penjelas mengenai
a.       kewujudan ramai anggota polis menyamar sebagai demonstran, sila nyatakan berapa jumlah dan dedahkan siapa mereka ? Jika tidak maka kita tidak boleh menolak cakap – cakap dikalangan awam dimana polis menghantar anggota dikalangan demonstator sebagai agen provokasi.
b.      bagaimana gambar – gambar di kawasan kawalan ketat polis digunakan oleh blogger – blogger pro regim penguasa, adakah polis membenarkan dan melindungi blogger pro regim penguasa pada hari tersebut dan dalam pada masa yang sama mengasari dan mencuri kad memori wartawan yang bertugas ? atau polis berkongsi bahan yang mereka perolehi dengan blogger pro umno ?

2.      PDRM harus melakukan siasatan
a.       Khabar angin kononya ada anggota polis yang mati telah menjadikan polis bertindak diluar batasan. Ini dimulakan oleh cybertrooper pro regim. Yang bertanggungjawab memulakan khabar angin dengan tujuan untuk memperdaya semua anggota bertugas pada hari tersebut harus dihukum jika tidak jelas ia satu yang dirancang untuk memperdayakan semua anggota pada hari tersebut.

3.      Semua kegiatan ganas dan jenayah yang dilakukan oleh anggota harus disiasat dan diambil tindakan. Adalah satu lawak jenaka apabila atasan PDRM bersungguh menyiarkan foto senarai orang awam untuk serah diri tetapi seolah tidak punya rekod anggota sendiri yang mengganas pada hari tersebut. Antara kesalahan yang dilakukan secara jelas dan ada beribu rakaman video dan gambar dan seumpamanya ialah :
a.       Secara sengaja merosakkan harta benda awam termasuk menembak gas pemedih mata ke kedai dan kenderaan. Ada ramai saksi menyaksikan bagaimana polis merosakkan gerai – gerai peniaga yang ditutup contohnya di sekitar Masjid India.
b.      Memukul secara beramai – ramai dan bertalu – talu orang awam yang ditahan walaupun tidak melawan termasuk menggunakan senjata tumpul.
c.       Mencuri barangan orang awam seperti wang tunai, kamera, memori kad, telefon bimbit dan lain – lain
d.      Memaki hamun dengan penuh sifat anti perkauman dan permusuhan agama secara sengaja terhadap orang awam yang ditahan.
e.       Menahan orang ramai ketika sedang makan, di dalam hotel, perkarangan rumah ibadat dan dalam perjalanan pulang.
f.       Polis menghalau orang ramai yang sedang makan jelas merugikan peniaga kerana ramai terpaksa beredar tanpa sempat membayar makanan.
g.      Menghalakan senjata kepada orang awam termasuk orang biasa yang tidak terlibat, orang tua, wanita dan kanak – kanak.
h.      Ada kes sekeluarga ibu, bapa dan anak – anak ditahan di hotel hanya kerana menimpan pakaian kuning.
i.        Ada juga laporan beberapa kes orang awam yang membonceng motosikal dan memandu motokar ditahan beramai – ramai ditengah jalan ditarik keluar kenderaan, kenderaan dirosakkan dan mereka dipukul hanya kerana mereka berpakaian kuning walaupun dalam perjalanan untuk balik.
j.        Tindakan juga harus diambil kepada anggota yang gagal mengawal kenderaan atau secara sengaja memandu dengan melanggar orang awam

4.      Polis dan orang awam adalah mangsa pada hari tersebut.
a.       Semua operasi pada hari 28 April 2012 diakui oleh beberapa pimpinan regim termasuk Menteri Dalam Negeri dipantau sepenuhnya, maka semua yang berlaku adalah dalam kawalan penguasa.
b.      Orang awam yang hadir lebih 250,000 orang, (ada sumber menyebut) kekuatan anggota polis pada hari tersebut ialah kira – kira 10,000 orang. Bayangkan akibatnya jika sememangnya dirancang untuk merusuh ? tetapi yakinlah ia hanya untuk menyatakan bantahan secara aman dan tidak lebih dari itu.
c.       Polis bukan musuh orang awam sebegitu juga orang awam sepatutnya bukan musuh polis. Dalam kes 28 April, Polis dan orang awam adalah mangsa regim penguasa yang takut dengan bayang – bayang sendiri. Jika sejak dari awal kalau Dataran Merdeka dibenarkan diguna, maka keadaan akan aman berkumpul dan bersurai dan anggota polis juga tidak terseksa bertugas begitu teruk. Lihat sahaja demonstrasi Anti Lynas di Kuantan semua mampu dikawal dan aman.
d.      Anggota polis bertugas juga perlu sedar sememang dirancang mereka dimangsakan. Apa keperluan untuk anggota polis bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan dengan melalui ribuan orang awam yang sedang marah kerana baru sahaja ditembak dengan gas pemedih mata, ada pergerakan tanpa keperluan dan kawasan tersebut jelas boleh dielakkan ? Disyaki arahan untuk anggota polis bergerak itu sengaja dibuat untuk menjadikan anggota polis tersebut sebagai umpan. Ini satu penghinaan oleh atasan kerana menjadikan anggota polis mangsa pada hari tersebut.

Kesan terhadap kejadian 28 April amat dalam. Imej PDRM dan orang awam begitu terjejas. Ini semua angkara regim penguasa. Suasana ini tidak bagus untuk negara. Semua harus sedar bahawa apa yang berlaku ialah ramai anggota polis diperdaya untuk bertindak sedemikian rupa, termasuk di’ brainwash’ dengan perbagai fakta songsang pro regim penguasa. Keadaan harus diperbaiki segera jika tidak hari 28 April itu yang harus dikenang dari aspek positif sebagai #Hari Merdeka Rakyat  tetapi jika tidak diperbaiki imejnya maka ia akan dikenang sebagai #Hari Rusuhan Polis.

Dengan ini SAMM dan 27 ormas muda serta mahasiswa Malaysia juga terpaksa untuk mula menyenaraikan gambar – gambar anggota polis yang telah diperdaya oleh regim penguasa untuk bertindak diluar batasan undang – undang untuk tampil menyerah diri. Jika tidak ada penjelasan dan tindakan serius dari pihak atasan PDRM atau regim penguasa sendiri, kami tidak teragak – agak untuk membuat edaran awam dengan menyenaraikan anggota yang terbabit dalam risalah dan poster.

Akhir sekali ditegaskan polis / anggota keselamatan bukan musuh kita yakinlah polis juga mangsa diperdaya regim penguasa untuk bertindak sedemikian rupa. Mengajak seluruh anak muda untuk bersama untuk sama membaiki imej hubungan orang awam dan agensi keselamatan utama negara ini.

Isu keganasan anggota polis yang diperdaya dan dipergunakan oleh regim penguasa ini juga tidak seharusnya melarikan fokus rakyat Malaysia bangkit untuk menuntut pilihanraya bersih, bebas dan adil. Tuntutan rakyat jelas bersihkan daftar pemilih sebelum pilihanraya umum berlansung. Proses pembersihan SPR harus dimulakan dengan pemecatan atau perletakan jawatan Pengerusi SPR dan Timbalanya yang jelas ahli Umno. Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya ahli parti politik. Jika ini tidak diendahkan maka bersedialah untuk mobilisasi rakyat lebih besar lagi.

che’GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
Solidariti Anak Muda Malaysia
email : chegubard@gmail.comwebsite : www.anakmudamalaysia.comblog :http://chegubard.blogspot.com
Organisasi Masyarakat (Ormas) Muda dan mahasiswa yang turut mendokong memorandum ini

2. Malaysia Youth and Students Movement (DEMA)
3. Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI)
4. LimaPulohB Kolektif (50B)
5. Diskopi Kolektif
6. Angkatan Rakyat Muda
9. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
10. Pemuda Sosialis
11. Kelab Mangsa PTPTN
12. Free Public Forum (FPF)
13. Civil Society Committee LLG
14. Sunflower Electoral Education (SEED)
15. Distrobuku Kolektif
16. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
17. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
18. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
19. Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
20. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
21. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
22.Pro-Mahasiswa Nasional
23. Kelab Rakan Islah Malaysia
24. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
25. Sisters in Movement
26. Sinergi Gerakan Mahasiswi
27.Majlis Pimpinan Mahasiswa Nasional
28. Institut Bangsar Utama (IBU)
29. Student Power Group

Wednesday, May 02, 2012

Polis dan rakyat adalah mangsa regim penakut pada 28 April


satu laporan polis telah saya berkenaan kejadian 28 April seperti berikut :

Balai           : Balai Polis Jln Dang Wangi / K.Lumpur
No. Report : Dang Wangi / 017106 / 12
Tarikh         : 30 April 2012 / 1719 PM


Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali. Saya turut dipukul dengan objek tumpul.  Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya. 

Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit “Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !”

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya. Rayuan saya sia - sia kerana saya hanya merayu kepada manusia yang hatinya telah bertukar menjadi binatang. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia. Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang.

Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling). Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.
Ada juga anggota polis yang sebut “kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau”

Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol).

Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan. Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.

Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?

Saya tegaskan walaupun dipukul  dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali bayangkan jika Dataran Merdeka dibuka, semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan bayang – bayang sendiri kerana pilihanraya terlalu hampir tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan. Keduanya kalau ada pun kesalahan,  ada beberapa peserta demonstrasi  tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah. Saya melihat sendiri kejadian sekumpulan anggota polis sekitar sejam setengah sebelum saya ditahan saya berada di hadapan Hotel Quality Jalan Raja Laut, bagaimana sekumpulan anggota polis bermotorsikal dan berkereta (termasuk MPV) memandu laju cuba melanggar demonstran dan berhenti serentak mengejar demonstran lalu menarik beberapa yang berjaya ditangkap untuk dibelasah di tengah - tengah kumpulan mereka. Saya yang kebetulan ada di situ bersama beberapa anak muda menegur seorang anggota polis yang menarik tudung seorang wanita tua. Malangnya saya dihalakan pistol dan dijerkah untuk diam.

Kononya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan ‘brainwash’ polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan. Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.

Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan laghi. Namun itu bukan tujuannya. Jangan lari fokus mengenai sapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalanya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan.  Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik ? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan tentu kecoh stadium.

Sekian

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

** ikuti esok cerita penuh apa sebenar yang jadi dihadapan penghadang polis