Tuesday, April 14, 2009

hari ini ulang tahun Black 14



antara Koleksi logo black 14
Pic semasa sambutan Black 14 2004, gambar besar DSAI itu cheGuBard yang buat dengan harga RM380, tetapi dirampas Polis dan tidak dikembalikan sehingga kini walau diminta dengan surat rasmi. Celaka betul depa ni..

Video dan imej diatas sudah tentu menginagtkan kita kembali ke zaman sakit disebat FRU, dan lapar ketika dilokap. Black 14, ialah gelaran kepada 14 April dimana seluruh aparat kerajaan telah diperkuda secukupnya demi memenuhi nafsu gila pemimpin. Maka tarikh 14 April setiap tahun dikenang sebagai hari kemuncak kezaliman.

Hari ini 14 April, pagi ini sampai ke pejabat kerja yang bertimbun di selang seli dengan carian mengenai Black 14. Terjumpa tulisan seorang aktivis anak muda Zainul Faqar mengenai Black 14. Mungkin sifatnya selaku anak muda 'terpelajar' maka tulisan beliau boleh dikatakan tulisan antara terlengkap (ringkas dan padat) mengenai Black 14. Maka saya perturunkan dulu tulisan ini sebelum menaip komen dihujung tulisan ini nanti.

Pre-instinct

BLACK 14 ada sejarahnya. Sejarahnya terlalu mahal dan cukup keramat terutamanya oleh mereka yang melihat, mengalami dan mengambil keputusan untuk terus meraikan hari penuh bermakna tersebut.

BLACK 14 ini bukanlah sebuah pertubuhan koliasi atau suatu forum rakyat bagi memperjuangkan satu-satu kepentingan. Tetapi, BLACK 14 ini adalah suatu perayaan rakyat yang kewujudannya secara semulajadi selari dengan fitrah naluri rakyat yang senantiasa berdoa dan berikhtirar agar tiada lagi kezaliman seumpama BLACK 14 ini wujud di maya pada ini.Sejarah B.L.A.C.K 14!

Tanggal 14 April 1999, Mahkamah telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Beliau telah dihalang secara berperundangan untuk terlibat dalam persada politik nasional.

Keputusan Mahkamah pada ketika itu cukup mengejutkan mahasiswa, pengamal undang-undang, aktivis politik, ahli akademik, hatta rakyat marhaen.

Rejim yang mebongsaikan demokrasi Malaysia!Mereka tidak boleh menerima keputusan tersebut. Bagi mereka, keputusan tersebut bukan lagi hanya melibatkan kepentingan hak asasi diri DSAI; tetapi keputusan tersebut adalah ‘tahap kemuncak’ kezaliman dan kebobrokan (Tun) Dr. Mahathir Mohammad dan rejim UMNO/BN ke atas sistem keadilan dan demokrasi negara Malaysia.

Sebelum itu, bukan tidak ada kezaliman dilakukan oleh rejim UMNO dan Barisan Nasional. Namun, kezaliman itu ketara dalam salah satu dari 3 Badan ‘kuasa’ sebagaimana dalam Doktrin Pengasingan Kuasa / Demokrasi di Malaysia – (1)Badan Pentadbiran / Eksekutif; (2)Badan Perundangan / Legislatif; dan (3)Badan Kehakiman / judiciary.

Berbeza dalam isu DSAI. Rakyat melihat isu kezaliman DSAI ini seolah-olah wujud suatu konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan ketiga-tiga badan ‘kuasa’ tersebut secara sepadu dan zalim.

Mahkamah telah pun hilang kredibiliti bebas dan adilnya. Sebagai contoh, jatuhan hukuman pada 14 April 1999 sebagaimana di atas.

Dalam isu DSAI juga, Badan Pentadbiran / Eksukutif tidak lagi berfungsi secara bebas dan demokratik.

Kementerian, badan berkanun kerajaan, Universiti, BPR, Polis, media massa (milik Kerajaan), SUHAKAM dan pelbagai badan berkanun / sektor kerajaan yang lain tidak mampu menjadi agen semak dan imbang (check and balance) kepada Rejim (Tun) Dr. Mahathir Muhammad serta rejim UMNO/BN kerana telahpun terjebak dengan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme.

Jika ada individu atau pihak tertentu tampil menentang kezaliman (Tun) Dr. Mahathir Mohammad atau gejala rasuah-kronisme-nepotisme, maka mereka ini tentu akan mendapat nasib yang tidak jauh berbeza dengan diri DSAI.

Sebagai contoh, Universiti Malaya bersikap diam diri dan tidak mahu menyambung kontrak akademia Prof. Chandra Muzaffar (pada bulan Februari 1999) disebabkan ahli akademia tersebut secara terbuka menyokong agenda R.E.F.O.R.M.A.S.I.

Prof. Chandra Muzaffar diakui berkeupayaan dalam arena akademia dan kebolehannya telah mengangkat nama Malaysia di persada nasional/antarabangsa sebelum itu; khususnya dalam pengajian ASIA dan Asia Tengah.

Beliau akhirnya menjadi mangsa kezaliman Universiti/(Tun) Dr. Mahathir Mohammad kerana menentang kezaliman ke atas DSAI sebenarnya pada waktu tersebut.

Contoh lain, adalah fitnah liwat DSAI dengan Shamsidar Taharin melalui pengakuan kontroversi dan surat terbuka Ummi Hafilda Ali kepada Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad melalui media arus perdana.

Semua media arus perdana yang (telah) dikuasai oleh Media Prima telah secara buas memanipulasi fitnah tersebut dan hilang kredibilitinya. Pendek kata, badan pentadbiran atau Legislatif telah pun dikuasai oleh kelompok zalim.

Dalam isu DSAI juga, Badan Perundangan atau Legistatif tidak mempunyai autonomi kuasa sebagaimana yang sepatutnya berlaku dalam negara-negara demokratik dan sivil.

Sebagai contoh, penahanan DSAI di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mampu dihalang melalui perintah kuasa Parlimen Malaysia.

Kondisi ini berlaku kerana ISA dikendalikan secara mutlak oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan realiti ini melambangkan penyalahgunaan supreme power telah wujud dalam dua (2) Badan secara imuniti dan sepadu – Legislatif dan Eksekutif.

Tuntasnya, kezaliman ke atas DSAI tersebut melibatkan ketiga-tiga badan ‘kuasa’ dan jatuhan hukuman oleh Mahkamah ke atas diri DSAI pada tanggal 14 April adalah ‘tahap kemuncak’ kezaliman di Malaysia.

Sejak hari malang tersebut, Rakyat mengambil keputusan menjadikan 14 April saban tahun sebagai perayaan rakyat. Tujuannya bukan sekadar mengingati peristiwa malang yang telah menimpai DSAI semata-mata.

Malah, perayaan rakyat tersebut dilaksanakan dengan penuh semangat dan berani demi menuntut keadilan hak dan sistem demokrasi kembali subur di bumi Malaysia sehingga hari ini. Perayaan tersebut disebut oleh mereka sebagai *B.L.A.C.K. 14*

Tragisnya Perayaan BLACK 14 Sebelum ini!

Saban tahun, aktivis-aktivis rakyat yang sedar, mengalami dan pernah meraikan BLACK 14 tersebut senantiasa cuba meraikan perayaan tersebut.

Mereka ini bukan meraikan hari tersebut dengan gelak ketawa atau dihamparkan permaidani merah oleh Sang Penguasa – (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Mereka ini diburu pada setiap inci perjalanan dan pergerakan mereka. Kediaman/premis peribadi mereka senantiasa diintai oleh Special Branch (SB).

Majikan mereka senantiasa diugut agar melucutkan jawatan aktivis-aktivis ini. Ibu bapa mereka lebih-lebih lagi lagi diuji dan terus diuji sejak menjelangnya perayaan BLACK 14 tahun 2000 di ibu negara.

Mahathir yang arahkan tangkap!Kezaliman yang didepani oleh para aktivis dalam meraikan BLACK 14 lebih ketara pada tahun 2001.

Beberapa hari sebelum perayaan BLACK 14 diraikan (bermula 9 April 2001 sekitar jam 5 petang), pihak Polis telah menangkap 10 orang aktivis REFORMASI dan maangsa-mangsa ini ditahan di bawah ISA , tahanan tanpa bicara.

Nama-nama aktivis tersebut adalah (1)Sdr. Tian Chua; (2)Sdr. Mohammad Ezam Mohd Nor; (3)Hj. Saari Sungib; (4)Sdr. N. Gobalakrishnan; (5)Sdr. Hishamuddin Rais; (6)Raja Petra Kamaruddin; (7)Sdr. Abdul Ghani Harun; (8)Dr. Badrul Amin Baharom; (9)Sdr. Lokman Adam; dan (10)Sdr. Badaruddin Ismail.

Mereka ini dituduh di bawah seksyen 71(3); kononnya sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.

Sebenarnya tahanan tersebut demi menimbulkan culture of fear di kalangan masyarakat agar mendorong mereka tidak keluar dan berkumpul di hadapan bangunan SUHAKAM pada keraian Black 14 tahun 2001 tersebut.

Namun, BLACK 14 tetap diraikan dengan penuh berani dan aksi demi mengajak rakyat menentang kezaliman rejim (Tun) Dr. Mahathir Mohammed dan UMNO/BN berlangsung; serta menuntut agar Malaysia kembali dalam lunas demokrasi dan keadilan hak.

Aktivis rakyat telah membuat kenyataan media. Dan ada beberapa aktivis tersebut telah ditangkap dan dikasari oleh pihak Polis disebabkan partisipasi mereka dalam BLACK 14 hari tersebut.

Tahun 2002 turut menyaksikan perayaan BLACK 14 pada hari tradisinya. Tema perayaan tahun tersebut adalah ‘BERSAMA MEMBEBASKAN 10 TAHANAN ISA’. Perayaan bersejarah tersebut telah dibuat di Taman Melewar (Gombak, Selangor).

Aksi perayaan tahun tersebut lebih berani dan agresif apabila terdapat belasan aktivis rakyat mengambil keputusan mogok lapar. Aksi tersebut telah mendapat liputan media dan badan-badan hak asasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Implikasinya, Diktator (Tun) Dr. Mahathir Muhammad teruk dicemuh oleh media, universiti, badan-badan hak asasi manusia dalam siri diplomatiknya di peringkat nasional/antarabangsa. Imej Malaysia merudum.

Akhirnya, beliau terpaksa membebaskan kesemua (10 orang) tahanan ISA tersebut.

Inisiatif tersebut bukan atas prikemanusiaan dan peduli sensitiviti rakyat, tetapi lebih pada melindungi kepentingan peribadi (kezaliman) semata-mata.

chegubard.blogspot.com

Tahun 2003, berlaku konflik berpandangan di kalangan aktivis-aktivis BLACK 14. Kelompok pertama masih mahu pada perayaan secara tradisi – anti-establishment, pilihan jalanraya, lantang menentang rejim UMNO dan BN dan sebagainya. Aksi BLACK 14 tersebut telah dipimpin sendiri oleh Sdr. CheguBard

Memang mereka tetap melancarkan perayaan tersebut di Pasaraya Sogo, Kuala Lumpur. Dalam aksi BLACK 14 tahun tersebut juga, mereka tetap berdepan dengan kegilaan Polis dan Special Branch (SB) sebagaimana yang didepani mereka sebelum ini.

Gerakan ini dalam waktu BLACK 14 2003Kelompok kedua, mahu perayaan tahun tersebut lebih toleransi dan sederhana. Mereka hanya menjalankan perayaan BLACK 14 secara dalaman (internal) dan mengambil sikap tidak lantang menentang rejim UMNO/BN pada ketika itu.

Pertimbangan kelompok kedua pada ketika itu, dengan pendekatan toleransi-sederhana tersebut, mungkin boleh memujuk hati rejim UMNO/BN untuk membebaskan DSAI dari ISA dalam masa terdekat.

Tahun 2004, BLACK 14 dilancarkan pada hari tradisinya selepas Malaysia menyaksikan Pilihanraya Umum Malaysia Ke-11 (PRU11) yang paling kotor dalam sejarah demokrasi Malaysia.

Berbekalkan tema ‘DEMOKRASI YANG TELAH MATI’, komuniti aktivis BLACK 14 telah menggebling kesedaran rakyat. Aksi aktivis pada waktu tersebut turut menyaksikan kekasaran dan tangkapan oleh pihak Polis.

chegubard.blogspot.com

Lokasi perayaan BLACK 14 tahun tersebut di depan SUHAKAM. Namun, 2 tokoh politik nasional iaitu Sdr. Mustapha Ali (MT PAS) dan Rahman Othman (Timb. Presiden PKR pada ketika itu) telah membuat kenyataan media membatalkan perayaan tradisi tersebut.

Pertimbangan kedua-dua tokoh tersebut adalah mood dan emosi rakyat seharusnya lebih digembling ke arah isu kepincangan sistem demokrasi Malaysia pasca PRU11 lanjutan konspirasi UMNO/BN-SPR-JPN.

Komuniti anak muda dan mahasiswa rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan eksklusif kedua-dua tokoh tersebut kerana BLACK 14 ada sejarah keraiannya dan patut diraikan secara tradisi. Akhirnya, mereka tetap meraikan BLACK 14 tersebut di ibu negara.

DSAI masih tidak dibebaskan pada tahun 2005. Fenomena kegelitaan demokrasi Malaysia tersebut menyebabkan kesedaran untuk meraikan BLACK 14 tersebut semakin pudar. Tahun tersebut, bukan tidak ada keraian, namun keraian tersebut secara kecil-kecilan dan bukan lagi perayaan nasional sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Kondisi perasaan dan kesedaran rakyat berhubung BLACK 14 ini semakin pudar dan pudar; berlanjutan sehingga tahun 2006 dan 2007. Cukup memilukan!

MENGAPA BLACK 14 2008 kembali diraikan?

Tahun 2008 menyaksikan transisi semula emosi rakyat marhaen terhadap perayaan keramat BLACK 14 ini.

DSAI telah pun dibebaskan secara berperundangan dari terlibat dalam politik kepartian dan sebagainya. Malah tanggal 14 April 2008 tersebut adalah tarikh akhir pembebasan DSAI dari hukuman Mahkamah – dihalang berpartisipasi dalam politik nasional.

Selepas 14 April 2008, DSAI sudah boleh bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN. DSAI juga boleh memegang jawatan Presiden PKR atau Pengerusi Pakatan Rakyat secara konvensional selepas tarikh tersebut.

Persoalannya, mengapa BLACK 14 2008 masih diraikan? Masih relevankah keraian tersebut?

Menurut komuniti aktivis BLACK 14, perayaan kali ini dalam wajah yang cukup unik dan berbeza dengan tradisi sebelum ini.

Pertimbangan melancarkan perayaan ini, selain untuk countdown pembebasan politik DSAI; sebenarnya demi meraikan perjuangan, perubahan dan kemenangan rakyat pasca 8 Mac tahun ini.

Sebab itu, tema kali ini cukup progresif – ‘Menghitung Masa Dari BLACK 14 Ke Arah Kemenangan Rakyat!’.

Cita-cita aktivis BLACK 14 hanya satu, perayaan ini diharap dapat menyemarakkan dominasi Pakatan Rakyat yang sebelum ini telah hampir-hampir menafikan 2/3 Parlimen dan menguasai 5 negeri agar membuat satu lagi memonten sebelum masuk ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya kelak.

Untuk melonjak momentom ini, Kampung Baru (di Kelab Sultan Sulaiman) telah dipilih. Kampung Baru dilih sebagai tempat perhimpunan raksasa ini kerana latar belakang sejarahnya yang tidak pernah sunyi dengan sejarah perjuangan anak bangsa Malaysia sebelum ini.

chegubard.blogspot.com

Kampung Baru pernah menyaksikan pra penubuhan PEKEMBAR (kini UMNO) demi menentang Malayan Union yang digagaskan oleh kolonial British.

Kampung Baru juga telah menyaksikan Tragedi Berdarah 13 Mei hasil konspirasi/propaganda kapitalis-kapitalis UMNO/BN pada tahun 1969.

Ketika DSAI dipecat oleh Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, DSAI telah meniupkan gelombang F.E.F.O.R.M.A.S.I dan Kampung Baru adalah antara lokasi bersejarah yang telah menyaksikan peristiwa keramat tersebut.

Dan yang lebih penting, Kampung Baru juga adalah salah satu simbol himpitan kehidupan rakyat di tengah-tengah bangunan-bangunan mencakar langit milik kapitalis UMNO/BN dan sekutu-sekutunya.

BLACK 14 yang dilancarkan tidak lama lagi, bukanlah yang terakhir; tetapi penyuburan semula BLACK 14 sehingga Malaysia kembali demokratik dan rejim zalim terus ditumbangkan di Malaysia ini.

Jangan lupa tarikh keramat 14 April 2008 jam 8.45 malam. Kita bertemu dan beraksi di Kelab Sultan Sulaiman secara penuh sedar dan berani sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan semangat demokrasi negara

Tulisan Zainul ini sebagai 'drumming up' menjelang Himpunan Black 14 2008 di Kampung Baru yang meraikan pembebasan penuh Anwar Ibrahim. Ternyata Anwar tidak tunggu lama dari tarikh itu setahun beliau sudah kembali ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang. Susuk beliau telah berjaya membawa PAKATAN menumbangkan Bn di beberapa siri Pilihanraya Kecil.

Susuk inilah yang kini dibenci dan ditakuti Bn (baca ; pemimpin kianat dan korup). Kini kemudi negara di tangan Najib sebagai antagonis utama dengan menampilkan semula antoagonis lama, Mahathir sebagai penasihat. Kali ini pasti lebih hebat kerana wujud antagonis pembantu yang cukup tamak dan rakus, Rosmah.

Seperti biasa saat mula antagonis baru muncul pasti wajah baik ditunjukkan. Ini untuk melemahkan semangat melawan rakyat agar akur menurut. Sementara menurut pasti protagonis akan diselesaikan sebelum wajah antagonis sebenar dimunculkan.

Jangkaan cheGuBard zaman 'manja' Najib pasti tidak lama sebab ia pemimpin lemah dan naiknya penuh skandal terbeban.

Sasaran Najib sudah tentu memecahkan perpaduan PAKATAN, ketahuilah agen - agen berbayar beliau sudahpun berada dikalangan kita. Kedua selesaikan Anwar secepat mungkin. Menurut sumber dalaman Anwar akan diselesaikan dengan mempercepatkan kes mahkamah dengan semuanya yang pasti mengikut skrip, kehadiran Mahathir amat diperlukan kerana dia penulis skrip dan pengarah Mahakamh terbaik rantau ini. Selepas itu pasti aparat 'keselamatan' negara akan digunakan sepenuhnya untuk melumpuhkan saki baki perlawanan. Maka beraturlah 'kita' menuju negeri yang baru dirampas kuasa itu.

Tika ini ikatan kita makin pecah ada yang mahu terus melawan terang - terangan ada yang akan kata nanti dahulu ambil tempoh tenang tunggu pilihanraya ke 13 sahaja. Selepas dari mula dilakukan kekerasan maka akan pasti pasukan yang menaja 'dealing' ke depan sebab pasukan 'tadah dada' sudah ke dalam. Maka perlawanan dikendurkan, kemudian sedikit demi sedikit akan ramai yang berundur sama ada terbeli atau letih berlawan. Maka itu lah tamatnya skrip episod akhir mengikut tulisan mereka.

Kali ini anak muda perlu berikrar skripnya perlu dirobah. Tempoh selesa antagonis baru jangan diberi lama, dia bukan antagonis lama yang naiknya ditatang dengan harapan cuma dihujung eranya. Antagonis baru naiknya terpalit penuh skandal dan tanda tanya....

Akan ada satu babak dalam episod ini dimana antagonis lama akan sendiri berkrisis dengan pembantu antagonis kerana dua - dua keras kepala dengan mengatakan antagonis baru harus mengikut kehendak mereka.

Ini perlukan peranan pemain - pemain muda yang 'anergetic' dan 'kreatif' sifatnya. Umno kini hanya punya pemain politik tua yang ketinggalan sifatnya, yang muda biologinya tua pemikiranya. Contohnya kenapa juak - juak Umno gila - gila mahukan Najib ambil alih Pm sebelum Pilihanraya kecil baru baru ini... Ini kerana mereka sendiri termakan psywar mereka bahawa Umno lemah hanya kerana Pak Lah dan selepas Pak Lah diganti Umno akan kuat. Sebenarnya tidak tidak Umno memang sudah tua dan melemah bagi anak muda Pak Lah atau Najib tetap sama akan di depani... yang benci dan tak suka Pak Lah ialah orang Umno dan jika Pak Lah ditukar kepada Najib ia hanya beri kesan sedikit kepada Umno bukan rakyat.

Krisis dalaman parti mereka juga makin meruncing, guling mengguling, ADUN mereka tuduh menteri besar mereka mahu bunuh mereka... Ketua Pemuda terasing ke sudut dinding membina parti kononya... antara parti gabungan juga makin terasa...

Semua ini akan menjadi punca antagonis baru akan cepat menunjukkan wajah sebenar. Rakyat seharusnya jangan tunggu lama, perlu terus menyerang sebelum tersangkut tali gantung ke leher masa itu tidak berguna.

cheGuBard pasti ketika 14 April tahun hadapan tidak akan lagi duduk di sini merapu mengetuk komputer riba yang dibeli dengan hutang bulanan ini.

Tahun ini 14 April akan sambut dengan keluarga sahaja...tapi pasti tahun depan ia berbeza....

Monday, April 13, 2009

Bosan dengan projek Bn : Penduduk bakar jentolak

Penduduk beberapa buah kampung di Jelebu merungut dengan masalah banjir sepanjang musim berikutan projek takungan membabitkan Mukim Ulu Teriang, beritahu seorang pekebun Zainal Maakir, 69. Menurutnya, sebelum ini banjir berlaku apabila membabitkan bah besar seperti tahun 1971 atau 1926. Apalagi dengan geografi daerah Jelebu sebagai kawasan paling kering (kurang menerima hujan) di Tenggara Asia, fenomena sekarang dianggap luar biasa. Zainal atau dikenali Tok Busu mengakui, sekarang ini banjir kerap berlaku. Pekebun-pekebun di sepanjang dataran Sungai Teriang mengalami kerugian dengan fenomena banjir ini. "Tanamn kontan seperti pisang, jagung, keledek dan kacang turut dimusnahkan oleh banjir," jelas Tok Busu lagi.

Aktivis UMNO Abdul RazakHarun, 60 juga mengalami kerugian apabila beberapa ekor ayam ternakannya mati akibat banjir, disebabkan tak sempat dipindahkan dari reban. Abdul Razak pesara tentera dari Kampung Jambatan Serong, Ulu Kelawang mengakui lokasi rumahnya berdekatan dengan projek mengorek terowong batu ke Sungai Terip di Kampung Pantai di Seremban. Terowong berkenaan akan disambung ke projek takungan air di Kampung Gagu yang menyebabkan 'Jeram Lesung' turut lupus, beliau memberitahu. Sumber dari Kampung Gagu mengakui dua buah trektor kepunyaan syarikat terbakir dibakar oleh penduduk-penduduk sebagai provokasi kepada langkah Menteri Besar Negeri Dato' Seri Mohamad Hassan berdegil melaksanakan projek tersebut. - sumber prima

Lagi mangsa polis kali ini bukan India


Selalu yang kedengaran orang India jadi mangsa dalam tahanan polis ada juga kaum lain tapi cuma jarang kedengaran.

Kali ini mangsanya seorang lelaki Melayu, Adi Anwar, 23 tahun yang ada bayi kecil.

Semalam Ibu mangsa deraan terbaru iaitu Adi Anwar Mansor, 23, telah membuat aduan terhadap polis yang didakwanya memukul anaknya sewaktu dalam tahanan. Jiknah Harun (foto), 49, mendakwa anaknya telah ditendang di bahagian belakang, dipukul di belakang kepala, dan dibelasan dengan getah air sehingga dia tidak mampu lagi menahan kesakitannya. Jiknah, seorang surirumah, membuat dakwaan tersebut dalam aduan yang dibuatnya di ibupejabat polis Klang. Dalam aduan tersebut, Jiknah juga mempertikaikan dakwaan OCPD Klang, Mohamad Mat Yusof bahawa Adi Anwar mengalami kecederaan ketika bergelut sewaktu dia ditangkap. M

enurut Jiknah, jika betulnya anak itu cedera, mengapa dia tidak terus dibawa ke hospital. Beliau diiringi oleh peguam N Surendran ketika datang membuat aduan polis pagi tadi. Dalam aduannya, Jiknah juga menggesa supaya ditubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat kes tersebut, tanpa campurtangan polis Klang kerana anggotanya didakwa memukul Adi Anwar. Jiknah juga berkata beliau mahu mendapat keadilan untuk anaknya dan tindakan tegas diambil terhadap anggota polis yang didapati bersalah mencederakan anaknya itu. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Jiknah berkata beliau berharap pihak polis akan membebaskan Adi Anwar secepat mungkin supaya dia dapat bertemu dengan anaknya perempuannya yang baru berusia tiga bulan. Adi Anwar ditahan di Jalan Kebun kerana didakwa melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah pada 7 April, tetapi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas didakwa meminum bahan pelarut dan terus tidak sedarkan diri.

Tempoh hari dalam isu Kugan Polis kata punca kematian kerana paru paru berair sedangkan jelas menipu apa kejadah paru - paru berair tetapi badan lebam dan luka teruk.

Gerak diambil tindakan oleh Selangor

Gerak bergerak untuk siapa...? Sedih....

Sehingga kini Gerak masih gagal menjawab cabaran che'GuBard. sila klik sini untuk membaca cabaran terbuka buat Gerak

Khairy bercakap untuk menenangkan penyokongnya atau menyedapkan hati sendiri ?

Amat tidak menjangkakan Khairy yang sudah pun berjumpa Najib ("minta settle") sebelum hari Perhimpunan Agong Umno, tidak dilantik dalam Kabinet. Najib bukanlah yakin dengan Khairy akan jamin 'keselamatanya' dalam jangka masa panjang namun melihat Khairy yang mampu bekerja di bawah lebih berguna dari Mukhriz yang lebih membebankan kerana tidak boleh menyusun akar umbi sebaliknya hanya mahu menunggang 'chai' Najib. Khir Toyo lagi tak boleh diajak 'kauteam' kerana jenayah rasuah terang-terangan nya terlalu banyak.

Namun menurut sumber yang sahih nama Khairy ada sebagai Timbalan Menteri tetapi digugurkan saat akhir sebelum dibawa mengadap Yang Di Pertuan Agong kerana telah ditapis dahulu oleh Mahathir.

Namun sejak saat mula umum Kabinet tak henti - henti Khairy mengeluarkan kenyataan agar semua penyokongnya tenang dan terus sokong kabinet yang dinamakan.

Khairy dalam keadaan amat panik sekarang ini. Lebih lebih lagi dengan peranan besar yang dimainkan oleh Mahathir dalam penyusunan kerajaan Najib. Umum tahu betapa berbukunya Mahathir dengan Khairy.

P.A.C sudah diarahkan membuka semula siasatan terhadap penjualan MV Agusta oleh Proton.

Timbalan Ketua Pemuda Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan dan Ketua Pemuda Batu Sapi, Faizal Ampong dikahbarkan sudah diberkas SPRM. Dua ini ialah orang kuat Khairy dalam kempen saat akhirnya. Sabah menjadi lubuk punca kemenangan Khairy.

Kalau tidak silapnya kali terakhir Ketua Pemuda Umno tidak ada dalam Kabinet ialah Zahid Hamidi dan kemudian dipecat dan jawatanya dipangku oleh Hishamuddin. Adakah sejarah ini akan berulang.....

Ada satu sumber lagi Najib juga dalam seba salah kerana janjinya pada Khairy terganggu kerana kehadiran Mahathir. Najib Khuatir juga Khairy akan mendedahkan 'rahsia' Najib dalam simpananya yang menjadi taruhan 'perjanjian minta sttle' sehingga mengenepikan Mukhriz.....

Cuma tinggal satu lagi peluang Khairy perlu masuk ikut Rosmah, kerana sumber yang sama memetik Rosmah mula lahirkan rasa kurang senang apabila Mahathir mula 'berlagak' sebagai Penasihat Najib. Rosmah mahu menguasai Najib sepenuhnya, adakah mungkin selepas ini pertembungan Rosmah dan Mahathir akan mewarnai politik tanahair....?

Ia terpulang kepada Khairy kini mahu terus tunggu atau bertindak ikut dua pilihan yang ada ?

Keadaan masih 'fragile' ....MCA masih belum berpuas hati isu kuota dan menanti respon Najib untuk permintaan TPM 2 untuk orang cina....MIC jelas menyatakan tidak puas hati dengan jumlah kerusi Kabinet yang diperolehi...Gerakan pula menghukum kekalahan Umno di Bukit Gantang dengan menuntut kembali kerusi tersebut yang pernah dimenangi Gerakan dan hari ini secara terang Gerakan menyatakan tidak setuju dengan kenyataan TPM. sila klik sini untuk baca

Berita pemecah : Seorang bekas Ahli Parlimen Wilayah ditahan SPRM

Seorang bekas Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahmanditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kes penipuan.

Ahli politik veteran itu yang ditahan di ibu negara pukul 8.30 malam tadi, dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Dia kemungkinan dikenakan dua tuduhan.

Bekas ketua bahagian Umno itu dilaporkan akan didakwa esok di Mahkamah Majistret berhubung pengisytiharan palsu pada 1996. memetik sumber melaporkan, bekas wakil rakyat berkenaan dijangka didakwa di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 199 Kanun Keseksaan.

Ahli politik itu dikatakan telah mula disiasat sejak lebih setahun lalu dan mempunyai dua kad pengenalan, yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta dan memperoleh pinjaman bank.

SPRM telah membuka semula kertas siasatan walaupun sebelum ini menemui jalan buntu ekoran ketiadaan bukti mencukupi.

Apa kata 'ekstrimis' melayu dengan pemansuhan MECD ?

Umno sering berselindung dengan 'front base' mereka yang kononya ekstrimis atau ultra Melayu sifatnya. Namun dibawah Najib yang baru sangat memegang tampuk ini sudah mula kedengaran mengenai tawaran jawatan Timbalan Menteri Kedua kepada orang cina (kuota MCA)....isu ini digunakan sepenuhnya dalam kempen Pilihanraya Kecil di dua bukit baru baru ini.

Kemudian sedar atau tidak kabinet yang terbesar di bawah Najib ini juga sudah memansuhkan sebuah kementerian yang kononya ditubuhkan dengan semangat membela bumiputera iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Kementerian yang terkandung MARA, LPKP dan PKK telah dimansuhkan.

Sekarang ini apa kata 'front base' ekstrimis perkauman Umno ?

Urusan Mara dan Koperasi diletakkan dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa yang Timbalan Menterinya anak Mahathir ? Apakah Melayu selepas ini akan dikaburi dengan usahawan antarabangsa glokal dan global ? Bukankah tumpuan seharusnya membina Industri Kecil dan Kecil sederhana seharusnya mendapat tumpuan....

PKK dilihat ada kewajaranya dilekapkan terus di bawah JKR tetapi kenapa pula LPKP diletakkan dibawah JPM bukan Kementerian Pengangkutan...?

Mari kita ketawa dengan propaganda kabinet Najib kecil

Selepas dari pengumuman oleh Najib mengenai barisan kabinetnya maka juak-juaknya sibuk memukul propaganda mungkin tak tahu apa nak cakap lagi mana dikatakanlah Kabinet Najib ini kecil, comel dan bakal bertindak efisyen.

Haha... mari kita ketawa dengan propaganda bohong ini. Dibawah ini faktanya ;

Kabinet Abdullah Badawi saiznya 67 (32 menteri dan 35 timbalan menteri).

Kabinet Mahathir tahun 1999 saiznya 54 (27 menteri dan 27 timbalan menteri).

Kabinet Najib Razak bagaimana pula? Saiznya 68! (28 menteri dan 40 timbalan menteri).

Ertinya, walaupun dikurangkan sedikit bilangan menteri penuh sebanyak 4 saja, bilangan timbalan menteri naik sebanyak 5!

Dan dengan itu, saiz kabinet yang diwar-warkan akan dikecilkan, kononnya, adalah satu penipuan besar terhadap rakyat Malaysia. Malah, kabinet Najib adalah kabinet yang memegang rekod sebagai kabinet yang TERBESAR sekali dalam sejarah Malaysia.

Negara-negara dengan bilangan penduduk yang dua atau tiga kali ganda penduduk daripada Malaysia pun ada yang saiz kabinetnya lagi kecil daripada kabinet menteri negara kita. Bayangkanlah.

Mengikut satu kajian sains mengenai saiz kabinet yang paling efisyen, apa-apa kabinet yang lebih besar dari 20 menteri sudah kira semakin kurang efisyen (the "20-person rule" -- hukum 20 orang).

Najib sudah jauh melangkau nombor 20 itu (sudah kurang efisyen), dan lebih daripada itu menambahkan lagi bilangan timbalan menteri dengan mengisi jawatan-jawatan ini dengan orang-orang politik yang tidak semestinya layak atas merit atau kebolehan semata-matta:

-- golongan ahli politik dari Sabah ditambah ramai (kerana bimbang mereka akan menarik balik sokongan mereka kepada Barisan);

-- memberi 4 jawatan menteri kepada MCA yang kalah teruk dalam pilihanraya 2008, sama seperti bilangan jawatan menteri tahun 2004 di mana MCA menang besar;

-- Najib melantik orang politik yang telah kalah teruk dalam pilihanraya umum (iaitu orang-orang yang tidak diiktiraf oleh rakyat): Koh Tsu Koon dari Gerakan (parti yang hancur kalah ranap di pilihanraya 2008), Shahrizat Jalil,
Chew Mei Fun dan Awang Adek Hussin. Semuanya ditolak rakyat masa pilihanraya.

Ramai daripada menteri kabinet adalah sisa-sisa dari rejim Mahathir dan Abdullah Badawi juga.

Jadi, macam manaboleh tergamak nak sebut kabinet Najib ini "menarik"?

-ada fakta yang 'diculik' dari email teman dan pembaca blog, maaf dan terima kasih.

Friday, April 10, 2009

Keadilan Rembau bina rumah baru warga emas




KOTA - Kehidupan seorang warga emas, Manap Rasul akhirnya berubah, apabila kediaman usangnya digantikan dengan sebuah rumah baru yang jauh lebih selesa di. Kampun Selemak, Kota, Rembau.


Kisah kehidupan Manap Rasul yang tinggal seorang diri di rumah usang tanpa kemudahan asas pernah dilaporkan oleh Akhbar Sinar Harian.


Prihatin dengan nasib Manap, Keadilan Bahagian Rembau telah membina sebuah rumah yang agak selesa hasil sumbangan orang ramai yang ikhlas membantu.


Ketua Keadilan Bahagian Rembau, Badrul Hisham Shahrin berkata, rumah yang telah siap dibina lebih sebulan yang lalu merupakan hasil bantuan banyak pihak termasuk daripada Tabung Jejak Faqir Keadilan Bahagian Rembau.


Menurutnya, kedaifan hidup warga emas ini perlu dibantu memandangkan keadannya yang uzur ditambah pula keadaan rumahnya yang daif, hanya mengharapkan bantuan jiran-jiran termasuk keperluan makanan harian.


“Melihatkan keadaanya itu, Keadilan Bahagian Rembau mengambil keputusan untuk membina kediaman baru untuknya agar kehidupannya menjadi lebih baik.”


“Biarpun tak seberapa, dibina dengan kos RM 6,000, rumah yang dibina hasil sumbangan orang ramai ini begitu besar ertinya dalam membantu golongan yang benar-benar memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Rumah Warga Tua dan Miskin serta Penyampaian Zakat Bantuan di Kampung Selemak, Kota, Rembau.


Selain dari sumbangan individu projek ini juga menerima sumbangan dari Yayasan Aman iaitu berjumlah RM1800.00


Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat berkata, setakat ini keperluan asas dan air sudah disediakan, cuma menunggu waktu terdekat bagi dibekalkan dengan keperluan elektrik ke rumah tersebut. Dalam pada itu, 13 orang fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Saleh serta ADUN Sijangkang YB Dr. Ahmad Yunus Hairi yang telah sudi hadir dalam majlis itu.


Majlis itu juga telah diceriakan dengan persembahan teh tarik oleh bekas juara teh tarik F&N tahun 2004, S. Musliadi Sabtu yang juga merangkap Naib Ketua AMK Rembau.


Sementara itu, Manab Rasul ketika ditemui, mengucapkan rasa kesyukuran di atas sumbangan membina kediaman yang cukup selesa untuk dirinya berteduh.


“ Terima kasih di atas jasa baik Parti Keadilan Rakyat Rembau membina rumah ini dan saya benar-benar terharu dengan bantuan yang diberikan,” katanya sambil menitiskan air mata.


Projek seterusnya ialah membaiki rumah orang miskin berbangsa India di DUN Paroi bawah Parlimen Rembau, projek ini dijayakan oleh Unit Amal Rembau dengan sokongan Pusat Khidmat Rakyat Rembau (KEADILAN). Untuk menyumbang sila klik sini.

- tulisan Norazizi Aziz

Hina Islam ? : surat Tuan Guru Nik Aziz kepada Nga Kor Meng

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Thursday, April 09, 2009

Azilah dan Sirul digantung

Hari ini keputusan Azilah dan Sirul digantung persoalanya :

  • Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.
  • Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?
  • Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imegresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?
  • Mengikut penulis dari Peranchis dia mengakatan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?
  • Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepnajang keluar dan masuk mahkamah ?

sambung esok....

Majlis menamakan kabinet dalam suasana berkabung

Ucapan terakhir cheGuBard malam sebelum Pilihanraya Kecil baru ini dihadapan lebih 10,000 orang di depan Bilik Gerakan AMK Kedah dengan jelas menekankan betapa anak muda berikrar untuk menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri terakhir dari Umno.
Hari ini Najib telah mengadakan majlis menamakan menteri kebinet dalan keadaan penuh kemurungan dan kemelut.
Pertama majlis itu diadakan dalam keadaan Bn masih menahan luka - luka pedih pertempuran dan kekalahan di dua bukit yang jelas digunakan oleh rakyat sebagai referendum terhadap Najib. Bn telah menggunakan semua keupayaan mereka termasuk taktik penipuan yang perbagai namun oleh kerana gelombang penolakan yang besar maka Bn telah kalah.
Kedua najib telah menamakan kabinet dalam keadaan protes dari perbagai pihak dalaman Bn juga. Pertama kekalahan di Bukit Selambau ibarat luka tercurah garam apabila Gerakan menyambut kekalahan Umno dengan menuntut semula kerusi tersebut diserahkan kepada mereka. sila klik sini untuk membaca lanjut.
Keduanya Mca telah menyatakan secara terbuka tidak berpuas hati dengan bilangan dan jumlah kerusi dalam kabionet yang disediakan untuk Mca. sila klik sini untuk membaca lanjut. Ini pasti membebankan Najib lebih - lebih lagi penolakan terhadap najib cukup tinggi dikalangan masyarakat Cina dan jika Mca tidak membantunya maka imejnya akan bertambah teruk.
Kehadiran Mahathir saat akhir pilihanraya telah jelas tidak membantu lansung Bn dalam usaha meraih kembali undi yang hilang. Namun ketakutan Najib terhadap Mahathir mungkin kuat setelah mempelajari sejarah Abdullah yang menjadi amat - amat tidak porpular kerana serangan Mahathir yang amat teruk. Ketakutan ini telah menyebabkan Najib menjemput Mahathir sebagai Penasihat kabinetnya. Maka tidak pelik melihat Khairy tidak ada dalam senarai kabinet. Amat - amat janggal apabila melihat Ketua Wanita mendapat tempat begitu juga Ketua Puteri, malah Mukhriz yang kalah bersaing dalam parti juga mendapat tempat dan Timbalan Khairy, Razali Ibrahim juga begitu, namun tidak Khairy.
Nampaknya jika ini 'trendnya' maka sudah tentu Khairy mendepani jalan sukar dan mungkinkah suku sakat Abdullah akan berdepan tindakan 'perang rasuah' Najib ? Mungkinkah kerana marahnya Mahathir kepada Abdullah maka Mahathir akan menasihatkan najib untuk membenarkan SPRM dan agensi seumpamanya menyiasat keluarga Abdullah yang cukup bermewah sebelum ini, Mahathir tentu berhujah rakyat akan lebih yakin dengan najib jika mereka mereka itu diambil tindakan sedangkan niat utama Mahathir ialah membalas dendam terhadap Abdullah.
Najib yang kita sedari dari awal amat kurang sifat kepimpinan dalam krisisnya. Sebagai contoh Najib berada di kem KuLi pada ketika KuLi menentang Mahathir namun Najib takut 'declare'. Perkara ini dikesan oleh Anwar yang kesian melihat Najib berada di tengah/atas pagar tidak tahu mengambil sikap dan keputusan, lalu menawarkan Najib Kerusi Ketua Pemuda lantas Najib meninggalkan KuLi untuk bersama Mahathir demi Ketua Pemuda yang dijanjikan.
Maka sudah tentu Najib akan mudah di kawal Mahathir yang akan mengembalikan semula polisi projek mega dan penggunaan akta zalim menekan rakyat.
Keputusan membebaskan 13 tahanan ISA dan mengembalikan permit Harakah serta Suara keadilan sebenarnya hanya untuk mengaburi mata rakyat. Menang ini menjadi amalam semua PM yang baru naik di Malaysia. Yang terakhir bukankah ketika Abdullah naik dia juga membebaskan beberapa orang tahanan ISA dan ketika zamannya dia juga menangkap ramai lagi dari jumlah yang dibebaskan.
Bebas Altantuya yang menghantui Najib tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Hampir 19 media seluruh dunia telah menulis artikel mengaitkan najib dengan pembunuhan Altantuya. Najib boleh sahaja menyaman semua media ini dan menuntut mereka memohon maaf namun itu gagal dilakukan sehingga kini.
Kepada anak muda Malaysia ayuh teruskan kebangkitan....jadikan najib PM terakhir dari Umno

Rakyat telah buat pilihan tolak Pm baru dan

Dengan segala tekanan yang diberikan dan penggunaan jentera aparat kerajaan pusta yang melampau jujur dikatakan kemenangan sukar diramal lebih - lebih lagi untuk memperoleh majoriti yang tinggi.

Namun sejak dari awal Pilihanraya Kecil ini telah disebut bakal menjadi medan referendum rakyat terhadap 2 perkara besar iaitu untuk melihat repon penerimaan rakyat terhadap PM yang baru dan Kerajaan Haram Bn Perak.

Jelas rakyat telah bangkit dengan berani menyatakan pendapat menolak Pm baru dan Kerajaan haram Bn Perak.

Hasrat cakap - cakap pemimpin Bn kononya untuk menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Pm baru jelas kempunan.

berikut ialah kenyataan Anwar Ibrahim "Syabas saya ucapkan kepada pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sokongan yang anda berikan menjadi bukti kekuatan rakyat untuk berani berhadapan dengan kekuasaan. Undi yang telah anda berikan untuk Pakatan Rakyat menjadi saksi akan kemahuan yang kuat menuntut Perubahan.

Tahniah saya ucapkan kepada para calon dan petugas Pakatan Rakyat kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan hari ini.Kemantapan kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat, Pas dan Dap semakin hari semakin utuh.

Kemenangan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta sokongan pengundi Batang Ai membuktikan rakyat masih yakin terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui perjuangan menuntut Perubahan bagi mencipta Malaysia Baru yang adil dan saksama. Hari ini rakyat menghantar mesej yang jelas. Mereka mahukan Perubahan yang nyata, bukan sekadar janji politik untuk terus kekal berkuasa.

Kemenangan Dato’ Seri Nizar di Bukit Gantang merupakan satu referendum agar dikembalikan Kerajaan Perak yang sah. Rakyat menuntut agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh Negeri Perak.

Kepada pendukung Pakatan Rakyat di Batang Ai, kita berhasil mengungkapkan isu tanah adat dan peminggiran rakyat yang terjadi di Sarawak. Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan terus berjuang membawa Perubahan kepada rakyat Negeri Sarawak.Sekali lagi kewibawaan proses pilihanraya menjadi pertikaian. Pengiraan awal yang tidak dilakukan di tempat pembuangan undi serta penggunaa helikopter untuk mengangkut membuka ruang kepadapenipuan. Ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras membawa Perubahan, bukan sahaja di Batang Ai, tetapi juga di segenap pelusuk tanah air.

Walaupun berulang kali berhadapan dengan kekerasan, fitnah dan ugutan penguasa, ianya tidak akan menghambat kami dari menunaikan janji yang telah diberikan. Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan berusaha melaksanakan agenda serta dasar untuk membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang telah diberikan rakyat ini. Saya menyeru rakyat Malaysia untuk tetap bersama-sama dengan agenda Perubahan dan PakatanRakyat.
Sudah tiba masanya kita meniup nafas segar kepada demokrasi dan memperkukuhkan kembali kedaulatan undang-undang di negara ini."

Tuesday, April 07, 2009

Rasmi : Niat Bn untuk hadiah 2 bukit pada Najib tak kesampaian

Hajat Bn untuk hadiahkan 2 Bukit pada Perdana menteri barunya tak kesampaian.

9.30 malam :

Bukit Gantang OFFICIAL RESULTS
Mohd Jamaluddin Nizar (PAS) 21,860
Ismail Saffian (BN-Umno) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Ind) 62
Majority - 2,789 (In 2008, the majority was 1,566)

KEADILAN menang di Bukit Selambau dengan majoriti sebanyak 2396

Terima kasih kepada semua ... che'GuBard dan pasukan akan 'offline' ...jumpa lagi esok...

sebentar lagi akan bergerak meninggalkan Bilik Gerakan (YAYASAN AMAN) di Sg. Lalang menuju Kuala Lumpur.

Keputusan setakat 8.20mlm

Bukit Gantang : PAS 16,316, BN 14,061, Independent 40. Majority 2,255. (still counting - 64% done)

Bukit Selambau : PKR's Manikumar is headed for a big victory. With 17 polling stations counted, he has 2,311 votes. There are only five more centres to go.

Batang Ai : Official - BN's Malcolm Mussem Lamoh (3,907 votes) has beaten PKR's Jawah Gerang (2,053). The majority is 1,854.

Keputusan tak rasmi 2 Bukit milik Pakatan Rakyat

7.00 malam - Keputusan tidak rasmi.

Di Bukit Gantang ir. Nizar sedang mendahului. Keputusan tak rasmi Keputusan tidak rasmi sehingga jam 6.55 petang seperti yang dilaporkan oleh petugas di pusat pengiraan undi adalah; PAS 7,294, BN 4,670, Independent 17. Majority 2,624

Di Bukit Selambau kiraan tak rasmi Manikumar mendahuli 700 undi.

Di Batang Ai, Bn sedang mendahului. Dijangka Bn menang dengan majoriti lebih 1000 undi.

Topeng Altantuya dirampas, pondok panas PR ditembak

Di Bukit Gantang, semalam Polis telah merampas beribu topeng Altantuya yang sepatutnya di edar untuk kegunaan pondok panas. Seorang peniaga yang dikenali sebagai Along yang berasal dari Negeri Sembilan ditahan bersama topeng tersebut. Beliau telah disoal siasat selama 5 jam. Beliau telah menghubungi che'GuBard dan arahannya jelas terus sahaja kata che'GuBard yang buat topeng itu.

Along dibebaskan dengan jaminan polis kemudianya memberitahu polis mengatakan dia ditahan di bawah akta pilihanraya kerana kononya bersalah, berkempen secara tidak sah kerana Altantuya tidak bertanding pilihanraya.

Mula malam semalam seperti dilaporkan terlalu banyak bas pelik kelihatan di kawasan mengundi Bukit Selambau.

Amat terkejut termasuk dari Rembau yang kononnya datang untuk melancong ....apa yang nak mereka melawat di Bukit Selambau lebih - lebih lagi hari Selasa...

sila klik sini untuk membaca lanjut mengenai rombongan dari Rembau.

di Bukit Gantang pula aksi mengejutkan dari FRU apabila pondok panas Pakatan ditembak

Monday, April 06, 2009

Umno berkelakuan lucah


aksi pemuda Umno ketika penamaan Calon


Sikap biadap pimpinan Barisan Nasional dan Pemuda Umno semakin terdesak apabila saat saat akhir hari pengundian hanya tinggal 5 jam lagi.

Bukit Gantang-pemuda Umno dan Barisan Nasional bertindak melondehkan salah seorang petugas serikandi ketika mereka sedang mengedarkan risalah di sekitar Parlimen Bukit Gantang daerah simpang.

Ketua Serikandi Pusat, Siti Aisyah tela dihubungi untuk respons beliau dan ketika ini beliau masih di Ibu Pejabat Polis Daerah Simpang untuk memebuat laporan.

Hal ini juga telah sampai ke pengetahuan Ketua Wanita Keadilan Pusat YB Zuraida Kamaruddin untuk di ambil tindakan. Tindakan tidak bermoral pihak Barisan Nasional di lihat semakin biadap menjelang saat saat akhir dan mereka seolah terdesak apabila peluang kemenangan semakin tipis bagi pilihan raya kecil Bukit selambau.

Sebelum ini Aisyah memberitahu mereka cuba menakut nakutkan jentera serikandi dengan mengekori pergerakan mereka dan pernah sekali mereka meninggalkan nota di kenderaan serikandi berkenaan. Dua laporan polis telah di buat dan setakat ini tiada tindakan di ambil.

Penjelasan isu UITM

Laporan Polis Calon Bn menipu

Ini ada satu laporan polis (klik imej untuk membaca dengan lebih jelas) yang mengaitkan calon Bn Bukit Selambau dengan penipuan.

Mereka menyerang Manikumar Calon Pakatan Rakyat kononya dia seorang yang terlalu mentah dan tidak berpengalaman. Ya memang dia tidak punya pengalaman tetapi sanggup belajar dan paling penting dia tak punya pengalaman menipu, rasuah dan menganiaya orang.

Polis terus jadi anjing Bn

Telah dikesan di beberapa balai polis, bas - bas PDRM digunakan untuk mebawa penumpang - penumpang yang terdiri dari orang - orang biasa (bukan polis). Ini dipastikan melalui penampilan mereka ada ramai yang gemuk, berambut panjang termasuk makcik-makcik.

Bas-bas yang penuh ini dikesan menurunkan penumpang di beberapa buah balai, orang yang turun ditempatkan didalam khemah. Melalui maklumat risik pula mengatakan merekalah pengundi hantu yang akan mengundi di Bukit Selambau. Jika ini benar maka sahlah PDRM sudah benar - benar seronok jadi anjing Bn.

Dalam perkembangan yang lain pula seorang penjual barangan cenderahati PAKATAN RAKYAT yang dikenali sebagai Along telah ditahan polis kerana menjual topeng. Ketika dihubungi sebentar tadi dia berada di Balai Polis Bukit Gantang. Sebanyak hanpir seribu topeng Altantuya telah dirampas.

Nampaknya ketakutan Najib dan Bn makin kuat tetapi yang dikesali PDRM jadi anjing!!


Rakyat Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai perlu hakimi Najib

Sah Najib takut dengan cabaran untuk saman Akhbar yang kaitkan dia dengan pembunuhan Altantuya. Maka tidak salah rakyat punya persepsi menmang dia terlibat dalam pembunuhan untuk menutup rasuah/komisyen pembelian senjata sehingga rm500juta.

SUNGAI LALANG, 5 April (Hrkh) - Esok merupakan hari terakhir bagi Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membersihkan namanya dari kaitan kes Altantuya Shariibu sebelum berdepan 'hukuman' oleh para pengundi bagi Pilihan Raya Kecil di tiga tempat iaitu Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7 April ini.

"Di mana esok adalah hari terakhir dia (Najib) boleh bertindak sekurang-kurangnya menyatakan saman kepada akhbar Liberation di Perancis untuk memohon maaf di atas laporan oleh akhbar tersebut," demikian ditegaskan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shahrin pada sidang media parti itu di Yayasan Aman, di sini hari ini.

Sikap berdiam diri Najib katanya, menunjukkan seolah-olah beliau akur dengan laporan akhbar tersebut.

Jelas Badrul lagi, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah mengemukakan saman terhadap akhbar di London kerana mengaitkan PAS dengan rangkaian Al-Qaeda di Asia Tenggara dan PAS menang dalam pendakwaan itu manakala akhbar berkenaan turut mohon maaf.

Ujar beliau, begitu juga saman fitnah yang dikemukakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar terhadap sebuah akhbar tempatan di mana Mahfuz turut memenangi kes itu.

"Jadi ini perlu diikuti oleh PM, jika tidak pengundi-pengundi di tiga tempat ini boleh meletakkan penghakiman terhadap PM yang gagal menjawab isu tersebut," tegasnya.

Sunday, April 05, 2009

BN ular banyak kepala....


contoh Risalah Bn yang menyatakan cina perlu sokong BN untuk TPM orang cina dan paling melampau ialah risalah MCA tulis Budha suruh sokong Najib Bn sebab Najib pro orang cina...dalam masa yang sama tertera di banyak tempat banner menghina antaranya berbunyi "Pengundi Cina suka PAS senang jadi tunggangan mereka"


SUNGAI LALANG, 5 April (Hrkh) - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Low Chee Chong menyelar kempen MCA pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Dun Bukit Selambau yang disifatkan beliau menggunakan taktik kotor dan bohong.

Menjelaskan kepada media, beliau merujuk kepada risalah kempen berbahasa Cina yang diedarkan MCA kepada pengundi Dun Bukit Selambau di mana MCA mengakui kesalahan Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu dan merayu peluang dari rakyat untuk memberikan peluang kepada mereka melakukan perubahan.

Pada masa sama dakwa beliau, MCA turut mengedarkan risalah berbahasa Cina mengenai geran tanah di Kedah yang mengandungi maklumat bohong.

Dalam kandungan risalah itu terangnya, MCA mempertikaikan Kerajaan Pakatan Rakyat berhubung perbezaan tahun pemilikan tanah bagi Kampung Melayu dan Kampung Cina.

Katanya, kandungan risalah itu jelas satu penipuan besar MCA kerana di Kedah pembahagian tanah perkampungan tidak dibuat berdasarkan kaum sebaliknya dikategorikan kepada tanah luar bandar dan tanah bandar.

Beliau turut menjawab pertikaian MCA dalam risalah tersebut mengenai pemilikan tanah sejak tahun 1950-an kerana ketika itu yang menjadi kerajaan ialah BN.

Katanya, Pakatan Rakyat walaupun baru menjadi kerajaan sejak setahun lalu tetapi telah berjaya menyelesaikan isu geran pemilikan tanah di Kedah.

"Mereka kata nak jujur, mereka mengakui kesalahan, tetapi mereka masih menggunakan taktik yang kotor, taktik bohong," kritik beliau pada sidang media di Yayasan Aman hari ini.

Menterjemahkan risalah berbahasa Cina yang bermaksud, 'Anwar: Depan Boleh, Belakang Pun Boleh', Low menyifatkan MCA masih lagi tidak mengambil pelajaran dari PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu kerana masih mengedarkan risalah tersebut di Bukit Selambau.

Sementara itu, Ahli MPT KeADILan, Badrul Hisham Shahrin dalam sidang media sama menjelaskan, sehingga ini sokongan pengundi bukan Melayu di Bukit Selambau berada di tahap agak selesa.

Namun katanya, KeADILan sedang memberi fokus kepada pengundi Melayu melalui penyebaran maklumat berterusan.

Ini kerana katanya, BN sedang mempergiatkan dan memainkan isu perkauman di kawasan pengundi Cina dengan mengedarkan risalah yang menyatakan bahawa BN perlu menang untuk MCA meminta BN mewujudkan kerusi kedua bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tegas beliau, kempen tersebut jelas bersifat perkauman kerana risalah tersebut tidak wujud di kawasan pengundi Melayu dan BN terus menggunakan nada kempen berbeza mengikut kaum di sesuatu lokasi.

Bn juga goyang di Batang Ai


SIMPANG, 5 April : "Jika peti undi dibawa dengan bot sekalipun, kami kaum Dayak tetap akan ikut beramai-ramai! Saya katakan kepada mereka, saya bimbang jika peti undi dibawa dengan helikopter," seloroh Badrul Hisham Shahrin yang juga dikenali sebagai Che'gu Bard ketika mengulas berkenaan situasi terkini di Batang Ai.
sila klik sini untuk membaca lanjut.

Saturday, April 04, 2009

Ezam hina calon 'gelap'

SUNGAI PETANI, 4 April (SK): BEKAS pimpinan Muda KeADILan, Ezam Mohd Nor diselar kerana dianggap menghina kaum India yang berkulit gelap ketika menyampaikan ceramah sempena kempen pilihanraya di Sungai Lalang, Bukit Selambau baru-baru ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih di kenali dengan nama che'GuBard berkata Ezam tidak seharusnya menggunakan sentimen perkauman yang diamalkan oleh Umno/BN untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Ezam cuba menghina Anwar yang didakwa memilih calon Pakatan dari keturunan yang berkulit gelap sedangkan beliau sendiri tidak menyedari bahawa calon BN juga dari keturunan India,” kata che'GuBard

Menurut Bard, sentimen perkauman yang sering digunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN yang telah cuba dikikis tetapi cuba dihidupkan kembali oleh Ezam yang telah ketandusan idea dalam ceramah-ceramah beliau.

“Dia (Ezam) pergi ketempat orang melayu, mereka akan mengutuk bangsa lain, bila pergi kepada bangsa lain mereka tidak segan silu memperlekeh kaum mereka sendiri. Ini yang dilakukan Ezam sekarang.

“Kami dari barisan Pakatan rakyat dari peringkat ahli hingga keperingkat tertinggi ingin mengingatkan Ezam dan pemimpin-pemimpin BN supaya jangan sekali-kali menghina mana-mana bangsa dan keturunan pun kerana mereka adalah rakyat negara ini yang sah dan diperakui oleh perlembagaan.

“Ezam, Umno dan BN jangan cuba mengeruhkan perpaduan kaum di negara ini semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata,” ujar Bard.

Menyentuh mengenai kelibat Ezam yang seringkali kelihatan bila berlaku pilihanraya kecil, che'GuBard Berkata Ezam hanya dijadikan alat oleh pemimpin Umno.

“Ezam tidak mempunyai apa-apa nilai tambah kepada BN serta tidak menjejaskan Pakatan Rakyat sedikti pun, ceramah beliau hanya dihadiri petugas-petugas BN sahaja, buktinya dalam dua pilihanraya di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dimana Ezam diberi aksi untuk beraksi namun kehebatannya sudah tiada kerana tembelang perjuangannya sudah diketahui rakyat.

“Dulu gah kerana katanya dia mahu bersihkan Umno dari rasuah dan penyelewengan kuasa tapi tengoklah apa Ezam buat ketika berlaku rasuah p[olitik dan politik wang berlaku dalam pemilihan Umno dulu. Janganlah berselindung Ezam, hentikan retorik politik kamu,” sindir Bard.

Forum Khas PRK : Bn makin cemas !


TV antara, sebuah stesen Tv internet telah mengadakan satu rancangan forum khas selama 1 jam, membincangkan mengenai PRK di 3 kawasan.

Berikut ialah rakaman forum yang diadakan pada 3 APR- PRK Bkt Selambau: BN Dalam Kecemasan

Rakaman Anjung Minda Khas Ke-2 ini, menampilkan ahli panel:

1) YB Saifuddin Nasution Ismail (Pengarah Strategi PKR)

2) YB Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita KeADILan)

3) Badrul Hisham Shahrin (Ahli MPT KeADILan)


sila klik sini untuk melihat rakaman video penuh.

Buat pengundi Batang Ai


z
Orang Asal ... oh-oh Orang Asal,
Mengapa nangis, matamu bengkak,
Aduh Papa, aduh lah mama, )
Hak Orang Asal, semakin ditindas.).. 2 X

Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua, wahai Orang Asal )
Mari berjuang, pertahan hak kita.).. 2 X

Orang Asal ... oh-oh ... Orang Asal,
Mengapa nangis, matamu bengkak,
Aduh aru, aduhlah aki,)
Adat kami kini hampir hilang.) 2 X

Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua, wahai Orang Asal)
Mari berjuang, tahan adat kita.).. 2 X

dd

m

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga bekas Presiden PBDS, Datuk Daniel Tajeim menyeru pengundi-pengundi Batang Ai untuk memberikan undi mereka kepada calon PKR Jawah anak Gerang.

Tajem, merupakan seroang tokoh berpengaruh yang kini melobi untuk Jawah, calon PKR untuk pilihanraya kecil Batang Ai 7 April ini.

Tajeim yang menghadiri simposium yang dihadiri oleh hampir 150 pemimpin-pemimpin masyarakat kaum Dayak di Sibu baru-baru ini untuk membincangkan pelbagai masalah rakyat di negeri itu yang berpunca dari penyalah-gunaan kuasa oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Antara isu yang dibincangkan ialah tindakan kerajaan BN yang terus merampas tanah pusaka rakyat, kemiskinan tegas di bandar dan luarbandar serta kuasa ekonomi dan politik kaum Dayak yang semakin terhakis.

Tajeim menyatakan masa sudah tiba untuk menamatkan pemerintahan BN di bawah pimpinan Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata rasa tidak puashati terhadap Taib Mahmud bukan sahaja menebal di kalangan masyarakat Dayak sahaja, malah kaum lain juga termasuklah yang berbangsa Melayu dan kaum Cina.

Friday, April 03, 2009

Komponen BN Kedah mungkin bubar ?

Seramai 2000 bekas ahli People’s Progressive Party (PPP) cawangan Bukit Selambau akan menyerahkan borang keahlian Kepada KeADILan dan seterusnya menutup sebelas bahagian cawangannya di sini.Kesemua borang keahlian ini akan diserahkan kepada Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah beliau di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang, Sungai Petani pada jam 8 malam esok.Acara meriah ini dijangakan akan menyemarakkan semangat penyokong dan pengundi atas pagar serta menawan kembali 1,600 kertas undi yang rosak pada pilihanraya ke-12 tahun lalu akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.
“Mereka harus menyatakan sokongan kepada Pekatan Rakyat jika mahu suara mereka didengar di Dewan Undangan Negeri Kedah ini dan tindakan bijak untuk memihak kepada Pakatan Rakyat kerana negeri ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat,” kata Pengarah Pilihanraya Dun N25 Bukit Selambau Saiful Izham Ramli kepada Suara Keadilan.
“Sokongan tidak berbelah bagi oleh pengundi dan keahlian baru KeADILan di Bukit Selambau ini akan meningkat peratusan yang baik dan menggalakan kepada Pakatan Raykat,” kata Saiful lagi.“Slogan yang dibawa BN ‘Mohon Restu Rakyat’ telah dijadikan bahan tertawa penduduk Bukit Selambau bila isu kes pembunuhan wanita Monggolia dan rasuah politik wang sesama mereka seperti kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno dan kekalahan Mukhris Mahathir dalam pemilihan majlis tertinggi Umno akibat politik wang dan ketidaktelusan pemimpin BN dalam menangani rasuah,” jelas Saiful.
“Rakyat Bukit Selambau kini tadak boleh dipermainkan dengan sentimen untuk merestui segala permainan kotor BN yang semata-mata mahukan kemenangan namun tidak akan mendengar kesusahan rakyat di sini,” tambah beliau lagi.Menurut Saiful, peratusan peyokong Pakatan Rakyat telah meningkat dengan mendadak bila ramaipemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat iaitu, Anwar Ibrahim, Mursyidul Am Pas Nik Aziz dan Penasihat Dap Lim Kit Siang datang berceramah di kawasan Bukit Selambau.“Jadual ceramah di adakan pada setiap malam di merata-rata tempat dalam kawasan Bukit Selambau dengan mengundang ahli pimpinan atasan Pakatan Rakyat termasuk Persiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar,” kata Saiful.

penjelasan bahan serangan saat akhir Bn

Awal pagi 2 April yang lalu sebaik sahaj selepas habis program ceramah di bukit Gantang, cheGuBard dihubungi seseorang yang hanya mahu dikenali sebagai orang BTN yang mendesak untuk bertemu sebentar.
Maka kira - kira jam 1.45 pagi tersebut cheGuBard mengadakan pertemuan dengan seorang 'orang BTN' yang terlibat dalam operasi BTN dalam pilihanraya kecil kali ini. Pertemuan yang diadakan di luar kawasan pilihanraya itu diadakan secara sulit.Pertemuan begi menyalurkan makluman modus operandi BTN kali ini dan mendedahkan 3 butir peluru terakhir untuk memenangkan calon Bn.Malam ini atau esok akan ditulis. Satu kes libatkan 'pencerobohan peribadi', satu lagi libatkan fitnah rumah tangga dan satu lagi mungkin bekas pemimpin akan ditahan.
Taktik satu akan dikeluarkan secara tersusun satu kononya pendedahan mengenai seorang guru wanita yang seakan berketurunan mamak bernama Munisah. perempuan ini akan dikhabarkan mempunyai hubungan sulit dengan Ir. Nizar. Ini untuk menghancurkan imej Ir. Nizar yang semakin meningkat. Menurut pemberi maklumat mereka tak dapat tahan penerimaan dan penghormatan orang kampung khususnya masyarakat Melayu kepada Ir. nizar yang mampu menjadi Imam dan membaca doa' yang agak gugup untuk dilakukan oleh calon Bn. Malah fitnah ini untuk sedikit menyejukkan khabar angin yang bertiup kononya calon Bn punya rekod 'xxx' ketika menjadi Pegawai Daerah.
Kedua ialah sedang disiapkan gambar - gambar YB Elizebeth Wong , ADUN Bukit Lanjan yang sedang tidur. Gambar ini akan disalin dalam VCD dan akan disebarkan dengan pesanan kononya ada gambar lain termasuk rakaman video yang konon akan didedahkan walaupun sebaliknya mereka hanya ada gambar tersebut yang dijual oleh bekas teman lelaki Elizebeth Wong kepada orang tententu.
Ketiga ialah kemungkinan bekas Timbalan Ketua Menteri dari KEADILAN akan didakwa di mahkamah pada hari Isnin ini, maka pada hari Selasa (hari mengundi) akan dimuatkan di semua dada akhbar mereka ini semua bertujuan untuk memburukkan KEADILAN. Malangnya dalam isu ini KEADILAN tegas. Fairus diberikan cuti belajar sambil mengosongkan kerusi Timbalan Ketua Menteri dalam masa siasatan dalaman sedang berlansung. Dan jika dia benar rasuah tindakan akan diambil. KEADILAN tidak pernah berkompromi dalam isu korupsi ini. Apapun atau setinggi manapun jawatan kamu pasti akan berdepan hukuman jika bersalah. Sebaliknya jelas banyak pimpinan Umno rasuah tetapi dilindungi. Dalam isu Korupsi ini SPRM akan terus dilihat alat Bn kerana jika benar berani bagaimana dengan pendedahan rasuah Khir Toyo yang jelas dan terang.
Selain itu saat akhir akan lebih banyak risalah perkauman dan fitnah akan dikeluarkan.
Menurut sumber tersebut semua ini dilakukan (mendedahkan perancangan Bn / BTN) kerana dia sudah tidak tahan lagi melihat cara fitnah dan politik jahat Bn menipu rakyat untuk kekal berkuasa melindungi jenayah mereka. Pegawai tersebut juga memberikan jaminan akan berjumpa lagi selepas pilihanraya untuk memberikan beberapa pendedahan lain mengenai jenayah Bn.
Kepada jentera dan penyokong diminta terus bertenang dan jangan hanyut dengan provokasi dan fitnah mereka. Semua ini perlu dihadapi dengan bijaksana.

Rayuan ; mohon bantuan untuk perbaiki rumah India miskin di Parlimen Rembau

Adalah dimaklumkan Unit Amal Paroi dengan sokongan Pusat Khidmat Rakyat Rembau (keADILan) akan membantu membaik pulih rumah satu keluarga Hindu di Senawang (dalam Parlimen Rembau) yang rosak teruk akibat tanah mendap.

Anggaran perbelanjaan untuk kerja-kerja membaik pulih tersebut adalah seperti berikut :
1. Pasir Kasar 2 lori
2. Simen 7 beg3
. Jaring VRC 2 keping
4. Batu Kasar 2 lori

Anggaran Perbelanjaan adalah RM700Kepada mereka yang ingin menyumbang bahan binaan tersebut bolehlah menghubungi Ahli Unit Amal Paroi. atau Pusat Khidmat Rakyat Rembau - Azizi 0123696474 atau email cheGuBard@gmail.com

Kerja-kerja membaik pulih dijangka akan dimulakan pada minggu kedua bulan April 2009.

MCA tuntut jawatan TPm ke dua untuk cina

Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin "perkongsian kuasa sebenar".
"Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini."
Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.
"Oleh itu, rakyat Malaysia kini kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ia hanyalah satu cakap kosong," kata Datuk Loke Yuen Yow.Menurutnya lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja membantu merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.Loke menambah, jika diberi jawatan seperti dituntut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang lebih adi dan berfaedah kepada semua pihak, terutama masyarakat Cina dalam ekonomi dan pendidikan.
Beliau juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, untuk mencapai kemerdekaan negara, bersama Umno dan MIC pada 1957."Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang dihulurkan oleh MCA dan masyarakat Cina adalah amat banyak dan sangat besar," tambahnya.
Pada masa yang sama, Loke mengulangi lagi desakan awal MCA bahawa presidennya mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN."(Pelantikan) ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa bawah pentadbiran Datuk Seri Najib," tambahnya."
Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat peri pentingnya dan keperluan mewujudkan jawatan-jawatan timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA."
p/s : Dalam Pakatan Rakyat isu TPM kedua sememangnya sudah lama dimunculkan tetapi tpm kedua adalah untuk mewakili kepentingan Sabah dan Sarawak bukan atas isu kaum tertentu.

nantikan pendedahan mengenai PM Malaysia

PENGARAH Strategi keADIlan, Saifuddin Nasution berkata satu kejutan besar akan berlaku hari ini yang bakal menyaksikan impak besar kepada tiga pilihanraya kecil di Dun Bukit Selambau, parlimen Bukit Gantang dan Dun Batang Ai. Bercakap dalam satu sidang media di Bilik Gerakan AMK,Sungai Lalang, Bukit Selambau tengahari tadi, beliau berkata perkara itu akan hanya diumumkan pada program ceramah esok yang akan dihadiri ketua umum KeADIlan, Anwar Ibrahim di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang pada jam 9 malam.
“Anda (pemberita) boleh tidak hadir dari hari penamaan calon sehingga habis pilihanraya, tetapi jika anda ketinggalan pada program esok, anda pasti akan dimarahi oleh bos-bos anda,” katanya kepada pemberita.
Kenyataan Saifuddin itu menimbulkan tandatanya samada terdapat di kalangan pimpinan Umno atau BN yang bakal menyertai keadilan menjelang tiga pilihanraya kecil tersebut. Ditanya lebih lanjut, Saifuddin enggan mendedahkan perkara itu dan hanya berkata ‘tunggu sehingga esok’. Namun beliau tidak menolak kejutan yang dikatakannya merupakan satu reaksi awal, secara langsung atau tidak yang diterima pakatan rakyat sejurus selepas perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.
“Yang pasti kejutan ini akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan memberi impak yang besar kepada pilihanraya kecil ini,” katanya.

Thursday, April 02, 2009

3 peluru terakhir Bn nak letupkan sebelum pilihanraya

Pagi ini cheGuBard mengadakan pertemuan dengan seorang 'orang BTN' yang terlibat dalam operasi BTN dalam pilihanraya kecil kali ini. Pertemuan yang diadakan di luar kawasan pilihanraya itu diadakan secara sulit.

Pertemuan begi menyalurkan makluman modus operandi BTN kali ini dan mendedahkan 3 butir peluru terakhir untuk memenangkan calon Bn.

Malam ini atau esok akan ditulis. Satu kes libatkan 'pencerobohan peribadi', satu lagi libatkan fitnah rumah tangga dan satu lagi mungkin bekas pemimpin akan ditahan.

Tak sempat nak tulis semua, tunggu esok lah..............

Masej kepada pengundi yang duduk di luar 'pulanglah'



Surat terbuka buat DYMM SPB Yang DiPertuan Agong - tangguh lantikan PM

28 Mac 2009
1 Rabiul Akhir 1430

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS

Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa’ sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden UMNO yang baru.

Ampun Tuanku,

Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.

Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Peranchis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.

Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Bagida menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.

Ampun Tuanku,

Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,

Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

SPR terus jadi alat untuk pastikan bn menang


Pada pukul 10.06 minit malam tadi satu laporan polis telah di buat di BALAI POLIS KUALA MUDA.Report tersebut di lakukan oleh HJ ABDUL LATIF B NAT NOOR di iringi oleh TIMBALAN KETUA AMK MALAYSIA(FARIZ MUSA).HJ ABDUL LATIF telah meluahkan rasa tidak puas hati beliau kepada SPR ketika di temu ramah oleh wartawan sebentar tadi.Beliau berasa amat kecewa ada pihak menggunakan alamat rumah beliau tanpa kebenarannya selama ini.Di dalam rumah HJ ABDUL LATIF terdapat 40 orang yang tidak di kenali yang menggunakan alamat rumah beliau.Di rumah tersebut hanya beliau dan isteri sahaja yang mengundi,tegas beliau.

Menteri Islam Hadhari gunakan 'amoi seksi' untuk ramaikan majlisnya



Tertekan dengan kehadiran ramai dalam Majlis anjuran Pakatan Rakyat dan orang yang sedikit dalam Majlis anjuran Bn maka undang - undang pelik diperketatkan iaitu di Bukit Gantang hanya PAS boleh anjur program Keadilan dan DAP dilarang sama sekali dan di Bukit Selambau hanya Keadilan dan DAP serta PAS dilarang sama sekali. Manakala program perlu tamat sebelum jam 11 malam dan panduan isu yang diberikan polis meletakkan banyak isu tidak boleh disentuh. Namun semua itu seolah tidak memberikan kesan. Sambutan terhadap program Pakatan Rakyat meningkat dan Bn masih bergelut dengan hadirin yang diangkut dan datang untuk makan percuma sahaja.

Mungkin kerana masalah tersebut maka semalam Menteri Islam Hadhari merangkap Timbalan Pengerusi Umno Perak, Datuk Ahmad Zahid Hamidi terpaksa menggunakan penari yang terdiri dari amoi - amoi seksi untuk menarik hadirin yang ramai. Sebelum beliau berucap kira - kira 200 orang telah dijamu dengan makanan percuma di Pekan Kuala Sepetang dan ada majlis tarian menampilkan penari seksi.

Kelihatan ketika dia sibuk membuat sidang media di meja depan pentas, penari terus menari untuk meastikan hadirin terus ramai sebelum Menteri Islam Hadhari berucap.

Ketika ditanya oleh wartawan kenapa semua ini dibuat, dia mengatakan dengan selamba ini (menari pakai seksi) memang budaya orang cina dan kita (bn) hormat budaya ini, katanya.

Tambahnya lagi "sebelum ini majlis makan malam PPP dalam kempen pilihanraya juga tampilkan artis lagi seksi"

Dalam perkembangan lain blog cheGuBard pernah membuat cabaran kepada menteri Islam Hadhari ini namun beliau masih senyap membisu berkenaan isu skandal jenayah cubaan membunuh yang melibatkan beliau. Sila klik sini untuk membaca lanjut.

kk

Najib DERHAKA !!!


Dua tiga hari kebelakangan ini Abdullah seolah berdalih-dalih bila menyebut mengenai tarikh tepat peralihan kuasa. Abdullah hanya menyatakan bahawa 2 April merupakan tarikh dia akan mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk mempersembahkan surat perletakan jawatan (yang sehingga kini tidak disebut tarikhnya).

Mungkin panik dengan perkembangan tersebut dan ditambah dengan rasa tamak maka Najib telah bertindak membelakangi Istana dengan mengarahkan JPM mengeluarkan kad jemputan Majlis Angkat Sumpah yang kononya akan diadakan di Istana Negara pada hari Jumaat ini.

Najib telah bertindak derhaka dan kurang ajar dengan mendahului Yang Di Pertuan Agong.

Kuat desas desus mengatakan pihak istana cukup rasa kurang senang dengan sikap 'kelolo' Najib ini. Maka dikatakan Majlis Angkat Sumpah esok dibatalkan.

Gambar merah padam Najib yang dirakam ketika keluar dari Istana Negara (atas) mungkin boleh menggambarkan betapa paniknya ketika ini.

Lebih 80 ahli Parlimen Malaysia sudah menulis surat kepada DYMM Agong, memohon tuanku menunda majlis angkat sumpah.

Namun Najib sehingga kini masih bertungkus lumus menggunakan Ketua Setiausaha negara agar majlis esok berjaya direalisasikan.

Wednesday, April 01, 2009

Selepas isu rampas masjid, masjid terus jadi mangsa Bn


(artikel disalin dari Baginda Reformasi)

tak mahu cerita perihal rampasan masjid ni.. tapi ini post tentang pencemaran kepada rumah ALLAH!

Isu masjid menjadi hot secara tiba-tiba apabila terpampang di dada-dada akhbar pencacai PERKEMBAR. Tajuk pampangan adalah gempak mengalahkan isinya.. yang mengetahui cerita sebenar adalah orang-orang yang ada di dalam masjid tersebut, iaitu IMAM MASJID, YAB NIZAR, ZAMBRY, NAIB PRESIDEN PERKEMBAR dan PENDUDUK yg berjemah, wartawan Berita Hairan, Utusan Meloya rasanya takde dalam masjid tersebut.. tapi mana datangnya tajuk NIZAR rampas MASJID/MAJLIS?

Persoalan-mengapa mereka (BH & UM) tahu cerita ini? mengapa hanya interview Zambry sahaja? mengapa itu? mengapa ini? Adakah sememangnya ini cara kerja mereka selama ini? kenapa tak interview Imam masjid? interview YAB Nizar? interview jemaah? terdapat banyak saksi dalam masjid mengapa hanya Zambry sahaja di interview? Adakah sebab die Mamak Besar Baru? Adakah Zambry sembahyang solo-solo dalam masjid?-TIDAK! Zambry berjemaah.

Maka apabila ini terjadi maka banyaklah spekulasi-spekulasi yang keluar, dari PERKEMBAR mahupun PAS sendiri.. Tetapi pernahkah anda terfikir kenapa isu ini menjadi hot sebegini rupa? Pada pendapat baginda isu ini jadi hot kerana terdapatnya pemimpin / tokoh, tak kiralah PEKEMBAR atau PAS di dalam masjid tersebut.. selain dari alasan itu mengapa hot pada baginda adalah nonsense!

Tapi post baginda ni bukan lah nak jelaskan isu rampasan masjid tapi isu pada baginda sepatutnya menjadi yang lebih panas dari isu rampasan masjid.. isu ni agak baginda adalah dekat seminggu berlalu tapi masih tiada tindakan. terima kasih Wak al-banjari (rujuk sini) Maafla kalau baginda marah.. hehe.. ok lihat dulu gambar-gambar di bawah...
Ini masjid yg menjadi mangsa.. tidaklah selawa dan segah masjid Shah Alam.. tapi masjid jugak la..
Ini papan kenyataan masjid ni.. penuh informasi dan kontroversi.

ini belakang masjid... lagi poning nak memikir sape punye keje... tak suka ISMAIL SUPIAN dan PAS.. hmm.. takan keje LHDN nak siasat kut? POLIS siasat le!.. tapi cara penulisan seperti orang MELAYU! bodoh punye melayu yang conteng nih!
Betul tak melayu yang buat ni? Ini la name dia petualang.. tak suka PAS atau KEADILAN lawan la secara adil yang conteng masjid kenapa? kerana nyamuk habis dibakarnya kelambu.

Pernah tak anda bayangkan rumah anda di datangi orang yang tidak dikenali kemudian menconteng dan memaki di dinding rumah anda.. apa tindakan anda jika ini berlaku.. Confirm anda akan buat report polis mengatakan rumah anda di conteng along.. tetapi di MALAYSIA mana letaknya kedudukan masjid? bukankah masjid itu rumah ALLAH? dan cuba kamu bayang kan jika rumah yang di conteng itu adalah rumah Najib atau rumah Musa Hassan? apa tindakan NST, UM, BH? manipulate atau menkhabarkan yang sahih?

baginda Perlukan sokongan anda untuk kita memerangi gejala ini... ini bukan sahaja gejala VENDALISMA tapi gejala MEMPERKOTAK-KATIKkan harta ALLAH! ALLAHUAKHBAR!!
Kalau lah ini rumah anda, masihkah anda berdiam diri? Baginda perlukan pendapat anda..