tag:blogger.com,1999:blog-16498766.post8939025915792982645..comments2024-03-20T07:16:12.877+08:00Comments on PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA: Transparency International – Global Corruption Barometer 2006cheguBardhttp://www.blogger.com/profile/08902723178451842791noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-16498766.post-54514833563477575802006-12-13T18:24:00.000+08:002006-12-13T18:24:00.000+08:00Soal selidik GCB dedah 55 peratus rakyat tidak per...Soal selidik GCB dedah 55 peratus rakyat tidak percaya perang rasuah Abdullah - Gerak PDF Cetak E-mail
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Dec 13, 06 | 03:12:05 AM

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Transparency International dalam laporan Global Corruption Barometer 2006 (GCB) mendedahkan bahawa 55 peratus rakyat tidak yakin dengan perang anti rasuah yang dijalankan kerajaan sementara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah agensi yang paling korup berdasarkan laporan itu.

[Muat turun laporan Global Corruption Barometer 2006 (GCB)]

Kajian yang di umumkan oleh Transparency International dikenali sebagai Global Corruption Barometer 2006 dengan soal selidik dijalankan secara rawak di kalangan rakyat biasa di seluruh negara ini.

Melalui hasil Global Corruption Barometer 2006 juga dinyatakan 55 peratus rakyat Malaysia tidak yakin dengan keberkesanan perang anti rasuah yang dilakukan kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Berbeza dengan Singapura, 89 peratus rakyatnya yakin dengan keberkesanan usaha kerajaan Singapura ke arah memerangi korupsi.

Laporan itu juga juga menyatakan bahawa tiga peratus rakyat terlibat dengan rasuah dalam jangka masa 12 bulan kebelakangan ini.

Lihat serius

Mengulas laporan itu Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), mengajak kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat melihat serius satu hasil kajian terbaru mengenai ukuran rasuah yang diumumkan itu, kata Koordinator Gerak, Badrul Hisham Shaharin.

Gerak sama sekali tidak terkejut tetapi mengajak rakyat melihat dengan serius bahawa tiga peratus dari mereka yang di temui mengaku bahawa mereka atau isi rumah mereka ada terlibat memberikan atau dipaksa memberikan rasuah dalam tempoh 12 bulan kebelakangan ini, katanya.

"Ini menunjukkan rasuah telah membarah di seluruh peringkat dalam negara,"katanya.

Mencemaskan rakyat

Manakala dari soal selidik tersebut PDRM diletakkan sebagai agensi paling korup diikuti parti politik, sektor swasta, parlimen, pendaftar dan pihak berkuasa yang memberikan permit selain sistem kehakiman, perundangan serta percukaian dan media, ujarnya.

"Hal ini amat mencemaskan bagaimana polis yang merupakan elemen penting dalam menjamin keselamatan negara mula diragui ketelusannya. Persepsi ini perlu dibaiki segera Suruhanjaya seperti IPMC perlu disegerakan untuk mengembalikan imej PDRM,"katanya lagi.

Dalam perkembangan ini Gerak turut menyatakan sokongan terhadap saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menyatakan bukan sahaja harta milikan pegawai polis sahaja akan di siasat tetapi cara perbelanjaan mereka juga akan dipantau, kata Badrul Hisham.

Harta KPN perlu dipantau

Cuma Gerak berharap pemantauan harta dan cara hidup ini bukan kepada pegawai polis biasa tetapi juga pegawai kanan PDRM termasuk Ketua Polis Negara juga dan ia perlu di buat oleh sebuah badan bebas.

Sehubungan itu Gerak mendesak kerajaan agar memberikan perhatian dalam perkara tersebut yang mana seluruh dunia mula melihat korupsi semakin parah dalam negara ini.

Selepas negara jatuh ke tangga 44 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) kini kajian antarabangsa menyatakan lebih 50 peratus rakyat Malaysia juga tidak yakin dengan perang rasuah kerajaan.

Iklim pelaburan tidak sihat

Senario ini amat tidak baik untuk iklim pelaburan kerana pelaburan asing semakin mengecut dan menjauhi Malaysia kerana persepsi ini, katanya.

Kerajaan perlu lebih serius dan bukan hanya memerangi rasuah dengan slogan dan retorik, katanya.

Negara perlu ada sebuah badan anti rasuah yang bebas dan untuk itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu diperkasakan dan dibebaskan dari bawah Jabatan Perdana Menteri.

BPR perlu diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia dan juga kerajaan perlu mengakui serta menggunakan pakai Konvensyen Anti Korupsi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), jelasnya.che'GuBardhttps://www.blogger.com/profile/09185154532822894509noreply@blogger.com