tag:blogger.com,1999:blog-16498766.post4693576321032407703..comments2024-03-20T07:16:12.877+08:00Comments on PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA: Kini konco Tun Mahathir mula serang 'orang kuat' PMcheguBardhttp://www.blogger.com/profile/08902723178451842791noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-16498766.post-6697997644405780272006-12-12T18:49:00.000+08:002006-12-12T18:49:00.000+08:00Abang MB nafi ganggu jabatan kerajaan negeri
Muda ...Abang MB nafi ganggu jabatan kerajaan negeri
Muda Mohd Noor
Dec 12, 06 1:40pm Saiz Huruf:
Abang Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Azman Hassan menegaskan beliau tidak pernah mengganggu dan campurtangan dalam urusan jabatan-jabatan kerajaan di negeri itu.

“Jabatan kerajaan Negeri Sembilan terlalu kecil untuk saya...Saya pernah menjadi Pengarah Sime Darby dan Guthrie berpuluh tahun lama nya, jadi kalau setakat jabatan kerajaan di negeri ini tak ada apa untuk saya.

“Kalau saya masih mahu melakukan kerja-kerja pentadbiran, mengapa saya meletakkan jawatan dengan Sime Darby dan Guthrie?” soal beliau yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sembilan ketika dihubungi hari ini.

Azman menegaskan, segala teguran atau kritikannya terhadap jabatan-jabatan kerajaan negeri selama ini semata-mata untuk memperjuangkan suara rakyat.

“Saya cuma membawa masalah rakyat untuk tindakan jabatan kerajaan. Salahkah saya berbuat demikian untuk rakyat dan negeri ini?”

Beliau juga menyatakan bahawa adiknya, Datuk Mohamad Hassan (foto kanan) sama sekali tidak membenarkannya terbabit dengan urusan jabatan kerajaan.

Azman berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ketua Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail yang mendakwa beliau gemar mencampuri urusan pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan Negeri Sembilan.

Ishak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng membuat dakwaan tersebut dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di Seremban baru-baru ini. Dakwaan tersebut menimbulkan kemarahan di kalangan beberapa Adun lain.

“Kalau saya ganggu jabatan kerajaan, sila beri bukti. Mengapa Datuk Ishak tidak membangkitkan perkara tersebut dalam mesyuarat Umno negeri?”

“Bagi saya Datuk Ishak bercakap di depan lain, di belakang lain. Sebenarnya tidak ada isu, tetapi beliau sengaja menimbulkannya kerana kegemarannya memburuk-burukkan orang lain,” katanya lagi.

Azman mendakwa, program-program anjurannya terus mendapat sambutan baik dari ketua-ketua jabatan kerajaan dan ini membuktikan hubungan beliau dengan jabatan kerajaan adalah baik.

Beliau juga berkata, Ishak memang gemar `menyerang’ pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh abangnya sejak dari dulu lagi.

“Ini bukan pertama kali Datuk Ishak cuba mengaibkan Menteri Besar kerana dalam majlis sambutan Aidilfitri di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, bulan lalu beliau juga menyindir Datuk Mohamad.

“Memang kerja Datuk Ishak suka memalukan orang. Dia pernah cuba memalukan Tan Sri Isa Samad (bekas Menteri Besar),” dakwa beliau lagi.che'GuBardhttps://www.blogger.com/profile/09185154532822894509noreply@blogger.com