Tuesday, May 27, 2008

Cabaran buat Khairy 1

Saya dengan ini mengesahkan akan meneruskan kes petisyen mencabar kesahihan PRU 12 di Parlimen Rembau walau apa pun risikonya. 8.00 Malam esok di Bilik Gerakan Utama keADILan Rembau, Taman Seri Rembau merupakan 'rapat' final semua penyokong khususnya agen pengiraan undi. Rapat bertujuan menyusun strategi perbicaraan dan turut disertai oleh barisan peguam yang terlibat.

Saya tidak mahu terperangkap dengan perkara - perkara teknikal. Mahkamah Tinggi Seremban yang akan mula bersidang berkaitan kes ini pada 2 Jun nanti bagi saya secara peribadi tidak diletakkan sebarang harapan tetapi bakal digunakan sebagai medan mendedahkan kebobrokan sistem pilihanraya yang hampir membunuh demokrasi negara. Memang sudah jelas lagi bersuluh bahawa mahkamah Malaysia boleh dimanipulasi keputusanya oleh pihak tertentu yang berkuasa.

Saya dengan ini ingin menarik perhatian semua bukan setakat kepada masalah teknikal pilihanraya tetapi melihat semula niat ketika saya memilih untuk turun menghadapi Khairy Jamaluddin ketika PRU 12. Beliau gagal menjawab cabaran debat terbuka ketika pilihanraya. Saya dengan ini sekali lagi melontarkan cabaran debat ...isunya bukan isu peribadi tetapi isu kepentingan rakyat dan negara.

Avenue Capital

Pengumuman penggabungan Avenue Capital Resources Bhd. (ACRB) dan ECM Libra Bhd. (ECM Libra) bagi membentuk Avenue International Capital Bhd. (AICB) sungguh mengelirukan dan penuh misteri. Apa yang ditulis di dalam tulisan ini mungkin tidak tepat sepenuhnya dalam urusan perniagaan namun inilah yang menjadi tanda tanya orang ramai. Bagi saya secara peribadi tidak ada masalah untuk anak, menantu, sahabat handai, adik beradik kepada sama ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar mahu pun sesiapa sahaja untuk berniaga, mendapat kontrak kerajaan dan sebagainya. Namun urusniaga hendaklah dilakukan dengan tertib, jujur dan tidak merugikan harta dan khazanah negara.

Umum mengetahui bahawa ECM Libra merupakan sebuah syarikat senaraian awam yang baru menonjolkan diri beberapa tahun kebelakangan ini. Ramai yang mengaitkan peningkatan ini dengan penonjolan Datuk Kalimullah Hassan, yang merupakan Pengerusi ECM Libra dan juga orang yang “rapat” dengan YAB Perdana Menteri.

Manakala Avenue Capital merupakan milik Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MOF Inc.) di mana YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan merupakan pihak yang bertanggungjawab.

Terdapat beberapa kekeliruan dan tanda tanya dalam urusniaga yang sedang berlangsung ini.

Insider Trading ? Pertamanya, sungguh mengeliru dan mencurigakan kerana penggabungan tersebut diumumkan hanya beberapa minggu selepas menantu YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Khairy Jamaluddin, membeli 3% saham ECM Libra.

Apakah ini bukan merupakan satu insider trading atau skandal. Ini kerana Menteri Kewangan merupakan pihak yang paling berkuasa dalam MOF Inc.

“Insider trading understood to mean situations where a person, A, buys or sells securities when he is in possession of confidential information which affects the value to be placed on those securities. Furthermore, A obtains the said confidential information through or because of some connection he has with the company whose securities are to be dealt in. 'A' may be a director, an employee or a consultant to the company. It may also be that someone else, 'X', who is in the position to obtain confidential information, provides 'A', directly or indirectly with the information.

“This type of share dealings results from the improper use of confidential information which are price sensitive, and generally such traders will obtain unfair profits. "Unfair" in a sense that the price-sensitive information is not generally available to the investing public and thus giving such traders unfair advantage over others.” (Liabilities of Company Officials in Insider Trading (Rafiah Salim), Company Law & Securities Regulations in Malaysia, Current Developments, Published by International Law Book Services, 1989 Reprinted 2004.) [Terima Kasih kepada ahli KMU yang memberi rujukan ini]

Justeru, orang ramai tertanya-tanya apakah hubungan rapat Datuk Kalimullah (yang juga merupakan penasihat editorial dan Timbalan Pengerusi The New Straits Times Press Berhad) dengan YAB Perdana Menteri dan menantunya memberi kelebihan maklumat tertentu?

Orang ramai juga tertanya-tanya, apakah terdapat maklumat-maklumat yang diperolehi secara tidak sah sehingga mewujudkan satu cadangan (proposal) untuk menggabungan anak syarikat MOF Inc ini dengan ECM Libra?

Dalam konteks ini juga, masyarakat akan tertanya-tanya apakah terdapat maklumat atau kertas kerja yang telah dipintas (hijacked). Apatah lagi cakap-cakap dalam industri beberapa ketika dahulu membayangkan Avenue Capital akan mengadakan proses rasionalisasi dan Management Buy Out (MBO).Penilaian Yang Meragukan

Keduanya, keputusan menentukan nilai ECM dan Avenue berdasarkan harga terakhir pada 2.30 petang, 17 Januari 2006 bukan sahaja mendedahkan kedua-dua saham kepada spekulasi malah bertentangan dengan kelaziman urusniaga penggabungan koporat. Selalunya, penggabungan akan mengambil kira harga saham dalam jangkamasa antara 3-6 bulan bagi melihat nilai sebenar.

Menilai Avenue Capital dengan harga 66 sen sesaham merupakan satu penilaian di bawah nilai (undervalue) kerana dalam laporan tahunan ACRB 2005 meletakkan harga saham per aset pada kadar 85 sen sesaham.
Manakala saham ACM pula dinilai pada harga RM 1.06 sesaham pada 17 Januari 2006 merupakan satu lonjakan yang besar berbanding harga sahamnya sekitar 65-80 sen sesaham sebelumnya. Keadaan ini berlaku apabila penentuan penilaian nilai syarikat berdasarkan harga saham yang ditutup pada tarikh dan masa tertentu yang ditetapkan lebih hadapan. Ia memberi tanggapan umum (walaupun tidak semestinya benar) bahawa saham kedua-dua syarikat telah terdedah kepada manipulasi pasaran.

Menurut Utusan Malaysia (19 Januari 2006), penilaian penggabungan ditentukan selepas mengambil kira modal pasaran ECM Libra bernilai RM459 juta (berasaskan harga saham ECM pada 17 januari 2006, RM1.06 seunit) dan aset ketara bersih (NTA) semua anak-anak syarikatnya yang terlibat berjumlah RM210 juta manakala NTA bagi ACRB pula dianggarkan bernilai kira-kira RM398 juta.

Apakah modal pasaran ECM ini tulen atau merupakan harga spekulasi dan manipulasi? Pada 27 Disember 2005, harga saham ECM hanyalah 68 sen seunit. Meningkat sehingga melebihi RM1.06 seunit beberapa hari sebelum tarikh keramat pada 17 Januari 2006. Hari ini harga ECM Libra kembali berlegar sekitar 70-80 sen seunit.

Indeks BSKL Bagi ECM Libra
Sumber: The Star Online

Ketika ECM Libra dinilai secara berasaskan NTA setiap anak syarikatnya, penilaian NTA terhadap ACRB hanya mengambil kira syarikat induk semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan ACRB dalam beberapa syarikat utama lain seperti Pos Malaysia Berhad.

Berdasarkan nilaian aset ECM yang lebih tinggi berbanding ACRB, maka Avenue perlu membayar RM 298 juta kepada ECM. Dalam penggabungan ini, pemegang saham ECM LIbra akan mendapat 53.2% saham dalam syarikat yang bergabung - AICB. Ini sungguh mengelirukan. Sebuah syarikat kecil yang ingin bergabung dengan sebuah syarikat besar mendapat bayaran dan juga saham yang lebih besar. Lebih mengelirukan bila kenyataan di dalam akhbar menyebut pembayaran tersebut melalui pemberian saham sebanyak 442 juta dengan harga RM1 sesaham.

Ini tambah mengelirukan. Daripada RM298 sudah menjadi RM442 juta. Sebagai rakyat biasa peristiwa ini amat aneh dan luar biasa sekali. Orang ramai masih keliru dengan kenyataan-kenyataan akhbar mengenai isu ini.

Mengikut persetujuan penggabungan tersebut, ECM Libra akan memiliki 53.2 % saham dalam AICB. Ini bermakna baki 49% lagi akan dibahagikan kepada pelbagai pemegang saham di dalam Avenue Capital sekarang ini.

Amat sukar untuk orang awam memahami bagaimana sebuah anak syarikat kerajaan yang memiliki Aset Ketara Bersih (NTA) sekitar RM 398 juta dan modal RM 300 juta (Utusan Malaysia 17 Januari 2006) ditelan oleh ECM Libra yang hanya mempunyai NTA sekitar 210 juta dan modal berjumlah RM 200 juta.

Malahan ini belum mengambil kira jumlah pelaburan yang diuruskan ACRB sekitar RM 2.8 bilion. ACRB juga mempunyai kepentingan sebanyak 15.33% (78,545,166 unit) di dalam Pos Malaysia & Services Holdings Berhad. Harga semasa saham Pos Malaysia ialah dalam lingkungan RM 4.00 sesaham pada Februari 2006.


Sungguhpun penggabungan ini bagi membolehkan gabungan modal untuk mendapat lesen bank pelaburan (investman bank) yang memerlukan modal RM 500 juta, namun ia tidak bermakna penggabungan harus dibuat secara mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya.

Dalam apa keadaan pun ECM Libra merupakan syarikat yang jauh lebih kecil dari ACRB sama ada modal, aset, potfolio yang diuruskan mahu pun reputasi syarikat.

Malahan ACRB masih mampu mendapat lesen bank pelaburan memandangkan tiga pemegang saham utamanya iaitu MOF Inc/Bank Simpanan Nasional, Pos Malaysia dan Pantai Holdings mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Sebagai rakyat Malaysia saya mencabar Khairy Jamaluddin berdebat isu ini secara terbuka. Memberi jawapan seperti "I'm Not Involved in anyway" atau "I don't know" tidak mampu menolak prasangka umum.
ini cabaran isu pertama dan kalau Khairy Jamaluddin berani ayuh keluar dari ketiak bapa mertua kamu kita berdebat isu ini. tunggu siri 2, 3, 4 dan seterusnya...........
(sumber petikan mykmu digunakan dalam posting ini)

5 comments:

  1. Anonymous8:05 PM

    cikgu tolonglah nafikan semua berita yang semak2 nie.....

    i kenal u ...u takkan masuk umno... AMk perlukan you...sekarang nie melaka dan johor sudah pasti berkecamuk...dengar penang pun begitu,....

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:13 PM

    Alhamdulillah.

    Walaupun sebelum ini macam2 spekulasi tentang CheguBard, post ini sudah membuat say rasa lapang (sementara).

    Teruskan CheguBard. 'Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata..."

    ZAINUL

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:59 PM

    ezam baru jek cnfrm masuk umno nih... chegubard bile plak?

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:20 PM

    assalamualaikum ..
    tahniah chegu kerana tidak terperangkap dengan mainan politik kotor parti daching berkarat..
    semoga chegu terus maju dan berjaya dengan impian dan cita-cita chegu . Jemputlah ke serkam
    salam dari anakmuridmu @ ahli amk

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:55 PM

    DAH LA KAU BAD...KAU NI PENIPU BESAR....MASA KEMPEN PILIHANRAYA KAT SEREMBAN SELATAN TERANG2 KAU TIPU SUME ORG...KAU CAKAP ADA DEBAT NGAN KJ KAT REMBAU ARI KHAMIS 2 HARI SBLM PILIHANRAYA ...HIDUP2 KAU TIPU ORANG...LAKNAT CILAKE KAU..KONONYE NANTI KJ TAK DATANG PASTU KAU KATE DIA TAKUT LA KAN....AKU BUKAN SUKA PUN KAT KJ...TP KAU GENTLELA BEROK....PENIPUUUUUUUUUUU.....HAMPEHHHHHHHH....

    ReplyDelete