Wednesday, October 04, 2006

Penyelaras Gerak pelajar terbaik Gwangju Asian Human Right Folk School

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Hrkh) - Eksekutif Koordinator, Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), Badrul Hisham Shaharin, 28, menjadi kebanggaan golongan aktivis negara apabila terpilih sebagai Pelajar terbaik Gwangju Asian Human Right Folk School tahun 2006.

Badrul telah menyertai kursus khas mengenai hak asasi dan demokrasi selama hampir sebulan pada 3 hingga 24 September lalu di Universiti Katolik Gwangju yang dianjurkan oleh Yayasan May 18 Memorial.

Berikutan anugerah itu beliau telah ditawarkan oleh yayasan tersebut biasiswa penuh untuk melanjutkan pengajiannya dalam peringkat Profesional Master Degree dalam bidang Crisis and Management di Sungkonghoe University in Seoul mulai Februari depan.

Sejumlah 20 peserta yang terpilih seluruh Asia dipanggil ke Gwangju.

Gwangju adalah daerah berlakunya kebangkitan rakyat pada 18 Mei 1980 dan kini tempat itu menjadi tumpuan usaha memperkasakan hak asasi dan demokrasi.

Menceritakan pengalamannya di sana, Badrul yang juga Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KeADILan (AMK) berkata, di samping peserta mempelajari sejarah kebangkitan rakyat Korea, mereka juga didedahkan dengan pelbagai krisis dan usaha ke arah menyelesaikan krisis di rantau Asia dalam perbagai sesi perbincangan.

Selain pembelajaran secara kuliah oleh pensyarah yang didatangkan khas dari pelbagai negara di Asia, peserta juga diberi peluang melawat tempat tempat bersejarah di seluruh Korea.

Para peserta kemudiannya di bawa ke Joint Security Area (JSA), Panmunjeom (iaitu kawasan krisis yang paling kritikal di rantau tersebut) di mana ia adalah kawasan yang di bawah penguasaan bersama tentera Korea Utara dan Korea Selatan di bawah seliaan tentera Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Bangsa Korea ini kuat kerana ia mengangkat sejarah dalam masyarakat dan hidup bersama sejarah tersebut. Ini yang perlu kita contohi," katanya.

"Ramai tokoh yang dilabelkan pengganas semasa perjuangan menuntut demokrasi akhirnya diangkat dan diakui pengorbanan mereka malah dalam beberapa kes kerajaan memohon maaf atas kesilapan negara masa lalu, tetapi malangnya di Malaysia sendiri terlalu banyak fakta sejarah yang disembunyikan," kata Badrul. - lanh

4 comments:

  1. Anonymous11:59 PM

    Tahniah, Badrul membanggakan gerakan !...cuma satu persoalan kalau mu pegi sapa nak buat keje-keje kat sini....

    Semua benda harap kat mu jela...

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:56 AM

    mabruk ya sheikh..mabruk....
    anda kebanggaan anak muda malaysia...

    ReplyDelete
  3. tepuk dada tanya selera......

    at the same time buat sembahyang istikharah...mintak petunjuk dariNya....kita hanya merancang

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:36 PM

    TAHNIAH, Moga saudara berjaya...Siru'ala barokatillah

    subppn9
    shamsul.

    ReplyDelete