Wednesday, February 27, 2019

MB NS mulakan kempen PRK Rantau dengan menipu

Merujuk kepada laporan Sinar Harian (Bernama) saya sangat kecewa apabila Aminuddin Harun YAB Datuk Seri Menteri Besar Negeri Sembilan sanggup menipu untuk memastikan Dr.Streram dapat menjadi calon PKR. Nampaknya sah jika ini caranya MB pasti PRK Rantau, PH bakal berdepan kesukaran... mulakan PKR dengan menipu. 

Aminuddin menipu kononya Dr. Streram sudah  15 tahun berbakti di Rantau dan Rembau... janganlah nak menipu sangat ... 

Dr. Streram hanya masuk PKR pada tahun 2009 beramai ramai dengan anggota MIC yang lain di Selangor selepas PKR Kerajaan di Selangor.  2014 dia bertanding sebagai Naib Ketua Cabang PJS.

Hanya beberapa bulan sebelum PRU baru dia muncul di Rantau selepas dijanjikan kerusi DUN Rantau.... 

Untuk pengetahuan Aminuddin Streram hilang populariti selepas pemilihan parti peringkat cabang Rembau selepas dia membuat pakatan mengkianati kem yang sama berkempen untuk dia. Dia sendiri menggerakkan anghota parti orang India untuk mengundi hanya calon India... ini menyebabkan ramai tidak berpuas hati malah membenci Streram... malah diperingkat masyarakat dia mula dipertikai bila terlalu banyak berjanji dan tidak ditunaikan. 

Jika dia diberikan peluang bertanding wakili PH maka malanglah kerana bukan sahaja pengundi biasa malah anggota parti sendiri majoritinya tidak berpuas hati dengan dia... 

PKR tidak ketandusan calon... malah ramai calon lebih layak dan jauh berketerampilan untuk menang selain Streram. 

Maaf kalau saya kasar namun selaku bekas ketua cabang PKR Rembau saya sangat arif dan mengetahui apa yang berlaku. Menteri Besar harus mendapat maklumat dari akar umbi bukan sekadar duduk di pejabat dan dijamu maklumat dari pengampu sahaja.

Dari facebook che'GuBard klik



Tuesday, February 19, 2019

'Track Record' YTL jelas gagal tentu ada cerita belakang jika mereka dapat....

Catatan Terbuka

19 Febuari 2019


1. Tulisan ini sebagai sambungan kepada tulisan sebelum ini klik https://chegubard.blogspot.com/2019/02/proses-lantikan-dan-pembentukan-sbc.html di mana dalam tulisan sebelum ini saya dedahkan dikumen Menteri Besar, Negeri Sembilan (Pemerbadanan) - MBI NS yang memanggil 5 syarikat untuk menjadi rakan dalam State Backed Company (SBC) bagi mendapat hak tunggal dalam menguruskan menara telekomunikasi di Negeri Sembilan dimana syarikat sebelum ini wellcom yang bekerjasama dengan MBI membentuk SBC yang dikenali sebagai Rangkaian Minang bakal ditamatkan. Saya bersetuju antara selain alasan teknikal syarikat lama ditamatkan kerana mempunyai kepentingan pihak berkepentingan dengan kerajaan lama.

2. Setelah diteliti ada 5 syarikat dipanggil satu syarikat tidak menunjuk minat, tiga syarikat punya pengalaman dan kekuatan kewangan namun ia bukanlah syarikat bergelar 'gergasi' tanpa jaringan politik. Namun yang menarik ialah sebuah syarikat gergasi YTL yang memiliki sebuah syarikat yang dinamakan Kumpulan Jaringan Selangor Sdn Bhd. Apa yang saya bangkitkan dalam tulisan saya yang lepas ialah mengenai YTL selaku syarikat telekomunikasi jelas gagal malah bila gagal ia membebankan tindakan tidak boleh diambil kerana 'back up' jaringan politik dan seumpamanya. Persoalanya mengapa syarikat yang punya track rekod seburuk ini dipanggil oleh kerajaan Negeri Sembilan dan jika dipilih maka ia akan dilihat elok diperingkat awal namun jika masalah terjadi maka seperti mana Kementerian Pendidikan terperangkap dengan masalah 1Bestarinet maka kerajaan negeri akan terperangkap dengan kejadian yang sama. 

3. Setelah menulis tulisan yang lalu saya mendapat banyak respon. Antaranya mempertikaikan PKR itu sendiri. Bukankah Anwar dalam ucapannya sebelum ini menyatakan YTL itu kroni dan perbagai lebel negatif namun sangat pelik bila ada kuasa bersungguh pula hendak beri projek kepada YTL. Namun antara respon yang menarik ialah saya mendapat kiriman dokumen 'sulit' dari dalam Kementerian Pendidikan yang merupakan laporan penuh 1Bestarinet.  Sangat jelas dalam laporan yang saya turut kongsi dibawah menyatakan dengan jelas berapa banyak Kementerian 'dipaksa' belanjakan berbilion wang untuk perkidmatan yang sangat teruk. Walaupun aduan dibuat namun tidak diendahkan. Malah diperingkat Fasa 2 dinyatakan dengan jelas ia ditamatkan namun terpaksa diteruskan kerana 'tekanan politik'. Walaupun perkidmatan jelas tidak memenuhi apa yang dijanjikan namun bayaran jauh lebih mahal dari nilai perkhidmatan yang boleh diperolehi pada syarikat telekomunikasi lain yang mana perkhidmatan jauh lebih baik.











(klik imej untuk membaca dengan lebih jelas)

4. Bayangkan Kementerian Pendidikan terperangkap sekian lama dengan masalah YTL tidak mampu berbuat apa bagaimana pula nanti dengan Negeri Sembilan yang mangsanya ialah rakyat negeri ini seperti mana warga Kementerian Pendidikan.

5. Untuk pengetahuan Kerajaan Negeri Sembilan, menurut maklumat dalaman perkembangan terbaru di Kementerian Pendidikan. 1Bestarinet tidak diteruskan diperingkat fasa 3 bersama YTL. Kementerian Pendidikan telah memanggil RFI dengan menjemput perbagai pihak dan menurut sumber tersebut YTL tidak dipanggil. Tindakan ini sangat difahami kerana kegagalan YTL sebelum ini. RFP akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Namun ia bukan proses mudah, Kementerian Pendidikan masih bergelut dalam mengenal pasti dan menyusun terma dan teknikal undang undang dalam mengenepikan YTL dalam pada masa sama YTL masih cuba bertahan dalam lubuk emas 1 Bestarinet.

6. Namun yang peliknya kenapa kerajaan Negeri Sembilan pula berminat mahu menjerumuskan diri bersama YTL dalam bidang telekomunikasi ini. che'GuBard masih tidak mahu beranggapan negatif walaupun telah dihantar oleh beberapa sumber dengan beberapa fakta, dokumen dan gambar yang boleh menjelaskan kenapa YTL yang jelas gagal dalam bidang telekomunikasi masih mendapat tempat persaingan di Negeri Sembilan. Dalam simpanan antaranya gambar kemunculan seorang Dato' dari syarikat tersebut dalam beberapa pertemuan tertutup bersama pimpinan utama. Ia mungkin kebetulan. Namun jika YTL masih mendapat tempat maka sudah tentu pendedahan lanjut tidak dapat dielakkan.

catatan ;
che'GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
* Bekas MPP PKR
* Bekas Ketua Cabang Rembau
* Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

nota kaki : catatan umum saya yang pertama sebelum ini saya turut hantar kepada beberapa kawan media.... hanta tersenyum kerana dia cakap 'bos' tak lepaskan sebab menyentuh gergasi besar.... sangat faham dengan 1 Bestarinet yang bermasalah boleh terus menyedut wang rakyat dan dibiarkan apalah sangat gergasi besar nak kawal media... bayangkan jika negeri sembilan terjerumus dengan gergasi ganas ini.

Kalau JKKK , Jin Kacau Kampung maka MPKK , polong kacau kampung.....

Jika dulu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dulu dibentuk oleh kerajaan dibawah Barisan Nasional kita gelar 'jin kacau kampung' maka kini JKKK telah ditukar nama sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) juga mula mendapat jolokan nama baru iaitu Polong kacau kampung namun yang menariknya jolokan itu diberikan sendiri oleh mereka yang dilantik sebagai MPKK sendiri dalam satu dialog bersama kerajaan Negeri Sembilan baru - baru ini.

Lontaran ini diberikan kerana terlalu kecewa dengan sikap sambil lewa dan tidak mempedulikan aduan yang diutarakan serta beberapa prosedur yang dilihat sengaja menyusahkan.

berikut ialah antara petikan rakaman video yang dimaksudkan.


Isu  sama juga telah ditulis sebelum ini dalam blog che'GuBard, sila klik http://chegubard.blogspot.com/2019/02/pesanan-buat-mb-ns-yang-tak-sedar-dia.html

(sebarkan)

Nampaknya kelemahan secara sengaja atau tidak berlaku diperbagai peringkat. Jujur dikatakan ia perlu diambil tindakan segera. Kekecewaan bukan sahaja dikalangan pengundi rakyat biasa namun mula wujud secara serius dikalangan aktivis dan penggerak PH yang duduk didalam struktur kerajaan itu sendiri seperti MPKK ini.

Saturday, February 16, 2019

Pesanan Buat MB NS dan Menteri PH yang tak sedar dia sedang disabotaj

PERANCANGAN PEMBANGUNAN OLEH KERAJAAN PH TELAH DISABOTAJ OLEH PEGAWAI2 TADBIR DI PERINGKAT NEGERI dan DAERAH,

Minggu lepas telah berlangsung Sesi Dialog diantara pejabat SUK Negeri, N.Sembilan dan ahli2 MPKK seluruh N.Sembilan,

Sesi yang sepatutnya berlangsung hingga ke petang terpaksa dipendekkan sehingga tengahari akibat isu2 PANAS yang telah dibangkitkan oleh ahli2 MPKK,

Diantaranya,
1) Peruntukan geran RM10 ribu untuk setiap kawasan MPKK oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
> Permohonan perlu dibuat melalui KEMAS oleh setiap pengerusi MPKK melalui kertas cadangan,

NOTA:
BUKAN KE KEMAS NI DULU ADALAH BARUAH KERAJAAN BN DAN SEKARANG, PENGERUSI MPKK YANG DILANTIK OLEH KERAJAAN PH TERPAKSA MEMINTA SEDEKAH PULA DENGAN KEMAS..?

KITA POHON, YB SK Rina Mohd Harun UNTUK MENGKAJI SEMULA PROSES PENYALURAN PERUNTUKAN INI SUPAYA AHLI2 MAJLIS MPKK YANG DILANTIK OLEH KERAJAAN PH TIDAK MENJADI MANGSA DENDAM BARUAH2 UMNO/BN YANG MASIH BERKUASA DAN BERKELIARAN DIDALAM KEMENTERIAN BELIAU,

2) Peruntukan Kewangan Belanjawan,
> Peruntukan telah diturunkan kepada Pejabat2 Daerah diseluruh N.Sembilan, perkara ini telah disahkan sendiri oleh Pegawai Kewangan Negeri, iaitu pada awal Januari,

NOTA:
Tetapi bila Pejabat Daerah ditanya oleh MPKK masing2, jawapan yang diberi hingga kini adalah "PERUNTUKAN BELUM TURUN"...?

3) ELAUN BULANAN PENGERUSI MPKK,
> Dah 2 bulan TERTUNGGAK,

NOTA:
PADAHAL, DUIT TELAH PUN DIMASUKKAN KE AKAUN BENDAHARI NEGERI DAN PERKARA INI TELAH PUN DISAHKAN OLEH PEGAWAI YANG BERKENAAN..?

Admin:
Begitulah betapa susahnya pejuang2 rakyat marhaen kita yang berjuang untuk kerajaan PH di peringkat bawahan,

PRU14 cukup punya hebat berjuang melawan jentera kerajaan KEMAS, bila kerajaan PH dah memerintah, terpaksa menadah tangan dengan baruaah2 tersebut,

SK Reana Makmur,
Sila ambil tindakan untuk memaklumkan kepada YB SK Rina Harun,

Admin nak tanya,
Kenapa perlu disimpan baruah2 UMNO/BN, KEMAS nih, dah nak mampos ke..?

Diperingkat negeri, N.Sembilan pula,
Begitulah hebatnya legasi kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri yang telah ditinggalkan oleh MB terdahulu, Dato Seri Muhammad Hassan,

Masih ada hantu2 raya TIDAK BERTUAN peninggalan UMNO/BN yang berkeliaran di pejabat2 kerajaan negeri dan di Pejabat2 Daerah,

LAKUKAN SESUATU YAB MENTERI BESAR N.SEMBILAN, BUANG SEMUA KANSER2 YANG BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN..!

Thursday, February 14, 2019

Proses lantikan dan pembentukan SBC berkaitan telekomunikasi di Negeri Sembilan sedang diperhati rapat

Catatan Umum
14 Febuari 2019

1. Minggu lepas che’GuBard telah mendapat satu surat ‘tanpa tandatangan” memberikan beberapa fakta dan bukti mengenai wujud seorang Dato' proksi syarikat gergasi , peranan syarikat besar terhadap pemimpin  dan lobi projek berkaitan kerajaan. Sebaik sahaja mendapat maklumat tersebut che’GuBard terus membentuk pasukan carian dan pengesahan maklumat. Selepas seminggu maka kami membuat keputusan sebahagian besar dari maklumat fakta dan bukti yang diberikan adalah benar. Namun skopnya sangat luas dan isu yang berpisah pisah. Walaupun penghantar tidak dikenal pasti namun kami merasakan boleh meneka tetapi demi menghormati sumber kami tidak mengganggu mereka.

2. Pertamanya kami ingin dedahkan mengenai proses perlantikan Syarikat Sokongan Kerajaan Negeri [State backed Company (SBC)] berkaitan Telekomunikasi di Negeri Sembilan yang bakal menjadi pengurus tunggal menara telekomunikasi di seluruh negeri. Sebelum ini sememangnya sudah wujud sebuah syarikat yang dikenali sebagai Rangkaian Minang Sdn Bhd yang 30 % dimiliki Kerajaan Negeri. Namun oleh kerana kononnya syarikat ini punya kepentingan ‘proksi’ kerajaan sebelum ini maka kerajaan negeri berhasrat untuk ‘mengenepikan’ Rangkaian Minang dan menubuhkan syarikat baru.

3. Pada 24 Ogos 2018 di Hotel Mewah Lexis Hibiscus, Port Dickson telah dipanggil Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (bil 03/2018) dimana agenda utamanya ialah pembentangan syarikat syarikat terpilih ke arah mewujudkan sebuah syarikat SBC baru bagi telekomunikasi. Sebanyak 5 syarikat dipanggil. 4 syarikat menunjukkan minat dan satu syarikat kurang berminat. Namun yang paling menariknya ialah sebuah syarikat yang dikenali sebagai Kumpulan Jaringan Selangor Sdn Bhd yang dimiliki oleh YTL melalui YTL Comunications Sdn Bhd dan YTL Power International Bhd.



4. Carian mengenai 3 syarikat lain (tolak satu yang tidak berminat) tidak menunjukkan apa apa yang pelik, syarikat sederhana namun punya kekuatan kewangan dan pengalaman. Terlibat projek seumpamanya sebelum ini. Tidak punya label atau back up politik.

5. Menurut maklumat yang diperolehi 3 syarikat tersebut hampir pasti tidak memperolehi ‘projek’ tersebut. Syarikat dibawah YTL dikatakan bakal memperolehi projek tersebut. Setakat ini kami hanya mahu menghujahkan kenapa YTL tidak wajar memperolehi hak projek ini dari aspek teknikal dan rekod syarikat. Kami mengenepikan sementara maklumat yang kami perolehi bagaimana proksi syarikat ini muncul banyak kali dan seolah memainkan peranan aktif dalam pilihanraya kecil  dan muncul juga beberapa kali bersama Menteri Besar  bukti yang ada termasuk bukti bergambar pertemuan tertutup. Namun tidak mengelak kemungkinan akan mendedahkan semua jika keadaan mendesak bagaimana ‘suara atas’ sedang menekan pihak yang bakal memutuskan untuk memilih syarikat gergasi.

6. Bila menyentuh soal YTL dan telekomunikasi pasti semua teringat 1Bestari net sebuah projek yang menelan berbilion wang rakyat dihadiahkan secara istimewa kepada YTL oleh Kerajaan Malaysia (bawah Barisan Nasional). Namun projek ini jahanam hingga sekarang. Terbaru dalam parlimen, Timbalan Menteri Pendidikan sendiri mengakui mengenai 1Bestari net ini gagal dan tidak memenuhi janji mereka.

Antara Masalah Projek 1Bestari?

kuota Internet yang disediakan hanya 300Mb sahaja sebulan bagi setiap sekolah apabila menyusahkan lebih 300,000 guru di seluruh Malaysia
projek 1Bestari itu hanya menyediakan 1Mbps dengan bayaran melebihi RM200 yang merugikan Kementerian Pendidikan Malaysia
sistem server yang lembap
1BestariNet menumpang menara telekomunikasi di dalam sekolah disamping buat untung untuk perkhidmatan Yes 4G untuk orang awam
Sedangkan perkhidmatan Unifi dgn 10 Mbps hanya dalam Rm200 disertakan dengann tv channel dan telefon percuma.
Banyak lagi masalah sejak awal namun aduan dibuat kerana ia syarikat besar dan dapat perlindungan politik maka YTL kebal


7. Bayangkan jika YTL diberikan hak tunggal mengendalikan semua menara telekomunikasi di Negeri Sembilan dan selepas itu punya masalah maka syarikat ini adakah tidak mungkin bakal gunakan ‘kabel’ politik bagi terus kebal dari dikenalan tindakan maka bukan sahaja kerajaan malah seluruh rakyat Negeri Sembilan bakal terperangkap dengan masalah berpanjangan. Rekod syarikat ini guna duit rakyat bina menara percuma di kawasan sekolah buat untuk dengan rangkaian YES namun berikan perkidmatan minima tanpa pedulikan aduan disekolah seluruh negara.

8. Satu lagi kerajaan negeri harus beri perhatian ialah Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile tidak menerima YTL sebagai anggota kepada Telco Forum dengan alasan utama  YTL beroperasi dengan TDD platform dimana berbeza dengan CDMU yang beroperasi dengan FDD platform. Ini semua bakal meberikan impak besar masa depan. Malah sudah pasti YTL jika diberi hak mengendali menara yang bakal digunakan semua telco (provider) akan mengakibatkan pertembungan kepentingan kerana YTL itu sendiri ialah telco (provider) juga.

9. Dimaklumkan juga sebahagian besar pasukan pemutus berkenaan perkara ini dalam Kerajaan Negeri Sembilan tidak bersetuju untuk memberikan hak projek kepada syarikat dibawah YTL namun mengalami tekanan. Demi kepentingan ramai maka diharapkan mereka ini kuat untuk membuat keputusan berdasarkan kelayakan demi mempertahankan intergriti bukan kerana tekanan.

Che’GuBard juga menjemput mereka memberikan maklumat jika mendapat tekanan melampau ke atas mereka dengan janji sumber pasti akan dirahsiakan.

Menuntut janji integriti dengan janji akan terus membuat pendedahan. Terus mengasak keadilan melawan KKN.

Catatan oleh :
che’GuBard (Badrul Hisham Shaharin)

Friday, February 01, 2019

Respon terhadap amaran Menteri Besar Negeri Sembilan


Cacatan Umum

2 Febuari 2019

1. Pada 29 Januari 2019 dalam akhbar Berita Harian telah disiarkan ugutan YAB Dato Seri Aminudin Harun untuk mengambil tindakan undang - undang ke atas saya. Jawapan awal saya ialah kepada Aminuddin silakan kalau kamu rasa cara kamu betul. Sebelum itu kamu harus tahu apa isu kenyataan saya yang saya keluarkan melalui twitter saya @che'GuBard sebelum kamu main hambur sahaja ugutan ikut sedap mulut kamu.

2. Kisah bermula apabila beberapa minggu lepas saya mendengar cakap cakap dikalangan beberapa kontraktor di Negeri Sembilan bahawa wujud beberapa nama yang dikatakan rapat dan boleh akses terhadap Menteri Besar dan pentadbiranya mengutip duit dengan beberapa kontraktor kononya bagi tujuan menyelesaikan beberapa urusan dan selepas itu dia akan memainkan peranan menentukan agihan projek kerajaan negeri.

3. Kena ingat keputusan Pilihanraya ke 14 lalu yang menumbangkan Bn bukan kerja sehari dan ia perjuangan panjang dan begitu ramai pihak menyumbang dan bukan sikit pengorbanan terlibat yang mana sebahagian yang berjuang dan berkorban selepas keputusan PRU memilih untuk melihat dari jauh bagi meneruskan kehidupan seharian sambil mengharapkan perubahan keseluruhan dalam kerajaan seperti mana yang diimpikan dalam perjuangan selama ini. Bila wujud cerita - cerita tak sedap didengar maka sudah tentu orang seperti saya cuba mencari puncanya.

4. Saya mendapat bukti di mana selepas sahaja membaca budget Negeri Sembilan Menteri Besar dan keluarga telah bercuti ke Eropah. Wujud sekumpulan 'pelobi' yang meminta wang dari kontraktor untuk membolehkan mereka ke London bagi memintas Menteri Besar yang sedang bercuti bagi tujuan melobi. Di bawah ialah koleksi tread tweets saya berkenaan perkara ini.









5. Di mana saya menceritakan secara agak terperinci di mana mulanya saya naikkan isu ini dalam facebook saya namun tiba tiba selepas naikkan isu ini facebook saya diserang dengan beratus report dan akhirnya digantung selama sebulan. Oleh kerana fB saya digantung maka saya naikkan isu ini melalui twitter saya. dan ia mendapat sambutan malah ada yang menyalin semula twitter saya menyiarkan melalui fB dan menghantar melalui beberapa media sosial yang lain. 

6. Maka kepada Menteri Besar yang bijaksana di mana yang saya serang kamu ? saya andaikan kamu tidak mengetahui usaha melobi dan perginya mereka ke London dengan duit dikutip dari kontraktor . Maka saya pelik kamu nak marah dan ambil tindakan undang - undang pula ? Adakah kamu merasa terancam kerana kamu tahu amalan mengutip duit kontraktor ini ?

7. Namun saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang dalam ugutan dia terhadap saya depan pengamal media itu mengakui bahawa memang ada 3 orang yang menemui kamu. Cuma kenyataan kamu 'bila orang nak bertemu tidak akan saya menolak' yang disiarkan media itu harapnya tidak makan diri kerana ia agak kontrakdik dengan rungutan ramai termasuk pimpinan PKR sendiri mengenai betapa susah nak bertemu kamu.

8. Beginilah Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru, saya memilih untuk tidak bergaduh dengan kamu atas nasihat kawan - kawan yang rapat dengan kamu, namun kamu sendiri harus matang sebagai pemimpin utama Negeri Sembilan. Orang sedang mempergunakan nama kamu dan itu yang saya utarakan. Seharusnya sebagai seorang pemimpin ketika mendengar perkara seperti ini diutarakan harus mencari atau menuntut penjelasan bukan lawan dengan sombong dan ugutan. Kalau tidak mahu mendengar penjelasan yang menaikkan isu ini kamu harus bertanya terus dengan 'deligasi' yang bertemu kamu sejauh London itu ada tak mereka meminta wang dari kontraktor seperti yang diperkatakan. 

9. Panik dengan pendedahan awal yang dilakukan banyak akaun media sosial dengan identiti palsu diwujudkan bagi menyerang saya bukan sahaja dengan laporan yang berjaya menggantung akaun fB saya selama sebulan (sehingga 20 Febuari) namun mula menjaja fitnah. Nampaknya puak yang bersalin kulit konon mengaku pejuang melakukan sebiji apa yang mereka lakukan dalam kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan dahulu, cuma kali ini mereka mungkin berharap mampu menunggang kelemahan kepimpinan Menteri Besar.

10. Buat Menteri Besar Negeri Sembilan jangan lemah sangat dan mudah sangat nak diperbodohkan. Ingat ketika kamu tersepit baru ini kami membantu tanpa muncul meminta apa pun. Bantuan dihulur bukan untuk meminta apa apa tetapi mengharapkan sebuah kerajaan stabil dan kuat demi mencapai cita cita reformasi yang sama perjuangkan sekian lama.

Dalam sebuah pentadbiran pengampu selalu memusnahkan, kejatuhan akan lebih cepat jika setiap kritikan dilihat sebagai permusuhan.


catatan 

che'GuBard
Seremban