Friday, February 10, 2017

Misi Nautical Aliya lebih kepada matlamat politik domestik

satu untuk keluarga mangsa kena sembelih, satu untuk tukang sembelih ?!?!
1. 3 Febuari 2017 berlayarnya Kapal Nautical Aliya dengan misi 'Flotila Malaysia' ke Myanmar. Dalam perjalanan mereka rakyat dimaklumkan melalui media mereka hanya akan ke Pelabuhan Teknaf di Bangladesh untuk menurunkan bahan bantuan yang dibawa. Dari awal pengumuman ini mengundang senyum bagi yang biasa dengan misi kemanusiaan dan geografi Asia Selatan. Saya sendiri pernah terlibat misi bantuan kemanusiaan ketika Tsunami 2004 ke Chittagong, Bangladesh tersenyum kerana Teknaf ialah perbauhan kecil mana mungkin kapal kargo sebesar Naitical Aliya mampu berlabuh.

2. Tiba - tiba baru dibuat pengumuman kononya baru tahu, Nautical Aliya tidak dapat kebenaran berlabuh di Teknaf, soalnya adakah mereka ini tidak membuat kerja rumah yang baik atau sengaja menimbulkan elemen dramatik supaya lebih kelihatan 'heroic'. Dengan tiba - tiba barulah kononya dirundingkan dengan Kerajaan Myanmar. Permohonan untuk berlabuh di Swittwe, Negeri Rikhine, Myammar pula diajukan. Kemudian seperti dijangka elemen dramatik dimunculkan lagi permohonan berlabuh di Swittwe oleh Myanmar kononya atas alasan keselamatan. Ini sudah dijangka sebab sememang dari awal Myanmar tidak membenarkan pun. Kemudian muncul pula pengumuman semua bantuan diturunkan di Perlabuhan Ranggon.

3. Sekali lagi mengundang senyum sinis, bukan satu rahsia sulit bahawa konflik, kezaliman malah pembersihan Etnik Rohingya ini berlaku atas restu regim Myanmar termasuk tentera mereka. Maka kita pun kumpul orang , kumpul bantuan, konon ketepi kepentingan politik mengundang penyatuan Pas - Umno dan buat himpunan penuh beremosi kononya nak jihad. Malangnya tiba tiba bantuan yang dibawa diserahkan kepada pihak yang merestui malah terlibat dengan kezaliman.

4. Untuk mereka ini saya perturunkan maksud Flotilla, iaitu sekumpulan bot - bot sederhana atau kecil. Istilah ini mula porpular dengan misi Gaza Flotilla Mavi Marmara di mana sekumpulan aktivis dari perbagai negara dan agama nekad melanggar kepungan Israel sehingga ditahan malah misi Flotilla Gaza juga ada yang terkorban. Namun adakah misi ke Myanmar dengan Nautical Aliya ini boleh disamakan dengan itu ?

5. Dengan 2,000 tan makanan, 200 aktivis (berdasarkan pengumuman Utusan Malaysia) apa ertainya semua ini jika hanya nak serahkan 'bantuan' kepada pihak yang terlibat menzalimi ?

6. Beberapa tahun lepas SAMM pernah membongkarkan mengenai perdagangan Malaysia - Israel khususnya penghantaran Minyak Sawit Mentah. Bila perkara ini dibangkitkan dalam Parlimen oleh SAMM melalui YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri, kerajaan menjawab dengan sangat memperbodohkan rakyat kerana menyatakan Minyak Sawit Mentah yang dihantar ke Pelabuhan Ashdod, Israel itu ialah untuk keperluan Palestin.

6. 200 petugas nak bawa naik kapal untuk misi hanya menurunkan barang adalah juga satu yang nampak sia - sia. Kini rakyat menanti pembentangan hasil misi ini atau ia sekadar misisyok sendiri bagi tujuan politik domestik semata - mata. Rakyat mabhu tahu berapa kos semua misi, jumlah bahan makanan dan ubatan, jumlah nilai terbelanja kerana logistik, sumbangan siapa dan dari mana ? Adakah ia derma atau peruntukan dari kerajaan Malaysia. Belanja makan 200 orang kononya sukarelawan selama berbelas hari atas kapal pula berapa ?


catatan petang oleh che'GuBard
10 Febuari 2017, SAMM

untuk baca menegani Minyak Sawit Malaysia ke Israel klik http://chegubard.blogspot.my/search?q=sawit+israel

Surat terbuka buat SPRM dan YB Rafizi Ramli

2 Febuari 2017

Surat Terbuka kepada :

Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM)
Ibu Pejabat SPRM
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62007 Putrajaya.
info@sprm.gov.my

YB Rafizi Ramli
Pusat Khidmat Parlimen Pandan, 
No. 1-16, Jalan Pandan Prima 2, 
Dataran Pandan Prima, 
55100 Kuala Lumpur

STATUS ADUAN KEGIATAN RASUAH DALAM PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

7 Febuari 2017 di alamat pejabat saya di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM, Oakland Bussines Centre, Seremban saya telah menerima beberapa dokumen berkaitan korupsi dan salah satu dokumenya dipercayai merupakan salinan penuh laporan Korupsi yang turut melibatkan rasuah seks yang berlaku dalam Pejabat Besar Selangor yang mana laporan ini pernah dibuat oleh YB Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR beberapa bulan lalu.

Pertama sekali surat ini ingin mendapat kepastian dari YB Rafizi Ramli sendiri berkenaan laporan beliau. Apakah status laporan beliau dan kenapa laporan beliau, beliau sendiri seolah senyapkan mengenai pendedahan ini.

Saya sangat yakin laporan yang Rafizi lakukan punya asas dan bukti seperti mana yang sering beliau lakukan sebelum ini. Namun kenapa beliau sendiri senyap dan tidak melakukan pendedahan ? Apa pula tindakan parti mengenai kewujudan korupsi termasuk rasuah seks dalam Pejabat Besar yang dikuasai oleh PKR itu sendiri ? Ramai yang sangat kecewa dengan Rafizi kerana tidak mendedahkan korupsi ini habis habisan seperti yang dia lakukan sebelum ini. Adakah Rafizi melihat korupsi ini punya 'kasta' iaitu yang dilakukan musuh perlu dilawan tetapi yang dilakukan orang dalam PKR ia perlu disenyapkan ? Atau Rafizi menerima ugutan dalam parti dan untuk elak tindakan ia terpaksa senyapkan ? atau Rafizi menerima habuan untuk menyenyapkan perkara ini ? 

Berdasarkan pengalaman dan maklumat yang saya juga ada , apa yang ada dalam dokumen tersebut ialah hanya sekelumit dari kegiatan korupsi yang berlaku di Selangor.

Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula rakyat sangat menanti apa keputusan laporan korupsi yang dibuat oleh Rafizi ? 

Setakat ini tanpa berselindung saya mempunyai keraguan terhadap SPRM. SPRM masih menjadi aparat regim yang memilih kes dalam pendakwaan dan pendedahan dan menjadi agen membersihkan korupsi pihak tertentu yang berkepentingan.

Seperti mana SPRM mendepani kes MO1 begitu juga SPRM mendepani kes aduan korupsi bersangkutan balak Kelantan. SPRM mengundang ketawa bila menyatakan rampasan tunai bernilai ratusan juta di Sabah bersih dari unsur rasuah hanya untuk menghentikan siasatan dari melibatkan pemimpin politik yang kini cuba menjadi jaguh pembangkang di sana supaya terus dalam kawalan. Begitu juga dalam kes melibatkan Azmin ini laporan korupsi yang saya sendiri pernah buat dengan bukti disenyapkan malah menurut maklumat dalaman SPRM siasatan diberi arahan henti hanya kerana memastikan Azmin terus dalam kawalan dan trek skrip yang diberikan. Jika ini fitnah SPRM sila tampil dengan status dan penjelasan terbuka munasabah dengan semua kes disebut itu, malah saya sedia hadir mendengar dan mengutarakan soalan yang timbul.

Ingat dalam kes SkandalAzmin:68054, saya dipecat dua kali oleh PKR dalam masa seminggu dengan salah satunya surat dengan tandatangan yang dipalsukan, Razak Ismail seorang pengadu kes berkenaan kepada SELCAT dipaksa meletakkan jawatan dari tugas Pegawai Khas kepada salah seorang Exco Kerajaan negeri Selangor. Namun korupsi terus dilindungi yang pasti Hutan Simpan Kuala Langat utara musnah digazetkan sebagai kawasan pembangunan Kormersial.

Merujuk semula dokumen aduan ini yang saya yakini diperolehi dari sumber dalaman SPRM sendiri. Apakah tahap siasatan SPRM sendiri, kalau bab rasuah seks boleh lah dikatakan saksi pusing tariktuduhan atas sebab tertentu, tetapi bagaimana pula dengan jumlah pegangan aset yang jelas tidak munasabah ?


Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SPRM)

salinan kepada semua media dan YB Presiden PKR






jemput juga baca:

1. Kertas siasatan siap tetapi Azmin tidak didakwa klik http://chegubard.blogspot.my/2016/09/kertas-siasatan-bpr-ke-atas-azmin.html

2. Laporan SPPRM Skandal Azmin 68054 klik http://chegubard.blogspot.my/2016/08/kenyataan-penuh-video-depan-sprm-26.html

3. Selcat cuma pencuci kekotoran Azmin klik http://chegubard.blogspot.my/2016/10/selcat-hanya-tukang-cucui-kekotoran.html

4. Shafie harus respon kes wang haram klik http://chegubard.blogspot.my/2016/09/shafie-harus-respon-isu-penggunaan-wang.html

5. e Book skandal balak kelantan klik http://chegubard.blogspot.my/2016/06/samm-lancarkan-e-booklet-bukti-skandal.html

6. http://chegubard.blogspot.my/2017/01/sua-pkr-dilantik-di-pp-pembongkar.html


Thursday, February 02, 2017

AZFAR SANJRANI : akauntan Pakistan menjadi 'hamba' di Malaysia



Catatan Umum

1 Febuari 2017

Pada 21 Januari 2017 , cheGuBard menerima satu masej whats app dari Sri Lanka meminta bantuan mengenai seorang pekerja asing yang ditipu di Malaysia. Masej bertujuan memastikan nombor itu ialah cheGuBard dari 'NGO' SAMM yang sedia membantu atas nama kemanusiaan, bila dibalas 'ya' penghantar masej memberitahu akan menelefon dan bercakap melalui telefon.

Hampir tengah malam, tiba - tiba panggilan telefon dari nombor yang awalnya +971.... pemanggil memperkenalkan dirinya sebagai Muhammad Abuzar. Abuzar seorang ekspatriat , warga Pakistan dan kini bermastautin di Dubai. Dia maklumkan adiknya Muhammad Azfar Sanjani seorang "charted accountant", selain lulusan sarjana Akauntan adiknya juga mahir dalam bidang pengarahan dan membuat video serta berpengalaman bekerja dengan beberapa agensi perfileman besar di Bollywood.

Adiknya di Pakistan telah menerima tawaran untuk bekerja dalam bidang profesional di Malaysia dengan tawaran gaji lumayan. Untuk mendapatkan tawaran itu adiknya telah membayar lebih dari USD 4,000 dan beberapa bayaran sampingan lain. Malangnya pada 18 Januari dia mendapat panggilan telefon dari adiknya memaklumkan dia ditipu dan ditempatkan sebagai buruh kasar dengan tempat penginapan yang sangat teruk.

11 Januari Azfar telah tiba di Malaysia dengan diuruskan oleh agensi pekerjaan tersebut. Bermalam semalam di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan 12 Januari dibawa ke Johor Bharu. 13 Januari kumpulan besar warga Pakistan ini mula dipisah - pisahkan. Azfar dan seorang lagi telah dibawa oleh seorang majikan berbangsa Cina. Selepas dua hari itu adiknya menghubungi keluarganya di Pakistan dan Dubai memaklumkan dia ditipu.

Abuzar merayu, katanya bagi pihak ibunya dan seluruh keluarga dia minta SAMM bantu keluarkan adiknya. Dia maklumkan pasport adiknya dipegang majikan. Jika mahu pasport untuk pulang dia perlu membayar RM7,000 pula lagi. che'GuBard sebut dengan dia jangan bayar apa - apa dan SAMM akan cari adiknya sampai dapat.

SAMM Muar diaktifkan dan diminta membuat carian kerana lokasi disyaki ialah Muar. Hasil carian dikenal pasti , Azfar ditempatkan disebuah kawasan rumah kongsi yang sangat teruk, kotor dan padat. Tidak ada tandas, untuk buang air hanya pergi ke semak berhampiran. Dia diminta bekerja di kilang perabut diLip Gee Sdn Bhd yang terletak di Parit Bakar Tengah, Muar.

Satu 'cover report' dibuat memaklumkan perkara ini. 23 Januari pasukan SAMM Muar memasuki kawasan tersebut dan mengenal pasti Azfar. Dia ditemui dalam keadaan 'berlemuih'. Dia hanya diminta membawa barang penting sahaja, malah beg baju juga ditinggalkan. Dia terus dibawa ke Kuala Lumpur bagi tujuan ke Kedutaan Pakistan. cheGuBard sendiri sudah berhubung dengan kedutaan Pakistan dan sdr. Hisham sedia menanti. Tanpa pasport hanya dengan sijil - sijil akademik serta wang Azfar dibawa ke Kuala Lumpur.

Sampai di Kuala Lumpur kami putuskan tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu Azfar berdepan masalah kerana tidak punya pasport. Maka dia terus dibawa ke kedutaan.

Sebaik sahaja dia memulakan proses lapor diri di kedutaan , cheGubard, Saiden dan Anwar (tiga kami bersama azfar masuk ke Kedutaan) minta diri. Masih kuat di ingatan lagi Azfar tarik tangan cheGubard ke satu sudut, depan Saiden dan Anwar dia keruk poket dan sampul surat besar yang dibawa.... dengan kedua tapak tanganga yang penuh berkeromot duit USD, Pakistan dan Malaysia dia kata ambillah yang perlu dan hanya tinggalkan dia sedikit sementara abangnya sampai dari Dubai esok.

che'GuBard cuma capai RM300 terus dihulur pada Saiden untuk minyak dan lain - lain belanja mereka dari Muar. che'GuBard genggam balik tangan Azfar terus minta dia simpan semua... (rasanya ada dalam RM10,000 nilai wang dalam duit Malaysi). che'GuBard cuma pesan pada dia pesan arwah Pa'aq pesan... bila kau dengar orang susah dan perlu bantuan pergi bantu tanpa pikir macam mana orang tu nak balas bantuan kau.... sebab bila kau perlu bantuan yakinlah Allah akan hantar bantuan dalam bentuk yang tidak disangka... dia terus menangis. Dia kata kena terus berhubung sebab dia nak balik dan tubuh SAMM di Pakistan. ermmm... apalah yang digoreng dek Anwar dan Saiden dalam kereta sepanjang perjalanan dari Muar ke Kuala Lumpur agaknya. Sebelum melangkah Saiden dan Anwar berpeluk, che'GuBard elak sebab baunya sungguh 'wow' mungkin kerana sebelum itu dia sendiri bercerita tidak mandi beberapa hari kerana air mereka mandi itu sendiri kotor dan busuk.

25 Januari, Abuzar telefon, kaatanya dia di Kuala Lumpur bersama adiknya, esok dia mahu bawa adiknya pulang ke Pakistan. Dia ajak jumpa nak rai dan ucap terima kasih, che'GuBard cuma minta maaf sebab memang tak sempat, ucap selamat jalan dan selamat sampai. Sempat pesan pada dua beradik ini jangan serik datang Malaysia, sini sama seperti negara lain ada orang baik ada orang jahat tetapi Tuhan tetap satu.  Abuzar pun menangis dalam telefon , cuma konfius memang Pakistan ni cepat menangis atau adik beradik Sanjrani ni cepat sedih, dia tak tahu che'GuBard tak boleh jumpa sebab kena kerja shift malam... hahah kalau tak kerja mana nak bayar - bayar bil dan ansuran hutang bang oiii...

Apa pun bangga SAMM sampai ke luar negara orang sebut namanya, sesungguhnya anugerah Allah yang besar pada che'GuBard dalam perjuangan ini bukan jawatan atau kekayaan tetapi adik beradik keluarga besar SAMM... apa pun orang nak cakap lantaknya che'GuBard ada keluarga besarnya.

Tahniah buat Anwar Asyraf Pengarah Pemikir Kaum Muda SAMM kerana beberapa hari sebelum bernikah sanggup buat misi menyelamatkan ini. tahniah buat Saiden Runner yang walaupun kerja gaji hari tapi tinggal kerja untuk bersama. Peliknya kes Azfar ini bukan terpencil tetapi ia sering berlaku cuma tidak ada tindakan... macam mana agensi penipu ini mudah sangat dapat permit... adakah orang besar Imigresen atau pejabat Menteri sendiri berada dibelakang mereka ? Nama agen yang menipu yang dimaklumkan Azfar ialah Chua Chon Kai nombor telefon dia 0176015225

catatan : che'GuBard, SAMM

Laporan SPRM berkaitan pendedahan cheGuBard terhadap Presiden Kapal Layar


Kenyataan Datuk Zulkarnain Mahdar selepas membuat laporan SPRM bersangkutan pendedahan yang saya pernah tulis dalam blog ini yang mana dia membuat siasatan lanjutan sememangnya nama syarikat terbabit wujud dengan projek - projek yang disebut.

untuk membaca tulisan dimaksudkan klik http://chegubard.blogspot.my/2016/09/shafie-harus-respon-isu-penggunaan-wang.html

Namun buat Datuk Zulkarnain yakinlah SPRM akan mendiamkan sebab semua sudah "kawtim"....

Selagi ada Azmin, Hadi dan Shafie maka tidak sukar Najib untuk berkuasa selepas PRU ke 14 nanti... Mahathir pula akan memburukkan lagi keadaan kerana hanya sekadar penyamun menyamar polis.