Thursday, December 22, 2016

1550 lagi ahli keluar parti sertai Parti Shafie, apa kata PKR ?

Catatan Santai

22 Disember 2016


1. 20 Disember 2016, laman Free Malaysia Today (FMT) melaporkan kenyataan YB Junz Wong yang merupakan wakil rakyat DAP yang melompat masuk ke Parti Shafie Apdhal kemudian dilantik Naib Presiden menyatakan 1500 lagi ahli PKR bertindak keluar parti dan memasuki parti barunya.

2. Dalam kenyataan yang sama turut menyatakan hanya 400 ahli Umno dan beberapa ahli parti pembangkang lain turut bertindak keluar parti dan memasuki parti baru Shafie Apdhal itu. Semua tahu Shafie tidak memasuki parti bunga raya pimpinan Mahathir kerana tidak mahu dikaitkan dengan Mahathir. Mahathir sangat tidak porpular di Sabah kerana khususnya dalam isu skandal IC Sabah dimana ramai warga asing mendapat kerakyatan segera dalam usaha Umno atau Bn merampas Sabah ketika pemerintahan Mahathir.

3. Apa yang peliknya di sini ialah mereka melaungkan akan membentuk kerajaan di Sabah dengan mengembeling kebangkitan rakyat menolak Bn, sedangkan apa yang berlaku sebenarnya ialah hanya penstrukturan semula pembangkang di mana pemimpin dan penyokong pembangkang keluar parti membentuk parti atau gabungan baru.

4. Apa pula respon PKR dengan bukan sekadar wakil rakyat mereka di curi dan melompat parti tetapi ahli parti mereka dijemput berhijrah beramai - ramai keluar parti. Dengan senyap seolah bersetuju adakah PKRsetuju parti itu makin hanyut dan tidak lagi relevan di Sabah atau Borneo secara amnya ?

5. Sekali lagi diingatkan kepada umum mengenai pengumuman PKR untuk menyakinkan pengundi untuk mengundi calon mereka bahawa semua calon PRU lepas telah menandatangani perjanjian undang - undang jika terpilih memenangi PRU dan bertindak keluar parti mereka perlu membayar RM5 juta. Adakah pengumuman tersebut hanya penipuan bagi menyedapkan hati pengundi atau wakil rakyat PKR yang lompat dan disambut baik Presiden PKR melalui kenyataan rasmi sudah membayar RM5juta ?

6. Dalam kenyataan yang sama yang sama Junz Wong turut mengumumkan bahawa 500 ahli SAPP di Kundasang turut menyertai parti Shafiee. Namun kenyataannya ditemplak oleh Japiril Suhaimin, pimpinan SAPP yang juga bekas calon SAPP Kundasang Pilihanraya lepas dengan menyatakan Junz Wong menipu kerana rekod SAPP menyatakan keahlian mereka di Kundasang hanya 232 orang sahaja. Nampaknya bekas wakil rakyat DAP ini cepat bekajar dari Shafiee cara Umno yang mana strategi Umno sebelum ini umum entah siapa - siapa keluar parti bagi menipu dan tujuan perang saraf semata - mata.

7. Telah saya tegaskan supaya kita jangan terpedaya dengan taktik politik silang berlapis oportunis kelompok ini. Mereka menolak isu politik nasional dengan konon berbincang soal Sabah semata - mata, membunuh parti lain kononya parti semenanjung dengan meniup semangat kenegerian melampau. Kemudian kalau menang siapa pun menguasai Dewan Rakyat (Putrajaya) maka mereka boleh berbincang. Sekarang pun rundingan sedang berlangsung.

8. Kepada orang Sabah atau Sarawak khususnya, diakui memang Sabah dan Sarawak tertinggal jauh dalam banyak segi walaupun menjadi antara penyumbang utama ekonomi Malaysia, namun ingatlah selama ini perkara ini terjadi dengan kamu berada dibawah Ketua menteri orang negeri kamu. Maka isunya bukan parti semenanjung atau parti tempatan tetapi isunya siapa menawarkan polisi yang baik dan punya rekod perjuangan rakyat yang menyakinkan. Jangan terpedaya dengan perompak yang cuma cuba bersalin baju sahaja.

catatan oleh che'GuBard SAMM

untuk membaca tulisan sebelum ini klik http://chegubard.blogspot.my/2016/09/shafie-harus-respon-isu-penggunaan-wang.html

Tuesday, December 06, 2016

ADAKAH KITA HALALKAN PENGHINAAN MAHATHIR 'RASULULLAH TAK CUKUR JANGGUT SEBAB TAK ADA GILLATE' ?


Catatan Umum
6 Disember 2016

ADAKAH KITA HALALKAN PENGHINAAN MAHATHIR 'RASULULLAH TAK CUKUR JANGGUT SEBAB TAK ADA GILLATE' ?
1. Najib Razak selaku presiden Umno dalam ucapan beliau (mungkin sempena gabungan belum rasmi Umno - Pas) telah cuba membela dirinya dengan mengaitkan istilah tanya Ulama beberapa kali ketika dalam persidangan Umno. Malah ramai tersenyum sinis bila Najib mengambil beberapa contoh Rasulullah bagi membela diri dari serangan pengkritiknya.

2. Tindakan Najib ini dijawab oleh Mahathir dengan menyatakan  Nabi (Rasullulah) tak ada RM2.6 billion dalam akaunya. Kenyataan ini dilihat sebagai mengheret imej suci Kekasih Allah dalam politik sempit berkepentingan. Ia secara langsung menghina Nabi Mohammad SAW. Ya, betul kamu ingin serang Najib dan sememangnya ramai mempertikaikan ucapan Najib, namun ia tidak menghalalkan tindakan Mahathir tersebut.
3. Untuk pengetahuan kamu Mahathir anak lelaki Iskandar Kutti (nama sebenar Mahathir) Rasullullah merupakan kekasih Allah. Jangan katankanRM2.6 billion dalam akaun malah Allah pernah tawarkan untuk diterbalikkan Gunung Taif demi Mohammad.

4. Ya, kamu mahu menyerang Najib tetapi analogi yang kamu gunakan dalam ego kamu itu SALAH. 
5. Apabila saya menulis ini tentu ramai pentaksub Mahathir anak lelaki Iskandar Kutti ini menyerang saya semula dengan seribu satu hujah menghalalkan ayat Mahathir menghina Rasullullah dan menyerang saya dengan tuduhan pemakan dedak dan sebagainya. 

6. Mahathir anak lelaki Iskandar Kutti ini bukan sekali dalam politiknya mengeluarkan kenyataan menghina Rasullullah malah menghina Islam antara yang porpular ialah mengghina sunnah berjanggut dengan menyatakan Nabi tak cukur janggut sebab tak ada pisau Gillate. Maka masih terngiang lagi yang kini sebahagian dari pentaksub Mahathir turut menggunakan hujah untuk menolak Mahathir dan Umno kerana ayat Mahathir tersebut. Namun adakah kini dosa Mahathir menghina Islam dan kekasih Allah itu juga sudah menjadi halal ?

7. Dalam keghairahan kita melawan regim kita juga tidak boleh menggadai prinsip semata demi porpulariti yang pun belum tentu mampu memberikan kita kuasa kerana rakyat sedangmenilai bagaimana kita mempertahankan prinsip. Saya dan ramai lagi sedang menanti ada tokoh pembangkang yang berani menegur Mahathir anak Iskandar Kutti ini.

8. Sudahlah rompakan billion dan kezaliman serta kemusnahan sistem yang dilakukan sedang dihalalkan, kini penghinaan Mahathir terhadap agama juga sedang dihalakan malah tindakan itu sedang dibudayakan menjadi tidak salah pula.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).”  (Surah Al-Ahzab: 56).

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد


catatan oleh che'GuBard, SAMM





antara risalah ABU yang dicetak sebanyak 1juta dan disebar
ke seluruh negara ketika hampir PRU lalu