Thursday, November 24, 2016

Pemimpin PKR terlibat perjanjian komisyen lobi projek kerajaan negeri Selangor ?

Surat Terbuka

24 November 2016

Tulisan ini merupakan surat terbuka kepada semua nama yang disebut dalam tulisan ini bagi menjawab sama ada ia betul atau palsu.

Tulisan surat terbuka ini berdasarkan beberapa minggu lepas che'GuBard menerima satu set dokumen berkaitan kegiatan meraih 'komisyen' orang tengah bagi melobi projek berkaitan Rumah Selangorku yang mana ia turut melibatkan pimpinan utama PKR Selangor.

Dalam Bajet 2017 Selangor Azmin Menteri Besar berkata RM 250,258,190 atau 13.9 peratus diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.

Azmin MB Selangor berkata dia telah melancarkan 18 projek pembangunan rumah mampu milik melibatkan 22,494 unit. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan untuk projek Rumah Selangorku.


Bagi GLC Selangor seperti PKNS mereka membina "Rumah Selangorku Idaman PKNS".

Berdasarkan set dokumen yang diperolehi jelas terdapat Benarkah terdapat sindiket melibatkan watak tertentu dalam PKR Selangor dalam menetukan projek perumahan di Selangor bagi mendapat komisen 1.5 % sehingga 5 % dari projek Rumah Selangorku Idaman PKNS yang berkos RM200juta ke RM300 juta. Maklumat yang terima mendapati sindiket ini wujud. Malah dikatakan Proksi Azmin Ali seorang warga Singapura juga terlibat yang mendapat komisen sehingga 4%. Syarikat atau kontraktor di minta mengikuti terma-terma berikut:

terma projek Rumah Selangorku yang 'diarahkan' kepada PKNS untuk guna pakai
Antara dokumen yang diperolehi ialah perjanjian (undang - undang) melibatkan syarikat kontraktor yang ingin mendapatkan projek Rumah Selangorku dengan seorang penama iaitu Naveen Kularasa Rasiah yang mana jika syarikat tersebut memperolehi projek tersebut maka 1.5% (dari nilai projek) harus dibayar kepada Naveen.


Maka satu siasatan dilakukan maka ditemui bahawa YB Sivarasa Rasiah yang merupakan ahli Parlimen Subang yang merupakan pendokong kuat kartel Azmin Ali juga mempunya saudara bernama Naveen Kularasa Rasiah. Adakah watak yang membuat perjanjian bagi meraih komisyen projek dibawah kerajaan Selangor ini ialah adik beradik kepada Sivarasa Rasiah yang juga menduduki beberapa kerusi penting dalam GLC Selangor. 

Dalam dokumen yang diperolehi juga ditemui bahawa perjanjian undang - undang bagi memperolehi komisyen pemberian projek Selangorku tersebut dibuat oleh Syarikat Guaman Daim & Gamany


Yang mana Daim & Gamany adalah syarikat milik Sivarasa dan turut menyenaraikan beberapa pemimpin PKR lain.


Maka mustahil Sivarasa tidak tahu kegiatan melobi projek Kerajaan Selangor bagi memperolehi komisyen (rasuah) orang tengah kerana syarikat guaman dia terlibat secara langsung berdasarkan dokumen yang diperolehi atau timbul persoalan yang lebih dasyat ialah adakah Naveen hanya proksi bagi perjanjian undang undang dan Sivarasa atau beberapa pemimpin lain terlibat bagi melobi , memastikan projek diperolehi dan komisyen tinggi diperolehi.

ternyata secara jelas selepas keluar LOA bayaran penuh harus dibuat.

Bayangkan jika projek itu bernilai RM300 juta maka 1.5 % itu membawa nilai berapa ? Jika ini benar maka kesian kepada pejuang - pejuang PKR yang melarat berkorban apa sahaja namun ketika pemimpin kartel menuai jutaan yang melarat selama ini terus terbuai lagu perjuangan semata - mata.

Turut ditemui dalam dokumen lain yang diperolehi dalam set yang sama tersebut ialah nama warga Singapura , Sabri Bin Buang telah dinamakan sebagai penerima komisyen sebanyak 4% - 5%. Ia jauh lebih tinggi dari nilai peratus komisyen atas nama Naveen. 

Siapakah dia ? Jika menyebut Singapura maka dua pemimpin kanan PKR Selangor iaitu Azmin dan Zuraidah datang dari Singapura harus tampil menjawab.




Soalnya sekarang Azmin dan kartelnya bangga konon belanjawan Selangor kurang dibazir dalam perihal mengurus tetapi ditumpukan kepada pembangunan, malangnya jika ini benar berlaku maka sebahagian belanjawan besar itu sedang disedut mewah oleh pemimpin kartel.

Contoh depan mata yang dibuat buat buta oleh pemimpin pembangkang khususnya PKR ialah perihal gerbang Selangor yang kini baru siap projek bernilai RM10juta hanya untuk 'mengecat'........


Kepada seluruh anggota PKR dan rakyat Selangor adakah kita perlu terus diam ?



Nampak hubungan Azmin dengan Gamuda? berapa agaknya komisen Gamuda beri? dalam masa sama Azmin nak bayar SPLASH RM2.7 juta campur liabliti RM4.2B. Pandai tak Azmin. Semua dia sapu kiri kanan atas dan bawah. Kecil besar dia sapu.

SPRM akan terus bisu kerana kebijaksanaan Azmin ialah selain rapat dengan Mahathir bagi membunuh politik Anwar bagi dia mengambil alih PKR, dia juga turut membina 'jambatan' sulit dengan Najib kerana itu Lim Guan Eng didakwa kerana status tanah yang tidak bertukar tetapi Azmin jenayah korup jelas akan terus dibersihkan SPRM, Audit dan lain lain agensi bawah regim pusat.

Azmin, Sivarasa atau sesiapa sahaja pemimpin yang disebut dalam tulisan ini mohon tambil memberikan penjelasan dan saya sedia menarik tulisan ini dan meminta maaf kalau ia terbukti salah. Namun saya beri peringatan dokumen yang didedahkan hanya sebahagian kecil yang saya perolehi.

catatan oleh ;

che'GuBard, Bekas MPP PKR dan Bekas Ahli Seumur hidup PKR yang dipecat kerana mendedahkan korupsi Azmin Ali.

6 comments:

  1. Anonymous7:49 PM

    Buktikan..jgn tulis je..berotak la skit mcm rafizi..cari fakta,angka,..ni malas..stakat suh org nngaku, nafi..watpe..bodo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous2:06 AM

      Mcm Rafizi??
      Hahahahahahahahaha!!!
      Ko ni kenapa?
      Ada ke penipu dijadikan contoh??

      Delete
  2. Anonymous8:16 PM

    Tu salinan dokumen dh disiarkan kau nak bukti apa ?

    ReplyDelete
  3. Macam rafizi? Yang mahkamah sahkan tuduhan dia pada tski fitnah?

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:40 AM

    Bawa bukti ni kepada SPRM jika betul.. Jika tidak ni tuduhan fitnah. Orang yg difitnah, doa nya dimakbulkan.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:24 PM

    Kalau betul ni betul mustahil jibbon akan berdiam diri.

    ReplyDelete