Friday, November 25, 2016

Beritadaily.com gagal hubungi Yb Sivarasa untuk komen surat terbuka che'GuBard

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin mendakwa wujudnya sindiket dalam PKR Selangor yang menerima komisyen antara 1.5% hingga 5% untuk projek rumah Selangorku berharga antara RM200 juta hingga RM300 juta.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard mendakwa, sindiket berkenaan juga mempunyai kaitan dengan seorang ahli Parlimen PKR di Selangor.
“Berdasarkan set dokumen yang diperolehi benarkah terdapat sindiket melibatkan watak tertentu dalam PKR Selangor dalam menetukan projek perumahan di Selangor bagi mendapat komisen 1.5% sehingga 5% dari projek Rumah Selangorku Idaman PKNS yang berkos RM200 juta ke RM300 juta.
“Maklumat yang terima mendapati sindiket ini wujud. Malah dikatakan proksi Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali seorang warga Singapura juga terlibat yang mendapat komisen sehingga 4%,” dakwa Chegu Bard di dalam blog miliknya, chegubard.blogspot.my hari ini.
Antara dokumen yang dimuat naik beliau adalah perjanjian berkaitan undang-undang yang melibatkan syarikat kontraktor yang ingin mendapatkan projek Rumah Selangorku dengan seorang penama yang mempunyai hubungan darah dengan ahli Parlimen PKR, yang mana jika syarikat tersebut memperolehi projek tersebut maka 1.5% daripada nilai projek harus dibayar kepadanya.
Beliau berkata, dalam dokumen yang diperolehinya juga ditemui bahawa perjanjian undang-undang bagi memperolehi komisyen pemberian projek Selangorku tersebut dibuat oleh syarikat guaman berkaitan ahli Parlimen PKR tersebut.
Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi penggal kedua dan juga pernah memegang jawatan Naib Presiden di partinya.
Dalam Bajet 2017 Selangor yang dibentangkan Azmin sebelum ini, sejumlah RM250,258,190 atau 13.9% daripada bajet diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.
Azmin berkata beliau telah melancarkan 18 projek pembangunan rumah mampu milik melibatkan 22,494 unit dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan untuk projek Rumah Selangorku.
Manakala bagi anak syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor seperti PKNS mereka membina “Rumah Selangorku Idaman PKNS”.
Chegu Bard juga berkata, beliau sedia menarik balik kandungan dokumen berkenaan daripada blog miliknya sekiranya dakwaan tersebut merupakan satu kesilapan.
“Pemimpin yang disebutkan mohon tambil memberikan penjelasan dan saya sedia menarik tulisan ini dan meminta maaf kalau ia terbukti salah.
“Namun saya beri peringatan dokumen yang didedahkan hanya sebahagian kecil yang saya perolehi,” katanya lagi.
Berita Daily bagaimanapun tidak dapat menghubungi Ahli Parlimen tersebut untuk mendapatkan penjelasan.
untuk membaca tulisan asal dan melihat dokumen yang dimaksudkan sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/11/pemimpin-pkr-terlibat-perjanjian.html

No comments:

Post a Comment