Thursday, June 18, 2015

PANIK MENYEBABKAN DR.M MEMAKI HAMUN DI KHALAYAK UMUM.

Kenyataan Media
18 Jun 2015

Pada 15 Jun 2015 yang lepas, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menghantar surat kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad (Dr.M) untuk menjemput beliau ke sesi ‘hot seat’ Forum ‪#‎Nothing2Hide‬ anjuran SAMM dengan beberapa gerakan anak muda sekutu. Memahami kesibukan Dr.M kami nyatakan dalam surat beliau boleh memilih masa dan tarikh sendiri dan yang lain kami sediakan.
Semalam beliau ketika membuat sesi soal jawab bersama NGO (dengan menjemput NGO terpilih sahaja) di Yayasan Kepimpinan Perdana beliau bukan sahaja menolak untuk hadir jemputan yang diberikan malah turut menghina saya dengan menyebut “siapa che’GuBard?” dan seterusnya menggelar saya dan SAMM selaku kucing kurap.
Nampaknya Dr. M tidak banyak berubah. Sudah dijangka beliau akan menolak dan saya tidak terkejut dengan makian yang dibuat olehnya. Itu mujur dia selaku bekas Perdana Menteri, terbayang jika beliau Perdana Menteri sudah pasti puluhan atau ratusan anggota Polis akan mengepung rumah saya dan menahan saya dibawah ISA atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan secara subversive. Saya tidak rasa terhina kerana selaku negarawan sekitar usia 90 an apabila dia bersikap begitu dipentas depan umum maka dia sendiri yang telah menghina dan memalukan dirinya.
Dr. M pasti tidak akan berani tampil kerana pasti dia takut untuk menjawab soal jenayah, skandal kewangan dan bail out juga kehancuran sistem negara yang berlaku semasa dia menjadi Perdana Menteri. Dr.M tiap tiap hari mengatakan dia bersih, tetapi jika difikirkan tentu ramai hairan mana mungkin jika ia bersih bagaimana hampir semua anak – anaknya menjadi multi billionaire dalam masa singkat. Siapa boleh menafikan kaum keluarga Dr.M hidup dalam keadaan mewah luar biasa ada beberapa keadaan sama seperti raja atau Sultan.
Umum, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup tahu sangat mengenai anak – anak Dr. M yang tidak pandai meniaga tetapi mampu menjadi billionaire dalam masa 3 tahun. Ini mungkin antara rekod dunia, sedangkan rakyat tidak akan lupa antara sebab utama pemecatan Anwar Ibrahim ialah kerana keengganan beliau bersetuju menggunakan dana rakyat untuk bail out hutang anak Dr.M.
Saya tanpa berselindung dengan rasa rendah diri merakamkan rasa bangga kerana berjaya membuktikan Dr. M seorang yang penakut. Dia hanya berani di depan penyokong dia sendiri yang telah disusun dan mengikut skrip sorakan kerana disuap kenyang.
Sepanjang Dr.M menjadi PM, pernah Tunku Abdul Rahman mencabar dia tetapi beliau tidak melayan, begitu juga beberapa tokoh lain termasuk KuLi dan Anwar mencabar Dr.M berdebat tetapi beliau juga menikus. Kita tidak harus lupa bagaimana 1998 kononya dia singa di depan pengampunya, kononya ada bukti itu dan ini, tetapi menikus bila dipanggil ke mahkamah malah meletakkan syarat untuk tahu apa soalan yang akan ditanya padanya. Akhirnya dia tak hadir ke mahkamah kerana soalan yang hendak ditanyakan dia tidak ada jawapan dan Anwar bebas dari tuduhan palsu arahannya. Malah siapa yang berani melawannya dan jika dia rasa terjejas maka ISA dan perbagai tindakan pasti menimpa.
Hal Dr. M nak duduk berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak itu dia usahakanlah. Tanpa membela apa pun yang mana saya berpendirian Najib harus terus tampil menjawab semua persoalan yang dibangkitkan tetapi mengherokan watak yang pernah digelar Mahafiraun adalah tidak betul. Tidak ada yang baru yang dibawa oleh Dr.M selain mengulang dakwaan pembangkang. Soalan saya ialah adakah ketika dia bersungguh melobi Najib menjadi PM dan menjatuhkan Pak Lah , isu – isu seperti Altantuya dan kononya pemborosan Rosmah tidak wujud ? Najib dipilih Dr.M kerana dia merasakan Najib boleh menjadi bonekanya. Namun bila ada permintaan tidak tertunai, Dr.M mula keluar sebagai hero mengulang semula tuduhan dan pembongkaran pembangkang seolah dia hero yang suci. Bayangkan jika Najib sanggup menjadi bonekanya dan semua tuntutannya tertunai maka sudah tentu dia masih selesa, malah dia juga terus menindas demokrasi dan kebebasan bersuara dalam negara
‪#‎sudahlahMahathir‬ bagi kamu Melayu mudah lupa, tetapi itu kamu. Bagi kami ganerasi muda kami ingat. Kami pernah bersama kamu menjatuhkan Tun Abdullah Badawi. Ketika itu kamu ulang 1001 tuduhan pembangkang seperti skandal oil for food, Scomi, adik beradik Abdullah nikmati kontrak MAS sehingga MAS bermasalah, Khairy agen asing, penjualan saham kepentingan negara ke Singapura dan banyak lagi. Selepas Pak Lah jatuh semua kamu senyapkan, ada kamu usaha bawa ke muka pengadilan dan kembalikan hak dan wang rakyat ? Jawapanya tidak kerana yang kamu mahu ialah hati kamu puas dan siapa pun menjadi PM harus menjadi boneka kamu.
Sekali lagi mewakili keluarga besar SAMM dan gerakan anak muda sekutu kami berbangga Dr.M takut dengan kami (Cuma syukur dia bukan PM kalau tidak tentu dah di ISA kan). Namun jika Dr. M berubah fikiran, kami sentiasa sedia menyediakan pentas buat Dr.M. Pada umur 90 tahun minta Dr. M matang, jemputan tersebut juga peluang untuk Dr.M menjelaskan dan membersihkan nama cuma kami juga akan menyusun watak – watak mangsa buli sepanjang Dr.M menjadi PM untuk turut bertanya secara terus.

Akhirnya saya hanya senyum digelar kucing kurap oleh negarawan korup !
Sekian.
che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Wednesday, June 17, 2015

(video) Jemputan Dr.M Ke Program #Nothing2Hide

Tarikh : 16 Jun 2015

Y. Bhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Yayasan Kepimpinan Perdana
Putrajaya

Yang Berbahagia Tun,

Jemputan Ke Program #Nothing2Hide

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tun sebagai anggota Panel untuk sesi “Hot Seat” #Nothing2Hide bagi memberikan peluang kepada Tun menjawap sendiri segala dakwaan yang telah berlaku sepanjang 22 tahun pemerintahan Tun khasnya seperti :-

2.1.      Semua dakwaan dan tuduhan penyelewengan yang berlaku sepanjang 22 tahun pemerintahan,
2.2.      Tuduhan terkini terhadap Tun yang sedang menyerang Perdana Menteri ketika ini seperti serangan tersebut mempunyai kaitan dengan kegagalan Tun Daim Zainuddin yang mahu campur tangan Kerajaan memudahcara penjualan bank miliknya dengan harga yang ditetapkan.
2.3.      Permohonan Tun kepada Perdana Menteri untuk menyuntik dana daripada wang rakyat untuk membantu Proton telah ditolak Kerajaan.

3.         Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga terbuka untuk memberikan peluang  kepada pihak Tun untuk menetapkan tarikh dan masa yang bersesuaian. Pengurusan acara lainnya akan dibuat pihak SAMM sebaik sahaja menerima tarikh dan masa daripada pihak Tun.

4.         Sehubungan itu, adalah menjadi harapan kami dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya agar Tun dapat memberikan persetujuan untuk hadir ke program tersebut di atas. Kami menanti jawapan baik daripada pihak Tun.

5.         Segala kerjasama dan jasabaik pihak Tun adalah amat dihargai.


Sekian, terima kasih


Yang benar,


...................................................,
Che’GuBard
Pengasas

Solidariti Anak Muda Malaysia


Monday, June 15, 2015

Dapatkan buku poket Wajah Sebenar Mahathir terus ke rumah anda

Dapatkan buku poket "wajah sebenar Mahathir" dengan pesanan pos
pembelian secara sumbangan. Minima 10 naskah dgn sumbangan minima RM10 termasuk kos pos laju.
1. Masuk kan minima RM10 (kalau nak sumbang lebih dialukan) ke akaun maybank 555041113224 atas nama solidariti anak muda.
2. Kemudian hantar detail bank in ke +60126937908 (Niezam Adzmi) dan juga hantar nama dan alamat utk urusan pos.
3. Dlm masa 5 hari bekerja anda akan dapat pos laju 10 buku tersebut.


jemput layari dan like fb page https://www.facebook.com/SudahlahMahathir 

Sunday, June 14, 2015

Jelajah Kempen #sudahlahMahathir sudah tiba di P.Pinang dan Johor

Seperti dijanjikan Kempen #sudahlahMahathir telah diperkenalkan melalui satu sidang media di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM di Seremban pada 12 Jun 2015.

Sebaik sahaja dilancarkan Kempen ini terus bergerak ke P.Pinang 13 Jun 2012 dengan satu sesi taklimat bersama Komrad SAMM P.Pinang dan sekutu dan menurunkan 4,000 buku poket "Wajah Sebenar Mahathir" dan edaran akan bermula 15 Jun 2015 dengan menggunakan strategi terus ke tangan pegawai - pegawai kerajaan dengan menziarahi mereka di Pejabat - pejabat mereka.

Pada 14 Jun 2012, team Jelajah Kempen #sudahlahMahathir tiba di Johor. Kebetulan Mahathir baru sahaja melatah , mungkin panik kerana antara strategi Kempen #sudahlahMahathir yang secara terbuka mencabar beliau untuk hadir forum bersama mangsa bulinya antaranya Tun Salleh Abbas dia telah mengatakan bukan dia bersalah memecat Ketua Hakim itu tetapi menyalahkan Almarhum Sultan Johor yang ketika itu menjadi yang dipertuan agong.

Satu sidang media khas dibuat di Johor dan kemudian 10,000 buku poket Wajah Sebenar Mahathir" diturunkan kepada Komrad - Komrad SAMM Johor untuk edaran terus.

Dibawah ini merupakan kenyataan media yang dibuat.

IMG_0135Mahathir Mohammad dalam satu ucapan semasa program Cooler Lumpur bertarikh 13 Jun 2015 telah menyatakan bahawa beliau tidak terlibat langsung dalam kes pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Mahathir sebaliknya meletakkan semua beban kesalahan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong ketika itu iaitu Almarhum Sultan Iskandar.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor dan sekutu menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu kenyataan yang amat biadap dan menghina negeri Johor keseluruhannya.
IMG_0114Adakah Mahathir sudah terlupa bahawa krisis Kehakiman 1988 ini berpunca daripada insiden “Kira Undi Tutup Lampu” semasa pertembungan antara beliau dan Tengku Razaleigh Hamzah merebut kerusi Presiden UMNO? Mahkamah telah membuat keputusan untuk mengharamkan UMNO dan seterusnya mewujudkan UMNO Baru dan Semangat 46.
Kes UMNO 11 ini adalah salah satu daripada contoh ketegasan Tun Salleh Abas dan institusi Kehakiman ketika itu dalam mempertahankan undang-undang dan kebebasan badan Kehakiman yang sangat menyakitkan hati Mahathir dan Kerajaan pimpinannya ketika itu. Mahathir masih ingat lagi kes dua wartawan iaitu John Berthelsen dan Raphael Pura yang menulis artikel mengenai siri transaksi kewangan yang meragukan yang dilakukan oleh pegawai Kerajaan ketika itu? Akhbar the Asian Wall Street Journal telah diharamkan dan Mahathir sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu telah membatalkan permit kerja kedua-dua wartawan ini. Tetapi Mahkamah Agong telah membatalkan keputusan tersebut.
IMG_0118Mahkamah Agong juga pernah menggunakan kuasa Semakan Kehakiman (Judicial Review) untuk membatalkan pindaan Kanun Acara Jenayah yang memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan sebarang prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi tanpa perlu merujuk dahulu ke Mahkamah Majistret.
Mahkamah Tinggi pernah semasa Operasi Lalang 1987 membenarkan permohonan Mendiang Karpal Singh untuk dibebaskan daripada tahanan hanya kerana isu teknikal berhubung cara beliau ditangkap. Ini semua yang menyebabkan Mahathir begitu marah dan mempunyai dendam kesumat terhadap Tun Salleh Abas yang mana menyaksikan Mahathir mula menyerang keperibadian Tun Salleh hingga menyaksikan pemecatannya.
Perlu diingati bahawa pada 1 Ogos 1983, Mahathir telah pun membawakan usul ke dalam Parlimen iaitu Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan Persekutuan untuk meminda Perkara 66 mengenai kuasa DYMM Yang Dipertuan Agong. Mahathir adalah manusia yang telah menjadikan Institusi Raja-Raja Melayu ini sebagai “Rubber Stamp”.
Tunku Abdul Rahman dalam buku beliau Mayday For Justice telah menyatakan Tun Salleh Abas sebagai seorang Ketua Hakim yang kredibel tetapi telah dihina secara terbuka dan dipecat dengan pertuduhan yang direkacipta.
Untitled-2Tunku Abdul Majid Idris Iskandar dalam satu postingnya di facebook peribadinya dengan tegas menyatakan Mahathir telah menggunakan Almarhum Sultan Iskandar untuk memecat Tun Salleh Abas.
“Mahathir used my father to remove Tun Salleh, period. Tun Salleh is a good man and my father acknowledged that. He has already made his peace with Tun Salleh. Mahathir, please don’t blame people who can’t defend themselves anymore.”
Abdul Majid Iskandar
Tunku Majid juga menolak dakwaan Mahathir, adalah amat mustahil Tun Salleh Abas mengatakan rumah Tuanku bising sedangkan rumah Tun Salleh dan Almarhum Tuanku terlampau jauh. Antara Jalan Damai dan Jalan Kia Peng jaraknya jika memandu pun mengambil masa 5 minit. Jadi macam mana kerja-kerja ubahsuai Istana boleh didengari oleh Tun?
FullSizeRenderBersandarkan kepada semua fakta di atas, SAMM dengan tegas menyelar dan mengutuk tindakan Mahathir yang menyalahkan Almarhum Sultan Iskandar. Kamu berseteru dengan Najib itu adalah pertembungan politik. Tetapi mengapa kamu mengheret Almarhum Sultan Iskandar dalam perseteruan kamu. Tak cukupkah lagi penghinaan yang telah kamu buat terhadap Istana Johor sepanjang 22 tahun kamu memerintah?
Almarhum Sultan Iskandar telah lama mangkat dan kini kamu mengeluarkan cemuhan dan dakwaan terhadap Almarhum yang sudah pasti tidak lagi dapat mempertahankan dirinya? Mahathir perlu menarik balik semua tuduhan dan dakwaan tersebut. Segala dakwaan tersebut adalah biadap dan satu penghinaan besar bukan sahaja kepada Istana Johor malah kepada semua rakyat Johor dan Negeri berdaulat ini.
Johor Mesti Jadi Johor
Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

 klik sini untuk menyumbang kepada SAMM  klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Friday, June 12, 2015

Memperkenalkan Kempen #sudahlahMahathir

12 Jun 2015
Kenyataan Media

Memperkenalkan KEMPEN #sudahlahMahathir

1. Watak Tun Dr Mahathir Bin Mohamad adalah watak istimewa yang berada pada semua zaman era pemerintahan. Menyelak sejarah dari Zaman Tunku Abdul Rahman hinggalah ke yang terbaru era Datuk Seri Najib Tun Razak peranan beliau sentiasa terakam. Persoalan yang paling penting ialah apa peranannya dan kepentingannya dalam menjatuhkan semua pemimpin tersebut  ?

2. Kini sekali lagi Dr. Mahathir bersuara dengan keras dan lantang diikuti dengan Tun Daim dan diiringi oleh juak juak pengampunya atau yang terpesona dengan kritikannya.

3. Jujur dari penelitian banyak pihak, Najib Razak sukar untuk bertahan bagi menghabiskan penggal ini jika gagal menangani kritikan keras yang diterokai oleh Mahathir ini. Umum tidak boleh lupa ketika era Najib menjadi PM bukan sekali Dr. Mahathir melontar kritikan kepada Najib. Dr. Mahathir bising dan kemudian senyap. Ini berulang beberapa kali.  Pasti kita tertanya mengapa ? 

4. Kita harus tidak melupa Dr. Mahathirlah yang mengkritik Tun Abdullah Badawi dan memberikan tekanan tanpa henti  sehingga Abdullah Badawi dimalukan terpelanting dari puncak kuasa sebegitu rupa. Namun dalam era Najib Razak ia berbeza kerana ia kelihatan Dr. Mahathir bising dan senyap kemudian bising dan senyap dan kini bising semula dengan lebih garang. Ini kerana mungkin Najib belajar banyak dari Abdullah Badawi. Ketika di era Abdullah Badawi , Dr. Mahathir langsung tidak dipedulikan penasihat Abdullah ketika itu yang dikatakan kelompok muda yang diberikan kedudukan istimewa dikepalai Khairy Jamaluddin mengambil pendekatan bermusuh dengan Mahathir. Najib berbeza dia memberi laluan banyak kepada Mahathir termasuk menjadikan anak Mahathir sebagai Menteri Besar. Mahathir bising Najib beri maka Mahathir diam sekejap, tetapi sampai bila pentadbiran negara hanya berkisar kepada memuaskan hati Mahathir dan kawan – kawanya semata. Jika Mahathir dilayan maka tak ada rasuah atau salah guna kuasa, itu teorinya.

5. Jika Mahathir nak bercakap soal kronisma dan peluang, soalnya berapa ramai anak Melayu diberi peluang menyapu berbilion (ada mengatakan angka menjangkau RM3billion) projek dibawah Petronas. Tanpa membela apa yang berlaku dalam 1MDB tetapi Mahathir juga perlu menjawab bagaimana dia menggunakan kuasanya melahirkan IPP yang dilihat lebih merupakan kini skim pencen kepada dia dan kawan – kawanya. IPP kini menjadi punca antara masalah besar pengurusan subsidi dan industri tenaga dalam negara.

6. Yakinlah Mahathir akan diam jika Najib Razak menurunkan RM3B kepada beliau yang kini menjadi kepala kepada Proton. Persoalanya kenapa negara perlu terus sakit kerana projek idea gagal Mahathir yang menjerut negara ini ? Proton bukan GLC negara pun. Daim pun akan diam jika bank di Tanzania miliknya dibeli oleh Kerajaan Malaysia dengan harga yang dia tetapkan.Yakinlah puak puak ini akan diam jika semua kehendak mereka dipenuhi.

Umum perlu sedar yang wujud selama ini kita panggil kroni Mahathir bukan kroninya tetapi kebanyakan ialah proksinya, Mahathir akan diam jika kerajaan membantu melancarkan proses pengambil alihan harta atas nama proksi tersebut kepada kaum keluarganya.

7. Menyelurusi sejarah Mahathirlah yang telah menjahanman banyak aspek negara. Jangan lupa bagaimana dia memulakan kecelaruan dengan melakukan rombakan perlembagaan beberapa kali, dialah yang memperkosa sistem kehakiman dalam memenuhi nafsu politiknya, dialah yang yang memulakan banyak tradisi kecelaruan dalam negara. Dia menggunakan istana bila diperlukan dan menghina Istana bila kuat dan bertembung kepentingan. Dialah yang banyak menggadai kepentingan Melayu sebaliknya dialah yang menggunakan nama Melayu bila mendepani musuh politiknya.

8. Tanpa menafikan sumbangan Mahathir pada negara tetapi dia juga terbeban dengan banyak punca kemusnahan dalam negara. Sekarang dia mahu game Im holier than you. Mahathir tidak layak !

9. Ketika era permerintahan Dr. Mahathir, ramai anak Malaysia berpotensi besar dijahanamkan kerana bertembung dengan nafsu Mahathir. Sekadar menyebut beberapa nama Tan Sri Ani Arope antara pemikir bijak tersingkir dari kedudukan penting hanya kerana mempertahankan kepentingan rakyat menolak IPP dan jelas kini IPP menjadi antara masalah utama negara. Tun Salleh Abas antara Hakim yang integrity tinggi mempunya penghormatan diperingkat antarabangsa tetapi disingkir hanya kerana nafsu politik Mahathir. Itu belum masuk cendiakawan yang akhirnya mencipta nama diperingkat antarabangsa tetapi meninggalkan negara hanya kerana tidak sebulu denganya. Jika disenaraikan jawatan kecil dan besar jumlahnya pasti beribu. Ini kerugiaan tidak berganti.

10. Zaman Mahathirlah politik jijik termasuk menyerang peribadi seteru politik dengan cara paling hina berlaku. Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat memahami perkara ini kerana dialah mangsa buli politik paling kejam dalam sejarah negara yang dibawa Mahathir.

11. Pembangkang khususnya Pakatan Rakyat mungkin kini sedang berseronok menggunakan isu Mahathir menyerang Najib. Ramai yang memikirkan, mereka menggunakan Mahathir dalam menjatuhkan Najib. Tetapi mereka tidak sedar hakikatnya Mahathir yang sedang menunggang mereka bagi melengkapkan nafsu rakusnya di hujung usia. Ini sememangnya skill politik Mahathir ketika mahu melengkapkan percaturan politiknya dia akan menggunakan apa saja termasuk musuhnya. PAS seawal dari era Tunku Abdul Rahman bangga Mahathir menggunakan pentasnya menyerang Tunku tetapi ia hanya sementara selepas lengkap cita citanya maka PAS kembali digodam. Ketika menyerang dan membunuh di Memali (tidak lupa juga tahanan ISA dan pembunuhan Lubuk Merbau) Mahathir tidak pernah pun ingat dia pernah menggunakan pentas PAS. Sukar untuk memahami bagaimana kelompok yang menggelar diri Mahathir sebagai Mahafiraun dan watak-watak yang samalah kini melayan Mahathir seolah sangat (Maha) suci

12. Ingat kita pernah menyerang Abdullah Badawi bersama Mahathir hasilnya Abdullah disingkirkan tetapi Umno (sila baca kelompok Mahathir khususnya Daim dan kuncu) terus kukuh dan Pakatan Rakyat terus dihimpit. Kenapa perubahan total masih tidak diperolehi ? Ia kerana imej perubahan itu diterajui oleh Mahathir dan kelompoknya, PR hanya mengikuti dari belakang. Jika sekali lagi kita terperangkap diperkuda Mahathir untuk pusingan kali ini maka PR hanya layak sekali lagi selaku pembangkang yang kuat. PR harus berdepan dengan Najib dalam pilihanraya akan datang, membongkar kebobrokan dan mengutara cadangan pembaikan berterusan…tetapi perlu berhati – hati jangan diperkuda Mahathir dengan melupakan dosa Mahathir pada negara.

13. Yakinlah masalah dalam negara tidak akan selesai selagi Mahathir masih dilayan sebagai watak istimewa dalam negara ini.

14. Saya bercakap soal kepentingan kelansungan negara ini. Inilah masanya paling sesuai semua pihak bersatu khususnya mangsa politik Mahathir bagi menghentikan kerakusan beliau.

15. Pasti akan ada yang berkata Mahathir itu sejarah dosa silam juga ketika era Mahathir kita tak sesusah begini. Jawapanya ia bukan hanya berkisar kisah silam tetapi mengenai tuntutan terkini Mahathir dan kuncunya yang tidak dipenuhi tanpa mempedulikan kesusahan hari ini ialah hasil sumbangan keborosan, kerakusan dan korupnya legasi yang Mahathir wariskan. 

16. Adakah kempen ini membela Najib ? Mahathir menyerang Pak Lah. Ya Pak Lah salah dan kita sama – sama sambut serangan Mahathir terhadap Pak Lah. Pak Lah jatuh, Adakah selesai masalah negara dan rakyat ? Adakah pendakwaan dibuat terhadap Pak Lah dan keluarga atas 1001 tuduhan dan bukti yang dibawa ? Tetapi yang pasti Mahathir dan kuncunya terus mengukuh kuasa. Mereka hanya ingin menyelamatkan kekuasaan supaya tidak kalah ditangan rakyat kerana jika tersungkur ditangan rakyat bukan sahaja Pak Lah tetapi Mahathir dan kuncu – kuncunya bakal mendiami penjara.

Menyerang Mahathir bukan membela Najib. Biarkan Najib berdepan tindakan undang – undang, biarkan Najib berdepan dengan rakyat dalam PRU nanti. Najib tidak akan terlepas untuk perlu menjelaskan mana perginya RM42B wang rakyat yang diperkatakan. Najib tidak akan terlepas menjawab keborosan keluarganya.

17. Setelah berbincang panjang bersama teman – teman dalam PKR, PR dan beberapa NGO, khususnya SAMM, maka diputuskan untuk bersama akan mengerakkan kempen #sudahlahMahathir untuk menyedarkan rakyat mengenai punca permasalahan dalam negara.

18. Sepanjang Ramadhan ini saya sendiri bersama beberapa teman akan menjelajah ke seluruh pelusuk negara yang akan disambut teman – teman tempatan di daerah daerah seluruh negara untuk mengedarkan buku poket Wajah – wajah sebenar Mahathir. Kami akan menemui tidak kurang dari 100,000 orang untuk menyampaikan dan menerangkan Wajah Sebenar Mahathir selain kempen ini pasti menggunakan capaian media baru.

19. Bermula minggu depan kempen #sudahlahMahathir akan membuka satu demi satu fail baru dan lama yang kami perolehi dari berbagai sumber berkenaan Mahathir, keluarga dan kuncunya yang mengakibatkan kerugian tinggi pada negara dan rakyat hingga kini.

20. Kempen  ini kami gerakkan dengan dana yang dikumpul antara kami dengan jumlah yang sangat terhad. Kami telah siap mencetak 40,000 buku poket ‘Wajah Sebenar Mahathir’ dan kami memerlukan sumbangan orang ramai untuk mencetak sekurang kurangnya 60,000 naskah lagi.


#sudahlahMahathir

che’GuBard
Pengasas

Thursday, June 11, 2015

Mokhzani anak Mahathir, keretanya sahaja RM 10 juta ?

Kereta mewah BUGATTI VEYRON cuma terdapat 3 sahaja di Malaysia. Bugatti Veyron Milik Sultan Johor, milik Mokhzani Mahathir dan seorang wanita di Kelantan.


Harga Bugatti Veyron Mencecah Jutaan Ringgit

Harga Buggati Veyron ini hampir mencecah RM10 juta ringgit setiap satu. Kalau di Malaysia saya percaya sahaja boleh mencecah RM10juta kerana tax dan duti lain yang akan dikenakan.
Di United Kingdom, Buggati Veyron based price is approximately €1,225,000 (GB£1,065,000/US$1,700,000) dan Super Sport: €1,912,500 (GB£1,665,000/US$2,700,000).

Unit yang telah terjual dari 2005 hingga 2011 cuma 300 unit sahaja. Road tax dan Insurance sahaja sudah lebih 5 angka di Malaysia

Mokhzani kini mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM 2 billion Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dalam 200 buah syarikat tempatan. Dia merupakan orang ketiga di Malaysia yang paling banyak memiliki syarikat-syarikat. (Orang yang kedua ialah abangnya Mirzan bin MAHATHIR dan "orang" yang pertama ialah Kementerian Kewangan Diperbadankan - Minister of Finance Inc.). Hartanya di luar negara tidak dikira lagi...

Ini bermakna Mokhzani bin MAHATHIR mengumpulkan sebanyak RM 54 juta Ringgitbagi setiap tahun yang terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yang diperolehinya adalah RM 167 juta SETAHUN. 

Ini adalah bersamaan dengan keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana Menteri!

Kekayaan ini lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawa isanya tidak termasuk kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang paling kaya iaitu:

A. Mirzan bin MAHATHIR - tuanpunya Konsortium Perkapalan, Transmile, FOMEMA dll B. Muhriz bin MAHATHIR - tuanpunya lebih 55 syarikat
C. Saleha binti Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - tuanpunya lebih 20 syarikat yang
terlibat dalam program francais IPT
D. Hashim bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengelola SUKOM98 yang gagal membawa keuntungan, dan
E. Ahmad Razali bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengurus Tabung Haji yang emesong wang penyimpan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak saudaranya


Siapakah Mokhzani bin MAHATHIR hingga beliau "berjaya" ada begitu banyak wang rakyat?


Mokhzani adalah anak ketiga MAHATHIR. Dia mendapat pendidikan di universiti luar negara dan pernah bertugas dengan sebuah syarikat petroleum tempatan. Sewaktu di sana, MAHATHIR mendapati anaknya ini tidak berapa pandai, tetapi keras hati seperti ayahnya. Oleh itu MAHATHIR mengarahkan Qarun Malaysia 


Daim Zainuddin supaya "menghadiahkan" beberapa kontrak kepada anaknya. Pada masa itu, Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberi peluang mendapat "saham percuma" dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. (Ini dipanggil "pink form")

Semua "kekayaan" Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan MAHATHIR dan Daim Zainuddin. Daim Zainuddin melakukan pemesongan wamng rakyat ini bukan sahaja untuk anak-anak MAHATHIR tetapi juga kepada anak perempuan sulungnya (yang banyak mendapat habuan kontrak pembinaan kompleks kerajaan) dan adik serta anak Sanusi Junid dan Megat Junid Megat Ayob.

Sebenarnya Mokhzani langsung tidak ada kebolehan berniaga. Dia mengupah orang lain untuk menguruskan "perniagaannya" dan tidak pernah membuahkan ideanya sendiri. Apabila kemelesetan ekonomi muncul, Mokhzani kerugian besar dan terpaksa meminta MAHATHIR merompak wang rakyat di KWSP, Tabung Haji dan PNB.

Friday, June 05, 2015

Miliki buku 'Malaysia Munafiq ?'

"Adakah rakyat Malaysia tahu, pada 6-9 Julai 1994 Tun M mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis?

Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Tun seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Tun mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!"

Ramai tidak sedar mengenai hubungan Malaysia dengan Israel. Jangan lepaskan peluang memiliki buku "Malaysia Munafiq?" Terbitan SAMM yang menyingkap mengenai hubungan Malaysia dan Israel.

Bukan sahaja fakta tetapi buku ini dilampirkan sekali dengan bukti seperti dokumen dan gambar bukti perdagangan dan hubungan lain.

Buku ini yang merupakan kumpulan tulisan che’GuBard selaku Pengasas SAMM yang dimana lebih setengah dari usia 10 tahun SAMM itu telah menjadikan isu hubungan dagang Malaysia – Israel sebagai agenda utama untuk dilawan. Ia bukan sahaja mengandungi pembongkaran disertakan bukti fakta dan dokumen tetapi turut mengupas kaitan tanah ini dengan Israel dengan menyelusuri tali sejarah lagi.

Tajuk              :           Malaysia Munafiq ? (Simpati Palestin, Bantu Israel)
Tebal               :           156 muka surat
Tulisan            :           che’GuBard (susunan Edyess)
Terbitan          :           Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)                                    
                                     sempena 10 tahun SAMM

Untuk miliki buku ini ....

1. Bank in RM 12 + RM6.00 (pos) ke akaun Maybank 555041113224 (Solidariti Anak Muda Ent)

2. sila mesej ke 0126937908 (Zam) - butiran 'bank in' serta nama, alamat, no telefon untuk dihantar buku.

Buku dan satu hadiah istimewa akan dihantar ke alamat pembeli hari berikutnya.

http://chegubard.blogspot.com/2014/08/buku-terbitan-terbaru-samm-bongkar.html

Thursday, June 04, 2015

Jelajah BestMobile - SAMM ke utara

PERHATIAN: Roadshow Seminar Usahawan BESTmobile - Koop SAMM Berhad (Team ‪#‎BMW‬)!!
KEDAH | 5 Jun | Jumaat | 8.30mlm | Yayasan Aman (Sg.Petani), No81 &82 Jalan Permai 1,Taman Desa Permai, Sg. Lalang
P.PINANG | 6 Jun | Sabtu | 8.00mlm | Dewan Kuliah B (Depan CIMB USM), Universiti Sains Malaysia (USM)
PERAK | 7 Jun | Ahad | 3.00ptg | Pejabat PKR Bkt Gantang, no 10, Taman Molek
Pertanyaan: call/sms/whatsapp +601118685019 (Edy), +60126937908 (Zam)
Ingin tahu bagaimana untuk dapatkan pendapatan pasif RM10,000 dalam masa 3 bulan? Kami ada caranya!
Semua dijemput hadir (dari mana-mana rangkaian seluruh negara).
Jangan tunggu sehingga kami sampai ditempat anda baru nak bersama.. itu sudah dikira lambat !
ayuh bersama dlm rangkaian dulu kemudian bila sampai lokasi di tempat anda .... anda hanya perlu berkenalan dgn rakan baru dan mulakan perniagaan.


che'GuBard
Authorized Brand Centre (ABC)
Bestmobile Malaysia Berhad

Nota kaki :

Pengumuman BEST Mobile :
Sesiapa di bawah rangkaian Koop SAMM Berhad (level 1 dan 2) anda ditawarkan utk close pengguna baru dan kami hantar sim kad terus ke alamat pengguna baru... senang tak payah simpan stock sim kad.
caranya....
1. Anda jumpa prospek...close.. ambil rm49 + kos pos RM5.
2. Bank in ke akaun SAMM 555041113224 maybank solidariti anak muda... RM54 dan sms atau whats app detail bank in serta nama,no.ic,alamat pengguna baru best mobile serta ID anda sendiri selaku penaja ke no +60126937908 (Zam)
3. Di pej.koop kami akan daftarkan siap2 sim kad pelanggan baru dibawah ID anda dan akan buat penghantaran pos laju 24jam selepas menerima detail dari anda.
bersama meneroka impian.

che'GuBard dan beberapa komrad teraju SAMM akan hadir Dialog bersama PM

Nota Petang

4 Jun 2015

Beberapa teraju SAMM akan hadir Dialog PM bersama NGO.

Seminggu lepas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendapat jemputan untuk menghadiri satu program yang dipanggil Dialog PM bersama NGO's "Nothing to Hide". Pada peringkat awal SAMM masih berkira - kira sama ada wujud keperluan untuk hadir kerana menjangkakan ia hanya satu Majlis propaganda semata.

Namun selepas petang tadi beberapa teman wartawan mengesahkan bahawa bekas Tun Dr.Mahathir sendiri akan turut hadir maka SAMM menjangkakan ia bakal menjadi majlis sedikit berbeza maka diputuskan beberapa teman teraju SAMM dan saya sendiri akan hadir dalam majlis tersebut esok.

Malah bukan sekadar soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak , malah SAMM sendiri mahu bertanyakan soalan kepadaTun Dr. Mahathir Mohamad yang sejak 1998 bukan sahaja mengelak menjawab soalan malah seribu satu akta digunakan untuk mengekang pengkritiknya.

Jumpa esok 9 pagi di PWTC.

#sudahlahMahathir

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

kepada semua pengguna telefon prabayar ada masej untuk anda sila klik http://chegubard.blogspot.com/2015/05/koop-samm-berhad-diiktiraf-authorised.html?m=1

Dasar Penswastaan Mahathirisme Tidak Memberikan Keuntungan Kepada Rakyat Terbanyak

Dasar Penswastaan telah diperkenalkan oleh dua pengamal dari negara kapitalis iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher. Dengan sokongan organisasi-organisasi seperti IMF, Bank Pembangunan Asia dan sebagainya, dasar ini telah menular ke seluruh dunia. Dasar penswastaan pada ketika itu menjadi fenomena politik dan ekonomi yang dilaksanakan sebagai pemindahan kepentingan atau pelaburan tertentu kerajaan kepada sektor swasta. Dengan itu, kuasa membuat keputusan kini beralih daripada tangan orang ramai kepada pihak swasta atau pemilik baru organisasi awam.
Malaysia antara negara terawal melaksanakan dasar ini di bawah pentadbiran Mahathir Mohamad pada tahun 1983. Dasar ini diperkenalkan kerana negara ketika itu menghadapi masalah bebanan hutang yang tinggi oleh kerajaan, kadar pertumbuhan ekonomi rendah dan penyertaan kerajaan yang tinggi dalam pembangunan ekonomi negara. Antara syarikat awam yang diswastakan sejak tahun 1980-an termasuklah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Jabatan Telekom Malaysia (JTM) dan Lembaga Letrik Negara (LLN). Tidak terkecuali dalam sektor pengangkutan dan pembekalan air.
Penswastaan di Malaysia yang mensasarkan kepada untuk mengatasi kelembapan prestasi sektor awam (Jomo 1992). Namun, sebaliknya berlaku kerana ia tidak mengatasi masalah utama seperti meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kakitangan yang terlibat. Akhirnya, ia tidak memberikan impak yang baik sebaliknya telah menjadi satu peluang untuk rejim penguasa meluaskan dan mengukuhkan hegemoni ekonomi-politik semata-mata. Penswastaan menjadi satu projek peralihan kuasa monopoli kepada pihak swasta dengan matlamat untuk memaksimumkan keuntungan semata-mata. Penswastaan menjadi satu bentuk peluang merompak kekayaan negara melalui Kapitalisme Kroni.
John Hilley dalam bukunya bertajuk Mahathirisme, Hegemoni dan Pembangkang baru menyatakan penswastaan penting di Malaysia kerana UMO telah menjadi pemain utama sebagai parti melalui pemilikan korporat dan syarikat pemegangan seperti Kumpulan Hati Budi dan Fleet Holdings.
The Economist menyatakan dalam jual beli saham di pasaran saham Kuala Lumpur yang melambung, politik dan perniagaan dipercayai saling berkait di Malaysia. Para broker mendapati bahawa harta paling bernilai adalah saham UMNO, yang bermaksud saham yang berkait dengan orang politik yang penting di parti tersebut. Syarikat lain hanya menjadi penting apabila ia diambil alih oleh mereka yang mempunyai hubungan akrab dengan politik UMNO dan mendapat faedah dan laba daripada kontrak kerajaan.
Dasar penswastaan dikatakan mempunyai kaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan menjadi sasaran kerajaan untuk membantu kaum Bumiputra mencapai sasaran 30% pemilikan sahamdan ekuiti syarikat pada tahun 1990. Tetapi nampaknya, ia masih menemui jalan buntu. Rujuk pengumuman Najib Razak semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) masih lagi menyebut peratusan yang sama menjelang 2020.
Dasar Penswastaan Mahathirisme ini hanya memberikan konotasi baru mengenai penyusunan semula DEB sedangkan ia adalah pemindahan kekayaan atau sumber kepada elit korporat-politik yang terpilih. Ia terus membenarkan penggunaan khusus sumber negara tanpa had bagi mengukuhkan kawalan korporat UMNO dan proksi. Ini seterusnya membenarkan Mahathir dan Daim mengawal proses naungan ekonomi-politik dengan lebih berkesan.
Antara pemain korporat-politik yang menikmati keuntungan daripada dasar ini contohnya
Wan Azmi Wan Hamzah - Land & General dan R.J. ReynoldsHalim Saad – Renong dan United Engineering (M) BhdSamsudin Abu Hassan – Aokam Perdana Bhd dan Landmark BhdAzman Hashim – Kumpulan Arab MalaysianTajuddin Ramli – Technology Resources Industries (TRI) dan MASVincent Tan – Kumpulan BerjayaDick Chan – Metroplex BerhadT.K. Lim – Kamunting BerhadTing Pek Khiing – Ekran BerhadQuek Leng Chan – Kumpulan Hong LeongLoy Hean Heong – Malaysian Borneo Finance BerhadAnanda Krishnan – Pelaburan Pacific State, MAI Holdings, Usaha Tegas dan Tanjong.
Pada tahun 1984, Daim, seorang “budak baru” dalam politik, yang mempunyai hubungan rapat dan orang kepercayaan Mahathir telah menggunakan portfolio kewangan bagi mengagihkan aset penswastaan dan dalam masa yang sama menambahkan aset kekayaan dirinya.
Zaman Daim ini juga adalah serentak dengan pengembangan budaya politik “nouveau riche” di Malaysia. Dasar pemindahan sumber kepada elit yang strategik oleh Daim ini turut didokong oleh Samy Vellu dan MIC. Dengan ketiadaan sebarang sistem tender terbuka, UMNO/Barisan Nasional mula membawa semua aset sektor awam utama di bawah kawalan parti. MAS (1985), Telekom (1990), Proton (1991), Petronas Gas (1995) dan lebih kurang 40 perkhidmatan awam telah dipindahkan kepada syarikat berasaskan UMNO dan agensi pemegang amanah yang lain.
Menerusi dasar penswastaan Mahathirisme ini telah muncul media-media swasta yang mesra pemerintah. Mahathir telah memberikan lesen penyiaran swasta kepada TV3. Mahathir juga telah membawa semua media penyiaran dan akhbar utama di bawah naungan UMNO melalui Kumpulan Fleet Holdings dan Maika Holdings milik MIC. Mahathir telah menggunakan media-media ini untuk mempengaruhi pandangan umum terhadap semua projek-projek penswastaan. Sebagai contoh, media telah digunakan untuk memuji United Engineering (M) Bhd (UEM) kononnya berjaya menyiapkan Lebuhraya Utara Selatan dengan lebih awal sedangkan yang patut dipersoalkan ketika itu adalah kontrak RM 3.4 bilion yang diberikan kepada taikun, Halim Saad melalui UEM yang juga merupakan subsidiari pelaburan UMNO.
Dasar penswastaan yang kononnya akan mengurangkan monopoli pasaran sebenarnya tidak menghapuskan perkara ini khususnya dalam perkhidmatan dan produk keperluan asas pengguna seperti tenaga elektrik, air, telekomunikasi dan sebagainya. Jualan aset awam seperti Lembaga Letrik Negara (LLN) menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB) hanyalah menggantikan monopoli kerajaan kepada monopoli swasta yang menawarkan peluang luas untuk menjadi habuan kelompok terpilih. Rakyat terus dibebankan dengan tarif yang tinggi.
Begitu juga jika kita merujuk kepada perkhidmatan telekomunikasi, sebelum ini Jabatan Telekom Malaysia (JTM) sekarang telah menjadi Telekom Malaysia Berhad (TM). Sekarang, jika penduduk sesuatu kawasan perumahan ingin menggunakan perkhidmatan TM sama ada talian telefon mahupun internet, pihak TM memberikan syarat mesti mempunyai permintaan 70% daripada penduduk kawasan barulah pihak TM akan menyediakan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan tersebut. Segalanya telah menjadi orientasi keuntungan semata-mata bukan lagi penyedia perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat.
Dalam industri pembekalan air bersih, tindakan Kerajaan menyerahkan industri ini kepada operator-operator swasta tidak menambah baik sebaliknya rakyat terpaksa menanggung tarif yang tinggi. Sebagai contoh di Johor, Syarikat Air Johor (SAJ) sentiasa gagal dalam memastikan operasi mereka berjaya menurunkan kadar Non-Revenue Water (NRW) sebaliknya mengambil jalan mudah menaikkan tarif sebagai jalan untuk mengurangkan risiko kerugian. Akibatnya, Johor kini mempunyai tarif air yang amat tinggi berbanding negeri lain.
Dasar Penswastaan Mahathirisme ini juga akhirnya telah memberikan tekanan dan dampak kepada Kerajaan kerana akhirnya kegagalan yang dialami terpaksa ditelan oleh Kerajaan. Sebagai contoh, MAS, sebelum MAS diserahkan kepada Tajuddin Ramli – Korporat-Kroni Mahathir, MAS mempunyai rizab tunai yang banyak. Namun kini, MAS menanggung beban hutang mencecah sekitar RM 11-12 bilion. Kerajaan telah pun membeli semula MAS dan kini dalam proses penstrukturan semula yang menyaksikan 6,000 pekerja telah dipecat.
Begitu juga dalam hal pengangkutan. Mahathir telah mengarahkan pembinaan prasarana LRT di Lembah Kelang bukan sahaja sebagai metod pengangkutan awam tetapi untuk memudahkan penonton berulang alik dari pusat bandaraya ke Kompleks Sukan Nasional di Bukit Jalil untuk menonton Sukan Komanwel 1998. Namun, bukan sahaja Sukan Komanwel tidak memberikan pulangan lumayan malahan, Kerajaan terpaksa pula membeli semula syarikat LRT STAR dan Putra ini.
Begitu juga dengan Indah Water Konsortium (IWK) dan Perwaja Steel. Persamaan bagi semua syarikat dan projek ini adalah ia diswastakan dan dalam masa yang sama menanggung kerugian hingga ada yang mencacah berbillion ringgit.
Melihat kepada perbandingan penswastaan di luar negara, kebanyakan negara tidak menswastakan beberapa sektor penting seperti perkhidmatan kerana mereka melihat industri itu bukan dinilai dari segi keuntungan tetapi keselesaan pengguna. Contohnya, di Jepun, sistem pengangkutan kereta api laju tidak diswastakan dan kekal menjadi milik Kerajaan sepenuhnya.
Dasar penswastaan Mahathirisme ini telah mencambahkan sistem Ali Baba. Ia bukan sahaja tertakluk kepada firma kecil dan sederhana tetapi juga kapitalis bukan Melayu yang besar yang mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan pemimpin UMNO. Konglomerat Kapitalis ini dengan bijak melantik pemimpin-pemimpin UMNO dengan tawaran habuan elaun bulanan dan keistimewaan kemewahan lain menjadi Ahli Lembaga Pengarah mahupun Pengerusi Syarikat semata-mata untuk memudahkan mereka mengaut laba daripada dasar penswastaan ini.
Rumusannya, dasar penswastaan Mahathirisme ini telah memberikan keuntungan kepada elitis korporat-politik dan kerajaan sendiri. Secara tidak langsung melalui penghasilan dan percambahan elitis korporat-politik ini telah mengukuhkan cengkaman Kerajaan dalam dua elemen terpenting iaitu ekonomi dan politik. Yang menjadi mangsa adalah rakyat terbanyak. Syarikat meraih keuntungan yang besar daripada kos yang tinggi dan semakin meningkat yang terpaksa di bayar oleh rakyat untuk menikmati sesuatu perkhidmatan termasuklah sistem jalan raya, telekomunikasi, elektrik dan lain-lain lagi. Sudah sampai masanya, dasar ini disemak semula oleh pihak Legislatif agar satu perancangan alternatif dapat disediakan untuk membolehkan hasilnya dinikmati oleh semua lapisan rakyat tanpa ada diskriminasi.
tulisan : Pemikir Kaum Muda SAMM