Thursday, March 20, 2014

PRK Dun Kajang:Letak Calon MCA Kenapa Bukan Umno?


*Ketika Perkasa tipu Melayu dan UMNO pula tipu Hindraf, MCA sedang tipu Cina. Sampai bila rakyat perlu ditipu BN?


JIKA selama ini para pemimpin Umno menyelar disetiap masa dan kesempatan dengan menabur aura-politik yang picisan dengan mengatakan bahwa pemimpin-pemimpin teras Parti PAS tunduk ikut telunjuk pimpinan Parti DAP.

Pelbagai isu dhembuskan dari soal pelaksanaan Hudud yang ditentang DAP hingga pemberian tanah ladang kepada orang-orang DAP di Kelantan dan sebagainya.
Akhirnya isu itu hanyut dibawa angin mengikut suasana kepentingan dan keuntungan hirarki politik Umno-BN semata-mata.
Dan kini sempena bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang  Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun bakal bertanding mewakili parti itu   menentang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika kita mengikut pola fikiran politik Umno,apakah ini bukan bermakna Umno diperkuda MCA?
Memang begitulah watak Umno-BN apabila kena batang hidung sendiri mereka akan diam membisu atau berdalh seperti menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Johan Abd Aziz, belum ada rancangan untuk menukar kerusi milik MCA itu dengan mana-mana parti komponen BN yang lain.
“Setakat ini ia masih kerusi MCA. Belum ada apa perbincangan untuk menukar kerusi ini,” katanya apabila dihubungi FMT.
Mengikut rekod kerusi DUN Kajang mempunyai 38,965 orang pengundi yang mana pengundi Melayu seramai 48 peratus, pengundi Cina seramai 41 peratus, pengundi India 10 peratus dan 1 peratus pengundi lain-lain kaum.
Namun persoalan kenapa Umno tidak meletakkan calonnya,pelbagai andaian para penganalisis politik wacanakan.Ada yang memberi pendapat bahawa PM Najib agak berada dipersimpangan politik yang terlalu rumit dalam mengambil keputusan calon ini.
Jika beliau memilih calon jika ditakdirkan kalah,maka juak-juak kem Mahathir akan meletakkan kekalahan ini sebagai tanggungjawab “moral politik” seperti yang dilakukan gang Mahathir kepada Tun Abdullah Badawi dahulu.
Sesungguhnya Tun Mahathir tak sabar-sabar  hendak menunggu tahun 2016 habisnya masa jawatan kerusi PM Najib Tun Razak.
Tetapi saya cukup tertarik dengan pendapat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini yang mendakwa bahawa adalah ‘terlalu berisiko’ untuk kerajaan BN, meletakkan calon Umno , ekoran itu calon MCA menjadi pertaruhan parti itu di PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini.“…pada pandangan saya Umno fikir tidak boleh menang di Dun tersebut.  “…sebab itulah mereka meletakkan calon daripada MCA, kerana kalau Umno bertanding jugak ianya terlalu berisiko, sebab apa, sebab Umno seolah-olah akan merosakkan perpaduan dalam BN, oleh kerana itulah mereka fikir daripada kalah lebih baik menjaga hubungan yang sedia ada.
Takut nanti sudahlah kalah rakan komponen BN pulak buat hal sebab ambil kerusi mereka,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Jika MCA kalah besar, Umno akan tanding selepas ini

20 Mac 2014

Umno bincang : Jika Mca kalah besar Dun Kajang akan diberi pada Umno selepas ini

Politik perkauman akhirnya memerangkap Bn. Seperti biasa di kawasan Melayu Bn akan berkempen untuk menolak PR kononya PR ini liberal dan tidak mementingkan agama juga sering mengenepikan kepentingan Melayu untuk kepentingan orang bukan Melayu khususnya Cina. Sebaliknya di kawasan bukan Melayu khusus Cina Bn pula memainkan kompang berbunyi perlu undi Bn kerana PR ini ekstrimes agama Islam dan Melayu.

Di Kajang mereka terperangkap, dalam kelekaan mereka ingin mengepung undi orang Cina dengan berkempen secara terbuka 'orang Cina harus undi orang Cina' mereka kemungkinan akan hilang banyak undi orang Melayu.

Bukan satu yang perlu diselindungkan Umno akar berusaha untuk menghantar calon Umno dalam PRK kali ini. Kenyataan menghantar calon Umno ini turut disambut dan di utarakan oleh pemimpin bertaraf Menteri pada peringkat awal lagi. Tuntutan peringkat akar umbi ini dilihat cukup munasabah jika mengikut sifir politik pengasingan kaum yang diamalkan Bn kerana majoriti pengundi Kajang ialah Melayu sebanyak 49 % dan orang Cina hanya 40 % sahaja. Malah jika dilihat pencapaian Bn dalam dua pilihanraya umum kebelakangan ini jelas MCA sudah hilang populariti khususnya kekalahan besar di Kajang. Malah dari segi Jentera MCA sendiri terpaksa bergantung banyak dengan Umno.

Namun Presiden Umno yang lemah (berdasarkan cakap - cakap kalangan Umno di bawah) gagal menempatkan Umno sebagai calon sebaliknya akur dengan MCA yang sedia lemah.

Bukan sedikit ketidak puasan hati dikalangan ahli Umno bawahan rupanya. Beberapa pertemuan telah dibuat ada yang mengikrarkan akan mengundi PKR, ada yang tidak mahu keluar mengundi, ada yang mahu melakukan undi rosak malah ada yang sehingga menjangkau kecewa dengan kelemahan Umno itu membela Melayu hingga memutuskan keluar dari Umno dan memasuki PKR.

Contohnya pada 14 Mac lepas di Pentas Karnival Rakyat Selangorku anjuran SAMM dan Pejabat Exco Alam Sekitar, Pelancongan dan Kepenggunaan sekumpulan yang selama ini dikenali sebagai tegar Umno telah mengikrarkan sokongan dengan menghantar borang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara yang mengisytiharkan kemasukan tersebut antaranya ialah
  • Timbalan Ketua Cawangan Sg. Kantan Peringkat 3, 
  • Ketua Wanita Cawangan Sg. Kantan Peringkat 3, 
  • Bekas Ketua Cawangan Bt. 9, 
  • Ketua Beliau Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
  • Ketua Belia Taman Sri Minang
juga beberapa aktivis Melayu yang selama ini tegar Umno seperti
  • Ayahanda Din (Sg. Jelok)
  • Ayahanda Dollah (Semenyih)
  • Ayahanda Mohar
  • Naib YDP Pemadam Kajang
dan kumpulan yang menyerahkan sekitar 87 borang keahlian diketuai sendiri oleh Tn Hj Omar selaku Presiden Gabungan Persatuan Melayu Selangor / Wilayah Persekutuan.

Menariknya selain kumpulan yang telah secara terang menyokong dengan memasuki PKR ini ada ramai ahli Umno termasuk beberapa Ketua Cawangan ketika dalam pertemuan tertutup menyatakan dengan jelas. Mereka dengan persetujuan pimpinan 'atasan' akan melakukan undi protes sama ada tidak keluar mengundi atau undi rosak atau terus mengundi PKR kerana hujah mereka jika Mca kalah besar kali ini pasti kerusi Dun Kajang akan diberikan kepada Umno selepas ini.

Perbincangan untuk mengalahkan Mca ini juga wujud dikalangan Umno yang memang membenci PKR kerana hujah mereka sama ada Bn Menang atau kalah tak mengubah apa, PR masih MB dan Bn masih PM.

Apa pun bagi SAMM melihat ini sebagai bukti politik perkauman itu sendiri yang selama ini menjadi kekuatan Bn akan memusnahkan Bn itu sendiri.

Dalam perkembangan hampir sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurop dalam satu ucapan di depan masyarakat Cina telah membuat ucapan yang berbau perkauman melampau. Ucapan ini lebih parah dibuat dalam program penyampaian bantuan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Sudahlah menggunakan dana rakyat untuk berkempen lebih malang lagi dalam peruntukan yang sepatutnya memperkukuh perpaduan tetapi Menteri ini telah memecah belahkan rakyat lagi.

SAMM sendiri telah membuat satu laporan Polis mengenai kejadian tersebut.

Rakyat Kajang harus mengambil kesempatan untuk menunjukkan kematangan rakyat menolak politik adu domba perkauman jahat Bn.

Satu undi untuk Bn ia undi untuk memecah belah masyarakat, satu undi untuk PKR-PR ia undi untuk perpaduan nasional.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

SAMM dipanggil ke Balai Polis kerana Menteri buat kenyataan perkauman

Kepada tuan editor dan pengamal media juga penyokong,

PDRM telah memanggil ke Balai seorang Komrad SAMM berkenaan dengan kenyataan sorang menteri yang menyalah guna dana kerajaan untuk kempen dan kenyataan menghasut perkauman. SAMM akan hadir ke balai esok untuk memberikan kerjasama.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengadakan satu sidang media

Berikut adalah maklumat venue sidang media;

Tarikh: 21 Mac 2014 (Jumaat)
Masa: 11 pagi
Venue: Depan IPD Kajang
Pertanyaan: 012-6794704 (Yaser), 016-6858558 (Azif)

Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan khususnya pihak wartawan untuk membuat liputan sidang media ini.

MH370: Status Sebenar Keupayaan Scorpene Menjadi Persoalan

Kenyataan Media
12 Mac 2014

MH370: Status Sebenar Keupayaan Scorpene Menjadi Persoalan

Misi pencarian dan penyelamat bagi penerbangan MH370 masih lagi menemui jalan buntu walaupun telah memasuki hari yang kelima. Namun sehingga hari ini hasrat rakyat untuk melihat armada laut terbaik negara iaitu sepasang kapal selam scorpene beraksi dalam misi ini masih tidak kesampaian.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku. Namun SAMM tetap bertegas bahawa mencari sesuatu yang 'tidak kena' itu bukan bermaksud tidak menghormati sensitiviti.

Ketika negara lain berlumba-lumba mengerah kepakaran dalam misi mencari dan menyelamat, termasuklah menghantar kapal kelas perang, kerajaan Malaysia melalui kementerian bertanggungjawab mengelak dari menggunakan kapal selam Scorpene.

Berikut adalah jawapan dari Dato' Seri Hishamuddin dalam sebuah twit yang berbunyi;

"Our (Msian) Submarines are not designed for this operation. Its not the role for a submarines for Search & Resque #MH370"

Jawapan menteri ini telah menimbulkan lebih banyak polemik malah mencetus kemarahan orang ramai. Umumnya, tidak perlu belajar hingga ke Oxford untuk mengetahui sistem kelengkapan sonar yang terdapat dalam mana-mana kapal selam mampu mengesan dan menjejak objek di permukaan dan dasar laut.

Malah, satu laporan berita AFP bertarikh 3 September 2009 dengan jelas menyebut antara kemampuan kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia sedia untuk beroperasi dalam misi 'Search & Rescue'. 

Antara keratannya berbunyi;

"Naval officials said the submarine would be based in Sabah state, on Borneo island, where it will undergo fine-tuning before it is deployed in SEARCH and RESCUE"
Justeru, apakah Hishamuddin Hussin sebagai seorang menteri telah menipu rakyat Malaysia? Atau apakah kapal selam bernilai RM 7 bilion itu mempunyai masalah untuk beroperasi?

SAMM bukan sahaja menggesa persoalan ini dijawab segera oleh menteri, malah turut menuntut supaya dua kapal selam negara yang meragut wang rakyat hampir RM1bilion setahun untuk penyelenggaraan itu memulakan misi pencarian khususnya di dasar laut. 

Segalanya masih belum terlambat kerana jika diimbas kembali, penerbangan Air France yang terhempas di lautan atlantik pada tahun 2009 hanya ditemui 5 hari selepas dilaporkan hilang. Maka Malaysia harus segera menghantar Scorpene, atau benarlah seperti yang dikhabarkan - Malaysia telah membeli kapal selam yang tidak boleh menyelam.

Sekian, SAMM mendoakan agar MH370 ditemui dalam keadaan selamat, inshaAllah.

Tuesday, March 18, 2014

Menteri Minta Pengundi Cina Sokong Calon Cina - Perkauman Sempit Bn Berterusan

KENYATAAN MEDIA
18 MAC 2014

Menteri Minta Pengundi Cina Sokong Calon Cina - Perkauman Sempit Bn Berterusan

1. Pilihanraya kecil Kajang sekali lagi menyerlahkan sifat perkauman Bn yang memecah-belahkan rakyat. Dasar pecah perintah yang diamalkan oleh penjajah terus menjadi legasi pemerintahan hingga ke hari ini.

2. Strategi mereka melebelkan PKR dan PR sebagai liberal dan melebihkan orang bukan melayu khususnya cina di kalangan kelompok melayu namun di kelompok masyarakat bukan melayu melebelkan PR sebagai ekstrimis Islam dan menindas bukan melayu telah menjadi perkara rutin.

3. Terbaru, ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup kepada pengundi Cina dalam sebuah majlis di Kajang pada 16 Mac lepas, dengan jelas dan sedar dia mengatakan kepada orang cina supaya mengundi calon yang terdiri daripada kaum cina. Ucapan berbaur perkauman tersebut mendapat liputan beberapa media termasuk Malaysiakini. sila klik http://www.malaysiakini.com/news/257277

4. Ucapan penuh berbau perkauman ini juga berlaku ketika Bn menyalah-guna bantuan kerajaan bagi tujuan kempen pilihanraya. Bantuan berupa beras, kerusi roda, barangan keperluan asas serta baucar beli-belah telah diagihkan. Program yang dinamakan "Sayangi Komuniti" itu dianjurkan Rukun Tetangga, zon Kajang yang terletak di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
5. SAMM turut persoalkan bagaimana seorang menteri JPM boleh menggunakan perbelanjaan dana rakyat di bawah peruntukkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional?
6. Jika menggunakan 'sifir' perkauman Bn orang cina patut sokong orang cina maka apakah ia juga bermaksud orang melayu harus sokong calon melayu di PRK N25 Kajang? Jika berasaskan sifir perkauman Bn, DUN Kajang majoriti komposisi pengundi Melayu lebih tinggi kenapa tidak dibenarkan Umno sahaja bertanding?
7. Mengenai serangan propaganda Bn yang menyatakan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hilang kelayakan untuk dipilih kerana pernah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Ia sama sekali serangan dangkal cuba memperbodohkan rakyat. Peruntukkan undang-undang tidak menghalang mana-mana individu yang meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen selepas tempoh 5 tahun dari tarikh jawatan dilepaskan.

8. Perlu ditegaskan perletakan jawatan pada tahun 2008 ialah kerana memberi ruang pada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dunia maklum telah dihukum secara salah. Pada ketika itu juga Kak Wan menyebut dengan jelas ingin menumpukan kepada urusan keluarga dan menyambut tuntutan betapa Anwar Ibrahim harus segera ke Parlimen.
9. Namun pada ketika itu mungkin Kak Wan mungkin seperti yang lain, tidak menyangka regim sanggup menggunakan skrip konspirasi yang hampir sama untuk menghina Anwar dan keluarga. Maka Kak Wan sekali lagi muncul menggantikan Anwar Ibrahim menghadapi konsirasi kotor regim pemerintah.
10. Perlu diingat calon Bn juga pernah meletakkan jawatan hanya kerana dia tidak sebulu dengan pimpinan Mca. Apa hasilnya dia meletakkan jawatan kepada pengundinya pada ketika itu?  Apa jaminan calon Bn di PRK N25 Kajang tidak meletak jawatan sebagai Adun ketika Mca dalam Bn masih bergolak dan tidak sebulu?

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)