Wednesday, March 27, 2013

che'GuBard sedia untuk menjadi jentera dan tidak bertanding dalam PRU ke 13

Kenyataan Umum
27 Mac 2013

SEDIA JADI JENTERA BIASA DAN TIDAK BERTANDING DALAM PRU KE 13

Pilihanraya ke 13 merupakan PRU yang terpenting dalam sejarah negara. Belum pernah mood rakyat setinggi ini untuk membuat perubahan bagi menamatkan sejarah penguasaan regim yang diwariskan kepada negara ini oleh penjajah.

Namun perlu disedari cabaran yang terpaksa didepani bukan sedikit. Seribu satu helah dan taktik jahat akan digunakan untuk mempertahan regim ini seiring dengan seruan Najib Razak iaitu akan pertahankan 'Putrajaya' dengan darah biar hancur tulang belulang.

Maka fasa ini memerlukan penyatuan semua yang berada di pihak pro perubahan. Mood perubahan amat tinggi namun sejarah pernah membuktikan banyak kali perubahan gagal dicapai antara sebabnya ialah kerana perebutan dan pertelingkahan. che'GuBard menasihatkan diri dan teman - teman agar mengambil iktibar sejarah ini.

Ini masa seharusnya semua kelompok khususnya anak muda menumpukan gerak kerja mengasak perubahan tanpa berehat. Jalan yang dipilih ialah perubahan melalui peti undi dan kenderaannya ialah politik kepartian, maka perlu sedar ia sudah tentu penuh dengan kerenah politik itu sendiri.

Mendepani regim yang amat rakus dan pertembungan politik yang tidak jujur dan adil selaku anak muda ikhlas diakui ia amat mencabar kadang kala seperti tidak sanggup berdepan. Namun apa pun cabaran dalaman fokus perubahan besar demi tanah air tidak boleh sama sekali teralih.Untuk terus berada pada fokus yang betul maka kepentingan peribadi harus diletak tepi.

Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka , che'GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 dan sedia menjadi jentera biasa. Kita semua harus sedar pertembungan kali ini ialah pertembungan kebangkitan dan kesedaran rakyat melawan regim yang jahat, korup dan sedang menghancurkan tanah air.

Menyeru semua kelompok anak muda untuk bersama dalam mood perlawanan maksima, yakinlah kejayaan kita bukan memenangi satu dua pertempuran sahaja tetapi peperangan menumbangkan regim menyelamatkan negara lebih penting.

che'GuBard tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 akan akur. Selaku anggota parti akan akur dan terikat dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia dan lebih selesa menjadi jentera biasa.

Bersama rangkaian komrad Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), kami sedia menggerakkan jentera anak muda dalam dan luar negara untuk terus mengasak perubahan dengan segala daya yang ada. SAMM telah pun menjalankan dan sedang menjalankan perbagai program juga tidak berhenti malah terus merancang perbagai program penyusunan anak muda untuk mengasak perubahan. Komrad SAMM percaya anak muda cita - citanya harus tidak singkat hanya untuk bergelar YB tetapi cita - cita kami ialah mencipta secara perubahan total yang akan dibaca ganerasi mendatang.

Kepada semua ayuh bersekutu ke arah perubahan. Anak muda berparti atau tidak berparti yakinlah tidak apa atau tiada siapa yang boleh menghalang kita untuk berjuang merobah negara. Tidak perlu menjadi ahli politik untuk berjuang kerana kebanyakan anak muda tidak punya syarat lengkap untuk menjadi ahli politik iaitu kemahiran dan kebolehan mengampu, bermuka - muka dan mengipas, tetapi berjuanglah dengan cara masing masing kerana perjuangan merobah negara milik semua.

Kepentingan teratas kini ialah tumbang regim dahulu.

Sekian.

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
anggota biasa PKR


Monday, March 25, 2013

SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mulakan gerakan haramkan Umno

Kenyataan Media
100 org pemain cyber berkumpul memulakan gerakan Haramkan Umno
26 Mac 2013

SAMM & GABUNGAN BLOGGER REVOLUSI 13 MULAKAN GERAKAN HARAMKAN UMNO

Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama hampir 100 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan. Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali sebagai 'Haramkan Umno'.

Umno sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada 946 telah diharamkan pada 4 Febuari 1988 melalui satu keputusan tinggi. Ini kerana pertembungan perebutan jawatan Presiden antara Dr.Mahathir dan Tengku Razaleigh telah dimenangi oleh Dr.Mahathir dengan taktik jahat antaranya ialah membawa perwakilan haram. Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan Umno diharamkan. Kemudian Razaleigh telah cuba merayu keputusan pengharaman Umno tetapi sebaliknya Dr.Mahathir telah menggunakan kuasanya dengan memecat Tun Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara pada ketika itu) dan menggagalkan persidangan rayuan pengharaman Umno. Rupanya apabila Umno asal (1946) diharamkan, Dr.Mahathir meraih keuntungan dengan menubuhkan Umno Baru dan terus memperkukuhkan cengkaman kuasanya.

Setelah mendapat hak penubuhan Umno baru beliau meminda akta pertubuhan 1966. Semenjak itu Umno amat besar kepala mereka memikirkan undang - undang negara sudah berada di bawah tapak kaki mereka. Semua perundangan termasuk akta pertubuhan diambil sambil lewa. Setelah Umno asal diharamkan maka semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan terbatal. Kemudian Umno baru ditubuhkan maka seharusnya semua proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula dari awal, namun merasakan mereka amat berkuasa maka banyak peringkat Umno telah tidak bertindak dalam mendaftarkan organisasi Umno peringkat tertentu semula. Kemudian keadaan bertambah parah ada juga berikutnya banyak cawangan Umno yang tidak menghantar dokumen tahunan seperti dikehendaki akta pertubuhan 1966.

Natijahnya tanpa sedar ribuan cawangan Umno merupakan cawangan haram. Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno secara automatik Umno itu sendiri haram.

Pada tahun 2008 dalam Umno bahagian Tanah Merah telah berlaku pergolakan perebutan jawatan, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram. Ini diakui oleh Setiausaha Agung Umno sendiri dan Pendaftar pertubuhan cuma kes di mahkamah dibuang kerana pengadu yang membawa kes ke mahkamah telah dipecat melalui surat pemecatan yang dikatakan telah di back dated kan dan pengadu telah hilang status sah sebagai ahli (hilang local standi) untuk membawa kes ke mahkamah. 

Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan dengan perwakilan cawangan haram dan perwakilan dari mesyuarat haram Tanah Merah telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu yang seharusnya turut memberikan implikasi pengharaman PAU tersebut. 

Dari maklumat dalaman tiada cawangan Umno berdaftar di Jeli, Bachok dan Tumpat. Hanya sebilangan kecil cawangan Umno berdaftar di Kota Bharu. Carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan adalah haram. (sumber SIASAH 2010)

Carian juga telah dibuat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Shah Alam, Pulau Pinang dan Alor Setar ke atas ratusan cawangan Umno namun Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan fail gagal dicari dan berada di Putrajaya. Persoalanya mengapa di Putrajaya ? 

Berdasarkan Seksyen 10 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan semua warga Malaysia diberi hak untuk memeriksa dokumen pendaftaran mana - mana organisasi berdaftardi Malaysia kecuali beberapa dokumen sulit seperti laporan kewangan. Malangnya carian di Putrajaya juga gagal mendapatkan maklumat yang dibenarkan berdasarkan akta pendaftar pertubuhan 1966 malah diwujudkan borang Pertubuhan 27 untuk membolehkan carian sepertinya dilakukan.

Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian tidak sah pendaftaranya.

Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001 masalah dan krisi,  ini kerana negara ditadbir oleh sebuah organisasi politik haram. 

Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan 'Haramkan Umno'. 

Peranan semua 

  1. menyampaikan penerangan  'kenapa Umno organisasi haram?'  ke seluruh pelusuk negara.

  2. menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing - masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com 

  3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com
Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan beberapa laman FB dan blog sekutu. 

Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan perkara ini dalam masa terdekat. Ini satu gerakan serius selain dari usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga akan  menjadikan PRU ini sebagai satu proses referendum rakyat untuk menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara.

Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran terbuka 'Gerakan Haramkan Umno' di ibukota.

Sekian.

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan






Semua agensi diperkuda untuk pertahan hayat akhir Bn


Terbaru, maklumat diperolehi dimana KDN telah membuat UnitMedia menggunakan saluran RELA. Setiap DUN dan Parlimen ada peruntukan dimana staf berbayar untuk mengendalikan akaun FB, Twitter dan membuat komen di laman - laman berkernaan. Mereka juga berperanan menjadi 'pengikut' akaun Menteri atau pemimpin terpilih untuk meramaikan pengikut dan menjawab secara rambang sesiapa yang menyerang pemimpin tertentu di alam cyber.

Di fahamkan unit ini juga berperanan untuk mencipta banyak akaun palsu FB dan Twitter untuk digunakan untuk tujuan tertentu seperti arahan dari masa ke semasa.

Mohon Menteri Dalam Negeri memberikan jawapan !

Tun Mahathir ke Lahad Datu: Lebih Banyak Persoalan Dari Jawaban


Saya membaca berita tentang lawatan Tun Mahathir ke Zon Merah, Lahad Datu sebagaimana yang dilapurkan dalam akhbar-akhbar 19/03/13. Saya tidak tahu semada lawatan itu adalah lawatan urusan pribadi atau ianya lawatan resmi. Lawatan Tun Mahathir ini mungkin dapat menaikkan semangat juang anggota keselamatan kita dari pasukan polis dan tentera kita. Lawatan ini juga mungkin menekankan betapa pentingnya rakyat mengambil berat isu pencerobohan Tentera Sulu' di Lahad Datu; sehingga Tun sendiri sanggup ke sana!


Bagaimanapun bagi saya lawatan Tun Mahathir ke Lahad  Datu dari segi political impact-nyabagi kerajaan BN adalah negative; apa lagi memandangkan pilihanraya negara kita semakin menuju kepada penghujung tempoh expire-nya. Kita boleh bertanya "kenapa media massa pro kerajaan memberi liputan meluas tentang lawatan Tun Mahathir ini?". Tidakkah mereka teralpa dari membaca yang liputan ini akan membawa lebih banyak kerugian daripada keuntungan politik untuk BN?.

Kita beranggapan sedemikian adalah kerana beberapa sebab. Pertamanya: sebab terbesar orang yang menyokong BN dulunya telah menolakkan BN  sekarang disebabkan rasa meluat dan mual mereka kepada Tun Mahathir. Ini diakui secara tidak langsung oleh Tun Mahathir sendiri, sehingga beliau pernah mengatakan anak-anak kecil telah diajar dan dihasut agar memijak gambarnya bahkan ada komplot untuk membunuhnya! PKR itu memang  terlahir dari rasa mual dan meluat itu terhadap Tun Mahathir. Tun Mahathir bukanlah sesuai untuk ditonjolkan sebagai tokoh perpaduan dan solidariti rakyat.
 
Tun Mahathir juga masih dicurigai oleh segelintir ahli-ahli UMNO yang melihat Pak Lah adalah mangsa buli  mainan politik beliau. Apa tidaknya, sehingga Tun Mahathir sanggup mengisytiharkan dirinya keluar UMNO dan berkempen di atas pentas pembangkang  demi menjatuhkan  Pak Lah dari jawatan Perdana Menteri. Tidak hairan hatta seorang menteri umpama Datuk Nazri Aziz dengan berani mengeritik Tun Mahathir secara terbuka. Itu belum dikira lagi ahli-ahli UMNO vateran yang sehingga sekarang mempercayai  Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam  merupakan mangsa-mangsa komplot politik licik Tun Mahathir. 

Lawatan Tun Mahathir ke Lahad Datu mungkin sahaja menambahkan kecurigaan anggota masyarakat, mungkin termasuk segelintir ahli UMNO  terhadap tragedi Lahad Datu itu.Tun Mahathir dinilai oleh sebahagian pengkaji sebagai seorang tokoh yang diselubungi sikap paradox (sikap yang bertentangan) pada penonjolannya, lihatlah apa yang dicatit oleh Zainuddin Maidin  dalam bukunya ;' Mahathir- Di sebalik Tabir' atau secara yang lebih terperinci oleh Khoo Boo Teik dalam bukunya: 'The Paradoxes Of Mahathirism'

Keduanya: apabila anggota masyarakat kita masih dapat mengingati yang Tun Mahathir sendiri di banyak ruang mengatakan Tragedi Pengeboman Twin Towers 9/11 yang menggegarkan dunia dan mengorbankan ribuan nyawa manusia itu adalah  rancangan atau lakunan Amerika. Tun Mahathir bukan setakat mengeluarkan kenyataaan (tidak setakat seperti Tian Chua) bahkan beliau mengadakan Seminar Antarabangsa untuk mendedahkan apa yang beliau percayai sebagai  komplot Amerika. Kalaulah peristiwa yang sedemikian dahsyat, yang meragut sekian banyak nyawa dan merosakkan sedemikian banyak harta-benda dapat dihujjah oleh Tun Mahathir sebagai lakunan, maka relatifnya kenapa tidak Tragedi Lahad Datu?

Tun Mahathir banyak mengajar anggota masyarakat supaya berfikir di sebalik apa yang obvious; contohnya apabil DSAI bengkak dan lebam di muka ketika ditahan polis pada tahun 1998, Tun Mahathir meraguinya yang kecederaan  itu adalah perbuatan anggota polis. Beliau mengeluarkan kenyataan terbuka yang dipetik dalam media-massa yang DSAI lah yang mencederakan dirinya sendiri untuk meraih simpati. Polis tidak mempunyai kepentingan untuk mecederakan DSAI. 

Sekiranya pihak kerajaan menengahkan kenyataan Tun Mahathir sebagai pengukuhan yang Tragedi Lahad Datu bukanlah suatu sandiwara maka ianya adalah suatu kesilapan yang terlepas pandang. Tersalah pilih tokoh untuk menyakinkan anggota masyarakat kita yang rata-rata memang tahu track-record Tun Mahathir dalam soal-soal teori konspirasi sebegini. Lainlah kalau yang membuat pengukuhan itu adalah tokoh seumpama Pak Lah. Tidak semua Melayu mudah lupa!

Tun Mahathir pun bukan dilihat sebagai seorang tokoh pemimpin bersemangat  patriotik yang kental . Beliau selaku penasihat PETRONAS, sepatutnya beliau berusaha keras untuk menaikkan imej PETRONAS, syarikat milik negara sendiri. Airbus A380 , pesawat terbaharu MAS,  MAS telah menanda-tangani perjanjian pembekalan bahan bakar dengan sebuah syarikat minyak asing, PETRON, syarikat minyak berpengkalan di Philippine yang saham besarnya dimiliki San Miguel. San Miguel merupakan antara syarikat terbesar pengeluar arak di Asia,. Bagaimana mungkin sebagai seorang penasihat PETRONAS boleh merestuai perjanjian ini ? Adakah semata-mata kerana anaknya Mirzan Mahathir mempunyai saham yang  significant dalam syarikat ini, sehingga Tun Mahathir sanggup membelakangkan syarikat minyak negara kita sendiri yang beliau adalah penasihat?. 

Sebagai seorang Melayu-Muslim,rakyat Malaysia ,saya secara pribadi merasa seakan-akan bersalah untuk mengisi petrol kenderaan saya di station PETRON sekiranya ada pilihan dan tidak terpaksa. Terasa seakan-akan saya membelakangkan syarikat negara sendiri, seakan-akan saya tidak memboikot syarikat pengeluar arak, seakan-akan saya tidak sensitif dengan isu kronism, itu perspective pribadi saya.
 
Dalam dunia maya yang semakin terbuka, anggota masyarakat kita dapat mengikuti apa yang dilapurkan oleh media alternative, termasuk membaca terus di facebook Nur Misuari. Entah benar entah bohong tetapi Facebook Nur Misuari menunjukkan wajah-wajah anggota tentera Sultan Kiram yang disiarkan sebagai  mati di Lahad Datu itu sebagai masih hidup dan mereka dilapurkan tidakpun menyertai serangan ke atas Lahad Datu.  Agak sukar untuk kita membuat sesuatu pendirian sekarang ini, tambah-tambah dengan sikap sinis yang pernah ditauladani oleh Tun Mahathir sendiri. Siapa yang melapur berita benar dan siapa pula yang melapurkan berita kurang benar. atau masing-masing pihak yang mempunyai kepentingan telah menyaring berita mengikut kepentingan masing-masing?
 
 Kini anggota masyarakat kita tidak lagi hanya menghadam maklumat dari tv dan akhbar-akhbar negara kita, jadi  kerja-kerja saraf tidak semudah dan straight-forward seumpama 30 tahun yang lalu. Semada pihak yang berkuasa memberitahu anggota masyarakat maklumat sepenuhnya secara telus sehingga ianya mengatasi paras keraguan, atau menyediakan lapuran yang cukup teliti mengambil segala sudut andaian. Lapuran half-cook hanya akan menambahkan lagi kecurigaan masyarakat awam terhadap kewibawaan berita yang mereka terima. Umpamanyalayarilah saja dlalm blog-blog yang pro-BN sendiri yang turut menyiarkan lapuran-lapuran yang mengejek-ngejek keberkesanan Menteri Dalam Negeri kita dalam menangani cabaran ini, sehingga mengesyorkan beliau meletak jawatan .
Semakin berlarutan Tragedi Lahad Datu ini hanya akan  semakin banyak persoalan yang ditimbulkan, mungkin semakin banyak mengorbankan nyawa anggota-anggota pasukan keselamatan kita, semakin menghabiskan harta negara. Sedangkan kita semakin hampir kepada PRU13.

Semoga kita akan menjadi semakin waras dan sekira berpolitik pun biarlah secara yang lebih sopan dan beradab. Agaknya sudah sampai ketikanya kita perlu menilai semula corak percaturan politik tinggalan era Tun Mahathir yang kejantanan sifatnya itu dan menyediakandiri untuk corak yang lebih berakhlaq dan bertanggung-jawab untuk kehidupan dunia dan akhirat. Semoga isu kedaulatan dan isu keselamatan negara akan dirasai tanggung-jawabnyaoleh semua rakyat tanpa mengira latar-belakang mereka. Kita mampu bersatu hati dan membulatkan usaha dalam menjunjung kepentingan tanahair yang dicintai. "tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat kita membesar, tanahair kita".
 
*** saya sertakan di bawah articles tentang kenyataan Tun Mahathir yang mengulas 'lakunan'  9/11. Semoga ianya tidak akan menjadi model dan pendorong kepada  orang lain untuk melihat tragedi-tragedi  yang berlaku sebagai sandiwara   pihak-pihak berkuasa 
 

THE STAR (January 21. 2010)

KUALA LUMPUR: There is strong evidence that the Sept 11 attacks on the United States that killed nearly 3,000 could have been “staged” as an excuse to mount attacks on the Muslim world, said Tun Dr Mahathir Mohamad.
Show of support: Dr Mahathir greeting Wael A. Saqqa, a participant from Jordan, at the conference in Kuala Lumpur yesterday.

“I am not sure now that Muslim terrorists carried out these attacks. There is evidence that the attacks were staged.
“If they can make Avatar, they can make anything,” the former prime minister told a press conference here yesterday after delivering his speech at the General Conference for the Support of Al-Quds to aid the Palestinians.
He said killing innocent people to provide an excuse for war was not new to the US.
“But whether real or staged, the 9/11 attacks have served the United States and Western countries well. They have an excuse to mount attacks on the Muslim world,” he added.
Mahathir also criticised US President Barack Obama for failing to fulfil his promises concerning the country’s commitment in West Asia, including his promise to resolve the prevailing Israeli-Palestinian conflict.
“I am a bit disappointed because so far none of his promises have been kept. He promised to get out from Afghanistan but he ended up sending more troops there instead.
“He promised to close down Guantanamo but he has not closed down Guantanamo.
“It is quite easy to promise during election time but you know there are forces in the United States which prevent the President from doing some things. One of the forces is the Jewish lobby, AIPAC,” he said.
On another issue, Dr Mahathir said he supported the plan to set up the inter-faith council as it could help promote effective understanding among religious groups in the country.
Such a council, he said, would provide a platform for people to talk about sensitive religious matters reasonably without taking it to the streets.
Earlier in his speech, Dr Mahathir spoke about the Palestinians’ claim on their land in West Asia which he said was based on legitimate grounds.
He said one of the greatest injustices done was to take Palestinian land to give to the Jews to create the state of Israel.
Later in Putrajaya, Dr Mahathir said the opinions of “powerful nations” should not deter Malaysia from continuing with its effort to help Palestine.
He was speaking at a ceremony to hand over certificates of appreciation to nine Malaysians who were part of the Viva Palestina humanitarian aid convoy to Gaza.

Speech by Tun Dr. Mahathir Mohamad at International Conference on “9/11 Revisited – Seeking the Truth”


SPEECH BY
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
AT THE INTERNATIONAL CONFERENCE
ON “9/11 REVISIED – SEEKING THE TRUTH”
AT DEWAN TUN DR ISMAIL, PWTC, KUALA LUMPUR
ON MONDAY, 19 NOVEMBER 2012
                                                                                       —————————————————-
DISTINGUISHED GUESTS,
LADIES AND GENTLEMEN,
1. PERDANA GLOBAL PEACE FOUNDATION WOULD LIKE TO WELCOME PRESENTERS, PARTICIPANTS AND ALL PRESENT TO THIS EXTREMELY IMPORTANT FORUM ON AN ISSUE THAT AFFECTS THE WHOLE WORLD. THE PURPOSE OF THIS FORUM IS NOTHING LESS THAN THE SEARCH FOR TRUTH ON AN EVENT THAT HAS SERIOUS CONSEQUENCES FOR US ALL.
2. THE PERDANA GLOBAL PEACE FOUNDATION IS DOING THE UNTHINKABLE. IT IS GOING TO SEEK THE TRUTH ABOUT THE DESTRUCTION OF THE TWIN WORLD TRADE CENTRE BUILDINGS IN NEW YORK ON 9/11 I.E. ON 11TH SEPTEMBER 2001.
3. THE IMMEDIATE REACTION TO THIS UNPRECEDENTED AERIAL ATTACK IN AMERICA WAS THAT IT WAS THE WORK OF MUSLIM TERRORISTS. THE AL-QAEDA IS ESPECIALLY IDENTIFIED AS THE ORGANISATION BEHIND THIS ACT. AS A RESULT PRESIDENT BUSH WANTED TO GO ON A CRUSADE AGAINST MUSLIMS. HE LATER WITHDREW THAT STATEMENT. BUT IN FACT HIS SUBSEQUENT ACTS AGAINST MUSLIMS REFLECTED THIS MINDSET. HE ATTACKED TWO MUSLIMS COUNTRIES, AFGHANISTAN AND IRAQ, KILLING THEIR PEOPLE AND DESTROYING THESE TWO COUNTRIES, DESTABILISING THEM AND ARRESTING THEIR PROGRESS, EVEN AFTER KNOWING THAT THE HIJACKERS WERE NOT AFGHANS OR IRAQIS.
4. THE WHOLE MUSLIM WORLD BECAME SUSPECT. THE MUSLIMS ARE DISTRUSTED, SUBJECTED TO HUMILIATING DISCRIMINATION AND DETAINED WITHOUT TRIAL AND TORTURED AT WILL FOR YEARS IN CAMPS SITUATED OUTSIDE THE JURISDICTION OF US LAWS – IN GUANTANAMO, CUBA FOR EXAMPLE AND IN IRAQ. OTHERS WERE FLOWN TO COUNTRIES WHERE TORTURE WAS PRACTICED SO THEY COULD BE TORTURED AND NOT BREAK US LAWS. THEN THE US ACTUALLY PASSED A LAW LEGALISING TORTURE, A RETROGRESSIVE ACT MOST UNWORTHY OF ITS CLAIMS AS LEADER OF MODERN CIVILIZATION.
5. BUT THE US & EUROPE ARE EVEN NOW PARANOID THAT ANOTHER SIMILAR ATTACK MIGHT TAKE PLACE. SECURITY MEASURES AND LAWS HAVE BEEN TIGHTENED. ALL OF THEM WERE CLEARLY DIRECTED AGAINST MUSLIMS. MUSLIM AIRLINE PASSENGERS HAVE BEEN SUBJECTED TO HUMILIATING SEARCHES. SHOES HAVE TO BE TAKEN OFF FOR EXAMINATION, TOOTHPASTE AND HAIR CREAMS AND LIQUID COSMETICS CONFISCATED. MACHINES ARE DEVELOPED TO SCAN THE WHOLE BODY AND AT THE SLIGHTEST SUSPICION PASSENGERS WERE HAULED OFF FOR QUESTIONING AND DETENTION.
6. THE FACT THAT MUSLIMS HAVE BEEN MORE BUSY KILLING EACH OTHER RATHER THAN AMERICANS OR EUROPEANS HAS NOT CHANGED THE ATTITUDES OF THE EUROPEANS. PERHAPS IT IS BECAUSE THEY FEEL GUILTY AND EXPECT REVENGE FOR THE INJUSTICES PERPETRATED BY THEM THAT THEY FEAR MUSLIMS, ANY MUSLIM. AND MORE THAN A DECADE SINCE 9/11, THEY ARE STILL OBSESSED WITH THEIR OWN SECURITY, TO THE DETRIMENT OF THE SECURITY OF OTHER PEOPLE.
7. THE OFFICIAL EXPLANATION FOR THE DESTRUCTION OF THE TWIN TOWERS IS STILL ABOUT AN ATTACK BY SUICIDAL MUSLIM EXTREMISTS. BUT EVEN AMONG AMERICANS THIS EXPLANATION IS BEGINNING TO WEAR THIN AND TO BE QUESTIONED. IN FACT, CERTAIN AMERICAN GROUPS HAVE THOROUGHLY ANALYSED VARIOUS ASPECTS OF THE ATTACK AND DESTRUCTION OF THE TWIN TOWERS, THE PENTAGON BUILDING AND THE REPORTED CRASH IN PENNSYLVANIA. AND THEIR INVESTIGATIONS REVEAL MANY ASPECTS OF THE ATTACK WHICH CANNOT BE EXPLAINED BY ATTRIBUTING THEM TO ATTACKS BY TERRORISTS, MUSLIM OR NON-MUSLIM.
8. SOME OF THESE AMERICANS AND MANY OTHER PROMINENT PEOPLE HAVE BEEN INVITED BY THE PERDANA GLOBAL PEACE FOUNDATION TO GIVE THEIR VIEWS ON 9/11. THESE PEOPLE HAVE NO AXE TO GRIND. THEY ARE ONLY INTERESTED IN SEEKING THE TRUTH. THE TRUTH IS IMPORTANT BECAUSE 9/11 HAS TRIGGERED ATTACKS ON MUSLIM COUNTRIES AND PEOPLE IN WHICH HUNDREDS OF THOUSANDS HAVE BEEN KILLED AND THEIR COUNTRIES DEVASTATED BY THE ‘SHOCK AND AWE’ WARS.
9. I HAVE THOUGHT A LOT ABOUT 9/11. I HAVE SEEN PICTURES AND VIDEO CLIPS OF THE ATTACKS. I HAVE HEARD THE NARRATORS GIVE THEIR OPINIONS REGARDING THE ATTACKS. BUT TO THIS I WOULD LIKE TO ADD MY OWN OPINION BASED ON MY OBSERVATION OF THE ARABS AT PEACE AND AT WAR.
10. THE ARABS MAY HAVE BEEN GREAT WARRIORS IN THE PAST BUT AFTER THEY FELL UNDER WESTERN RULE THEY SEEM TO HAVE LOST THEIR PROWESS IN WARS. IN THEIR WARS AGAINST ISRAEL THEY WERE SO INEPT THAT THEY HAVE NEVER WON A SINGLE BATTLE, EVEN WHEN THEIR FORCES FAR OUTNUMBERED THE ISRAELIS. IN THE YEARS IMMEDIATELY AFTER THE FORMATION OF THE STATE OF ISRAEL, THE COMBINED ARMIES OF EGYPT, JORDAN AND SYRIA WERE DEFEATED BY SMALLER ISRAELI FORCES. THE ARABS NEVER SEEM TO BE ABLE TO PLAN OR STRATEGISE AND CERTAINLY THEIR EXECUTION OF BATTLE PLANS ARE JUST PLAIN BAD.
11. THEY ARE NOT A DISCIPLINED PEOPLE AND THIS LACK OF DISCIPLINE SHOWS EVERYWHERE. AND THEY CANNOT KEEP ANYTHING SECRET. SOMEONE WOULD LEAK WHATEVER PLAN THEY MAY HAVE WORKED OUT. FOR MONEY THERE ARE ARABS WHO ARE PREPARED TO REVEAL THE HIDING PLACES OF THEIR LEADERS.
12. THE ATTACKS ON 9/11 INVOLVED VERY COMPLEX ELEMENTS WHICH NEEDED DETAILED PLANNING, PRECISE TIMINGS AND DISCIPLINED EXECUTION.
13. THERE HAS NEVER BEEN (AND WILL NEVER BE) A HIJACKING OF FOUR LARGE AIRCRAFTS SIMULTANEOUSLY. YET THIS WAS WHAT WAS SUPPOSED TO HAVE HAPPENED. AT APPARENTLY THE SAME TIME THE HIJACKERS TOOK COMMAND OF FOUR AIRCRAFTS WHILE FLYING IN DIFFERENT AIRSPACE IN DIFFERENT DIRECTIONS.
14. WE CANNOT KNOW WHETHER THE HIJACKERS CARRIED ARMS BUT THERE HAS BEEN NO REPORT OF GUNS IN THE DEBRIS OF ALL THE FOUR AIRCRAFTS. HOW THEY COULD OVERWHELM THE WHOLE CREW AND TAKE CONTROL OF FOUR AIRCRAFTS AT ABOUT THE SAME TIME IS A MYSTERY.
15. THEN THE HIJACKERS WERE SUPPOSED TO MAKE THE AIRCRAFTS CHANGE COURSE AND FLY TO THE FOUR PLACES. PILOTS WHO REALISED THEY WERE GOING TO DIE ANYHOW WOULD HAVE TRIED TO STEER AWAY FROM THE TOWERS WHEN IT WAS OBVIOUS THEY WERE GOING TO CRASH INTO THEM. IT WOULD NOT NEED MUCH CHANGE OF DIRECTION TO MISS THE TOWERS. BUT THE PLANES HIT THE TOWERS SQUARELY, BURSTING INTO FLAMES APPARENTLY DUE TO THE FUEL THEY CARRIED.
16. MAYBE THE HIJACKERS WERE ACTUALLY FLYING THE AIRCRAFTS. BUT WE ARE TOLD THEY HAD ONLY TRAINED WITH SMALL AIRCRAFTS. HOW DID THEY KNOW HOW TO NAVIGATE THE HUGE AIRCRAFTS SO PERFECTLY AFTER CHANGING COURSE. AND TIME WAS THE ESSENCE. IF THE SECOND PLANE WAS DELAYED, THE GROUND CONTROL WOULD HAVE DETECTED THAT THERE WAS SOMETHING WRONG WITH THE SECOND, THIRD AND FOURTH PLANES.
17. I CAN IMAGINE TRAINED OPERATIVES LIKE THOSE IN THE CIA OR MOSSAD PLANNING AND EXECUTING THIS COMPLEX OPERATION BUT I CANNOT IMAGINE AN ARAB LIKE OSAMA BIN LADEN PLANNING AND DIRECTING THIS SOPHISTICATED AERIAL ATTACK FROM SOME REMOTE PLACE IN AFGHANISTAN. THEY WOULD NEED AN AIRPORT CONTROL TOWER WITH SOPHISTICATED INSTRUMENTS TO DO THIS. AND THEY WOULD NEED TO BE NEAR ENOUGH TO OBSERVE THE FLIGHTS AND GIVE INSTRUCTIONS.
18. THE PLANNING ALONE WOULD HAVE BEEN EXTREMELY COMPLEX. LOTS OF DATA WOULD HAVE TO BE COLLECTED A LONG TIME EARLIER. THE PILOTS HAD TO BE TRAINED FOR VERY MANY YEARS BEFORE THEY COULD FLY AND NAVIGATE THE COMMERCIAL AIRCRAFTS.
19. THE HIJACKERS NEEDED TO TAKE OVER THE FOUR AIRCRAFTS AT ABOUT THE SAME TIME WHILE IN FLIGHT. THE AIRCRAFTS TO BE HIJACKED MUST BE WELL SELECTED SO AS NOT TO BE TOO FAR FROM THE TARGETS. THE AIRCRAFTS HAD TO BE DIVERTED AT THE RIGHT TIME FOR EACH TO REACH THEIR TARGETS AT ABOUT THE SAME TIME.
20. ALL THESE WOULD REQUIRE A LOT OF DETAILED PLANNING FROM DECIDING WHICH PLANES SHOULD BE HIJACKED, TO THE NUMBER OF HIJACKERS FOR EACH PLANE, TO THE DIFFERENT ROLES OF THE HIJACKERS TO CONTROL THE PASSENGERS AND SEIZE CONTROL OF THE AIRCRAFTS FROM THE PILOTS, TO THE CHANGE IN THE FLIGHT PLAN, TO THE ROUTES TO BE TAKEN, TO FORCING THE PILOTS TO TAKE THE NEW ROUTES OR FOR THE HIJACKERS TO TAKE OVER THE PILOTING OF THE PLANES ETC ETC.
21. HIJACKING ONE AIRCRAFT IS DIFFICULT ENOUGH. BUT HIJACKING FOUR AIRCRAFTS AND FLYING THEM SO AS TO HIT THE TARGETS AT ABOUT THE SAME TIME IS AN IMPOSSIBLE TASK FOR AMATEURS. EVEN PROFESSIONALS WOULD FIND IT DIFFICULT TO DO. YET FOUR AIRCRAFTS CRASHED AT ABOUT THE SAME TIME.
22. I APOLOGISE TO THE ARABS BUT PLANNING AND EXECUTING OF THESE COMPLEX OPERATIONS ARE NOT SOMETHING THAT THEY CAN DO WELL. THEY ARE BRAVE AND THEY ARE WILLING TO DIE FOR THEIR BELIEFS. BUT THEY ARE NOT LIKE THE AMERICAN MARINES WHO PLANNED AND CARRIED OUT THE ASSASSINATION OF OSAMA BIN LADEN. THEIR PLANNING INCLUDED THE DISPOSAL OF THE BODY OF THEIR VICTIM. AND THEY WERE “BRILLIANT”. THIS IS SOMETHING THAT THEY WERE TRAINED FOR YEARS TO DO.
23. IF THE ARABS WERE TO UNDERTAKE SUCH TRAINING IT WOULD SOON BECOME KNOWN TO THE CIA OR MOSSAD AND THEY WOULD ENSURE THAT THE WHOLE OPERATION BE ABORTED.
24. BUT THE FACT REMAINS THAT FOUR PLANES WERE HIJACKED AND THEY ALL CRASHED ON THEIR TARGETS. IF THE HIJACKERS COULD NOT BE ARABS, THAN WHO WERE THE “BRILLIANT” HIJACKERS. CLEARLY THERE IS A NEED TO KNOW, FOR THE EVENT CHANGED THE WORLD, MAKING IT INSECURE FOR EVERYONE, AND LAUNCHING A CLASH OF CIVILIZATIONS AS PREDICTED BY HUNTINGTON.
25. I MAY BE WRONG OF COURSE BUT THIS FORUM WILL HOPEFULLY REVEAL THE TRUTH BEHIND THE EVENTS OF 9/11. THE PEARL HARBOUR ATTACKS FORCED THE US TO JOIN THE SECOND WORLD WAR. I DON’T THINK THE ARABS PLANNED TO FORCE THE US TO GO TO WAR AGAINST THE MUSLIM WORLD. BUT 9/11 DID JUST WHAT PEARL HARBOUR DID, LAUNCH A HORRIFIC WAR WHICH KILLED HUNDREDS OF THOUSANDS OF MUSLIMS, DEVASTATED IRAQ AND AFGHANISTAN, AND MADE MUSLIMS THE UNIVERSAL ENEMIES OF THE WHOLE WORLD. SOMEONE OBVIOUSLY GAINED FROM THIS.
26. FIND THE BENEFICIARIES AND I BELIEVE YOU WILL FIND THE REAL TERRORISTS.
LADIES AND GENTLEMEN,
27. THIS CONFERENCE IS ABOUT FINDING THE TRUTH REGARDING THE WORLD-SHAKING EVENTS OF 9/11. ATTEMPTS WILL BE MADE TO BLACKOUT REPORTS ON THE TALKS AND DISCUSSIONS HERE. THEY WILL BE MADE BY THE VERY PROTAGONISTS OF FREE SPEECH AND THE FREE PRESS. BUT THE ALTERNATIVE MEDIA WILL FRUSTRATE THEM AND SHED LIGHT ON THE EVENTS.
28. THE MAJORITY WILL PROBABLY CONCLUDE THAT THE REVELATIONS BY THE SPEAKERS ARE PREPOSTEROUS. BUT A SUBSTANTIAL NUMBER WILL BELIEVE OR AT LEAST RETHINK THEIR VIEWS OF THE EVENTS.
29. AS I SAID EARLIER 9/11 HAD RESULTED IN THE DEATHS OF HUNDREDS OF THOUSANDS OF IRAQIS AND AFGHANS, AS WELL AS A FEW THOUSAND US AND BRITISH SOLDIERS. IT HAS DEVASTATED TWO MUSLIM COUNTRIES AND DESTABILISED THEM WITH FRATRICIDAL WARS WHICH PROMISE TO LAST A VERY LONG TIME. IT HAS DIVIDED THE WORLD INTO MUSLIM AND NON-MUSLIM, AND SOWED THE SEEDS OF SUSPICION AND HATRED BETWEEN THEM. IT HAS UNDERMINED THE SECURITY OF NATIONS EVERYWHERE, FORCING THEM TO SPEND TRILLIONS OF DOLLARS ON SECURITY MEASURES. YET THE THREAT REMAINS, NOT SO MUCH FROM ALLEGED TERRORISTS AS FROM THE POWERFUL STATES AND THEIR CRUSADE TO CHANGE THE WORLD.
30. TRULY 9/11 IS THE WORST MAN-MADE DISASTER FOR THE WORLD SINCE THE END OF THE LAST WORLD WAR.
31. FOR THAT REASON ALONE, IT IS IMPORTANT THAT WE SEEK THE TRUTH, BECAUSE WHEN TRUTH IS REVEALED THAN WE CAN REALLY PREPARE TO PROTECT AND SECURE OURSELVES.
32. FINALLY, I WOULD LIKE TO THANK ALL THE SPEAKERS FOR COMING ALL THE WAY TO SPEAK AT THIS FORUM. THEIR DEDICATION TO FINDING THE TRUTH IS LAUDABLE.
33. I WOULD ALSO LIKE TO THANK THOSE PRESENT FOR THE SUPPORT AND THEIR WILLINGNESS TO HEAR THE VIEWS OF THE SPEAKERS DESPITE THE LIKELIHOOD OF THEIR BEING SHOCKED AND DISGUSTED WITH THE BEHAVIOUR OF THOSE IN WHOM WE PLACE OUR TRUST TO CREATE A BETTER WORLD FOR HUMANITY.
34. NOW IT IS WITH GREAT EXPECTATIONS THAT I DECLARE THIS CONFERENCE ON SEEKING THE TRUTHS ABOUT 9/11 OPEN.
I THANK YOU.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD 
======================

 Copy daripada Facebook Nur Misuari


Another misleading information is being spread in Malaysia.

We appeal to you seek accurate information..

Intentional or Ignorance?


Photo: Another misleading information is being spread in Malaysia. 

We appeal to you seek accurate information..

Intentional or Ignorance?
petikan dari Mugabalah Blog

Berapa kos lawatan Dr. Mahathir untuk membasuh dosa silam ke Lahad Datu dan siapa biaya ?

25 Mac 2013
Kenyataan Terbuka


BERAPA KOS LAWATAN DR.MAHATHIR KE LAHAD DATU DAN SIAPA BIAYA ?

Pada minggulepas semua media melaporkan lawatan Dr.Mahathir Mohammad ke Lahad Datu. Lawatan ini bukan sahaja mendapat liputan meluas media dan blogger pro Umno tetapi turut memperkecilkan pemimpin politik lain khususnya Pakatan Rakyat dan NGO yang kononya tidak berani ke Lahad Datu.

Untuk pengetahuan semua SAMM antara NGO pertama yang hadir ke Lahad Datu seawal 9 Mac 2013. Kami mahu hadir lebih awal dari itu, namun email kami kepada pihak berkuasa seperti Bukit Aman tidak berbalas. Namun dengan perbelanjaan sendiri SAMM telah membuat keputusan menghantar delegasi ke Felda Sahabat terdiri dari SAMM dari semenanjung dan SAMM Sabah dan diketuai oleh che'GuBard sendiri.

sila klik sini untuk membacalanjut mengenai nota sokongan SAMM kepada anggota keselamatan.


Nota sokongan SAMM kepada anggota keselamatan

Kami sampai dan melepasi semua sekatan untuk masuk terus ke pusat media. Sampai sahaja beberapa teman wartawan dan anggota polis yang mungkin mengenali datang menyapa mesra. Saya nyatakan hasrat kami hadir untuk menghantar nota sokongan kepada pasukan keselamatan dan kemudian akan ke pusat pemindahan untuk menghantar bantuan kepada mereka yang terkesan dengan trajedi tersebut tanpa sebarang kawalan keselamatan.

Kami diminta menanti sebentar, sementara pegawai polis tersebut membawa pesanan kepada pegawai lebih atas, tidak lama selepas itu kami diminta keluar dari pusat media dan hanya dibenarkan berada di laluan masuk sahaja. Atas alasan keselamatan sedangkan beberapa orang yang berpakaian logo Bn sibuk keluar masuk. Ketua Polis Negara kelihatan keluar tergesa - gesa sebaik sahaja bertentang mata terus tunduk dan buat seperti tidak nampak. Namun che'GuBard dan teman - teman terus sabar menunggu dan sambil itu tidak menafikan ada ramai pegawai yang bertugas tetap datang menyapa mesra walaupun yang lain seperti takut dengan kehadiran kami.

Kemudian seorang pegawai berbaju biasa yang memperkenalkan diri sebagai ACP Rashid mewakili Perhubungan Awam Bukit Aman datang dan bersetuju menerima nota sokongan, seperti mahu berlari dia menerima dan berjalan pantas masuk semula. Ada maklumat juga wartawan yang hadir ada yang diminta jangan melaporkan mengenai kehadiran SAMM (yang mereka katakan pembangkang) ke Felda Sahabat.

Selepas itu kami beredar dan terus ke pusat pemindahan dan bertemu dengan beberapa saksi kejadian. Sambil makan tengahari sempat juga kami berbual dengan beberapa anggota polis yang berasal dari Semenajung.

Begitulah kerana beda politik kami dinafikan hak termasuk untuk menyatakan penghargaan kepada pasukan keselematan negara, namun che'GuBard meminta semua teman SAMM yang terlibat tenang kerana percaya semua ketakutan kerana tekanan politik bila melihat kehadiran SAMM. Kami tidak langsung menyebut perkara ini hinggalah apabila beberapa media pro Umno seolah membanggakan lawatan Dr. Mahathir sehingga memperkecilkan pemimpin politik dan NGO lain.


Apa kelayakan Mahathir naik helikopter tentera, mendapat kawalan
keselamatan dan berapa semua perbelanjaan ? Kawalan ketat menyebabkan ramai
anggota keselamatan terganggu rutin operasi.

Persoalanya lawatan Dr. Mahathir ini mengapa disambut sebegitu, apa kelayakan dia menaiki helikopter tentera, tersedia jamuan makan khas untuknya, kawalan yang begitu hebat ? Berapa semua perbelanjaan bersangkutan lawatan Dr. Mahathir ke sana dan atas biaya siapa ?


Adakah Dr.Mahathir ingat dengan lawatanya ke Lahad Datu boleh membasuh dosanya menggadaikan kedaulatan dengan memberikan kad pengenalan mudah kepada warga asing untuk kemenangan politik Bn ? Projek Kad Pengenalan Dr.M lah yang menjadi punca utama kebocoran keselamatan di sempadan negara. Dr. Mahathir ialah antara pengkhianat yang menjadi punca kejadian Lahad Datu.
lawatan ke medan perang ? siap ada jamuan ? berapa kos jamuan dan siapa biaya ?
Ini dinyatakan secara jelas oleh Hasnar (bekas Pegawai Daerah Sandakan) yang menjadi saksi dalam RCI berkenaan isu Kad Pengenalan kerana beliau terlibat sebagai salah seorang yang bertindak dibawah arahan Dr.Mahathir memberikan kad pengenalan secara mudah.

Kad pengenalan diberikan atas dasar bersetuju mengundi Bn bukan atas dasar kesetiaan pada negara. Ramai yang punya kad warga negara dua negara contohnya mereka memegang kad pengenalan Malaysia tetapi masih menjadi warga Filipina dan ada kad pengenalan Filipina.
siap memberikan ucapan politik membersihkan imejnya

Malah ketika dalam program 'Mahkamah Rakyat : Siapa dalang sebenar Lahad Datu' Hasnar menyebut dengan jelas dia bukan sahaja terlibat kes pemberian Kad Pengenalan tetapi dia juga dibawah arahan Dr.Mahathir terlibat mengumpul pendatang asing membuat kekecohan rusuhan pada 1986 di Sabah.

sila klik sini untuk membaca lanjut mengenai mahkamah rakyat.

Kesimpulanya Dr.Mahathir mungkin fikirkan dengan lawatan dia ke Lahad Datu yang penuh kawalan keselamatan dan sambutan mewah boleh mencuci dosa silamnya, namun ia menimbulkan persoalan baru iaitu wajib ada pihak yang tampil untuk menjelaskan kos lawatan Dr.Mahathir ? dan sesungguhnya lawatanya telah memperkukuhkan ingatan rakyat terhadap dosanya dan dialah antara punca trajedi Lahad Datu.

Sekian

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Saturday, March 23, 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS "SIDANG GEMPAR UMNO HARAM" OLEH CHEGU BARD

21 Mac 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS "SIDANG GEMPAR UMNO HARAM" OLEH CHEGU BARD

Assalam'mualaikum &Salam Sejahtera,

1. Kepada semua bloggers dan facebookers yang diRahmati Allah sekalian. Semoga sukses dalam meneruskan perjuangan menumbangkan Umno-BN dalam PRU13 tidak lama lagi.

2. Saya bagi pihak beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menjemput dengan penuh takzim kalian semua bloggers dan facebookers yang mendokong Pakatan Rakyat ke majlis "SIDANG GEMPAR - UMNO HARAM - OLEH CHEGU BARD, PEGUAM DAN AKTIVIS UMNO".

3. Ia akan diadakan pada hari Ahad 24 Mac 2013 mulai jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12 tengahari bertempat di Hotel Adamson (dulu dikenali Hotel KL International), Kg Baru bersebelahan PPZ Darul Zakah.

4. Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan di hotel berkenaan.

5. Ia bertujuan untuk membongkar tindakan Umno tidak mendaftarkan parti berkenaan dalam pelbagai peringkat cawangan dan bahagian di seluruh negara sebaik Umno (Baru) diizinkan beroperasi oleh Pendaftar Pertubuhan tahun 1988. 

6. Ini dibuktikan dengan keputusan mahkamah baru-baru ini apabila mendapati Umno Bahagian Tanah Merah serta 126 cawangan di dalamnya tidak didaftarkan dengan Pendaftaran Pertubuhan.

7. Dalam carian di banyak bahagian, rupa-rupanya Umno gagal mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Pendaftaran Pertubuhan sebaliknya mereka tidak mengendahkan surat Pendaftaran Pertubuhan yang menuntut ditubuhkan cawangan, bahagian dalam tempoh 60 hari. Akibatnya, Umno yang diluluskan itu tidak boleh ditubuhkan atas nama asal di lokasi berkenaan.

8. Taklimat Khas akan disampaikan oleh Chegu Bard daripada SAMM dan dihadiri sama oleh beberapa peguam terbabit dan aktivis Umno yang berjaya mengheret Umno Tanah Merah ke mahkamah.

9. Besar harapan kita semua agar isu ini dibongkar, diletup dan diterbitkan melalui blog dan facebook sebagai pendekatan utama buat masa ini, kemudian disusuli dua petisyen mahkamah akan diajukan kepada Pendaftaran Pertubuhan dan Umno oleh NGO dan para peguam terbabit.

10. Tindakan lanjut akan disusul sebaik isu ini dominan dalam pasaran berita dan Umno menjadi kelam-kabut untuk menepis dan menyembunyikan realiti sebenar status parti Melayu itu.

11. Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri menjemput kalian bloggers dan facebookers Pakatan Rakyat hadir ke majlis ini untuk mengambil tanggungjawab bersama menangani isu "UMNO HARAM" bagi membolehkan Pakatan meluncur laju ke Putrajaya.

12. Sila berikan jawapan HADIR atau TIDAK HADIR dengan reply emel jemputan ini atau SMS kepada saya 019-2051419 dengan menyertakan nama dan diikuti HADIR atau TIDAK HADIR sebelum jam 3 petang hari Sabtu 23 Mac 2013.

13. Segala perhatian dan pertimbangan kalian untuk hadir, didahulukan lafaz jazakalLah ukhairan kathsiro'. Selamat berjuang menumbangkan Umno-BN. Terima kasih.    


Koordinator "Sidang Gempar Umno Haram"
TARMIZI MOHD JAM
Tel: 019-2051419

‘Charges against Azmin, Chegubard invalid’

KUALA LUMPUR (March 20, 2013): The charges against Parti Keadilan Rakyat (PKR) deputy president Azmin Ali and its Rembau division chief, Badrul Hisham Shaharin, in relation to the Bersih 3.0 rally in April last year should be struck out as they are based on an invalid order, the High Court heard today.

Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, representing Badrul Hisham Shaharin, also known as Chegubard, said there is no basis for the charges to stand.

"The appellant cannot be charged with violating the order (by a magistrate)," said Yusof.
He said the order was issued without basis, unjustified and contrary to the law.

"It was issued without jurisdiction and therefore invalid, has no legal force and should be set aside," he said.

Badrul and Azmin had applied to the High Court to set aside an order by magistrate Zaki Asyraf Zubir, prohibiting any assembly between April 28 and May 1 last year.
They are also asking all three charges to be struck out.

High Court judge Kamardin Hashim fixed April 19, 2013 to deliver his decision on the application.
Azmin and Badrul were jointly charged with inciting and abetting R. Tangam, G. Rajesh Kumar, Farhan Ibrahim and five supporters of Bersih 3.0 who are still at large in violating a court order.
They are also accused of abetting and inciting Tangam, Rajesh and Farhan to breach a barricade around Dataran Merdeka.

On the third charge, Azmin and Badrul are alleged to have abetted Tangam, Rajesh, Farhan and five Bersih 3.0 supporters who are still at large in contravening the execution of the court order.
All the offences were alleged to have been committed at Jalan Raja and Jalan Tun Perak between 2.30pm and 3pm on April 28 last year.

Friday, March 22, 2013

Panik serangan terhadap Najib, Rosmah lancar biografi dua kali

Najib Razak bukan sahaja terpaksa berdepan serangan dari Pakatan Rakyat tetapi tarikh pilihanraya tidak jumpa kerana serangan dalam Umno sendiri terlalu kuat. Jika dia gagal memperbaiki pencapaian Abdullah Badawi, kawan - kawan dalam Umno telah sedia untuk menggulainya.

Salah satu alasan besar kekalahan Bn selepas ini ialah kerana perangai tamak, boros dan campur tangan urusan kerajaan oleh isterinya Rosmah Mansor. Perbagai cara cuba dibuat untuk memperbetulkan persepsi yang sudah amat kuat diminda rakyat khususnya selepas pendedahan cincin RM24.45 juta.

Salah satu cara ialah dengan mengupah sekumpulan penulis hebat untuk mengeluarkan biografi Rosmah Mansor. Maka lahirlah biografi setebal 164 mukasurat terbitan Yayasan Amanah Perdana Malaysia yang dijual pada harga RM150 senaskah.

Biografi ini telah dilancarkan oleh Sultan Pahang pada 10 Disember 2012 lepas. Dalam majlis itu siap bersajak, menyanyi dan pengkisahan kisah hidup Rosmah dibuat. Klik sini untuk baca Buku Rosmah dilancar Sultan Pahang
Kali pertama dilancarkan oleh Sultan Pahang

Mungkin Rosmah cuba menggunakan 'berkat' istana Pahang lancar bukunya dan selepas itu tidak ada yang berani mengkritiknya secara terbuka. Namun dia silap makin kuat serangan padanya. Bukunya juga tidak laku.

Di sisi lain pula Mahathir terus memberikan tekanan dan dilaporkan kebelakangan ini Mahathir marahkan Najib khususnya isu kedudukan anaknya di Kedah. Belajar dari kesilapan Abdullah, Najib cuba memujuk Mahathir. Maka Mahathir dipelawa melancarkan buku Rosmah buat kali kedua.

Sama ada Najib mahu memperbodoh Mahathir melancar buku yang sudah dilancar atau menghina Sultan Pahang dengan melancarkan semula buku yang sudah dilancarkan Sultan. Entahlah tetapi jelas Najib berjaya prbodoh Mahathir bila berjaya memujuk Mahathir melancar buku yang sudah dilancar.

kali kedua dilancarkan oleh Mahathir pula,rasanya ada tak pelancaran kali ketiga
oleh Muhiyuddin ntuk memujuk agar bersabar sebentar
u
Mahathir juga tidak kurang seni politiknya bila menggunakan majlis pelancaran itu dengan mencadangkan buku Rosmah itu harus diedar ke sekolah - sekolah untuk mengatakan buku tersebut pasti tidak laku kalau hanya dijual dikedai buku juga paling pedih bila Mahathir menyatakan buku Rosmah harus berada di semua sekolah agar ganerasi akan datang boleh mencontohi Rosmah Mansor.

Dalam perihal cincin RM24.45 juta makin dijawab makin banyak bercanggah dan mengundang kebencian rakyat. Rosmah dan Najib juga harus menjawab dakwaan Deepak yang siap mendedahkan resit pembelian barang kemas yang dikatakan untuk Rosmah.