Kenyataan Media
28 Jun 2013
JERUBU MASALAH BERULANG ; REGIM BN TIDAK PERNAH SERIUS MENYELESAIKANYA.
Jerubu sudah tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat. Ia seolah satu acara bermusim yang berulang beberapa tahun sekali. Kini jerubu bagi musim ini kian reda dan yakinlah beberapa tahun lagi ia akan datang dan mungkin lebih teruk lagi.
Namun sejauh mana seriusnya regim menyelesaikan perkara ini ? Sebelum ini keadaan lebih parah regim pernah satu ketika dahulu menangani jerubu dengan cara menyurukkan bacaan indeks kesihatan udara (API) kononya tidak mahu rakyat panik dan pelancong lari.
Apa punca jerubu, ramai termasuk media dan regim sendiri menuding jari ke negara tetangga. Namun tahu masalah ini mahu datang lagi kenapa tidak ada tindakan konkrit ? Jawapanya pembakaran hutan di negara tetangga mungkin ada kepentingan pemodal besar kroni kait rapat regim penguasa.
Jawapan klise nya ialah kejadian pembakaran hutan berlaku bukan di Malaysia lantas Malaysia tidak boleh bertindak. Alangkah lemahnya jawapan ini. Rakyat seharusnya jangan lupa kesungguhan regim menggunakan segala rangkaian melobi projek besar di luar negara bagi membolehkan korporat Malaysia mendapat laba besar dan rakyat hanya dipaksa berbangga kerana projek itu nanti akan mengibarkan jalur Gemilang kebanggan negara.
Lihat sahaja dua respon pemerintah di dua buah negara dalam kejadian jerubu terbaru. Singapura mengecam Indonesia kerana masalah jerubu dan menghantar perwakilan ke sana. Perdana Menteri Singapura pula secara tegas menyatakan bahawa negara tersebut akan mengambil tindakan keras terhadap syarikat negara atau mana-mana entiti yang dikaitkan dengan Singapura yang terlibat dalam pembakaran terbuka di Indonesia.
Sebaliknya Malaysia hanya bermain lemah di gelanggang sendiri, menawarkan Indonesia pembenihan awan dan sebagainya. Dalam isu tindakan terhadap syarikat Malaysia regim minoriti longlai dengan mengatakan kejadian di Indonesia dan Malaysia tak ada peruntukan undang - undang untuk dakwa.
Ketika manusia sudah melancarkan penerokaan planet marikh ketika Malaysia boleh membuat terowong air canggih melintasi banjaran dari Pahang ke Selangor tidakkah mampu mengundang senyum jika regim ini mengatakan tidak mampu berbuat apa ? Apa Menteri berkenaan buat di persidangan dunia melibatkan isu alam sekitar seumpanya ? Adakah leka menggunakan segala peruntukan berjalan sempena persidangan sahaja ?
Persoalanya ialah kesungguhan politik. Regim ini tidak ada kesungguhan politik. Sepatutnya masalah ini sudah banyak kali berulang tetapi adakah pindaan undang - undang berkenaan perkara ini dibentangkan di parlimen ? Lebih sedih terbaru ketika ahli parlimen PR membawa usul berkenaan ke parlimen Speaker boleh menolak konon kerana ia berlaku dari negara jiran bukan bidang kuasa parlimen ..... Inilah speaker terbodoh dalam abad ini, jika ini dijadikan sandaran maksudnya parlimen tidak harus bersidang mengutuk Israel atau perang mana - mana negara kerana bukan di negara ini.
Rakyat bosan dengan setiap kali jerubu orang politik ambil kesempatan edar topeng muka murah dengan wajah dan logo politik mereka. Rakyat mahukan penyelasaian serius dan tuntas.
Berhenti menjaga kepentingan korporat dan memangsakan rakyat !
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Friday, June 28, 2013
SAMM desak gugur tuduhan ke atas Azhar Achil
Kenyataan Media
28 Jun 2013
SAMM desak gugur tuduhan ke atas Azhar Achil
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak regim minoriti Umno / Bn agar menggugurkan pendakwaan ke atas Azhar Achil.
Azhar Achil salah seorang Penyelaras SAMM telah dihadapkan pada 27 Jun 2013 ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram di Sabak Bernam dekat Klang minggu lepas. Tertuduh didakwa menganjurkan perhimpunan jelajah #suararakyat505 dengan tidak memberikan notis kepada Ketua Polis Daerah dalam tempoh 10 hari sebelum program itu diadakan.
Azhar didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Tembak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam, pada pukul 9 malam, 18 Jun lepas serta didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 9 (5) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM15,000.

Tuduhan ini merupakan tuduhan terpilih dan atas tekanan politik semata - mata. Banyak program terbuka berkepentingan politik Bn bukan saja gagal memenuhi syarat akta diatas tetapi mendapat sokongan agensi kerajaan.
Program tersebut telah berlangsung aman, bersih dan langsung tidak ada kejadian tidak diingini, malah turut dihadiri oleh orang - orang Umno setempat yang dikenali. Maka ini menjadikan pendakwaan semakin tidak relevan.
Jika kerajaan ini demokratik maka ia harus sedar semua ini berlaku kerana kepincangan dan penipuan SPR dalam pilihanraya. Ini diakui sendiri oleh SPR dengan dakwat yang tidak kekal dan pengakuan membazirkan RM7.1 juta hanya untuk pewarna makanan bagi mencalit jari. Namun mungkin benar telahan rakyat regim minoriti ini tidak ada cara lain dari terus berkuasa selain dari terus membela SPR yang jelas menipu.
Azhar ketika dalam Mahkamah mengaku tidak bersalah tanpa diwakili peguam dibenarkan diikat jamin dengan nilai RM4,000. Kes ini akan disebut semula pada 20 Julai 2013.
Bermula dengan pendakwaan che'GuBard di Mahkamah Petaling Jaya 4 Jun lepas, SAMM menjangkakan lebih ramai komrad SAMM akan didakwa berikutan penglibatan aktif SAMM dalam mobilisasi rakyat bagi isu penipuan PRU ke 13 ini.
Untuk itu SAMM memohon jasa baik orang ramai bagi sama menyumbang bagi mengumpulkan dana bagi tujuan proses mahkamah seperti ikat jamin dan sebagainya. Sumbangan orang ramai boleh dibuat terus akaun Solidariti Anak Muda (akaun maybank 555041113224).
SAMM berjanji akan terus menyusun massa rakyat khususnya anak muda dan terus berjuang memperkasakan rakyat ke arah pembebasan tanahair ini.
Norazizi AzizPengarah Seketeriat Solidariti Anak Muda Malaysia
Dari Padang Merbok ke Parlimen ialah aksi desak SPR letak jawatan
Kenyataan Media
27 Jun 2013Dari Padang Merbok ke Parlimen: SAMM Ambil Tanggungjawab Penuh
Berkenaan protes berkhemah di Padang Merbok dan protes di depan Parlimen, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil tanggungjawab penuh dengan beberapa ketegasan, adalah seperti berikut;
1. Aksi protes bermula di Padang Merbok selepas himpunan Black505 dan kemuncaknya di depan Parlimen pada pagi 24 Jun 2013 ini tidak ada kena mengena dengan boikot angkat sumpah. Pihak media telah mengalih isu sebenar iaitu Protes mendesak SPR meletak jawatan.
2. Tujuan utama aksi depan parlimen ialah untuk asak ahli parlimen secara serius membawa isu penipuan SPR, SPR harus dibubarkan dan SPR baru harus ditubuhkan di bawah Parlimen dan bukan lagi sekadar kakitangan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
3. Sebaik sahaja himpunan KL622 yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dan Gabungan NGO Suara Rakyat 505 tamat sekitar jam 6 petang, SAMM bersama beberapa NGO dan kumpulan anak muda, mahasiswa telah memutuskan untuk berkhemah di Padang Merbok bagi memanjangkan protes seterusnya memperhebat tekanan terhadap SPR supaya undur. Semuanya berjalan dengan baik, aman, bersih dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
4. Segalanya berjalan lancar, pihak organisasi dan individu menjalin kerjasama yang baik demi matlamat SPR letak jawatan, sehinggalah pada malam kedua jam 4.30 pagi, ratusan anggota DBKL bersama sejumlah anggota polis bersenjata automatik telah menyerang, merampas khemah termasuk barang-barang yang ada di dalam khemah ketika ada yang sedang tidur di dalamnya. Ada yang ditendang dan dikasari. Namun tahniah kepada semua kerana mengikut arahan untuk tidak melawan dan menyerahkan khemah dengan aman kerana fokus utama bukan DBKL atau polis tetapi SPR.
5. SAMM pelik mengapa kejadian ini boleh berlaku sedangkan sekitar jam 1 pagi sebelum itu saudara Arulchelvam,setiausaha PSM selaku wakil perunding telah mendapat persetujuan dari penguatkuasa untuk mengosongkan Padang Merbok pada jam 8 pagi tersebut (24 Jun). Ketika khemah dirampas semua terkejut namun semua bersikap tenang dan hampir 500 orang bertahan di Padang Merbok hingga pagi.
6. Tepat jam 8.45 pagi, semua peserta protes bergerak menuju ke Parlimen membawa pelbagai sepanduk. Ketika sampai di jalan masuk Parlimen, kelihatan OCPD Dang Wangi dan sejumlah anggota polis yang agak ramai telah bersedia. Protes diputuskan dalam bentuk duduk dan bantah. Mahasiswa diketuai Safwan telah putuskan melahirkan rasa kecewa dengan berbaring di tepi jalanraya beramai-ramai.
7. Peserta protes telah memutuskan untuk menghantar sebuah memorandum kepada wakil ahli parlimen dari pihak kerajaan dan pihak Pakatan Rakyat. Dalam perbincangan awal, seramai 10 wakil dari demonstran telah dipilih untuk memasuki parlimen. Keadaan panas berjerebu di luar parlimen tidak halang demonstran menunggu namun setelah lebih satu jam menunggu telah menimbulkan curiga. Maka Pengerusi SMM Safwan Anang telah ambil keputusan mengajak semua demonstran cuba menghampiri pagar parlimen untuk menyerahkan memorandum tersebut.
8. Tidak dinafikan berlaku asak mengasak apabila gerakan untuk hampiri parlimen dihalang. Namun tindakan pihak polis yang mula memukul demonstran telah mengundang kemarahan anak muda yang sejak jam 4.30 pagi dikasari dan barangan mereka dicuri.
9. Beberapa teman mahasiswa ditangkap, ia bukan salah kami malah pihak polis terlebih dahulu mengasari dan memukul demonstran. Kami mendesak agar teman mahasiswa dibebaskan tetapi permintaan ini dibalas dengan kekerasan pihak polis. Beberapa anggota polis juga kelihatan bertindak seperti gangster, berlagak sombong dengan bergerak seorang diri cuba untuk menangkap peserta demonstran. Mungkin ketika inilah berlakunya pergelutan yang menyebabkan anggota polis tercedera.
10. Kami juga berjaya merakam gambar anggota polis berbaju seperti demonstran seperti tshirt black out 505, ABU dan SAMM.
11. Akhirnya saya cuba tenangkan keadaan dan desak polis supaya tidak bertindak ganas, namun ia tidak berjaya apabila seorang demi seorang anak muda diberkas dengan cukup kasar sehingga ada yang retak kaki akibat dipijak.
12. Maka untuk memastikan keselamatan teman-teman, untuk memastikan keadaan reda, saya sendiri bersama teman lain meluru ke arah OCPD, membenarkan diri ditahan dengan syarat polis hentikan memukul demonstran. Tindakan saya dan teman - teman juga bagi memastikan tangkapan berhenti dikasari dan dilayan baik.
13. Walaupun tidak melawan tetapi ketika dalam perjalanan ke trak polis, saya sendiri terus dikasari dengan pukulan curi walaupun langsung tidak melawan. Malah salah seorang seorang warga emas iaitu aunty Annie (70 tahun) turut ditendang dan terjatuh di depan tangga trak.
14. Apapun bagi SAMM, penguasa DBKL dan anggota polis sebenarnya juga adalah mangsa yang diperalat oleh arahan sebuah kerajaan minoriti yang menang di atas penipuan pilihanraya yang dibantu SPR. Kami tidak mahu teralih isu. Isunya kini ialah majoriti rakyat tolak keputusan PRU. Kami protes bukan atas arahan mana-mana politikus, tetapi kami menzahirkan rasa hati rakyat yang menentang penipuan pilihanraya.
Faktanya ialah, majoriti pengundi telah menolak Barisan Nasional, BN hanya menang dengan penipuan, BN terus berkuasa dengan penipuan, BN terus rakus menjajah negara ini dengan penipuan. Semua ini dalangnya adalah SPR dan rakyat wajib bangkit memastikan SPR dihumban.
Kami buktikan, gerakan menuntut SPR undur harus lebih keras dari biasa.
CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Sunday, June 23, 2013
Siapakah pejuang?
Ramai dalam sejarah insan-insan yang ditabalkan sebagai pejuang. Rekod kehidupan mereka membuktikan bahawa mereka memang pejuang. Mereka berani menanggung risiko perjuangan. Mereka bukan sahaja sanggup berkorban tetapi benar-benar telah berkorban kerana perjuangan mereka. Mengharungi rintangan yang pahit dan cabaran yang getir sehingga mahu tidak mahu mereka diiktiraf oleh sejarah.
Jika tidak pun pada hari mereka hidup, mereka akan diiktiraf selepas mereka mati. Jika tidak diiktiraf oleh golongan yang berkepentingan, mereka kelak tetap akan diiktiraf oleh golongan yang sedar dan insaf akan kepahlawanan mereka. Pun begitu ada juga pejuang yang dilupakan. Ada juga wira yang tidak didendang dan dikenang.
Ciri Pejuang
Pejuang itu muncul dalam pelbagai medan dan cara. Namun bersatu dalam beberapa perkara asas. Mereka ada matlamat yang dapat difahami, ada keberanian untuk mencapai matlamat tersebut dan ada kesanggupan untuk menanggung bebanan perjuangan. Orang yang tidak tahu matlamat perjuangannya tidak boleh dianggap pejuang.
Orang yang bacul juga bukan pejuang. Orang yang tidak sanggup berkorban dan mengharungi susah payah dalam membayar harga perjuangan juga tidak layak digelar pejuang. Orang yang menyuruh orang lain memanggilnya wira ataupun pejuang, sedangkan dia tidak berkorban bahkan meratah keuntungan atas hasil usaha orang lain lagilah tidak layak digelar pejuang.
Apabila pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka menjemput saya pada 2-3 Julai ini untuk mengulas novel sasterawan Negara Dato' Anwar Ridhwan berjudul ‘Penyeberang Sempadan', maka saya pun membaca novel tersebut sehingga habis. Novel yang memenangi Hadiah Sako itu memang menarik untuk dibaca.
Kisah tentang seorang pejuang yang dimunculkan oleh keadaan kemudian hidup dalam kebingungan mencari arah dalam dunia yang penuh tidak pasti. Watak utama yang diberi nama ‘Kuay' dalam novel itu merupakan pejuang bersenjata bersama komunis yang menentang British sebelum kemerdekaan.
Beliau menjadi ‘orang buruan' dan terus dianggap sebagai ancaman kepada negara walaupun selepas 20 tahun negara merdeka. Dari novel itu saya terfikir, siapakah pejuang? Orang seperti Kuay, seperti Mat Indera dan seumpama mereka, apakah dianggap pejuang?
Kehebatan
Dalam sejarah, kita melihat orang seperti Che Guevara yang berjuang dengan senjata dan gerila. Saya terpesona dengan kesanggupan dan pengorbanannya. Ada yang seperti William Wilberforce yang berjuang menerusi politik dan parlimen. Saya amat kagum dengan kesungguhannya, bahkan dengan isi perjuangannya yang mulia. Berjuang untuk satu hasrat yang murni iaitu pembebasan hamba. Sanggup mempertaruhkan kepentingan politik dan menerima tekanan demi hasrat tersebut.
Filem mengenainya The Amazing Graze benar-benar menjadikan perasaan sebak dan semangat membakar. Nelson Mandela juga hebat sebagai pejuang. ‘Long Walk to Freedom' menjadikan kita terpukau dengan kesanggupan menanggung derita yang begitu berat untuk sebuah perjuangan yang diyakini benar. Sanggup dipenjara, tidak rela dibebaskan jika perjuangan tergadai. Hebat!
Gandhi juga pejuang yang hebat yang menggunakan sentiment rakyat untuk mencapai kepentingan perjuangan yang baik. Florence Nightingale merupakan wanita gigih lagi mulia yang berjuang untuk memberi khidmat kepada orang lain.
Menonton filem Sang Pencerah menjadikan saya bersemangat untuk mengikuti watak utamanya iaitu Kiyai Ahmad Dahlan yang merupakan tokoh besar sejarah tajdid agama di Indonesia. Terasa menusuk jiwa. Perjuangan dan cabaran. Bak kata sang sufi ‘sesiapa yang tidak rasa, tidak dapat memahaminya'.
Terlalu ramai lagi jika hendak disebutkan dalam sejarah pembinaan tamadun manusia. Mengiktiraf keperwiraan seseorang pejuang, bukan semestinya kita menyokong ataupun bersetuju dengan semua pegangannya. Kita mungkin tidak bersetuju dengan 'socialism' Che Guevera, namun kita perlu akur dia pejuang yang handal dan ada nilai-nilai positif yang patut dipuji pada dirinya.
Iktiraf
Golongan agama di samping membaca dan mengkaji tentang sejarah para pejuang ‘agama', perlu juga melihat sejarah para pejuang lain dari pelbagai latar supaya kita memiliki horizon penilaian yang lebih luas. Jika pun kita tidak bersetuju, kita wajar juga mengiktiraf kesungguhan dan mempelajari strategi yang telah mereka lalui.
Bahkan tidaklah salah untuk kita mengiktiraf kebaikan perjuangan mereka dan menyertainya jika ternyata itu satu kebaikan. Seperti yang selalu disebutkan bahawa Nabi s.a.w mengiktiraf dan menyokong perjanjian yang dibuat oleh Quraish semasa jahiliah kerana isinya membela golongan yang ditindas.
Al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi dalam kitabnya as-Sunan al-Kubra meriwayatkan Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah Abdullah bin Jad'an. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai."
Di samping kita juga perlu tahu, mungkin ramai dalam kalangan mereka yang tersenarai sebagai pejuang itu tidak sampai kepada mereka ajaran Islam yang sebenar. Maka, kita tidak boleh menuntut untuk mereka mendasari perjuangan mereka kepada ajaran Islam seperti yang kita fahami.

Firman Allah: (maksudnya) "Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul" (Surah al-Israk: 15).
Dikenang
Ramai pejuang yang tidak dikenang semasa hayat mereka. Bahkan kebanyakan pejuang itu menderita semasa hidup mereka. Diburu, dihina, dicerca, dipenjara, diseksa bahkan ada yang dibunuh.
Nilai perjuangan pula, diukur berdasarkan kepada aliran masing-masing. Seseorang mungkin dianggap pejuang oleh satu pihak, tetapi mungkin pulak dianggap pengkhianat oleh pihak yang lain. Bukan semua pejuang mendapat pengiktirafan menyeluruh oleh bangsa dan negaranya.
Betapa ramai pejuang yang difitnah semasa hayat mereka dan fitnah itu terus dibawa sehingga mereka telah lama pergi meninggalkan dunia ini. Kemudian apabila pejuang itu dikenang, apa penghargaan yang hendak diberikan selepas mereka tiada?!
Saya pernah berkata kepada seorang ketua negara yang berbicara dengan saya secara peribadi bahawa ramai pemimpin yang dikenang jasanya dengan diberikan nama bangunan, atau jalan raya atau sekolah atau bandar sempena namanya.
Dapatkah dia merasai nikmat itu? Dapatkah dia merasa kenikmatan hanya kerana namanya disebut selepas mati? Sedangkan dia berhadapan dengan Tuhan yang akan mempersoalkan segala tindakan dan amalannya.
Ramai pula yang mengaku jujur dan ikhlas, sedangkan maksud sebenarnya Allah mungkin tidak demikian. Maka dalam Islam, seseorang yang hendak berjuang, terlebih dahulu hendaklah dia membetulkan niatnya dengan tuhannya. Keimanan yang luhur kepada pembalasan baik dan buruk terhadap amalan di dunia ini boleh menjadikan seseorang itu pejuang yang sejati.
Balasan nikmat dari Allah itu yang paling diharapkan. Pengiktirafan Allah itu maha penting. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?" Dia menjawab: "Aku telah berperang kerana-MU sehingga syahid". Allah berkata: "Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu".
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?" Dia menjawab: "Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana-MU". Allah berkata: "Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu".
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: "Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya kerana-MU". Allah berkata: "Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu". Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).
Tiada syurga untuknya, sebaliknya baginya neraka. Maka, dalam Islam sesiapa yang ingin berjuang hendaklah mengikhlaskan diri kepada Allah, kemudian memastikan dia berada pada landasan perjuangan yang betul yang Allah redha padanya.
Nabi s.a.w pernah ditanya: "Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah? Rasulullah s.a.w menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka, pejuang Islam ialah seorang ikhlas niat dan benar jalan perjuangan yang dipilihnya.

tulisan : Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis.
Friday, June 21, 2013
Kenapa perlu ke jalan raya
Pada jam 2:00 petang hari Sabtu, 22 Jun ini ratusan ribu rakyat Malayaia akan turun ke jalan raya untuk menunjukkan perasaan di Dataran Padang Merbok - Jalan Parlimen. Lalu pertanyaan timbul kenapa perlu tunjuk perasaan? Kenapa perlu berdemo? Sebelum saya menjawab dua soalan ini biar saya nyatakan apa yang akan terjadi.
Seperti biasa kita akan terbaca kenyataan PDRM melarang himpunan ini kerana dikatakan tidak ‘bersunat dan tidak bersembelih' - haram menyalahi undang-undang. Orang ramai akan diingatkan agar jangan datang. Kita akan terbaca kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur menerangkan bahawa Dataran Padang Merbok telah ditempah semenjak tujuh tahun dahulu. Kita akan terdengar kata-kata nista dan cerca tentang demo ini dari kaca TV.
NGO Melayu Islam akan tunggang tunggit bersuara menyatakan bantahan. Guru silat dengan ilmu ghaib berjanji akan datang untuk membuat demo yang berasingan. Penjual Ikan Bakar akan menggoyangkan buntut membantah perhimpunan satu juta rakyat di Dataran Padang Merbok. Akan ada temubual dengan mamat pemandu teksi dan mat tuan punya warung yang meraung marah kerana pada hari tunjuk perasaan mereka akan kehilangan mata pencarian.
Semua ‘heboh-heboh' di atas hanyalah berita yang dimunculkan khusus untuk mengalihkan fokus orang ramai. Heboh-heboh abang polis ini tidak menjawab soalan hakiki untuk kurun ini. Kenapa rakyat turun berdemo? Jawabnya: Ratusan ribu rakyat turun ke jalan raya berdemo kerana PRU13 dahulu telah dimenangi oleh United Malayas National Organisation dengan jalan tipu. Rakyat tidak mahu menerima keputusan PRU13. Orang ramai marah maka mereka ke jalan raya berdemo.
Kenapa perlu berdemo? Jawabnya: Kita perlu berdemo untuk menuntut tujuh orang pesuruhjaya SPR meletak jawatan. Kita berdemo untuk memastikan ada pemilihan di 25 kawasan yang terbukti berlaku penipuan. Kita wajib berdemo untuk memastikan projek persempadanan semula dihentikan dengan serta merta. Projek persempadan ini adalah satu lagi projek tipu dari United Malays National Organisation. Projek ini bertujuan untuk memastikan dalam PRU14 nanti Pakatan Rakyat akan lumat.
Masih tidak yakin sebab musabab kenapa kita wajib berdemo?
Biar saya terangkan bahawa di Malaysia ini jika pilihan raya yang boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan. Apakah ayat yang saya tulis ini sahih atau hanya ayat-ayat propaganda? Atau satu hasutan jahat?
Biar saya surahkan sejarah untuk membuktikan bahawa jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan. Untuk anak anak muda, untuk generasi yang lahir sesudah tahun 70-an pasti tidak tahu bahawa pada satu ketika dahulu ada pemilihan - ada pengundian - untuk memilih ahli majlis kerajaan tempatan. Ertinya Datuk Bandar bukan dilantik tetapi dipilih melalui undi orang ramai. Begitu juga ahli-ahli majlis tempatan - semua dipilih melalui pengundian.
Sejarah membuktikan bagaimana di setiap kali pemilihan kerajaan tempatan ini dijalankan yang menang ialah Parti Rakyat, Parti Buruh atau kumpulan Front Sosialis. Ini sebelum Parti Buruh menjadi arwah. Kota Pulau Pinang, kota Melaka, bandar Seremban atau bandar Johor Bahru - semuanya dikendalikan oleh Ahli Majlis yang dipilih oleh warga kota. Kota Ipoh pula dimenangi oleh PPP - sebelum parti ini menjadi mandul.
United Malays National Organisation tidak dapat bernafas. Parti ketuanan Melayu tidak pernah dapat menguasai kerajaan tempatan melalui pilihan raya. Maka pada tahun 1964 pilihan raya kerajaan tempatan diharamkan hingga ke hari ini. Pada hari ini ini semua ahli majlis - DBKL, MBPJ, MBS dan, dan, dan... semuanya dilantik.
Surah ini membuktikan dengan sahih bahawa pilihan raya di Malaysia ini jika dapat mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan.
Lalu timbul soalan sampingan. Apakah demo ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan. Jawabnya: Menggulingkan kerajaan yang zalim itu satu kewajipan. Bukan satu yang pelik jika ada sesiapa yang turun berdemo dengan niat mahu menggulingkan kerajaan. Ini bukan satu niat yang salah.
Biar saya terangkan di sini bahawa Nik Aziz juga bercita-cita untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional. YB Nurul Izzah juga memiliki niat yang sama. Timbalan Presiden Pas Mat Sabu juga bercita-cita untuk menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation. Lim Kit Siang anak beranak pun mahu menggulingkan kerajaan hari ini.
Malah Najib Razak sendiri secara terbuka berniat untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Datuk Mustapa Muhamed telah merancang dengan licik dan lama untuk menggulingkan kerajaan Pas di Kelantan. Justeru menggulingkan kerajaan bukan satu jahat.
Lalu ditimbulkan hujah bahawa Nik Aziz, Mat Sabu, Lim Kit Sing atau Nurul Izzah mahu menggulingkan kerajaan United Malays melalui pilihan raya. Tetapi seluruh rakyat Malaysia sedar bahawa mustahil United Malays National Organisation akan dapat digulingkan melalui pilihan raya.
Dari sinilah muncul wacana hakiki tentang kemustahilan kerajaan zalim ini digulingkan melalui pilihan raya.Mustahil kezaliman ini dapat ditamatkan melalui pilihan raya. Tidak mungkin United Malays National Organisation akan kalah dalam pilihan raya. Ini kerana sistem pengundian - sistem pilihan raya itu - telah direka dan dibuat untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus menang.
Menuntut pilihan raya bersih dan adil - perjuangan Bersih - adalah satu kerja yang baik. Tetapi mustahil United Malays National Organisation akan melunaskan lapan tuntutan Bersih. Mustahil Parti ketuanan Melayu ini mahu menjalankan satu pilihan raya yang bebas dan adil. Dalam pilihan raya yang bebas dan adil Pakatan Rakyat akan menang manakala United Malays National Organisation akan dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah.
Kerana itu United Malays National Organisation telah menjalankan pelbagai bentuk penipuan dalam pilihan raya. Telah dibuktikan bagaimana dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat telah ditipu. Pengundi Pakatan Rakyat telah ditipu. Kemenangan rakyat telah dicuri. Kerana ini rakyat marah. Inilah sebab orang ramai turun ke jalan raya.
Lalu timbul lagi persoalan - apakah dengan tunjuk perasaan ini akan berlaku perubahan. Jawabnya: Boleh berlaku perubahan. Dalam satu demo yang besar ia akan memberi tekanan yang kuat terhadap Najib Razak dan konco-konconya dalam United Malaya National Organistaion. Kalau satu juta rakyat turun ke jalan raya. Kalau ratusan ribu rakyat turun ke Dataran Padang Merbok dan mereka TIDAK berganjak dari menuntut tiga Tuntut #TIPU505 maka elit politik akan retak dan pecah.
Lihat sekarang bagaimana pengerusi SPR telah membuat kenyataan bahawa dia telah menjalankan tugas dengan baik maka tidak perlu letak jawatan. Kenyataan ini bukan ditujukan kepada penyokong demo jalan raya. Kenyataan ini ditujukan kepada tuannya ernama Najib Razak.
"Den dah buat kojo jahat apo pulak kao nak buang den" - inilah isi hati si penjenayah yang semakin sedar tali gantung kariernya telah semakin hampir.
Kenyataan terbaru dari pengerusi SPR ini lagi lawak dan lagi seram. Si mamat ini kini merasa sedih dan kecewa kerana dakwat kekal TIDAK kekal. Lihat bagaimana berapa hari sesudah PRU13 dijalankan. Si mamat ini amat angkuh dan kurang ajar. Mamat ini telah menolak wujudnya penipuan dakwat kekal. Lampu padam tidak wujud. Gambar lampu padam di tempat pengiraan undi sengaja diada-adakan. Semua hujah Pakatan Rakyat dianggap fitnah.
Kenapa hari ini sedih dan menyesal? Jawabnya: Si mamat ini merasa sedih dan kecewa kerana si mamat ini tahu pada 22 haribulan ini ratusan ribu rakyat akan turun ke jalan raya. Ratusan ribu rakyat ini TIDAK akan pulang sehingga si mamat ini bersama enam lagi pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan. Tali gantung kariernya semakin hampir kerana itu si mamat ini sedih dan kecewa.
Perubahan bunyi suara pengerusi SPR ini membuktikan bahawa politik jalan raya telah membawa hasil. Kini rakyat Malaysia juga sedar bahawa elit politik dalam United Malays National Organisation sedang retak. Mereka sedang bergaduh - tuduh menuduh - menyalahkan satu sama lain. Kini telah ada ura-ura untuk menendang Najib. Ada rancangan untuk menobatkan Tengku Razaleigh sebagai ganti.
Perubahan politik ini TIDAK akan berlaku jika rakyat TIDAK turun ke jalan raya. Kalau orang ramai tidak turun ke jalan raya menolak penipuan maka gerombolan United Malya National Organisation akan terus berkenduri kendara merompak harta negara kita.
Jika rakyat TIDAK turun ke jalan raya maka dunia luar tidak sedar tentang penipuan yang telah berlaku dalam PRU13. Masyarakat dunia juga tidak sedar bahawa rakyat Malaysia telah menolak keputusan PRU13. Semua ini akan berubah pada Sabtu 22 Jun ini. Pada petang Sabtu ini ratusan ribu rakyat di jalan raya adalah papan poster rakyat Malaysia kepada rakyat dunia. Papan ini tertulis: Bahawa rakyat Malaysia menolak keputusan PRU13.
Inilah kejayaan politik jalan raya. Imej-imej orang ramai di jalan raya akan tersebar luas ke seluruh dunia. Gambar-gambar anak muda di Dataran Padang Merbok akan menaikkan taraf anak muda Malaysia sebaris dengan anak muda di Dataran Tahrir. Imej-imej berdemo akan menobatkan anak muda Malaysia setaraf dengan anak-anak muda di Dataran Taksim.
Kita bukan Arab Spring, kita bukan meniru Dataran Tahrir, kita bukan mengikut anak muda Turki adalah cakap cakap kosong. Yakinlah bahawa ramai rakyat Malaysia ini mahu melihat Najib ditangkap seperti Husni Mubarak. Yakinlah majoriti rakyat Malaysia - 52 peratus - mahu menghancurkan United Malays National Organisation. Yakinlah bahawa ramai anak muda pada Sabtu ini ingin membuat sejarah sama seperti di Dataran Tahrir atau di Dataran Taksim. Ini kerana dunia ini akhirnya adalah milik anak muda.

Saturday, June 08, 2013
che'GuBard sengaja memilih muncul tanpa peguam (transkrip)
Seperti Isnin yang biasa ia merupakan hari sibuk bagi che'GuBard lebih - lebih lagi Isnin pertama bulan ini. Dari urusan pembayaran bil, pemeriksaan stok perniagaan sehinggalah urusan berkaitan penyelarasan aktiviti berkaitan SAMM. Isnin juga akan banyak sesi pertemuan dan mesyuarat. Tanggungjawab menyelaras Pusat Khidmat di Dun Sg. Acheh menambah kerja tetapi banyak teralas beban dengan kesanggupan dan kesetiaan Yaser Sheikh Abd Rahman untuk berpindah ke sana dan mengendalikannya bersama atuk saudara yang dikenali sebagai Paksu Manap.
Kesibukan Isnin sedikit terganggu kerana dihubungi oleh isteri, ibu dan beberapa teman yang memaklumkan sekumpulan anggota Polis dari IPD P.Jaya hadir ke rumah che'GuBard, rumah ibu dan beberapa lokasi yang sering che'GuBard berada kononya untuk memastikan che'GuBard hadir ke mahkamah bagi satu pendakwaan. Sebelum ini pada 26 Mei sememangnya che'GuBard dikejutkan dengan Notis Polis 45 yang ditampal dipintu rumah dalam kawasan berpagar. Notis itu ditandatangani oleh ASP Lim dan turut tercatat nombor telefonya. Menggunakan kuasa penerima notis boleh memilih mana - mana balai terdekat maka che'GuBard menghubungi ASP Lim dan meminta soal siasat dirakam di Balai Polis Seremban 2. Semua berjalan baik dan lancar, kerjasama penuh diberikan. Cuma polis mungkin sedikit kecewa kerana kesemua soalan dijawab dengan "saya akan jawab hanya apabila dipanggil ke mahkamah nanti" kerana itu hak kita agar jangan dimanipulasi kenyataan dalam mahkamah nanti.
Sebaik menerima berita 3 Jun lepas Polis P.Jaya cari hingga ke rumah, che'GuBard pelik bukankah boleh telefon atau sms sahaja. Mudah untuk dijangka pasti pasukan yang sama cuba menyampaikan waran saman panggilan ke mahkamah untuk pendakwaan. Boleh mengelak dan memperlengahkan tetapi pesan guru menjadi azimat. che'GuBard terus sms ASP Lim bertanyakan sama ada dia mencari che'GuBard dan setelah dibalas ya dan dinyatakan sebab maka che'GuBard telah menetapkan 4 Jun jam 2 ptg untuk bertemu di bawah Ibupejabat PKR di Damansara kerana kebetulan selepas itu perlu hadiri satu mesyuarat di situ. Semua berjalan baik dan dirakam di depan media. Waran menyatakan che'GuBard harus hadir di Mahkamah Seksyen 4, Petaling Jaya bagi menghadapi tuduhan dibawah akta perhimpunan aman 9 (1).
Berita tersebar cepat. Ramai sahabat peguam menghubungi seperti Senator Saiful Izham (ketika itu di Alor Setar) dan Komrad Nizam (Temerloh) , namun che'GuBard nyatakan sendiri tak perlu susah-susah awal ni. che'GuBard dah putuskan muncul di mahkamah sendirian. Ya, tanpa peguam berdiri dan bercakap terus dengan Hakim, membela diri sendiri.
Ini tekad dilakukan bagi menunjukkan perjuangan ini ialah kesediaan bagi bangkit untuk membela diri. Ia proses pemerkasaan diri dalam melawan regim di harap ia boleh insiprasikan yang lain agar bangkit melawan tanpa mengharapkan orang lain.
Sehari sebelum mahkamah banyak panggilan diterima khususnya dari komrad SAMM, saya cuma katakan takpa esok jangan ramai ke mahkamah lain tumpu kerja masing - masing. Ada yang hubungi katanya sedang usaha kumpul wang jaminan, ada yang hubungi minta gunakan sahaja tabungan SAMM semuanya dijawab dengan baik dengan tengoklah esok.
Jebat komrad dari Langkawi, SPA penyelaras WP dengan tegas ingatkan agar che'GuBard jangan langsung ada idea untuk tidak membayar jamin dan masuk ke penjara membakar gerakan dari dalam kerana mereka katakan che'GuBard diperlukan di luar. Entahlah seperti mereka membaca lintasan fikiran ini pula.... tetapi itulah adik beradik dalam SAMM kami sangat rapat.
Pagi itu isteri menghantar sampai pintu rumah sambil pesan berkali - kali "apa-apa bagitahu".... dia walaupun sudah biasa tetapi mungkin cemas juga dengan keputusan apa yang akan diambil.....che'GuBard dan Sani ke mahkamah berdua, Azif (Sepang) yang memandu kereta kancilnya tertinggal jauh. Menghampiri jalan masuk ke Mahkamah PJ kami terkejut Polis ramai jalan tutup, seperti biasa Sani yang keras kepala terus menujak ke penghadang kon tutup jalan sambil menunjukkan surat panggilan ke Mahkamah. Polis memberikan laluan sampai di depan mahkamah kami lebih terkejut sudahlah wartawan ramai polis pula sangat ramai bagi mengawal kami yang cuma hadir berdua.
Terus naik ke atas dan memasuki bilik Mahkamah Seksyen 4 dengan di iringi beberapa pegawai polis sambil kamera wartawan tak henti berkelip. Sebelum masuk mahkamah Sani bisik RM5,000 dah sedia kalau nak jamin nanti, kutipan yang dibuat secara umum semalamnya cuma mengutir RM235 sahaja. che'GuBard cuma balas dengan senyuman. Tepat jam 9.15 pagi Hakim perempuan masuk YA Yasmin Abdul Razak namanya. che'GuBard dipanggil ke ruang perbicaraan, Sani berbisik lagi ingat ikat jamin jangan lebih RM5,000 kalau tak susah.
Pendakwa memperkenalkan diri dan memaklumkan che'GuBard membela diri sendiri. Hakim pandang dan senyum. Tuduhan dibacakan oleh penterjemah dalam mahkamah yang disaksikan hanya Sani selain wartawan. Sebaik sahaja tuduhan dibacakan che'GuBard menyambut dengan 'saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan'.
Pendakwaraya bangun meminta tarikh perbicaraan cepat dan che'GuBard dikenakan ikat jamin. Hakim tanya che'GuBard apa nak cakap.
che'GuBard bangun hujahkan ;
"Yang Arif Puan Hakim ;
- ikat jamin bukanlah hukuman sebaliknya ialah jumlah jaminan agar memastikan saya hadir proses mahkamah dan tidak lari
- saya punya rekod kes mahkamah sejak tahun 2001 dan semua kes diselesaikan dengan baik tidak ada satu pun kes saya lari dan hilang diri
- saya mohon jumlah yang dikenakan rendah dan munasabah tidak mungkin saya akan lari kerana terlalu mudah untuk dicari kerana dikenali dalam negara (luar negara tidak pula mampu untuk lari)
- dalam kes ini, kalau tak percaya tanya ASP Lim (sambil menunjuk kepada dia yang ada dalam mahkamah) saya tahu dia cari saya 3 hari bulan di banyak tempat tak dapat , saya sendiri hubungi dia untuk aturkan pertemuan untuk menerima kertas samana arahan hadir ke mahkamah, maka saya mohon pertimbangan bijak sana Yang Arif.
Selepas mendengar hujah che'GuBard, Hakim menjawab baiklah memandangkan kes ini hanyalah kes saman dan bukanlah serius sangat ......
Hakim memandang che'GuBard dan bertanya "Jika saya panggil ke mahkamah che'Gubard, kamu mesti hadir kan ?"
che'GuBard pantas menjawab "Sudah pasti Yang Arif saya hadir"
Terus hakim menetapkan "kamu che'GuBard dibebaskan hari ini dengan jaminan kamu mesti hadir sepanjang proses perbicaraan dan tiada jumlah wang ditetapkan untuk jaminan. 9 Julai sebagai tarikh pengurusan kes. Kamu che'GuBard lantiklah peguam senang dari segi teknikal dan proses perbicaraan. 9 Julai bawa peguam untuk pengurusan kes"
Pantas che'GuBard balas "Baik Yang Arif, TQ"
** hujah dan dialog tu lebih kurang kerana ditulis selepas 3 hari kejadian.
kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
'usrah' SAMM di Alor Setar lepas tengah malam
Ramai tanya macam mana SAMM mengikat gerakan, che'GuBard jawab kami usrah, tapi tak pakai jubah dan serban mungkin tak boleh panggil usrah.... nak kata kelas tak ada meja kerusi tak kira tempat....
Ke mana saja pergi panggil kawan - kawan melepak bincang satu tajuk mengenai gerakan.
Contoh 30 Mei lepas kebetulan ke Alor Setar kerana 'tangan kanan' che'GuBard buat Majlis Kahwin, bawa keluarga sekali .... lepas layan keluarga hantar balik homestay yang kenalan sedeqah pakai... terus bersama MQ ke Dataran depan Masjid Zahir...dia dah susun awal penggerak anak muda untuk 'berusrah' sampai awal pagi di sana. Banyak yang dibincang dan banyak idea baru muncul. Cuma agak beberapa kali terganggu bila ada beberapa 'elemen dasyat' melintas.
Beginilah SAMM mengikat tali adik beradik dalam gerakan, kami tidak ada struktur, kami tidak ada apa....cuma kami ada semangat dan ruh kepercayaan tanahair ini perlu diselamatkan!

yg terbaring nampak kepala tu belum mati tetapi Sani yang dah keletihan |
sebahagian yang hadir dan berani bergambar, ternyata Sani yang dah lena pun boleh bangun |
Beginilah SAMM mengikat tali adik beradik dalam gerakan, kami tidak ada struktur, kami tidak ada apa....cuma kami ada semangat dan ruh kepercayaan tanahair ini perlu diselamatkan!
kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
Penjelasan : Desakan jangan angkat sumpah (24 Jun)
Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
9 Jun 2013
PENJELASAN : DESAKAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH
Selepas sidang media #suararakyat505 pada 6 Jun lepas yang menggesa ahli parlimen yang prihatin dengan penipuan pilihanraya dan masa depan demokrasi Malaysia agar memboikot majlis mengangkat sumpah di parlimen yang dijadual berlangsung pada 24 Jun akan datang, maka banyak respon yang diperolehi.
#suararakyat505 ialah gabungan hampir 60 yang diwujudkan untuk mengembalikan maruah rakyat Malaysia yang telah 'dihina' dengan PRU ke 13 yang penuh dengan penipuan dan manipulasi. Semua organisasi yang bergabung atas nama #suararakyat505 menuntut 3 perkara :
#suararakyat505 juga mengajak rakyat yang prihatin untuk menjadi proaktif agar terlibat sama dalam mengegerak dan menyusun massa rakyat. Maka telah dilancarkan Sukarelawan #suararakyat505 (Rakyat Warriors) kami mensasarkan 500,000 keanggotaan menjelang hujung tahun ini, bagi yang berminat menjadi sukarelawan sila klik di sini. Terdapat link untuk mengisi butiran secara online. Setakat ini, sejak 25 Mei lepas sambutan diluar jangkaan jaringan sukarelawan ini akan menjadi tapak mobilisasi yang kuat.
#suararakyat505 melihat selain dari menyusun tekanan dengan protes massa yang besar namun kesedaran rakyat harus digerakkan menjadi tumpuan utama juga, untuk itu kami menerbitkan risalah, dvd dan bahan - bahan seumpamanya. Minggu hadapan akan dilancarkan DVD dan Risalah khas untuk edaran seluruh negara menerangkan apa yang dikatakan penipuan PRU ke 13 itu. Ia akan dibuat dalam bentuk paling mudah difahami.
Melalui beberapa siri perbincangan anggota gabungan #suararakyat505 memikirkan isu penipuan PRU 13 ini harus terus diangkat dan SPR harus letak jawatan segera. Kini regim bukan sekadar cuba mensenyapkan isu ini tetapi sedang merancang lebih jahat lagi. Pindaan undang - undang sedang disusun bagi memperkukuhkan kuasa SPR. Malah pensempadanan semula juga sedang dirancang dengan cuba memaksimakan jumlah kerusi Parlimen khususnya yang menyokong Bn. Sudah tentu kerja kerja jahat ini akan ditutup dengan selimut transformasi, pembaharuan seperti mana mereka mengatakan tuntutan BERSIH ditunaikan tetapi lihatlah dakwat dijari pun 5 minit usia hayatnya.
Jika ini semua tidak ditahan maka PRU ke 14 ialah kubur yang baik untuk gerakan progresif di Malaysia. Oleh kerana itu kita harus sepakat ia bukan persoalan PRU ke 14 kerana jika dibiarkan PRU ke 14 itu lebih menipu. Ia persoalan PRU ke 13, SPR bagi pihak regim menipu dan memanipulasi PRU ke 13, hak rakyat dicuri.... segala kekuatan harus digabungkan untuk merampas kemenangan rakyat dalam PRU ke 13. Ini bukan soal siapa menang atau kalah ini soal maruah.
24 Jun dimaklumkan sebagai hari mengangkat sumpah ahli parlimen. Bagaimana mahu diadakan Majlis akad sumpah apabila banyak lagi yang belum selesai dalam proses PRU ke 13 ? Maka #suararakyat505 dengan ini menyeru agar tarikh 24 Jun itu diboikot oleh semua yang berani atau berdiri sebagai pejuang rakyat. Tarikh tersebut akan menjadi perhatian dunia.
Sedikit pujian buat ahli parlimen yang sudah sedikit berani apabila menyatakan akan memboikot sesi taklimat parlimen (sila sini klik untuk sumber) . Tetapi ia cuma taklimat ayuh langkah sedikit lagi berani !
Mungkin akan ada yang berdegil atau takut kepunan memakai pakaian rasmi parlimen, kamu boleh angkat sumpah dihari lain tetapi tunjukkan keberanian pada 24 Jun itu. Ini juga merupakan ujian buat Pakatan Rakyat sama ada benar ia merupakan organisasi yang sanggup mengambil kata putus dan bersatu bersama rakyat atau sekadar menggunakan nama rakyat bagi mendapat tempat.
Kamu ada banyak masa untuk berkhidmat dan bercakap untuk rakyat, menggubal polisi dan dasar selepas itu tetapi cuma tarikh 24 Jun itu bersatulah wahai semua pejuang yang dipilih rakyat tunjukkan pada dunia kita masih ada maruah. Kita tidak melawan sistem negara raja dan parlimen berperlembagaan ini tetapi atas maruah tanahair dan rakyat kita harus bersatu menyelamatkan masa depan. Kita tidak punya banyak pilihan.
Yakinlah tarikh 24 Jun itu akan menjadi titik penting sejarah dan anda semualah 89 wira yang akan dikenang. Ia peluang terakhir untuk melihat negara mampu punya sebuah kerajaan yang takut dengan rakyat, ia peluang terakhir melihat rakyat benar - benar merdeka.
Rakyat yang bersatu tak mungkin akan dikalahkan !
Inikalilah !!!
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com

- Pengerusi dan semua anggota Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang bertaraf kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) harus letak jawatan bagi memberi laluan pembentukan SPR baru yang lebih berkredibeliti yang dipilih melalui pendengaran awam dan bertanggungjawab penuh terus dibawah Parlimen Malaysia.
- Pilihanraya semula dikawasan berjaya ditampilkan di tengah rakyat bukti penipuan tidak kira sebelum itu dimenangi oleh Bn atau PR
- Tribunal Rakyat seperti yang dianjurkan BERSIH harus dilaksanakan dan disokong oleh semua pihak. Satu perlindungan saksi dan wajib hadir harus dilaksanakan.
#suararakyat505 juga mengajak rakyat yang prihatin untuk menjadi proaktif agar terlibat sama dalam mengegerak dan menyusun massa rakyat. Maka telah dilancarkan Sukarelawan #suararakyat505 (Rakyat Warriors) kami mensasarkan 500,000 keanggotaan menjelang hujung tahun ini, bagi yang berminat menjadi sukarelawan sila klik di sini. Terdapat link untuk mengisi butiran secara online. Setakat ini, sejak 25 Mei lepas sambutan diluar jangkaan jaringan sukarelawan ini akan menjadi tapak mobilisasi yang kuat.
#suararakyat505 melihat selain dari menyusun tekanan dengan protes massa yang besar namun kesedaran rakyat harus digerakkan menjadi tumpuan utama juga, untuk itu kami menerbitkan risalah, dvd dan bahan - bahan seumpamanya. Minggu hadapan akan dilancarkan DVD dan Risalah khas untuk edaran seluruh negara menerangkan apa yang dikatakan penipuan PRU ke 13 itu. Ia akan dibuat dalam bentuk paling mudah difahami.
Melalui beberapa siri perbincangan anggota gabungan #suararakyat505 memikirkan isu penipuan PRU 13 ini harus terus diangkat dan SPR harus letak jawatan segera. Kini regim bukan sekadar cuba mensenyapkan isu ini tetapi sedang merancang lebih jahat lagi. Pindaan undang - undang sedang disusun bagi memperkukuhkan kuasa SPR. Malah pensempadanan semula juga sedang dirancang dengan cuba memaksimakan jumlah kerusi Parlimen khususnya yang menyokong Bn. Sudah tentu kerja kerja jahat ini akan ditutup dengan selimut transformasi, pembaharuan seperti mana mereka mengatakan tuntutan BERSIH ditunaikan tetapi lihatlah dakwat dijari pun 5 minit usia hayatnya.
Jika ini semua tidak ditahan maka PRU ke 14 ialah kubur yang baik untuk gerakan progresif di Malaysia. Oleh kerana itu kita harus sepakat ia bukan persoalan PRU ke 14 kerana jika dibiarkan PRU ke 14 itu lebih menipu. Ia persoalan PRU ke 13, SPR bagi pihak regim menipu dan memanipulasi PRU ke 13, hak rakyat dicuri.... segala kekuatan harus digabungkan untuk merampas kemenangan rakyat dalam PRU ke 13. Ini bukan soal siapa menang atau kalah ini soal maruah.
24 Jun dimaklumkan sebagai hari mengangkat sumpah ahli parlimen. Bagaimana mahu diadakan Majlis akad sumpah apabila banyak lagi yang belum selesai dalam proses PRU ke 13 ? Maka #suararakyat505 dengan ini menyeru agar tarikh 24 Jun itu diboikot oleh semua yang berani atau berdiri sebagai pejuang rakyat. Tarikh tersebut akan menjadi perhatian dunia.
Sedikit pujian buat ahli parlimen yang sudah sedikit berani apabila menyatakan akan memboikot sesi taklimat parlimen (sila sini klik untuk sumber) . Tetapi ia cuma taklimat ayuh langkah sedikit lagi berani !
Mungkin akan ada yang berdegil atau takut kepunan memakai pakaian rasmi parlimen, kamu boleh angkat sumpah dihari lain tetapi tunjukkan keberanian pada 24 Jun itu. Ini juga merupakan ujian buat Pakatan Rakyat sama ada benar ia merupakan organisasi yang sanggup mengambil kata putus dan bersatu bersama rakyat atau sekadar menggunakan nama rakyat bagi mendapat tempat.
Kamu ada banyak masa untuk berkhidmat dan bercakap untuk rakyat, menggubal polisi dan dasar selepas itu tetapi cuma tarikh 24 Jun itu bersatulah wahai semua pejuang yang dipilih rakyat tunjukkan pada dunia kita masih ada maruah. Kita tidak melawan sistem negara raja dan parlimen berperlembagaan ini tetapi atas maruah tanahair dan rakyat kita harus bersatu menyelamatkan masa depan. Kita tidak punya banyak pilihan.
Yakinlah tarikh 24 Jun itu akan menjadi titik penting sejarah dan anda semualah 89 wira yang akan dikenang. Ia peluang terakhir untuk melihat negara mampu punya sebuah kerajaan yang takut dengan rakyat, ia peluang terakhir melihat rakyat benar - benar merdeka.
Rakyat yang bersatu tak mungkin akan dikalahkan !
Inikalilah !!!
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
Henti sembang sama sendiri, jom sertai sukarelawan #suararakyat505
Henti sembang sama sendiri, jom sertai sukarelawan #suararakyat505 (rakyat warriors) .... masing masing ada sumbangan mereka.
klik https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dFpPYnRLWktQTmNQM1o5LXJ6OFNfMWc6MQ#gid=0
klik sini pula untuk menjadi anggota SAMM : http://anakmudamalaysia.com/borang-keanggotaan/
Jangan ketinggalan ! Sasarannya ialah 500,000 warga Malaysia.

negeri yang Ketua Menteri paling kaya hanya ada pengangkutan 'membunuh rakyat'
petikan dari laman internet !
TV3 Kantoi lagi.. kali ini insiden bot karam pula..
Bila kebanyakkan media menyiarkan laporan mengenai insiden bot karam ini.. mula-mula aku tak peduli sangat, sebab aku hanya melihat gambar diatas yang disiarkan oleh kebanyakkan media tu..
Aku tak berminat untuk membaca berita yang disiarkan itu, kerana dari gambar aku menyangka tak ada di Malaysia yang dah merdeka lebih 55 tahun ni orang naik bot sampai kena duduk atas bumbung..
Bila TV3 siarkan laporan mengenainya baru aku berminat nak ambil tahu.. rupa-rupanya insiden ini telah berlaku di Sarawak yang dikatakan sebagai kubu kuat Barisan Nasional bukannya Bangladesh seperti mana yang aku sangka..
Maka timbullah persoalan.. kenapa negeri yang kaya dengan hasil sumber semula jadi ini dan Ketua Menterinya dibayar paling mahal gajinya (lihat di SINI), sungai masih dijadikan sebagai jalan utama?
Sepatutnya sebagai kubu kuat.. kemudahan yang ada sudah pasti memuaskan hati rakyat untuk membolehkan mereka kekal menyokong Barisan Nasional..
Kemana menghilang kekayaan negeri?
Apa yang TV3 laporkan.. seolah-olah negeri yang menjadi Kubu Kuat atau Fixed Deposit Barisan Nasional itu mempunyai kemudahan jalan darat yang baik.
Dan tambang yang dikenakan adalah murah hingga menyebabkan penduduk sanggup merisikokan nyawa mereka untuk menggunakan perkhidmatan feri itu.
Semata-mata untuk mengambarkan kepada keseluruhan rakyat Malaysia kononnya Sarawak telah ditadbir dengan baik oleh Barisan Nasional ini..
Tetapi laporan oleh TV3 itu tenyata bohong sama sekali bila ada individu dari Sarawak mempertikaikan laporan itu dan memohon TV3 meminta maaf atas laporan yang bersifat bohong itu..
Sumber SINI |
Dan pembohongan oleh TV3 itu telah disahkan secara tidak langsung oleh Utusan yang juga merupakan lidah rasmi UMNO dengan menyiarkan laporan di bawah ini..
"Jalan darat yang ada terlalu teruk keadaannya dan kami tiada pilihan selain menaiki bot ekspres."
Demikian jawapan penduduk di daerah ini semasa ditanya mengapa perkhidmatan bot ekspres menjadi pilihan utama mereka untuk keluar ke bandar terdekat walaupun tambangnya agak tinggi.
Rata-rata penduduk yang ditemui Utusan Malaysia berkata, tambang perkhidmatan pengangkutan air itu tidak semurah yang disangka, sebaliknya agak membebankan terutama kepada mereka yang mempunyai keluarga besar.
Seorang surirumah yang hanya ingin dikenali sebagai Sonia, 31, memberitahu, tambang bot ekspres dari Belaga ke Kapit dan Sibu masing-masing mencecah RM35 dan RM55 bagi setiap penumpang dan adakalanya lebih mahal pada musim perayaan.
Beliau berkata, dia dan suami perlu mengeluarkan belanja besar untuk menampung kos mereka dan tiga anak setiap kali mahu pulang ke kampung halamannya yang terletak di Kapit.
"Tiada jalan darat ke Kapit dan jalan sedia ada cuma menghubungkan Belaga dengan Bintulu dan itu pun sekadar jalan balak yang kerap terputus hubungan akibat tanah runtuh terutama jika hujan.
"Sebuah lagi jalan darat berturap yang turut menghubungkan Belaga dengan Bintulu sudah siap dibina pihak tentera namun tiada jambatan. Jadi kami menggunakan bot ekspres walaupun mahal dan mengambil masa sehingga empat atau lima jam," katanya.
Kakitangan awam, Katijah Abdullah, 33, pula berkata, perkhidmatan bot ekspres yang melalui daerah tersebut hanya dua kali sehari, iaitu laluan Bakun-Belaga-Kapit-Sibu pada sebelah pagi serta laluan Sibu-Kapit-Belaga-Bakun pada sebelah petang.
Jika terlepas perkhidmatan tersebut, katanya, mereka terpaksa menunggu keesokan hari atau memilih pengangkutan darat menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipanggil 'prebet' dengan bayaran RM50 setiap penumpang.
Sampai bila TV3 nak perbodohkan rakyat Malaysia ni agaknya??
Bagaimanapun tentang insiden yang berlaku di Sarawak itu.. sebagai rakyat Malaysia selain bersimpati dengan mangsa dan keluarga mangsa, kita juga perlu hormati pilihan mereka..
Mereka telah memilih untuk terus hidup mundur begitu di bawah pentadbiran yang korup.. itu hak mereka.. jadi raikanlah!!
Turki satu protes rakyat yang menarik untuk dikaji
Pertama sekali che'GuBard ingin menyatakan pendirian, SAMM akan bersolidariti dan sedia bersekutu dengan semua kebangkitan rakyat di seluruh dunia lebih - lebih lagi secara aman dan tanpa senjata. Maka apabila ditanya berkenaan dengan kebangkitan rakyat Turki maka SAMM sudah pasti menyatakan solidariti dan mengecam sebarang tindakan ganas terhadap rakyat yang tidak bersenjata.
Puncanya mungkin kecil tetapi akhirnya seperti 'kesan bola salji' ia menjadi besar dengan mengumpul perbagai masalah dari perbagai kelompok yang mengakibatkan perlawanan sekali gus. Ia merupakan satu kajian kes yang amat menarik untuk dikaji.
che'GuBard perturunkan satu tulisan yang dipetik dari seorang kenalan internet untuk sama dikongsi. Tulisan ini ada banyak benda boleh diperdebatkan tetapi cukup baik sebagai satu pemulaan bagi membuka pencarian terhadap apa sebenarnya yang berlaku di Turki tanpa melupakan bumi yang dipijak Malaysia.
.............................................................................

Turki.. Ini Sebenarnya Yang Berlaku.. bacalah..
Laporan kebanyakkan media barat mengenai demonstrasi besar yang berlaku di Turki, menggambarkan seolah-olah Kerajaan Erdogan dari AKP yang ada sekarang telah gagal mentadbir Turki hingga mengakibatkan rakyatnya bangkit menentang kerajaan..
Sehingga kini, sejumlah 115 anggota keselamatan dan 58 orang awam dilaporkan cedera, menurut laporan dari media barat.
Insiden tersebut telah bermula pada 30 Mei, bilamana polis Turki cuba menyuraikan perhimpunan aman di Istanbul bagi membantah kemusnahan taman terkenal Gezi Park.
Dan tindakan pihak berkuasa yang telah menembak gas pemedih mata dan menggunakan water canon itu telah mencetuskan keganasan..
Berikut adalah kisah sebenar disebalik insiden itu..
Aku mulakan perkongsian ini dengan lafaz Bismillah.
1- Sebaik sahaja isu ini hangat diperkatakan di media, facebook, twitter, laman web, portal berita, orang pertama yang ingin aku bertanya apa sebenarnya yang berlaku di Turki adalah Ustaz Hasrizal Jamil. Namun tidak mendapat sebarang respon. Rupa-rupanya Ustaz kini berada di Mekah, sedang mengerjakan Ibadah Umrah. Semoga Allah permudahkan urusan ustaz. Amin.
2- Siapa rujukan aku seterusnya? Sudah tentunya rakan2 aku yang berada di Turki. Mereka ialah Jejak Uthmaniyyah, Zed Almansyud, Halim Bohari & Nadia Baharuddin. Rujukan seterusnya rakan den yang sering mengeluarkan artikel panas dan kontroversi, Ali Abu.
3- Apa sebab protes ini berlaku? Rakyat Turki terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi? Harga barang naikkah? Sistem pilihanraya yang tidak bebas? Media yang tidak adil? Tak cukup makankah? Atau rakyat Turki ditindas oleh PM Erdogan? Jika itulah sebabnya, maka kita silap. Setelah Parti AKP menguasi Turki 11 tahun yang lepas, pelbagai siri kejayaan yang dibawa oleh Perdana Menterinya, Erdogan.
Sebelum AKP menguasi Turki, KDNK pendapatan perkapita hanya $ 3,500 pada tahun 2002 (sebelum AKP menguasqi), ia mencecah $10,000 pada tahun ini. Eksport pula meningkat $114 bilion daripada $36 bilion pada tahun 2002 dan dijangka melebihi $ 500 bilion dalam 2023. 206 empangan baru telah dibina, setiap bandar mempunyai universiti dan jumlah pelancong melawat Turki meningkat dari tahun ke tahun. Di bawah pemerintahan AKP, ekonomi negara telah berkembang dengan sangat pesat. Hutang dengan IMF telah habis dibayar. Kekayaan negara diagihkan dengan saksama kepada rakyat.
Nah, sekarang apa punca sebenar protes?
4- Menurut rakan fb den, Ali Abu : "Protes yg bermula di Gezi Park adolah protes pencinta alam sekitar. Ia bermulo pd 28 Mei 2013. Diorg x nak Gezi Park bertukar menjadi Shopping Mall. Kemudian diorg occupy Gezi Park. Semaso diorg occupy kek tmpt tu, FRU Turki menghalau mrk kluar drpd Gezi Park. Bilo diorg main polis sentri wan tu jaga, geng2 occupy mendapat simpati drpd grup2 lain. Golongan kiri & hardliner sekular masuk campur. Dan mrk membawa isu masing2 yg diorg tak puas hati dgn polisi kjaan. Drpd isu alam sekitar, ia merebak kpd isu campur tgn Turki ke atas Syria, isu alkohol, isu minoriti Kurdis yg tertindas, isu bercium di tmpt awam & lain- lain lagi. Daripado demo protes serta occupy yg mahu mengekalkan keaslian Gezi Park oleh geng2 pencinta alam sekitar ia telah dihijack oleh leader2 yg ado hidden agenda."
5- Apa yang hebatnya Gezi Park (Dataran Taksim) ini? Mari kita mengimbau sejarahnya. Menurut rakan facebook, Zed Almansyud : "Frankly speaking,antara tempat yang menjadi tarikan bagi pelancong Eropah yang ke Turki dan merupakan 'the heart of istanbul'..Terletak di bahagian Eropah Istanbul dan terkenal dengan pusat membeli-belah,Hotel mewah,pub dan disco..Ia juga tekenal dengan panggilan 'The new Paris'.. Pada era pemerintahan Turki Uthmaniyyah,kom uniti 'Levantines' (Latin Christians) menjadikan tempat ini sebagai pusat intelektual dan perdagangan..Mereka terus tinggal di kawasan Taksim,sehingga ke hari ini..Namun setelah kejatuhan kerajaan turki uthmaniyyah ,barisan pemuda Turki(young Turks) menjadikan tempat ini sebagai tempat meraikan kejayaan pembentukkan negara Republik Turki hasil contoh pembentukkan negara Republik Perancis..Hari ini,ia menjadi pusat budaya Ataturk(Atatürk Kültür Merkez)..so no wonder la,tempat ni melata dengan maksiat.."
6- Harus diingat, setelah kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah, Mustafa Kamal Ataturk telah mengubah wajah Turki 100%, menjadi negara sekular. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menukar Masjid Aya Sofia menjadi muzium, membunuh alim ulamak, memberi arahan agar azan ditukar ke bahasa Turki, memusuhi agama Islam. Dunia Islam semua maklum akan perkara ini. Walau sudah lama si lahanat ini mati, masih ada rakyat Turki yang menyanjung beliau. Semasa aku melawat Turki bulan Februari tahun ini, ternyata gambar Ataturk berada di sana sini. Di billboard, di sekolah, di pejabat, di jabatan, pejabat kerajaan bahkan di mana-mana sahaja.
7- Setelah AKP memerintah Turki pada tahun 2002, mereka menyambung dasar sekular Ataturk. Mereka tidak mahu ia diubah secara drastik. Ia sudah sebati dengan rakyat Turki. Mereka fokus yang utama dahulu. Tidak boleh buat semua, jangan tinggal yang lain. Majukan ekonomi, tingkatkan pendapatan rakyat Turki, majukan pengangkutan awam di sana dan pelbagai lagi usaha dilakukan oleh AKP untuk membantu rakyat. Setelah mendapat mandat demi mandat dalam pilihanraya, proses Islamisasi dilakukan sedikit demi sedikit atas nama Human Right dan Demokrasi. Telah lama Turki cuba diwajahkan dengan Tamadun Yunani dan Tamadun Rom. Ataturk tidak mahu rakyat Turki tahu Islam pernah berkembang di sini, mendominasi 2/3 dunia, memiliki seorang pemimpin yang hebat, Sultan Muhammad Al-Fateh. Dendam kesumat beliau kepada kesultanan Uthmaniyyah sangat dahsyat, ia terus diimani oleh pengikutnya sehingga kini. Maka, Erdogan mengubah perkara ini. Beliau mahu rakyat Turki tahu Bangsa Turki pernah menjadi hebat kerana Islam. Maka, dibangunkan Muzium Panorama 1453. Beliau mahu rakyat mencontohi Sultan Muhammad Al-Fateh setelah lama baginda dipinggirkan oleh bangsa Turki sendiri.
8- Semua yang dilakukan oleh Erdogan melalui Parti AKP ini adalah mahu mengetengahkan Idea Noe-Ottoman atau Islamisasi Negara Turki. Menurut Cikpuan Nadia Baharudin : " Erdogan nak islamicized turki tp parti haluan kiri x suka. Puncanya spt no. 1. Pengharaman arak dan usaha menghapuskan sekularism. Media barat pula amek kesempatan dgn manipulate kisah sebenar. Erdogan bkn bina mall, tp lbh kpd pusat Ottoman yg telah dihapuskan oleh Ataturk. Traffic terlalu berat di Taksim. So Erdogan nak buat 2 layer of Taksim square. Laluan atas utk pedestrian dan underground utk kereta. Istanbul dah terlalu padat dengan penduduk. Ini cara mengurangkan kesesakan dan dlm ms sama, pusat Ottoman ini akan menjadi tarikan pelancong utama selepas Sultan Ahmet Square. Erdogan jugak dah janji utk tanam balik pokok yg ditebang.
So, apa kes nak mengamuk? Dlm ms sama, the so called pencinta alam ni rosakkan harta benda. Scr logiknya, pencinta alam mana yg merosakkan alam? Epic failed! Media barat pun manipulate sbb diorg x suka tgk turki menjadi negara ke 7 dgn ekonomi terbesar. So.. jgn percaya media. Tanya pada org turki sendiri atau org kedutaan. Kami lebih tahu situasi sebenar. Fyi... turki selamat utk pelancongan. Gambar kat fb tu gambar marathon yg diedit. Bkn keadaan sbnr. Hr ni dah aman..polis dah berjaya control. You all kena tau kat turki bkn ada org turki je. Especially kat central anatolia dan marmara region. Org Armenia yg memusuhi Turks sejak zaman dlu adalah majoriti yg memprotes. But still, only minoriti of totalpopulation. Tanya la org turks kat malaysia, semua agree dgn tindakan Erdogan."
9- Aku harap korang semua jelas punca kepada protes ini. Ia dijadikan platform oleh parti pembangkang Turki CHP (Cumhuriyet Halk Partisi) untuk melawan Parti AKP (Pemerintah). Mereka dalang utama protes. Menggunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka. Seperti komen Jejak Uthmaniyyah : "Golongan Sekular dan CHP yg kian lama mengecil dan tertekan cuba melawan dan mengadakan suasana ketidakamanan di dalam Turki pada saat ini." Ulasan Zed Almansyud pula : "dalam kejadiaan ini,penyokong CHP antara yg banyak terlibat..Puak shiah/alawi di turki memberi sokongan kuat pada CHP dalam menentang Kerajaan."
10- Namun yang terpapar di media adalah keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dan FRU Turki. Baik, mari baca ulasan Ali Abu : "Den tak tahu sapo yg start melakukan provokasi, tapi grup yg berdemo kek Turki mmg manusio yg suko melakukan kemusnahan harto bondo awam. Diorg suko membakar dan momocahkan bangunan org lain. FRU Turki mmg bg Tear gas & memukul pendemostrans tetapi ia dilakukan time mrk bertindak liar & ganas utk mempertahankan diri sendiri serta org awam yg tidak terlibat. Apopun Erdogan ado mengeluarkan statement bhw siasatan akan dijalankan utk menyiasat FRU yg bertindak ganas kpd para pendemostrans."
11- Menurut Akhbar No1 Turki, ZAMAN : "Video mengenai keganasan pihak polis memukul sebahagian penunjuk perasaan dan mencederakan mereka menggunakan gas pemedih mata dan meriam air mendapat kritikkan keras dari kerajaan asing dan kumpulan hak asasi seperti 'Amnesty International'.Ahli Parliment EU Hannes Swoboda pada hari sabtu menggesa Erdogan untuk "menyumbang kepada keamanan sosial dan tidak pada konflik dengan projek-projek yang bermotifkan polis dan keganasan polis",Timbalan Perdana Menteri Bülent Arınç bersetuju dengan kenyataan belia. Beliau memberitahu pihak media, "Saya melihat manfaat dalam memberitahu orang ramai mengenai projek ... bukannya menyembur gas lada pada mereka. "Penggunaan gas di kawasan Besiktas,Istanbul dan di kawasan-kawasan lain seperti di Ankara dan İzmir membuat penasihat Erdogan,İbrahim Kalin mengeluarkan kenyataan pada Al-Jazeera yang disiarkan pada lewat petang Sabtu. Kalin menyatakan bahawa polis telah diarahkan untuk tidak menggunakan gas pemedih mata"
12- "Kalau ada pihak yg mengatakan AKP tidak memberi Kebebasan mengenai demo di Taksim,saya akan menolak kenyataan tersebut kerana sejak peristiwa "the bloody May 1, 1977" Kerajaan Turkey telah ban sebarang demostrasi jalanan di Taksim sehingga dibenarkan kembali oleh AKP pada tahun 2010..Terima kasih dengan keputusan memperluaskan kebebasan di negara ini.." - Zed Almansyud Aku harap perkongsian ini bermanfaat. Jangan samakan protes ini dengan Arab Spring, ia sama sekali tidak sama dengan kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia, Libya dan Syria. Terima kasih kepada rakan2 yang telah memberikan maklumat kepada aku. Runsing juga 2 3 hari memikirkan isu di Turki ini. Semoga kekusutan dan persoalan yang timbul telah dijawab.
Wallahuallam.
~ Ini kalilah