Friday, March 30, 2012

Jawapan Menteri dalam isu hospital mengundang banyak lagi persoalan.

Dalam persidangan Dewan Rakyat minggu ini telah dibangkitkan pertanyaan mengenai status pembinaan Hospital Rembau. Menteri Kesihatan berkata bahawa proses tender telah siap pada 27 Mac dan kos projek ialah RM 122.6 juta dibina atas tanah seluas 45 ekar. Semakin banyak fakta yang mengelirukan mengenai projek ini.
Pertama : Jika rujuk laman web JKR , tender yang telah siap pada 27 Mac hanyalah Fasa 1, iaitu Kerja-kerja Tanah.
Kedua : Jika kos projek ialah RM 122.6 juta telah diumumkan awal, tidakkah ini menjejaskan proses tender Fasa 2 iaitu pembinaanBangunan Hospital?
Ketiga : Menteri Kesihatan mengatakan projek dibina atas tanah seluas 45 ekar (RM 43.1 juta), sedangkan Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan tanah dibina atas tanah seluar 20 ekar (RM 19.1 juta) pada harga yang dipohon oleh PKNS sebanyak RM 22 sekaki persegi atau RM 958,320.00 seekar.
Keempat : Jika tanah yang terlibat ialah 45 ekar (RM 43.1 juta), bermakna 35 peratus kos projek, ialah kos tanah. Jika tanah yang terlibat ialah 20 ekar (RM19.1 juta) bermakna 15.5 peratus kos projek ialah kos tanah.
Kelima : Menteri Besar Negeri Sembilan pada laporan 25 Jan 2012 menyatakan antara faktor kelewatan projek ini ialah kontraktor swasta yang mahu mengambil keuntungan pembinaan sehingga RM80 juta. Kemudian laporan 15 Mac 2012 MB berkata antara faktor kelewatan projek ialah PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki. Yang mana satu faktor kelewatan projek yang sebenarnya.
Keenam : Pada tahun 2008 projek ini dianggarkan kosnya ialah RM 100 juta. Kontraktor mana yang hendak untung sampai RM 80 juta tersebut? Adakah ianya melalui proses tender terbuka?
***********
March 29, 2012
KUALA LUMPUR: The government will kick-start the Rembau District Hospital project in May to fulfil a promise made during the 2008 general election campaign.
Health Minister Liow Tiong Lai, who made the announcement in Parliament today, said the project would cost RM122.6 million.
Liow said the hospital would be built on a 45-acre site and would have the capacity for 76 beds and a surgery room. About a dozen doctors would be stationed there permanently, he added.
“We completed the tender process on March 27 and construction works will start by the end of May,” he said. “We expect the project to be completed in three years’ time.”
Pembinaan Hospital Rembau bermula April ini – Menteri Besar
SENAWANG, 25 Jan 2012 – Hospital Rembau yang di pohon oleh penduduk Rembau telah diluluskan pembinaanya melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RM ke-9). Namun ketika itu, pembinaan hospital ini di berikan kepada kontraktor swasta yang mahu mengambil keuntungan pembinaan sehingga RM80 juta.
Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.
Menurut Menteri Besar lagi, “tender pembinaan hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang.”
Tajuk Projek Cadangan Hospital Rembau (76 Katil) N.Sembilan.(Fasa 1 - Kerja-kerja Tanah)
Tarikh Iklan 27/02/2012
Tarikh ditutup 27/03/2012
Berita Harian 15 Mac 2012
Projek itu pada mulanya dirancang dilaksanakan pihak swasta, namun Kementerian Kesihatan mahu ia diletakkan di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perubahan itu menyebabkan rombakan semula memakan masa.
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaiamanapun, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS adalah RM18 sekaki.
Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki.
Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau
REMBAU 7 Mac 2008 - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.

SAMM akan jelajah Malaysia susun komrad muda sebelum pilihanraya



Kenyataan Terbuka
30 Mac 2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) seperti yang anda kenali adalah sebuah gerakan radikal anak muda yang mendapat sambutan besar dari golongan muda dan juga yang berjiwa muda. Sedia maklum, SAMM bukanlah front kepada mana-mana parti politik tetapi menjadi front kepada rakyat terbanyak. Itulah resam anak muda, pertahan rakyat dan lindungi tanahair dari dijahanamkan oleh regim tidak bertanggungjawab.

Sejak sekian lama tanahair kita telah dikhianati dan perubahan total diperlukan untuk mengubah sistem korup. Perubahan hanya boleh dilakukan selepas regim pewaris penjajah ini dijatuhkan. Jesteru itu sedaya upaya usaha menjatuhkan regim menjadi tumpuan utama SAMM buat masa ini.

Ketika ini, ribuan anak muda kini sudah berjuang dalam kerangka SAMM samada secara terang di medan lapangan mahupun bersolidar melalui rangkaian media sosial. Dari jumlah ribuan itu, ratusan operator terlatih SAMM sedang bergerak hebat di seluruh negara dalam pelbagai aksi yang disusun rapi. Antara program yang dilaksanakan oleh komrad operator SAMM termasuklah menganjurkan program rakyat seperti bantuan kepada rakyat susah, program ceramah penerangan, pengedaran maklumat secara konprehensif dan juga program-program anak muda seperti konsert dan aktiviti konvoi rakyat.

Dalam aspek menumbangkan sebuah regim, SAMM terlibat dalam mengedarkan 100ribu DVD kesedaran beserta dengan risalah kesedaran seperti Risalah Cincin Puaka. Pelbagai risalah di peringkat negeri dan nasional telah diterbitkan SAMM demi menumbangkan regim. SAMM juga telah menerbitkan beberapa judul buku yang mendedahkan konspirasi melibatkan kepimpinan tertinggi negara. SAMM juga telah acap kali menggegar parlimen dengan pendedahan yang mencelikkan minda rakyat.

SAMM juga terlibat secara langsung mengaktifkan semula slogan Asalkan Bukan Umno yang menjadi senjata penting menghadapi PRU-13. Roadshow ABU fasa pertama telah berjaya dilancarkan di 18 venue seluruh negara walaupun beberapa venue diganggu oleh regim yang terdesak.

Pada 17 - 18 Mac yang lepas telah diadakan Rapat Kebangsaan kali ke 3 SAMM yang mengumpulkan penggerak SAMM dari seluruh negara. Beberapa keputusan telah dicapai. SAMM telah bersepakat mengenai peranan yang harus dilakukan sebelum, ketika dan selepas pilihanraya. SAMM juga bersedia untuk mobilisasi besar rakyat khususnya dalam menangani pencabulan demokrasi dan penipuan pilihanraya. Untuk mempeturunkan 'pedoman' dari rapat tersevut maka satu siri jelajah akan diadakan ke seluruh negara. Siri jelajah akan diadakan dalam bentuk aktiviti pertemuan dalaman dan ceramah umum.

Pertemuan-pertemuan (seperti dalam jadual di bawah) ini sangat penting dan wajib dihadiri oleh semua komrad berdaftar. Perbincangan serius peranan SAMM Pra-PRU13 dan juga Pasca-PRU13, iaitu detik paling kritikal yang menyaksikan bagaimana kerajaan berusia 55 tahun tumbang. Pertemuan dalam Jelajah Anak Muda SAMM Juga akan turut membincangkan aksi dan strategi SAMM dalam demo terbesar tanahair iaitu BERSIH 3.0.

Berikut adalah jadual Jelajah Anak Muda SAMM, dan komrad sekalian diwajibkan untuk luang masa dalam pertemuan tertutup seperti yang diatur;

10 April (5.30 ptg) JOHOR
12 April (5.30 ptg) KEDAH & PERLIS
13 April (5.30 ptg) P.PINANG
15 April : (5.30 ptg) WPKL & SELANGOR
16 April : (6.00 ptg) MELAKA
19 April : (6.00 ptg) PERAK
21 April (9.30 pg) N.SEMBILAN
3 Mei (6.00 ptg) TERENGGANU & PAHANG
5 Mei (3.00 ptg) KELANTAN

Maklumat mengenai lokasi pertemuan akan dimaklum melalui hebahan email dan sms. Kepada yang belum berdaftar keanggotaan sila daftar segera, inilah wadah untuk berjuang tanpa kongkongan dan limitasi kepartian. Kita anak muda, buat cara anak muda! Sekarang tiba masanya untuk SAMM jelajah pusing ke seluruh negara untuk pertemuan secara tertutup dengan komrad-komrad baru yang telah mendaftar keanggotaan di alamat portal http://www.anakmudamalaysia.com/borang-keanggotaan/ .

Penyelaras-penyelaras negeri akan berhubung dengan semua komrad untuk menjayakan Jelajah Anak Muda SAMM kali ini. InsyaAllah kita akan menjurus ke fasa seterusnya iaitu fasa latihan komprehensif menjadi pejuang rakyat yang berkualiti.

Pada tarikh tersebut juga akan diadakan ceramah umum bagi menerangkan kepada rakyat untuk bersedia menyertai mobilisasi terbesar rakyat berdepan dengan pencabulan demokrasi.

"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"

EDYES
Pengarah Propaganda SAMM

Thursday, March 29, 2012

Program Jelajah "Jom Ubah-Demi Rakyat NS 2012"



Kenyataan Akhbar
29 Mac 2012

MENGUMUMKAN PROGRAM JELAJAH DEMI RAKYAT NS 2012 - TINGKAT KESEDARAN DAN KENYAKINAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN

Pilihanraya Umum sudah terlalu hamper. Dalam pada masa yang sama manipulasi media terus berlaku dalam keadaan melampau. Masalah rakyat seperti kenaikan kos kehidupan kerana kenaikan harga barang, kos perubatan, kos pendidikan dan seumpamanya cuba dialihkan dengan isu rekaan seperti perkauman dan seumpamanya. Negeri Sembilan kini semakin hilang daya saing. Senarai projek terbengkalai, projek tertangguh, salah guna kuasa memparahkan lagi keadaan. Negeri yang berpotensi untuk ‘menjadi hebat’ ini hilang serinya kerana pentadbiran kerajaan yang lemah dan tidak cekap. Begitu juga kerajaan di peringkat pusat.

Pilihanraya 2012 dilihat ramai sebagai peluang terbaik untuk rakyat melakukan perubahan bagi menyelamatkan negara dan negeri ini. Cuma kadangkala permainan media melampau sedikit mengelirukan rakyat.

Maka dengan ini dimaklumkan akan diadakan Program Jelajah Demi Rakyat N.Sembilan 2012 ke arah mempertingkatkan kesedaran rakyat N.Sembilan.

Matlamat program ini :

  • Meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kegagalan Barisan Nasional mentadbir Kerajaan Negeri Sembilan termasuk kerajaan pusat dengan menerangkan kelemahan dan penyelewengan yang wujud.
  • Menyakinkan rakyat mengenai alternatif terbaik (Pakatan Rakyat) dengan menerangkan mengenai tawaran seperti Buku Jingga dan Manifesto Tunggak Nan 9. Juga dengan menerangkan ‘success story’ kerajaan di bawah Pakatan Rakyat sedia ada.
  • Mendaftarkan dan mengumpulkan seramai mungkin sukarelawan.
  • Mengenengahkan set pemimpin yang berwibawa kepada masyarakat.
  • Mendekati masyarakat secara terus dan cara yang menarik.

Program ini mengandungi ‘Jelajah Ceramah’, pengedaran risalah, siri pendedahan, program kebajikan dan seumpamanya. Tidak ketinggalan program dalaman seperti latihan jentera parti.


Jadual program umum adalah seperti berikut :


  • 1 April 2012 ; Pelancaran Jelalah Jom Ubah Demi Rakyat ; depan Pejabat PKR Cabang Kuala Pilah
  • 4 April 2012 ; Jelajah Dun Linggi ; Kg. Pasir Panjang, Port Dickson
  • 7 April 2012 ; Jelajah Dun Pertang ; Kg Petasih, Jelebu
  • 11 April 2012 ; Jelajah Dun Sikamat ; Pastim Taman Desa Rhu
  • 14 April 2012 ; Jelajah Dun Johol ; Kg. Inas, Johol
  • 18 April 2012 ; Jelajah Dun PD Bandar ; PD Walk (sebelah The Store, PD)
  • 21 April 2012 ; Jelajah Dun Gemencheh ; Markas Pas Bukit Jalor
  • 22 April 2012 ; Jelajah Dun Labu ; Pekan Bt.8, Labu
  • 25 April 2012 ; Jelajah Dun Rantau ; Pusat Khidmat PKR DUN Rantau (depan Petronas pekan Rantau)
  • 29 April 2012 ; Kemuncak Jelalah Jom Ubah Demi Rakyat ; Seremban

Selain program ceramah di kawasan yang di namakan akan diadakan juga pengedaran risalah, ziarah kebajikan dan perbagai aktiviti pada hari yang sama dengan tarikh tersebut yang akan diumumkan dari masa ke semasa.


Jelajah kali ini mempunyai tema khusus iaitu Jelajah Demi Rakyat NS 2012. Akan juga memperkenalkan buat kali pertama maskot istimewa yang akan hadir disetiap kempen yang akan diadakan. Mengenengahkan Motto “sepakat – beradat – selamat” memberi kempen ini kea rah rakyat sepakat (menyatukan) membentuk kerajaan beradat (mengangkat undang – undang adil) maka melahirkan sebuah negeri yang selamat (sejahtera) untuk rakyat. Pendekatan kempen mempunyai tema dan mascot yang istimewa ini akan berbentuk mesra rakyat dan julung kali diadakan dengan menampilkan tokoh nasional dan tempatan.


Kesemua siri program jelajah ini akan mengajak rakyat untuk bersama dalam program kemuncak. Kemuncak program jelajah ini ialah pada 29 April 2012 di Seremban dan dijangka akan dihadiri oleh puluhan ribu rakyat negeri ini bagi menunjukkan ikrar dan kesediaan bagi mengubah kerajaan ke arah menjadikan negeri ini benar – benar berdaya saing ke arah kesejahteraan hidup rakyat. Himpunan Kemuncak ini akan menjadi himpunan rakyat terbesar Negeri Sembilan dan akan diadakan dalam suasana meriah dengan semangat penyatuan semua rakyat kea rah membentuk kerajaan baru dengan harapan baru. Seketeriat hari ini akan ke Majlis Perbandaran Seremban bagi menghantar permohonan untuk menyewa Padang MPS di tengah Bandar Seremban bagi mengadakan acara kemuncak nanti.

Kerajaan Umno / Bn Negeri Sembilan sering mendabik dada sombong yang mereka kuat dan Pakatan rakyat lemah maka mereka dicabar untuk meluluskan permohonan padang MPS bagi kami mengadakan program secara meriah dan aman.


BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN a.k.a che’GuBard
bagi pihak
Seketeriat Jelajah Demi Rakyat NS 2012


http://cheGuBard.blogspot.com
email : chegubard@gmail.com

Wednesday, March 28, 2012

Umno NS harus tanggungjawab dalam insiden serangan ke atas Ketua menteri PP

antara yang memakai baju dan topi Pemuda Umno NS bergambar ketika berkumpul sebelum melakukan jenayah serangan terhadap ketua Menteri PP
Jelas terakam penjenayah yang menyerang dengan 'senjata' wartawan dalam kejadian tersebut
bersiap sedia untuk menyerang

Kenderaan dari NS
Antara pemimpin yang hadir ketika Umno berkumpul sebelum serangan

wajah penjenayah jelas terakam tetapi apa tindakan polis dan umno ?
Serangan fizikal sehingga serbu ke kereta ketika Ketua Menteri baru sampai
Penyerang majoriti terdiri dari pemuda berkemeja dan bertopi tertulis
Pemuda Umno Seremban
Wartawan diserang beramai - ramai dan dipukul dihadapan awam tetapi polis hanya berdiam
Antara remaja (disyaki) bawah umur turut terlibat
Kenyataan Media
28 Mac 2012

Umno NS BERTANGGUNG JAWAB KE ATAS INSIDEN SERANGAN KETUA MENTERI P.PINANG.

Parti Keadilan Rakyat Rembau menggesa Umno (Seremban) Negeri Sembilan mengambil tanggungjawab penuh dengan memohon maaf dan mengambil tindakan dengan terhadap ahli dan pemimpin mereka yang terlibat dalam serangan bersifat perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang. Dalam kejadian tersebut beberapa orang telah cedera termasuk seorang wartawan yang dipukul beramai ramai oleh penyerang.

Bersama kenyataan media ini di sertakan sebahagian bukti bergambar yang mengaitkan ahli dan pemimpin Umno (Seremban) N.Sembilan terlibat dalam kejadian tersebut. Dalam gambar tersebut jelas kelihatan penyerang mengenakan kemeja dan topi tertulis Pemuda Umno Seremban.

Pada hari yang sama (berdasarkan maklumat yang ada) sememangnya pemuda Umno dari Negeri Sembilan berada dan berkumpul dalam program yang turut melibatkan pemimpin Umno Pulau Pinang. Selepas program tersebutlah mereka ramai - ramai berkonvoi dan melakukan jenayah serangan 'gaduh gempar di tempat awam'. Ini jenayah serius kerana serangan jenayah ini dilakukan kepada Ketua Menteri P.Pinang dalam majlis rasmi.

Terdapat banyak rakaman boleh disaksikan dalam internet termasuk seperti You Tiub yang jelas penyerang dari Umno ini menjerit perkataan lucah dan menghina bersifat perkauman.

Telah dibuat beberapa laporan polis namun amat mengecewakan tidak ada tindakan serius diambil selepas itu. PKR Rembau juga akan membuat satu lagi laporan dengan menyerahkan bukti bergambar kepada pihak polis.

PKR Rembau mencabar Umno (Seremban) Negeri Sembilan untuk mengambil tanggungjawab penuh memohon maaf secara terbuka seterusnya menamakan semua ahli dan pemimpin mereka yang terlibat termasuk yang dibawah umur. Umno juga harus mengambil tindakn disiplin terhadap mereka jika Umno tidak merestui tindakan tersebut jika tidak jelas Umno sendiri terlibat dan merestui jenayah ini.

Rakyat diseru menilai insiden ini sewajarnya dan menjadikan ini satu lagi alasan kukuh untuk menolak Umno khususnya di N.Sembilan. Jelas Umno menjadi pelindung kepada gangsterisme dan mendidik anak anak muda termasuk bawah umur untuk menjadi penjenayah keganasan.

Sekian.

che'Gubard
Parti Keadilan Rakyat Rembau

* kenyataan ini dibacakan dalam sidang media pada 28 Mac , 11.30 pagi di Rahang, Seremban. Sidang media dihadiri oleh che'GuBard (Ketua Cabang Rembau),Ust Norazman Ahmad (Ketua Penerangan PAS NS), Sani Md Shah (Ketua AMK Rembau), Sharul (AJK PKR Rembau), Zubir (Pengarah P.raya PKR Rembau)

Kenyataan Media : PKR Rembau 28 Mac ; Rembau bakal ditipu lagi ?

Kenyataan Media
28 Mac 2012

REMBAU BAKAL DITIPU LAGI ?

1. Berdasarkan beberapa perkembang ramai menyakini pilihanraya umum akan datang tidak lama lagi. Pasti Bn akan datang sekali lagi dengan janji – janji manis bagi menagih undi rakyat Rembau. Sehubungan dengan itu PKR Rembau ingin mengingatkan janji –janji (penipuan) kosong dalam PRU yang lepas.

2. Semua di ingatkan dengan laporan akhbar terbitan Utusan yang bertarikh 31 Januari 2008 yang menyatakan janji Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan dan Rembau. Dalam laporan media tersebut menyatakan janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika orang Rembau terus memilih Bn. Dia mengatakan akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan. Beliau juga dengan bangga mengumumkan akan membina Kampus UITM Rembau. Semua ini dengan jelas bagi menarik undi pengundi Rembau ketika PRU 2008 terlalu hampir.

3. Dalam Akhbar Utusan Malaysia 21 Febuari 2008 pula Menteri besar yang sama menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau. Bukan sahaja lapangan terbang tetapi turut akan dibina ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.

4. Janji untuk membina Hospital pula bukan sekadar kenyataan atau ucapan sebaliknya telah diadakan upacara meletakkan batu asas dalam tempoh kempen PRU 2008 bagi mengelirukan atau menipu rakyat pada 7 Mac 2008.

5. Isu hospital Rembau pula tiba tiba kawasan yang yang 'berhutan' tempat konon nak bina Hospital itu tiba - tiba berpagar dan naik papan tanda tertulis "Cadangan Tapak Projek Membina Hospital Rembau". Persoalanya siapa di Rembau yang tidak tahu di situ tapak projek yang dijanjikan ? Kenapa perlu dinaikkan pagar, dibersihkan kawasan hutan dan membina pagar serta papan tanda di kawasan tersebut ? Persoalanya ialah berapa perbelanjaan yang dibelanjakan hanya untuk memperdayakan rakyat Rembau sekali lagi dengan janji lama ini ? Siapa menanggung perbelanjaan tersebut ? Jika benar tender nak dikeluarkan seharusnya syarikat yang mendapat tender projek tersebutlah yang perlu membina pagar keselamatan termasuk membuat kerja pembersihan tersebut, mengapa wang rakyat terus terbazie sedemikian rupa.

6. Berapa banyak buget atau nilai wang yang terpaksa ditambah rakyat dengan kelewatan pembinaan hospital ini ? (itupun jika dibina) Jika Hospital ini dibina pada tahun 2008 kosnya hanya sekitar RM100juta sahaja memandangkan peningkatan kos bahan binaan kemungkinan kerana kelewatan ini kosnya akan meningkat sekitar 100%. Ini semua kerana kelemahan pentadbiran kerajaan.

7. Dari segi nilai tanah tapak projek hospital tersebut juga amat meragukan. harus diingatkan untuk projek landasan berkembar tanah orang kampung yang berdekatan dengan tapak hospital diambil dengan pampasan hanya sekitar RM1.20 - RM 2.80 sekaki manakala tanah tapak projek Hospital tersebut diambil dengan nilai RM22.00 sekaki. Kenapa wujud begitu jauh perbezaan ? Adakah berlaku penipuan dalam isu penilaian tanah orang kampung yang diambil dalam projek landasan berkembar atau berlaku kegiatan 'mark up' melampau dalam menentukan nilai harga tanah Hospital tersebut yang membawa kepada perbezaan sekitar RM900,000 seekar. Itu belum lagi dibesakan dengan nilai pengambil alihan tanah untuk projek bekalan air yang mengambil tanah orang kampung (secara paksarela) dalam kawasan Rembau (Batu Hampar dan sekitarnya) yang jauh lagi rendah.

8. Namun setiap kali program Bn di Rembau khususnya asyik menuduh konon orang di negeri bawah Pakatan rakyat terniaya dan ditipu dengan janji tak di tunai.... adakah Bn Rembau itu sendiri di mana Ketua Umno Rembau ialah Menteri Besar dan Ketua Pemudanya Ketua Pemuda Umno Malaysia sudah tertunai janji PRU mereka ?

9. Orang Rembau harus sedar dan pengundi di seluruh negara harus tahu apa yang jadi Rembau khususnya mengenai janji PRU yang tak tertunai di Rembau ini. Khabar yang terakhir ialah bagaimana projek UITM akan dibina tetapi bukan di Rembau sebaliknya di kawasan yang dimenangi PR di NS. Maknanya pengundi Umno akan terus dianak tiri kerana mereka menganggap pengundi Umno bodoh dan akan berjaya terus diperbodoh dengan janji yang akan diguna semula pada PRU akan datang. Projek ditumpukan dikawasan PR di N.S ialah untuk memujuk pengundi memilih Bn semula. Akhirnya pengundi perlu cerdik pilih Umno hanya dapat janji, undi PR akan dapat projek pembangunan dan seumpamanya.

10. PKR Rembau juga mengecam tindakan terbaru dimana pimpinan utama Umno Rembau sendiri memperbodohkan pengundi Rembau dengan mengatakan kononya lapangan terbang yang dijanjikan Cuma lapangan terbang mainan.

11. Itu belum menyebut janji – janji kecil seperti menyediakan tuisyen percuma kepada semua anak pengundi Rembau (Pusat tuisyen Emas).

Sekian

BADRUL HISHAM SHAHARIN (che’GuBard)
Ketua Cabang PKR Rembau

* kenyataan ini dibacakan dalam sidang media pada 28 Mac , 11.30 pagi di Rahang, Seremban. Sidang media dihadiri oleh che'GuBard (Ketua Cabang Rembau),Ust Norazman Ahmad (Ketua Penerangan PAS NS), Sani Md Shah (Ketua AMK Rembau), Sharul (AJK PKR Rembau), Zubir (Pengarah P.raya PKR Rembau) dengan menunjukkan semua keratan akhbar yang disebut dalam kenyataan media tersebut.

Skandal terbaru Najib terus telan wang rakyat

Penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.


Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan Wang Rakyat yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh Rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd.

Selain geran tersebut, dianggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.



Mana wang Rakyat RM976.7 juta ?
Dikembalikan...? atau “Lu tolong gua… Gua tolong lu…”

Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi keuntungan kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.

Kembali dana rakyat

Kita mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat?

Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

Najib memang bijak memanipulasikan wang... apa sahaja guna wang, termasuklah nak tarik sokongan Rakyat... guna wang...!

YB Er, Bakri hantar surat rasmi mohon bahas isu Israel

Tarikh : 27.03.2012

Tan Sri Tuan Yang Di Pertua

Dewan Rakyat

Parlimen Malaysia

Tan Sri,

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hormatnya, saya ingin memberikan notis pemberitahuan di bawah Peraturan Mesyuarat P.18 untuk mengemukakan usul seperti berikut:

Dalam ucapan perbahasan Titah DiRaja bertarikh 21 Mac 2012, saya telah mendedahkan mengenai transaksi penjualan hasil sawit negara ke Negara Israel. Ini adalah merupakan lanjutan kepada isu yang sama yang telah saya bangkitkan di dalam Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat bertarikh 17 Oktober 2011. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menjelaskan bahawa pada tahun 1996, Jemaah Menteri setelah mendapat permohonan daripada beberapa syarikat MNC ataupun syarikat perkilangan yang besar, asing khususnya, supaya dibenarkan diimport bahan-bahan dan komponen untuk dimasukkan dalam produk-produk mereka untuk dieksport semula.

Kini, beberapa dokumen Kastam DiRaja Malaysia telah menunjukkan bahawa terdapat transaksi perdagangan hasil sawit dengan syarikat-syarikat berpengkalan di Israel. Malahan, terdapat juga anugerah pensijilan Kosher yang diberikan kepada syarikat tersebut.

Kerajaan sentiasa berdolak-dalik dalam perkara ini. Kenyataan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak membantu Palestin namun dalam masa yang sama, menjalin hubungan dagang dengan Israel telah mengelirukan rakyat. Sememangnya diketahui Malaysia tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan Negara Israel dan jelas melanggar Akta Kastam Larangan Import Eksport Pindaan 2008.

Isu melibatkan Negara Israel ini telah melangkaui garis agama. Ia merupakan isu kemanusiaan sejagat. Kekejaman rejim ini terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa merupakan satu dosa yang besar terhadap kemanusiaan. Namun, Malaysia terus membiarkan berlakunya perdagangan dengan rejim kejam ini. Selain itu, bagaimana satu rang undang-undang yang telah digubal di Dewan Rakyat dengan sewenang-wenangnya dilanggar oleh Kerajaan. Dewan Rakyat perlu membuat ketetapan untuk mengharamkan semua bentuk hubungan dengan Rejim Israel termasuk hubungan perdagangan sama ada secara langsung atau tidak, menggesa Perdana Menteri untuk menarik balik semua keputusan Jemaah Menteri berhubung perdangangan dengan Israel yang telah dibuat pada tahun 1996 dan mengiktiraf kewujudan Hamas atau parti-parti politik yang dilantik secara demokrasi oleh rakyat Palestin

Maka, saya berharap agar usul ini dapat dibahaskan oleh semua Ahli Dewan.

Sekian, terima kasih

Er Teck Hwa

Ahli Parlimen Kawasan Bakri

Tuesday, March 27, 2012

Ayuh letakkan noktah dalam isu Israel dan tumpukan masalah negara yang terus membeban rakyat

Kenyataan Terbuka
26 Mac 2011

BERKENAAN ISU HUBUNGAN DAGANG MALAYSIA MEMBANTU ISRAEL

Regim selama ini mendabik dada kononnya merekalah pejuang Palestin dengan menjadi penentang Israel nombor wahid. Malah sentiasa menjadikan isu hubungan Israel ini sebagai modal politik menyerang musuh politik mereka yang konon kompromi dengan Israel.

Sejak 3 tahun kebelakangan ini, SAMM tanpa jemu mendedahkan betapa hipokritnya regim dalam perkara ini. SAMM telah mendedahkan perbagai dokumen yang membuktikan memang wujud hubungan Malaysia membantu ekonomi Israel ini.

SAMM ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada beberapa ahli parlimen Malaysia seperti YB Er Teck Hwa (DAP), Bakri yang telah beberapa kali membawa pendedahan SAMM mengenai isu berkaitan hubungan dagang Malaysia membantu ekonomi Israel.

Selama ini regim cuba menipu rakyat dalam hubungan Malaysia Israel namun apabila Ahli Parlimen Bakri dengan sokongan beberapa ahli parlimen lain membawa bebera

pa dokumen yang dibekalkan oleh SAMM kepadanya untuk dibuktikan dalam parlimen Malaysia mengenai kewujudan hubungan dagang Malaysia Israel maka Menteri berkenaan terperangkap untuk mengakuinya. Cuma penjelasan dangkal Menteri dalam persidangan lepas menyebabkan Teck Hwa bangun beberapa kali sehinggalah di perintah keluar dewan.

Perlu ditegaskan hubungan dagang Malaysia membantu ekonomi Israel bukanlah kes terpencil apabila menurut laporan Kesatuan Eropah menyatakan dengan jelas Malaysia merupakan negara yang ke 15 menjadi rakan dagang bagi membantu ekonomi Israel.

Regim juga lepas tangan dengan hanya menyatakan perdagangan tersebut hanya libatkan syarikat asing yang beroperasi dalam negara Malaysia. Persoalanya ialah barangan tersebut tetap melalui pelabuhan dan Kastam Diraja serta perlu mendapat kelulusan Kementerian berkaitan dan kita mempunyai kuasa jika benar mahu menghalangnya.

Namun yang terbaru, bulan lepas SAMM telah mendedahkan bahawa ia bukanlah semata melibatkan syarikat asing dan peralatan elektronik semata – mata. Malaysia telah juga berurusan dagang melibatkan komoditi utama negara iaitu penghantaran produk sawit ke Israel bagi membantu ekonomi mereka.

Syarikat berpengkalan di Malaysia dan produk komoditi tempatan digunakan bagi membantu ekonomi Israel. Antaranya ialah IOI loaders Crocklaan Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat IOI Group yang merupakan syarikat yang punya kaitan rapat dengan regim penguasa. Mewaholeo Industri Sdn Bhd pula mempunyai alamat perniagaan berdaftar di dalam negara. Walaupun mempunya pegangan asing tetapi ia masih beroperasi sebagai sebuah syarikat tempatan. Ini hanya sebahagian dari banyak syarikat lain yang turut terlibat dalam penghantaran produk sawit tempatan bagi membantu ekonomi Israel.

Menurut laporan dalam laman web RSPO dalam perniagaan sawit IOI disebut dengan jelas punya rantaian perniagaan dengan Felda – Johor Builkers Sdn Bhd. Dengan jelas penghantaran syarikat IOI ini menurut dokumen rasmi kerajaan menyatakan penghantaran terus ke Israel dan untuk syarikat Israel.

Menurut beberapa carian lain pula penghantaran produk sawit Malaysia ke Israel bukan semata untuk pasaran tempatan Israel tetapi sebaliknya telah menjadikan Israel juga menjadi negara pengeluar produk hasil sawit yang diambil dari Malaysia dan diperniagakan semula.

Ternyata dengan pendedahan ini regim penguasa sudah tidak boleh mengelak lagi. Regim cuba menggambarkan kononnya merekalah pejuang sejati isu Israel dan Palestin namun dalam sisi lain regim penguasa inilah menjadi penerus dan pelindung hayat Israel.

Satu lagi pendedahan ialah mengenai beberapa syarikat tempatan (bukti ditunjukkan dalam sidang media) mempunyai sijil halal Israel (Kosher) seperti Jakim. Untuk mendapat sijil halal ini kakitangan (Rabbai) agensi Israel wajib datang dan membuat pemeriksaan kebersihan dan seumpamanya. Ini bermaksud negara secara sedar membenarkan kakitangan Kerajaan Israel beroperasi di Malaysia.

Kami juga punya bukti bergambar bagaimana hampir setiap kali barangan khususnya makanan untuk dibuat penghantaran pegawai kerajaan Israel pasti berada dalam negara bagi memastikan ‘keselamatan’ dan taraf ‘halal’ barangan tersebut.

Dalam negara terlalu banyak sangat isu seperti kenaikan harga, keselamatan (kes jenayah meningkat), beban pendidikan (pembiayaan pembelajaran) dan banyak lagi, namun kita sudah terlalu banyak menghabiskan masa membincangkan isu Israel – palestin dan Malaysia ini yang sebenarnya masing masing cuba menunjuk hero dengan memutar belit perbagai perkara. Ayuh kita letakkan noktah dalam isu ini. Israel negara haram, regim penguasa dicabar mengambil sikap berani.

Dengan ini SAMM menyarankan mana – mana ahli parlimen yang prihatin dalam isu Israel supaya membentangkan usul seperti dibawah :

· Parlimen meluluskan usul tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan menggubal satu undang – undang melarang sebarang bentuk hubungan termasuk hubungan dagang secara lansung mahupun tidak langsung dengan Israel. Undang – undang tersebut juga seharusnya terkandung larangan penggunaan pelabuhan atau sebarang kemudahan negara untuk sebarang bentuk kepentingan yang mempunyai kepentingan Israel.

· Parlimen juga seharusnya meluluskan satu usul mengiktiraf HAMAS atau mana – mana parti politik yang dipilih oleh majoriti rakyat Palestin untuk mentadbir negara mereka.

SAMM juga mencabar semua ahli parlimen Barisan Nasional khususnya Umno untuk sepakat menyokong usul tersebut. Jika tidak sahlah regim penguasa yang mempunyai jumlah majoriti dalam parlimen Malaysia cuma bersikap ‘munafik’ dalam isu menentang Israel ini dan hanya menggunakan isu ini sebagai alat politik domestik semata – mata.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

http://chegubard.blogspot.com
chegubard@gmail.com