Monday, August 29, 2011

Dari lensa : Konvoi Kembara Ambang Syawal SAMM NS - AMK Rembau

Pada 28 Ogos lepas menjelang akhir Ramadhan, SAMM Negeri Sembilan bersama United Shark (motor) dan AMK Rembau telah mengadakan Konvoi Kembara Ambang Syawal menjelajah kawasan Parlimen Rembau untuk mendekati golongan asnaf. Sebanyak 15 motorsikal, 4 kereta terlibat dalam konvoi ini. Selain dari pasukan yang memang menunggu di lokasi-lokasi kampung mereka.

Program ini mengumpulkan anak muda dari perbagai latar belakang, sebelum mereka balik kampung mereka dibawa untuk berbakti dan melihat sendiri keadaan sebenar rakyat 'dibawah' ini khususnya orang Melayu dalam keadaan regim yang terus membazir, bermewah dan kononya memperjuangkan Melayu.

Konvoi ini bertujuan mengedarkan bahan bantuan makanan asas, daging segar, sumbangan kewangan dan gotong royong membersih kawasan bagi cuba membawa sedikit kegembiraan kepada golongan asnaf ini.

Rata - rata peserta Konvoi sedih dan insaf melihat kedaifan sebenar rakyat yang ditemui. Ramai juga asnaf terdiri dari mereka yang dilupakan anak-anak sendiri, ini membawa masej penting mengenai hubungan ibu bapa dan anak - anak kepada kita semua.

Konvoi seharian ini bermula dari dataran Senawang mendekati 50 keluarga asnaf dan berakhir di Restoran Ulam Raja, Dataran Senawang dengan program berbuka puasa.

Terima kasih kepada semua terlibat dari peserta konvoi hinggalah kepada dermawan yang sudi terus membantu.


walaupun berpuasa semua anak muda ini tetap bersemangat
sahabat-sahabat muda menyampaikan sumbangan, penerima dari Kg. Astara Raja sudah berkeluarga tetapi mengidap 'sawan' teruk.
Di perkampungan orang asal di Bukit Miku
Disiplin beratur memasuki jalan kampung yang kecil
di Kg. Ulu Sawah, penerima ialah pasangan suami isteri tanpa anak yang mengalami sakit jantung, kencing manis, darah tinggi teruk sehingga tidak boleh bekerja
Warga emas hampir 80 tahun turut diziarahi
Bergambar di perkampungan orang asal
Sumbangan buat warga emas yang tinggal sendirian di Kg. Batu hampar disampaikan oleh Azif

Penerima dari Kg. Sega Tengah
warga emas ini tidak dapat menahan kesedihan menerima lawatan kami
di Kampung Sega ulu kami menziarahi seorang warga emas yang cacat kerana kemalangan
6 tahun lalu.
Berbaju coklat ialah warga emas berumur hampir 70 tahun, mengalami kecacatan 'akal' kerana kecederaan di kepalanya ketika bekerja di sebuah kilang di Petaling Jaya 28 tahun lalu.
Adi dan Acha menyampaikan antara bantuannya ialah makanan asas dan
daging untuk berhari raya.
tidak kira ceruk mana kami sampai jua
bergambar di depan antara rumah penerima, bersama dengan kami ialah bekas ketua kampung di rantau yang banyak membantu kami mengesan rumah asnaf.
teman-teman united shark bukan sahaja cekap mengendalikan panther jerung tetapi begitu juga dengan mesin rumput. Adi sedang bersungguh-sungguh membantu mesin rumput di halaman rumah seorang warga emas di Rantau
mendengar rintihan

membuat keputusan ke mana selepas ini, di persimpangan Kampung Batu
selain dari menziarahi asnaf kami juga singgah di beberapa agensi kerajaan menyampaikan sumbangan raya kepada mereka yang masih bertugas ketika kita cuti berhari raya. Ketibaan kami di Balai Bomba Rembau disambut pegawai bertugas.

Saturday, August 27, 2011

PKR Rembau raikan perbagai golongan menjelang eidulfitri

sempena Syawal yang bakal menjelang keADILan Rembau mengagihkan kuih raya untuk insan - insan yang menjalankan tugas demi meastikan kita yang bercuti dapat merayakan sambutan dengan meriah. che'Gubard sendiri telah hadir ke Balai - balai Polis, Balai Bomba dan beberapa agensi kerajaan untuk meraikan wira-wira ini. Gambai ini ialah di Balai Polis IPD Rembau.
Ramai insan yang tidak bernasib baik terus didampingi untuk diraikan. Hari ini PKR Rembau (27 Ramadhan) telah membawa Puan Azlina bersama 8 orang anaknya untuk membelikan baju raya. Menurut beliau sejak dua tahun menjadi ibu tunggal ini kehidupan mereka begitu sempit, bukannya untuk mendapatkan baju baru malah dari segi makanan juga terpaksa berjimat cermat. Anaknya yang sulong berumur 15 tahun menuntut di sekolah agama berasrama penuh dan yang paling kecil berusia dua tahun lebih. Kerana anak yang masih kecil beliau tidak boleh bekerja dan kehidupan hanya bergantung kepada kira kira RM500 bantuan Kebajikan masyarakat dan Baitulmal. Namun dia tidak kompromi dalam isu pendidikan anak, 6 orang anaknya dipastikan meneruskan persekolahan dalam apa juga keadaan.


PKR Rembau melalui sumbangan dermawan telah membawa keluarga ini memilih pakaian baru sempena hari raya dan memberikan sedikit sumbangan kewangan. Seronok dan puas rasanya melihat anak - anak ini tersenyum memilih baju dan melihat anak-anak kecil berlari di balik kain baju seronok kerana mendapat baju baru sempana hari raya.


Selain itu perbagai golongan terus diraikan dan didekati. Kemuncak program Ramadhan ialah pada ahad ini 28 Ogos dimana Konvoi Kembara Ramadhan PKR Rembau-SAMM NS-UNITED SHARKs akan ziarah, gotong royong dan agih bantuan kepada 50 keluarga dalam parlimen Rembau. Konvoi akan bermula di Dataran Senawang dan dijadualkan berakhir dengan program IFTAR di dataran Senawang semula. Dijangka 10 buah kereta dengan 25 buah motorsikal akan menyertai konvoi ini. Kepada yang sudi menyumbang atau sedia untuk kami bantu mengagihkan zakat kepada asnaf yang betul - betul memerlukan boleh terus hubungi 0123696474 (Azizi, S/U PKR Rembau).

Thursday, August 25, 2011

Program Ramadhan keADILan Rembau berjalan lancar

sebanyak 20 banner dan 40 bunting disediakan untuk seluruh Rembau bagi sama meraikan Ramadhan dan Eidulfitri namun Umno telah samun lebih dari 10 banner dan banyak bunting hilang.
Keluarga OKU Muallaf, Sdr Abd. Kalam dari Taman Angsamas (DUN Rantau)
turut mendapat bantuan
Edaran bubur lambuk di Pasar Ramadhan Pekan Rembau, turut diedarkan kurma dan risalah isu semasa. Sebanyak 5 program edaran bubur lambuk telah disusun seluruh parlimen Rembau bertujuan mendekatkan PKR dengan orang Rembau.
Perbagai golongan yang kurang bernasib baik terus didekati
Edaran Bubur Lambuk, risalah isu semasa dan kurma di Pasar Ramadhan Pekan Rantau
Buka puasa bersama anak yatim dan asnaf di Rumah Anak Yatim Al Anwar di Sendayan
Penyampaian sumbangan kewangan dan infa' Al Quran
di Surau Taman Seri Rembau (DUN Chembong)

Perbagai golongan asnaf diagih bantuan kewangan dan bantuan barangan makanan asas terus disampaikan.
Antara penerima ialah bekas anggota Askar Melayu yang hidup serba daif


pakaian terpakai mungkin dilihat tak berguna kepada kita tetapi ia membawa kegembiraan kepada golongan yang kurang berkemampuan
Antara anak yatim yang tinggal bersama neneknya menerima sumbangan
Kuih - kuih raya untuk anggota beruniform yang bertugas ketika perayaan diagih ketika petang dan malam raya.
bersama Imam dan pihak pengurusan masjid Kg. Batu. Aktiviti biasa sembang menerang isu semasa dan mendengar masalah akar umbi selepas solat tarawikh. Masjid serta surau terpilih dijelajah hampir setiap malam
Menyampaikan infa' Al Quran serta sedikit sumbangan kewangan kepada Imam dan nazir Masjid Kg. Batu. Sebanyak 15 masjid, surau dan madrasah terpilih untuk diagihkan Infa Alquran dan disalurkan sumbangan kewangan.
hampir 2000 pack kurma disediakan dan diagih sepanjang Ramadhan dalam perbagai program PKR Rembau.
Solat Isya dan tarawikh berjemaah di masjid dan surau berlainan menjadi rutin dalam ramadhan ini.

Kemuncak program Ramadhan ialah pada ahad ini 28 Ogos dimana Konvoi Kembara Ramadhan PKR Rembau-SAMM NS-UNITED SHARKs akan ziarah, gotong royong dan agih bantuan kepada 50 keluarga dalam parlimen Rembau. Konvoi akan bermula di Dataran Senawang dan dijadualkan berakhir dengan program IFTAR di dataran Senawang semula. Dijangka 10 buah kereta dengan 25 buah motorsikal akan menyertai konvoi ini. Kepada yang sudi menyumbang atau sedia untuk kami bantu mengagihkan zakat kepada asnaf yang betul - betul memerlukan boleh terus hubungi 0123696474 (Azizi, S/U PKR Rembau).

Tahun ini setakat ini tersenarai lebih dari 200 nama yang telah dan dijadualkan akan diberikan bantuan. 15 surau/masjid diberikan sumbangan kewangan dan infa Al Quran. hampir 2o00 pack bubur lambuk dan 2000 pack kurma diedarkan dalam kawasan parlimen Rembau. Dalam serba kekurangan dan sumber yang terhad tahniah diucapkan kepada semua aktivis PKR Rembau yang terus bergerak. Penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang , dermawan yang terus membantu kami untuk membolehkan kami terus berbakti kepada yang memerlukan di Rembau seiring dengan mengangkat panji perjuangan rakyat di kawasan ini.

GOLONGAN MUALLAF TIDAK DILUPAKAN OLEH KEADILAN REMBAU


REMBAU - Dalam usaha KEADILAN Rembau meraikan golongan tidak berkemampuan sempena kedatangan Syawal ini, selain daripada golongan anak yatim, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU), turut menjadi perhatian KEADILAN Rembau pada tahun ini ialah golongan Muallaf.

"Pada tahun ini sempena kedatangan Syawal, kami telah mengagihkan sumbangan berbentuk kewangan dan barang keperluan seperti beras, gula dan minyak kepada lebih 100 keluarga yang kurang berkemampuan dan dikategorikan sebagai miskin tegar di seluruh parlimen Rembau.

"Pada tahun ini golongan Muallaf yang miskin dan OKU turut kami menghulurkan sumbangan.Semoga dengan sumbangan ini ia akan menceriakan lagi sambutan Aidil Fitri pada tahun ini", kata Setiausaha KEADILAN Rembau, Norazizi A Aziz.

Norazizi berkata demikian kepada Sinar Harian ketika menyampaikan sumbangan kepada Abdul Kalam Abdullah, 46, di Taman Angsa Mas, Rantau.Abdul Kalam seorang Muallaf dan bapa kepada empat orang anak terlibat dengan sebuah kemalangan jalanraya pada tahun 2005 dan mata kiri beliau buta sementara mata kanan pula menghadapi masalah penglihatan.Justeru oleh kerana tidak mampu bekerja, isteri beliau sahaja yang bekerja untuk menyara sekeluarga.

Kepada pihak yang berminat menyumbang kepada tabung kebajikan PKR Rembau boleh hubungi 0123696474.

Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin pula menyatakan "Tahniah kepada semua tenaga kerja PKR Rembau dan terima kasih kepada semua dermawan dari seluruh negara. Ramadhan kali ini kita telah berjaya membantu lebih dari 200 orang penerima bantuan"

Menurut Badrul yang lebih dikenali sebagai che'GuBard "PKR Rembau tidak pernah berhenti dalam memperjuangkan nasib rakyat di Rembau dan sekitarnya. Bukan sekadar memberikan bantuan 'one off' tetapi PKR juga menjalankan bantuan susulan seperti membuat permohonan bantuan dari Jabatan kebajikan, pusat zakat dan seumpamanya kepada mereka yang masih tercicir dari senarai bantuan sedangkan layak menerima bantuan."