Monday, August 30, 2010

JKKK kecewa gangguan air di N9, hutang RM2 Billion

Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan SAINS sudah di korporat/perbadan/swasta menjadi Syarikat Air Negeri Sembilan SAINS. Hutang kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2008 ialah RM 2.14 Billion, dimana RM 1.6 Billion ialah untuk Rancangan Bekalan Air. Dah swasta, dah hutang RM 1.6 Billion masih teruk bekalan air di beberapa tempat di N.Sembilan.

Hutang RM 2.14 Billion ini, kira dah bankrap ke belum ? Kakitangan kerajaan Negeri Sembilan dapat tak duit raya ? Kakitangan SAINS dapat tak duit raya ?

Mana pergi RM 1.6 Billion untuk Rancangan Bekalan Air tu ?

************************
Gangguan air beban penduduk
Sinar Harian 30 Ogos 2010

PARIT TINGGI – Masalah gangguan bekalan air di Kuala Pilah bukan isu baru sehingga menimbulkan keresahan dan kekecewaan penduduk khususnya di Kampung Parit Tinggi, Juasseh.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselama-tan Kampung (JKKK) Parit Tinggi, Abdul Mutalip Mohd Nor berkata, 2010 adalah tahun yang kerap berlaku gangguan air dan boleh menjejaskan amal ibadah terutama dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, paling ketara masalah itu berlaku pada awal Ogos ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan.

“Saya kecewa apabila hendak mandi air kolah tiada. Di surau juga sama, ketika hendak mengambil wuduk untuk solat tarawih, air tiada. Bagaimana kita hendak melakukan ibadah jika air tiada dan mengundang rasa tidak selesa penduduk, dekat sini.

“Saya sudah menghubungi pihak berkenaan, namun alasan sama diberikan, tekanan air rendah. Di kampung ini sudah dua hari tiada air. Bekalan air sering terputus,” katanya

Mutalip berkata, timbul rasa kasihan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil.

“Mereka mengadu kepada saya tentang kesulitan dihadapi apabila bekalan air tiada. Menguruskan anak kecil memerlukan air yang banyak dan membebankan keluarga mereka.

“Saya hanya boleh membantu menghubungi pihak berkenaan, namun tiada kuasa untuk memperbetulkan keadaan. Berikutan itu, saya berharap pihak berkaitan perlu mengambil serius perkara ini terutama menjelang hari raya.

“Penggunaan air akan bertambah jika musim perayaan. Bagi mengelakkan berlaku gangguan air, pihak terbabit perlu bersedia lebih awal untuk mengatasi masalah berkenaan supaya kami dapat hidup aman dan selesa dengan kemudahan air dalam musim perayaan,” katanya.

Menurutnya, pihak pe-ngurusan terbabit tidak memaklumkan sebarang notis berhubung gangguan air di kampung itu sehingga menyebabkan 400 penduduk terpaksa menghubungi pihak terbabit untuk menghantar bekalan air.

“Mereka sepatutnya menghantar notis pemberitahuan sekiranya berlaku gangguan air supaya penduduk boleh bersedia lebih awal dengan menyediakan bekalan air. Dengan ketiadaan notis itu, membebankan penduduk jika air di rumah sudah kehabisan.

“Oleh itu, pihak berkai-tan dapat maklum lebih awal supaya persediaan dapat dilakukan jika berlaku masalah air selama beberapa hari,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail, sudah dimaklumkan perkara itu akan mengambil tindakan sewajarnya memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8120193.asp


LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
PENYATA KEWANGAN UNTUK NEGERI SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

HUTANG KERAJAAN NEGERI

Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007.

Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai.

Peningkatan baki pinjaman adalah disebabkan oleh pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM291.98 juta pada tahun 2008.

Kedudukan hutang Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2008 berbanding tahun 2007 adalah seperti di Jadual 4.39.

Analisis perbandingan antara jumlah baki hutang awam berbanding baki tunggakan bayaran balik pinjaman pada tahun 2008 adalah tidak memuaskan.

Ini disebabkan baki hutang awam dan tunggakan bayaran balik masing-masing telah meningkat sejumlah RM289.79 juta dan RM96.27 juta pada tahun semasa.

http://pasns.blogspot.com/2009/10/hutang-kerajaan-nsembilan-rm214-billion.html

Promosi kambing Boer

Sempena Hari Raya ini saya ingin mempromosikan daging kambing Boer ini terutamanya untuk mereka yang ingin membuat jamuan 'open house' dan juga aqiqah untuk Raya korban yg akan datang. Harga sekilo daging kambing Boer dipasaran ialah RM18 tetapi kami akan beri harga promosi RM15 sekilo. Seekor kambing Boer yang cukup umur untuk aqiqah boleh mencecah berat purata 35-45kg. Bagi yang saiz sederhana, beratnya lebih kurang 25-35kg. Baka kambing juga ada dijual. Jika berminat boleh hubungi saya Pn Wani 013-3851202.

Thursday, August 26, 2010

Angin pemilihan makin terasa 2

KEADILAN merupakan parti berani melebarkan demokrasi kepada semua ahli. 1 ahli satu undi sewajarnya semangat penyuburan demokrasi dan membawa politik baru ini harus diraikan dan seiring dengan proses pemilihan kali ini. Rakyat khususnya sedang menilai dan memerhati dengan dekat bagaimana KEADILAN mendepani proses pemilihan ini adakah ia sejajar dengan hasrat yang ingin dilaksanakan, rakyat mahu melihat satu budaya politik pemilihan yang baru. Jika kita hanya sekadar menggunakan media membuktikan kita lebih baik dan orang lain buruk, mengangkat bakulo sendiri, budaya politik naungan seperti pilih calon A kerana ia dapat naungan pemimpin utama dan tolak calon B kerana ia tidak direstui maka rakyat akan bosan kerana ia hanya mengulang tayang pemilihan Pemuda Umno dalam versi yang lain.

che'GuBard sudah menegaskan sebelum ini tidak akan umum bertanding. Biar 'adik beradik' anak muda dalam parti memutuskan. Tumpuan harus diberi kepada persiapan jentera parti dalam mendepani pilihanraya khususnya di Sarawak yang terlalu hampir. che'GuBard baru sahaja pulang dari Sarawak, negeri yang cukup berpotensi tetapi tidak ada Cabang 'rasmi' AMK yang boleh bermesyuarat. Kenapa ini berlaku ? Jika che'GuBard hanya memberikan tumpuan berkempen pemilihan parti tentu Sarawak tak termasuk medan kempen tetapi kerana melihat parti di sana perlu dibantu untuk mendepani pilihanraya maka Sarawak tetap dikunjungi dan dalam masa terdekat che'GuBard sudah berjanji dengan Abang Zul, calon di Saribas yang tewas 94 undi dalam pilihanraya yang lepas untuk turun membantu di tempatnya.


Namun kerana gusar dengan rakyat mungkin muak dan mengatakan budaya politik anak muda dalam KEADILAN sama dengan parti pendiri regim maka telah diusahakan sesuatu.

Dalam proses demokrasi satu elemen penting yang harus diwujudkan ialah maklumat. Ahli yang mahu mengundi harus diberikan maklumat yang lengkap. Pengundian harus dilakukan berdasarkan maklumat bukan sentimen atau naungan atau pengarahan tertentu.

Negara yang maju demokrasi seperti di Amerika Syarikat ada istilah presidential debate, ia adalah perkara wajib dalam memberikan warga Amerika Syarikat maklumat dan presepsi yang betul sebelum membuat pemilihan. Maka telah diusahakan bersama sekumpulan ahli muda dalam parti di Utara Semenajung Malaysia untuk melakukan perkara yang hampir sama. Debat Ketua Angkatan Muda bakal dianjurkan di Taiping sekitar pertengahan September.

Debat ini harus mengenegahkan cara individu tersebut mengungkap permasalahan dalam angkatan muda dan gerakan muda Malaysia secara Amnya, tawaran dan hala tuju yang ingin dibawa sesuai dengan menjawab persoalan permasalahan yang muncul. Masalah anak mudaMalaysia juga harus diketengahkan sebagai agenda utama ? Percaya dengan perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata maka anak muda tidak seharusnya cuma pandai berkata - kata. Idea bernas harus dilampirkan dengan rekod prestasi kerja buat selama ini. Khususnya kepada yang pernah muncul dan tenggelam dan muncul semula ketika pemilihan hampir. Ini penting khususnya ketika parti mendepani persoalan isu lompat lari yang begitu menekan.

InsyaAllah jika ia dapat dijalankan dengan jaya maka akan memberikan suntikan budaya politik baru dan persepsi yang segar dalam rakyat melihat KEADILAN.

Begitulah kita bekerja walaupun che'GuBard tidak berada dalam kerangka AMK namun semangat gerakan muda itu menyebabkan kita terus menerobos segala pintu membawa pembaharuan dalam perlawan anak muda.

ikuti sambungan dengan persoalan Siapa 'chai' che'GuBard ? , Apa perancangan terhadap AMK ? Tuduhan che'GuBard tidak punya idealisma ?

sila klik sini dan baca bahagian 1

Khairy tinggal Umno jika ramai ahli sokong Perkasa ?

Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Rembau menyatakan yang beliau akan meninggalkan Umno jika ramai ahli Umno yang menyokong Perkasa menurut laporan akhbar The New Straits Times di bawah ini. Adakah ini merupakan satu ugutan kepada ahli Umno khususnya Pemuda Umno agar jangan menyokong Perkasa ? Adakah isyarat yang hendak dihantarnya ? atau sekadar nak buktikan Umno tak ada hubungan dengan Perkasa ?

Khairy: Support Perkasa and I leave
2010/08/25

KUALA LUMPUR: Umno Youth chief Khairy Jamaluddin yesterday said he will walk away from Umno if the majority of party members supported Perkasa.
Refuting the claim by Pas Shah Alam member of parliament Khalid Samad that Umno was "hand in glove" as far as Perkasa activities were concerned, Khairy said not everyone in the party supported the Malay rights group.

"If there is a situation that they (Umno) would pick Perkasa over me, I will walk away," he said during a forum on the 10th Malaysia Plan Overview -- "Bridging the political Divide" at a hotel here.


Also participating in the forum organised by the Leaders magazine was Khalid. It was the second time that the MPs participated in a similar forum.

Khairy has spoken up against issues championed by Perkasa led by Pasir Mas MP Datuk Ibrahim Ali on a number of occasions.

Khalid, who spoke earlier, had claimed that the government transformation programme would be hindered if extreme groups such as Perkasa was being supported by Umno.

Khairy, who is also Rembau member of parliament, criticised the group, adding that it only served to wedge a divide in the country.

Other topics discussed at the forum include the 10th Malaysia Plan and the National Key Economic Areas.

http://www.nst.com.my/nst/articles/06shu/Article

Wednesday, August 25, 2010

Usaha membakar sentimen menjadi punca simbahan cat

23 Ogos 2010, negara digemparkan dengan kejadian simbahan cat dan balingan botol arak ke surau Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban. Selepas mengeluarkan kecaman terhadap pelaku, mendesak polis bertindak segera dan meminta semua rakyat bertenang Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan segera memanggil rapat aktivisnya 5.00 petang itu. Hasil rapat umum itu SAMM telah mengambil ketetapan sesiapa pun pelaku ia harus dihukum dan niat mereka untuk mewujudkan suasana kurang senang dikalangan rakyat harus dimatikan segera. SAMM juga sepakat untuk tampil dengan sekurang kurangnya 10 aktivis dari perbagai latar kaum dan agama untuk sama bergotong royong memperbaiki kerosakan.

24 Ogos 2010, pagi, wakil SAMM telah pergi dan cuba bertemu dengan jawatankuasa surau dan menyampaikan niat tersebut. Serentak dengan itu juga Ketua Pemuda Umno Malaysia juga mengikuti langkah SAMM dengan turut membuat pengumuman Umno tawar gotong royong bersih surau dari Kuala Lumpur. (klik sini) Hari yang sama che'GuBard dan YB Taufek (ADUN Paroi) bersama beberapa teman aktivis SAMM datang ke surau tersebut untuk solat Asar berjemaah dan bertemu dengan Jawatankuasa Surau.

Selepas solat Asar kami bertemu dengan Ust. Mohd Hasbi, Pengerusi Surau Taman Pulai Impian. Surau yang baru digunakan bermula ramadhan ini, masih dalam proses pembinaan. Ia dibina tanpa bantuan khusus mana - mana pihak termasuk kerajaan negeri. Kontraktor masih bekerja di kawasan surau khususnya pembinaan pagar.

Khuatir dengan kesan kerosakan yang mungkin boleh menimbulkan suasana yang lebih buruk dan negatif maka tindakan segera diambil. Ketika che'GuBard sampai sebelum Asar 24 Ogos 2010, semua kesan cat telah dibersihkan dan dinding yang terkena kesan sudah dicat dengan cat 'undercoat'. Kontraktor yang memang masih berada di kawasan surau yang melakukan kerja tersebut. Tindakan pantas jawatankuasa ini harus dipuji.

Maka wang yang SAMM sudah asingkan bagi membeli cat dan peralatan itu terus disumbangkan kepada pihak surau.

Ketika itu juga 4 orang remaja berbangsa Cina berumur 16 - 18 tahun telah ditahan oleh pihak polis. 4 remaja ini ditahan mungkin kerana mereka disyaki atas alasan terlibat dengan satu insiden salah faham berhampiran surau tersebut.

Ada sebuah taman permainan / rekreasi berdekatan dengan surau tersebut. Taman ini menjadi tempat melepak remaja, termasuk remaja yang datang dari kawasan luar sejauh Rasah.

Pada sehari sebelum kejadian lempar cat tersebut, telah berlaku salah faham. 4 remaja cina telah datang dan bertengkar dengan ramaja atau lebih tepat lagi kanak - kanak Melayu tempat itu. Penrtengkaran juga libatkan perbuatan saling membaling mercun. Remaja cina tersebut menurut saksi telah mengeluarkan kayu dari kenderaan mereka. Orang ramai yang berada di surau melihat kejadian tersebut dan ada yang keluar. Menurut saksi lagi walaupun ditegur oleh orang yang lebih tua terdiri dari jemaah surau yang bersedia untuk menunaikan solat tarawikh suspek dikatakan bercakap kasar. Lantas untuk mengelakkan kejadian tak di ingini ramai di situ sedikit kasar dan 'menghalau' kumpulan suspek. Kumpulan remaja tersebut beredar dengan mengeluarkan kata - kata seolah tak puas hati dan mengugut.

Remaja ini telah menjadi suspek utama ditahan di rumah masing - masing. Polis mendapat perintah reman 4 hari. Menjadi sedikit peroalan kenapa perintah reman yang sangat lama, ini bukan kes yang kompleks sangat ?

Setelah meneliti setakat maklumat yang diperolehi cheGuBard berpendapat ini bukan kes terpencil. Kejadian ini jika benar semua maklumat dan jika benar remaja tersebut melakukan perbuatan khianat itu maka ia membuktikan wujud semangat negatif di tengah masyarakat yang mampu menjadi bom jangka.

Ini semua berlaku kerana regim dan media sering menghangatkan isu perkauman dan hampir semua masalah dilihat dari aspek persaingan kaum dan agama.

Kejadian ini seharusnya menginsafkan kita semua dan usaha serius dalam menyatu padukan rakyat harus dilakukan secara serius, terancang dan bersungguh - sungguh.

Anak - anak itu berumur 16 tahun, nampaknya hasad perkauman semakin menebal di era 1 Malaysia.

Angin Pemilihan makin terasa...

Angin pemilihan makin terasa. Ramai teman - teman mula resah dan mendesak untuk che'GuBard mengumumkan pendirian untuk bertanding Ketua Angkatan Muda Malaysia.

Tidak akan umum

che'GuBard dengan ini menyatakan pendirian dengan tegas tidak akan membuat pengumuman bertanding. Kita memilih antara yang terbaik dalam keluarga kenapa perlu heboh - heboh urusan dalam rumah kita. Lebih - lebih lagi dalam keadaan media arus perdana tidak sama sekali menyebelahi kita dan sentiasa umpama serigala lapar bersedia memanipulasi apa juga cerita kecil untuk menyerang parti.

Parti ini telah matang. che'GuBard amat yakin dengan kematangan ahli - ahli muda parti. Mereka bukan orang lain, kebanyakanya ialah mereka yang bergelumang bersama menyambung nafas dan membina parti ini dalam keadaan susah dan senang.

Maka kami saling mengenali dan sudah umpama adik beradik. Anak muda dalam parti ini sudah tentu tidak sama dengan segelintir pengundi yang sering tertipu dengan Bn. Ketika pilihanraya jauh Bn begitu sombong dalam membuat keputusan dan jarang sekali muka pemimpin menjengok rakyat tetapi malangnya ada rakyat yang tertipu apabila dekat pilihanraya pemimpin Bn bersungguh turun bawah dengan perbagai tawaran dan umpan. Sudah tentu tak terlawan dengan pemimpin kita yang sejak habis pilihanraya walaupun tewas di tempat tertentu tetapi tidak henti bekerja siang dan malam tanpa peruntukan dan penuh kepayahan sepanjang masa. Manakala pemimpin Bn dengan perbagai peruntukan dan payung atas nama 'kerajaan' sudah tentu mampu menunggang semua jentera mengambil hati rakyat saat akhir dan selepas menang mereka akan melupakan rakyat sehinggalah pilihanraya akan datang sekali lagi. Sementara rakyat dilupa itulah rakyat yang dihimpit perbagai masalah mencari pemimpin kita untuk diperjuangkan nasib mereka. Sudah tentu ahli muda parti tidak akan sedemikian rupa.

cheGuBard amat yakin selama ini tanpa henti dan letih bersama akar rumput anak muda dlaam parti kita sudah saling mengenali maka tidak perlu perantaraan media bagi menyatakan hasrat apa jua. Lainlah jika kita kita tidak punya hubungan.

Gerakan muda parti pernah mengeluh apabila tidak punya arah dan pimpinan tidak menjengok 'ke bawah' namun bila tiba musim pemilihan ini suasana ternyata berbeza meriah. Apapun ambil semuanya dari sudut positif.

tetapi kan bagus kalau mood seperti ini berterusan sentiasa tentu parti menjadi kuat, harap janganlah hanya ketika angin permilihan kuat.

Raikan demokrasi dengan tawaran bukan dengan serangan

Belum pun umum pendirian tetapi mula diserang. Satu pihak menyerang terus secara peribadi dengan mengaitkan che'GuBard dengan hubungan keluarga Ketua Umum. Benar che'GuBard berkahwin dengan anak adik Anwar Ibrahim tetapi tidak pernah menggunakan kaitan hubungan itu dalam politik. Malah ramai yang tak ketahui sehinggalah ada pihak yang begitu bersungguh pertahan jawatan dalam Angkatan Muda menggunakan isu ini.

Tersebar luar sms "Ketua Umum Anwar, Presiden Isteri, Anak Ahli Parlimen tak kan menantu nak jadi Ketua AMK pula.... ayuh pertahankan XXX yang selama ini berkorban untuk parti" begitulah salinan sms yang diterima dihantar oleh teman yang dapat dari seseorang yang dikenali. Inilah yang che'GuBard gelar tidak bijak dan terlalu ghairah berkempen hingga memancing bencana pada parti.

Contohnya dalam pilihanraya yang lepas kalau ikutkan hubungan keluarga boleh sahaja che'GuBard merengek untuk bertanding kerusi selamat seperti beberapa kelompok pemimpin yang sanggup bertanding jauh dari tempat mereka semata mengejar kemenangan. Tetapi kerusi yang dijanjikan awal kepada che'GuBard di Negeri Sembilan juga di beri kepada orang lain sehingga che'GuBard 'terpaksa' mencari kerusi sendiri. Tapi itu semua enteng dihadapi sebab kita bukan dari kelompok politisi naungan.

Dalam satu pihak lain yang mengejar jawatan dalam AMK pula menggunakan tema menerima naungan pimpinan utama parti. Kononya wahyu menetapkan dia perlu menukar imej gerakan muda kepada gerakan cerdik pandai yang boleh menyaingi anak muda parti lawan. Kononya dia tidak memerlukan jawatan itu tetapi parti dan wahyu yang memaksa dia menerima jawatan itu. Parti ini perlu segera diubah imej dan imej tersebut tidak akan berjaya diubah dan menyaingi anak muda parti lawan jika 'anak jalanan' seperti che'GuBard menerajui.

Tersepit ; satu kata che'GuBard perlu ditolak sebab kerana punya hubungan keluarga dengan pemimpin utama dan satu lagi meminta mereka dipilih kerana dinaungi oleh pemimpin utama.Justify Full
Gerakan Muda di sebuah negeri di utara pernah menjadi gerakan muda yang membanggakan parti. Namun oleh kerana ingin mengubah imej kerana kita telah membentuk kerajaan maka seorang cerdik pandai yang juga bergelar YB 'diwahyukan' menjadi Ketua anak muda di sana. Sebelum ini gerakan anak muda diterajui oleh anak muda biasa-biasa sahaja tetapi kukuh dan kuat sehingga memenangkan negeri tersebut. Malangnya apabila anak muda akur menerima ketua Yb 'cerdik pandai' gerakan anak muda di negeri tersebut hampir hancur.

Demokrasi ini harus dirai dengan pesta tawaran dan pertunjukkan kebolehan bukan serangan dan politik naungan. Ahli yang matang dan cerdik akan menjadi hakim dengan melihat semua tawaran dan pertunjukkan kebolehan yang diselarikan dengan kerja buat selama ini maka penghakiman yang wajar harus diberikan.

ikuti sambungan dengan persoalan Siapa 'chai' che'GuBard ? , Apa perancangan terhadap AMK ? Tuduhan che'GuBard tidak punya idealisma ?

ada yang menggunakan kemudahan dan kedudukan untuk berkempen guna media klik http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/9602-pkr-youth-devoid-of-real-leaders

Tuesday, August 24, 2010

Proses mengecat surau telah bermula

Pagi ini wakil kami, SAMM telah berhubung dengan wakil jawatankuasa Suaru Taman Pulai Impian Sikamat. Proses pembersihan telah bermula sejak semalam. Pagi ini cat 'undercoat' putih telah pun disapu. Kerja ini dilakukan oleh kontraktor yang dilantik jawatankuasa surau dan dibayar menggunakan wang kutipan derma orang ramai.

Menurut wakil yang dihantar, mereka menghargai usaha perbagai pihak termasuk SAMM yang hadir dan cuba membantu tetapi tindakan segera melantik kontraktor dilakukan untuk elak rasa kurang selesa timbul jika kerosakan terbiar begitu lama. Tahniah atas usaha pantas juga kepada jawatankuasa surau.

Sehubungan dengan itu wang yang SAMM sudah 'asingkan' untuk membeli cat dan peralatan mengecat disumbangkan kepada tabung surau tersebut.

Menurut maklumat Surau Taman Pulai Impian, Sikamat ini juga dibina atas inisiatif penduduk dengan hasil kutipan derma bukan peruntukan khusus.

cheGuBard dan YB Taufek InsyaAllah akan solat Asar di surau berkenaan dan bertemu dengan Jawatankuasa Surau tersebut.

Paint attack on surau: 'Form a police task force'

By Zefry Dahalan - Free Malaysia Today,

SEREMBAN: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) wants police to act fast after a surau near here was splashed with paint yesterday.
Its chief Badrul Hisham Shaharin said a special task force should be set up to probe into the incident similar to the special team formed in Penang to investigate the Friday sermon issue.

(In Penang, the chief minister's name was allegedly used, instead of the Yang di-Pertuan Agong's, in the “doa” during the Friday sermon at certain mosques in the state.)

“We hope a similar team will be formed to investigate the surau case, which is more sensitive and dangerous,” Badrul Hisham said.

In yesterday's incident, the surau at Taman Pulai Impian, Sikamat, near here, was splashed with red paint by unknown assailants. Broken bottles were also found in a nearby drain.

The police have taken samples of the paint.

Badrul Hisham, who is also known as Chegu Bard, said SAMM condemned the attack, saying the act smacked of a possible motive to instigate racial unrest.

"SAMM never accuses anyone but if racial and religious sentiments are stirred up, the parties that will benefit will be the racist-oriented ones.

"The motive could be to instigate racial and religous sentiments. Early this year a church in Seremban was also vandalised,”he said.

Badrul Hisham, who is also Rembau PKR chief, said SAMM will meet the surau committee today to help repair the surau.

"SAMM plans to bring activists of different races and religions to do a 'gotong royong' to repair the damage.

“I urge the residents and people outside the housing estate to be calm and show a sense of maturity by not over-reacting", Badrul Hisham said.

also click http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/samm-gotong-royong-mahu-baiki-surau-disimbah-cat-merah/

http://suara-keadilan.com/news-section?t=3824

Serangan terhadap Nurul Izzah kerana pikir dangkal Umno

Negara tengah berdepan dengan perbagai cabaran dan masalah. Rakyat hidup tertekan, harga barang naik, pelabur lari, kos hidup meningkat. Rakyat dihimpit kos hidup meningkat dan beban hutang yang tak terbayar. Suhu sentimen perkauman dan keagamaan cuba di naikkan oleh pihak tertentu dengan perbagai kenyataan dan perbuatan kianat. Kebangkitan peneroka Felda dalam menuntut hak mereka dan melakukan saman di mahkamah sudah tentu lagi memeningkan kepala regim pemerintah.

Namun dua menteri penting dalam negara seperti Zahid Hamidi, Naib presiden parti yang menguasai regim dan Hishamuddin Hussien, Menteri dalam negeri kelihatan sibuk sekali memberi tumpuan kepada sebuah artikel di Tempo yang menyiarkan temubual Nurul Izzah, ahli Parlimen Lembah Pantai. Dalam artikel tersebut Nurul secara jelas menyerang pembaziran wang negara oleh parti yang menguasai regim pemerintah termasuk dalam soal pembelian kapal selam yang tak mampu menyelam.

Kononya Nurul memburukkan nama negara. Kenyataan menteri ini disambut oleh juak - juak Umno dengan membuat beberapa laporan polis dan kenyataan termasuk mendesak Nurul ditahan dibawah ISA.

Ini semua berlaku kerana pemikiran dangkal dan taktik alih isu oleh regim.

Ketika rakyat dihimpit dengan perbagai masalah maka regim cuba menyajikan satu lagi isu bagi mengalih perhatian. Ia tak ubah seperti usaha seorang ibu yang cuba bermain dengan anak bagi mengalihkan rasa lapar kerana tak mampu memberikan anak makan.

Kita semua harus sedar beza kerajaan dan parti pemerintah. Beza negara dan pemimpin politik. Bn tak tahu membezakan semua ini sebab itulah Bn membelanjakan wang negara seperti ia wang Bn. Agihan zakat penuh dengan bendera dan logo Umno.

Mengkritik kegagalan seorang menteri mahupun parti pemerintah sama ada di dalam atau di luar negara bukan mengkianati negara, ini fakta yang harus difahami oleh semua. Jika tidak kita akan jadikan negara ini negara ditaktor atau fasis yang tidak boleh mengkritik pemimpin kerana pemimpin itu negara dan negara itu pemimpin.

Monday, August 23, 2010

SAMM sedia gotong royong baiki kerosakan surau

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) baru selesai satu mesyuarat tergempar sebentar tadi berikutan kejadian merosakkan Surau Taman Pulai Impian, Siamat, Seremban. SAMM merlihat perkara ini ialah gerakan terancang untuk menaikkan sentimen perkauman/agama di tengah masyarakat.

1.SAMM kutuk tindakan rosakan surau di Sikamat, Seremban

2.Di seremban Gereja pernah dirosakan dan kini Suraupula, polis harus segera bertindak jangan hipokrit bila bab kutbah (PP) sanggup tubuh jkuasa khas tetapi apabila berdepan dengan persoalan yang serius hanya diam membisu.

3. SAMM melihat ini gerakan terancang bagi membakar sentimen agama/kaum, SAMM menuduh sesiapa tetapi pihak yang bertanggungjawab sudah tentu ada kaitan dengan pihak yang mendapat keuntungan apabila suhu perkauman/sentimen agama meningkat. Tahun 1969 dan 1987 contohnya dua peristiwa terancang membakar sentimen memencah belah rakyat apabila gabungan parti-parti perkauman melemah, dan apabila terjadi pergeseran kaum/agama sudah tentu yang untung ialah parti-parti perkauman dan lebih malang lagi usaha terancang ini juga berdasarkan pengalaman akhirnay memangsakan pemimpin progresif rakyat.

4.SAMM dengan segera, esok akan menemui jawatankuasa surau menyatakan kesediaan SAMM untuk membaiki semua kerosakan. SAMM telah merancang untuk bawa aktivis dari perbagai latar kaum/agama utk gotong royong baiki kerosakan. Ini secara tidak lansung hancurkan hasrat pelaku utk lihat pergaduhan.

4. SAMM yakin rakyat akan terus tenang dan matang dalam mendepani provokasi ini.

sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Vandalized surau: Pakatan urges calm, warns of unseen hands

Malaysia Chronicle

UPDATED As suspicion swirl over the motivation behind the latest vandalization of a surau or Muslim prayer house nearby to Seremban, Pakatan Rakyat leaders have called on the public to remain calm, urging the police to investigate immediately to prevent racial tensions from flaring up.

“Seremban has a very mixed population. Whenever there are attempts to ignite racial violence, irresponsible people will always think of using Seremban as a launching pad,” PKR leader Badrul Hisham Shaharin told Malaysia Chronicle.

“But we urge the people to remain calm - jangan layan. We believe this is a planned attack and gauging from recent events, it is not impossible that Umno and BN have a hand in it. So far all their efforts, their manipulation of the press and their use of the NGOs have not worked. They are now desperate and it has come down to this level.”

Immediate police action

Indeed, in the past weeks, Umno has launched an offensive against not only Pakatan leaders but also non-Malay components within its own BN coalition, in particular MCA and Gerakan. Apart from wishing to shore up their self-appointed roles as defender of the Malay community and Islam, Umno is also believed to be gearing up for elections due soon and to deflect attention from the weakening economy.

In Taman Pulai Impian, Temiang, vandals splashed red paint on the walls and the back door of a one-month old surau. Several liquor bottles with red paint still inside were found in the compound. The mess was discovered by surau committee members when they arrived for their subuh or dawn prayers at 5.45am this morning.

DAP Youth chief Anthony Loke has urged the police to speed up investigations. He visited the surau with his colleagues Ng Chin Tsai, the Temiang assemblyman, and Aminuddin Harun, the Sigamat assemblyman, this morning.

“I strongly condemn such irresponsible act of attacking places of worship especially to a surau in the holy month of Ramadhan. To prevent irresponsible persons from using this issue to pursue their own agenda, police must investigate immediately. If not handled properly, it may spark tension in society,” Anthony tweeted.

Umno, MCA Main Wayang Timbul Ketegangan Kaum

(suara keadilan)

SHAH ALAM 24 Ogos - Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin mengingatkan rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan strategi dan tindak tanduk pihak tertentu yang menggunakan isu perkauman untuk mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Taktik yang sama katanya digunakan kerajaan Perikatan semasa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan penangkapan puluhan pemimpin pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Pertama sekali pada 1969 kenapa sentimen kaum dibakar? Kerana pada masa itu parti pemerintah telah hilang sokongan. Pada 1987 Umno hilang tumpuan apabila berpecah dengan Semangat 46. Sandiwara ditunjukkan pemimpin Umno seperti Najib Razak dan pemimpin MCA Lee Kim Sai yang cuba membakar api perkauman. Pembangkang pada masa itu telah memberikan respon secara tidak tersusun yang akhirnya mengakibatkan pemimpin progresif (pembangkang) ditangkap," katanya kepada Suara Keadilan.

Badrul aka CheGuBard demikian ketika diminta mengulas insiden surau Taman Pulai Impian, Temiang di Seremban yang disimbah dengan cat merah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab Ahad lalu.

Kejadian terhadap rumah ibadat ini merupakan pertama kali berlaku selepas isu penggunaan kalimah Allah yang dimainkan Umno sejak awal tahun ini yang menyebabkan beberapa rumah ibadah, termasuk gereja dan surau dibakar.

Bagaimanapun CheGuBard berkata berbanding 1987 rakyat kini lebih bijak menilai taktik dan strategi yang digunakan Umno-BN untuk menimbulkan keresahan dikalangan rakyat negara ini.

"Rakyat telah cerdik dan matang untuk menilai peristiwa ini. Dalam kes bakar rumah ibadat sebelum ini, Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti alternatif menyatakan pendirian yang tegas dan kita telah berjaya tangani isu ini dengan sempurna. Kita kutuk kejadian seperti ini, jangankan kata bakar surau, malah bakar kuil pun tidak boleh terima kerana ini adalah rumah ibadat.

"Siapa yang untung daripada kejadian tersebut, sudah tentulah parti yang bersifat perkauman seperti Umno-BN dan bukan parti politik yang merentasi sempadan ras perkauman dan agama seperti Pakatan Rakyat," ujar beliau.

Beliau berharap pemimpin Pakatan Rakyat tidak melayani sebarang provokasi bagi mengelakkan mereka masuk dalam perangkap Umno-BN.

"Kita minta supaya pemimpin Pakatan Rakyat jangan layan. Kita mahu polis ambil tanggungjawab penuh siasat kejadian ini. Isu yang lebih penting pada masa ini ialah kesusahan hidup rakyat, kos hidup yang meningkat dan sebagainya," tegas CheGuBard.

Kes simbah cat di surau tersebut mengesahkan pandangan sesetengah pihak terdapat usaha ke arah 'menjayakan' semula Operasi Lalang dengan membangkitkan api perkauman di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Ini jelas dilihat daripada isu dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat di negeri itu bagi menggantikan nama Yang DiPertuan Agong dengan tujuan membangkitkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat Islam dan Melayu.

Ini ditambah dengan tindakan dua pengetua di sekolah menengah di Kulai, Johor dan Bukit Selambau, Kedah yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pelajar Cina dan India.

Umno juga mempermainkan isu kuota 30 peratus ekuiti Bumiputera selepas memutar belitkan kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengenai diskaun pemilikan rumah mewah yang dinikmati golongan kaya Bumiputera.

MCA pula menuntut Majlis Perundingan Melayu diheret ke mahkamah kerana membuat hasutan untuk membubarkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Jangan layan politik sempit

Pakatan Rakyat dinasihatkan popularkan budaya politik yang lebih sihat dengan mengetepikan provokasi YB Senator Ezam Mohd Noor yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina dan liwat.

Demikian nasihat Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) supaya rakyat tidak muak dengan budaya politik Pakatan Rakyat kelak sebagaimana mereka muak dengan 'politikng' Ezam di sesawang sosial Twitter belakangan ini.

"Ezam membawa politik kebencian, provokasi dan sumpah sana dan di sini yang sebenarnya tiada kena mengena pun dengan rakyat.

"Apa untungnya ini semua pada rakyat sedangkan mahasiswa terbeban dengan hutang PTPTN, buruh hidup melarat dengan gaji yang kecil, rasuah dan jenayah sana sini, apa untungnya rakyat.

"Sekarang ini rakyat dah muak dengan politik yang 'politiking' seperti ini, rakyat susah dan sepatutnya kita (Pakatan Rakyat) perlu mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat dengan budaya politik yang lebih sihat," ujarnya ketika dihubung Harakahdaily.

Beliau bukan sahaja pernah bersama Ezam sebagai Ketua Penerangan, Pemuda Parti Keadilan Nasional sehinggalah Exco AMK dan kemudian menyertai Ezam menubuhkan Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi (GERAK) berkata, beliau sebenarnya mampu bertindak 'politiking' sebagaimana Ezam sanggup bersumpah palsu dengan mengfitnah Anwar, Ketua Pembangkang untuk menghadapi aduan qazafnya semalam.

Namun, katanya lagi, dengan memanipulasi sejarah silam Ezam langsung tidak menguntungkan rakyat.

"Kalau kita nak main-main sumpah seperti Ezam, kita boleh membangkitkan sejarah Zaid Mat Arif menuduh Ghani Harun mempunyai hubungan sulit dengan isteri Ezam waktu dia dalam penjara."

"Sampai sekarang, ketiga-tiga mereka dalam Umno dan kalau dimain politik sumpah dengan minta ketiga-tiga mereka ini saling bersumpah sekarang pun tak selesai masalah pokok yang dihadapi rakyat," ujarnya sambil menegaskan 'politiking' saling bersumpah tidak menguntungkan rakyat.

Beliau yang lebih dikenali sebagai che'GuBard berkata, aksi terbaru Ezam itu semata-mata untuk menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di samping menyambung rezeki keluarganya.

"Dia sebenarnya nak cari makan untuk keluarganya selepas gagal berebut kasih dengan pemimpin tertinggi KEADILAN (PKR)," beliau menambah.

"Kalau dia gagal tarik perhatian (Datuk Seri) Najib Tun Razak (Perdana Menteri), akar umbi Umno khususnya di Selangor kian pertikai anugerah Senatornya dan percaturan Najib ke atasnya untuk menghadapi pengaruh Anwar (Ketua Pembangkang)."

Dakwanya lagi, Najib yang juga Presiden Umno merangkap Pengerusi Bn terpaksa mengambil keputusan tidak popular itu disebabkan beliau tidak mampu menghadapi Anwar.

"Bukan ada pun jasa Ezam pada negara, tetapi dia (Najib) terpaksa lantik Ezam sebab dia tiada pilihan untuk menghadapi Anwar," ujarnya.

Bagaimana pun, sekiranya Ezam dilihat gagal menjadi 'baju pelindung' bagi Najib khususnya di negeri-negeri yang pernah menjadi kubu kuat Umno, seperti Selangor, katanya Najib akan menyingkirkan Ezam.

Lantikan Ezam jelas dipertikai ramai teman - teman dalam Umno.

"Kalau Si Ezam ini nampak tidak berguna lagi, dia akan disingkirkan kelak. Namun Najib lupa gaya politik Ezam sudah ketinggalan zaman, zaman rejim Mahathir Mohammad mungkin relevan.

"Tetapi, saya yakin dia akan disingkirkan kerana gaya provokasinya tidak sesuai untuk menghadapi politik rakyat yang jauh semakin cerdik kini," beliau menambah.

Pun begitu, beliau berkata,tetap menghormati inisiatif Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin membuat aduan qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) serta mencabar Ezam bersumpah petang semalam. Shamsul selaku Ketua AMK melakukan apa yang beliau mampu lakukan dengan ruang perundangan dalam negara.

Difahamkan inisiatif Shamsul itu merujuk pada Syeksen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang berbunyi, "mana-mana orang menuduh orang lain berzina (atau liwat) tanpa mengemukakan (saksi atau bukti), mengikut hukum syarak, empat orang saksi atau ikrar bahawa orang yang dituduh itu melakukan kesalahan."

Selain menuduh Anwar tanpa bukti dan saksi, Ezam didakwa qazaf ekoran tuduhan beliau kononnya Datik Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar yang juga Presiden PKR bersubahat melindungi perbuatan zina dan liwat itu.

"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seseorang isteri sanggup biarkan suami fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat.

"Azizah lindungi anwar sebagai isteri ok, tp (tapi) (tidak) x boleh biar anwar fitnah yg (yang) lain utk (untuk) tutup kejinya yang meliwat," tuduh Ezam seperti yang didapati pada Twitternya sejak 24 April lalu.

Cuma mengenai Ezam, Badrul menjangkakan laporan seperti ini dan cabaran bersumpah seperti inilah yang beliau tunggu. Yakinlah Ezam akan hadir dan bersumpah kerana baginya apapun boleh dilakukan. -Dzulkifli Mashoor

Thursday, August 19, 2010

MUFTI PERAK PERNAH BERBOHONG

Masih ingat bagaimana Mufti Perak terlibat memanjangkan maklumat palsu Raja Sherina. Raja Sherina telah berjumpa beliau dan mendakwa sekumpulan orang Melayu akan dikristiankan di Gereja Silibin Ipoh. Dato Azhar Mansur pelayar negara katanya terlibat.

Laporan Raja Sherina ini pula, Dato Mufti didedahkan dengan sensasi dalam satu forum yang berkaitan murtad di ibu kota. VCD forum yang memuatkankan pengakuan Dato mufti menjadi bukti Dato Mufti memang mendedahkan maklumat yang beliau dapat dari Raja Sherina.

Maklumat dari forum itulah kemudiannya telah disebar melalui SMS kerana menganggap takkan Mufti akan berbohong. Akhirnya sekumpulan umat Islam berkumpul depan Gereja Silibin pada tarikh yang dimaksudkan.

Dato Mufti berlepas tangan mengatakan dia tak terlibat. Raja Sherina (di sini) yang bersalah. Raja Sherina di minta ke Balai polis untuk siasatan dan polis sahkan maklumat itu palsu.

Ini kali kedua Dato Mufti buat kerja yang sama. Modus operandinya sama. Terima maklumat dari orang yang ketiga tentang perlembagaan baru (di sini) kemudian dedahkan dalam forum terbuka. Nanti kalau timbul masalah atau maklumat palsu Dato mufti sekali lagi akan berlepas tangan.

Nota: Memanjangkan berita bohong bermakna dah berbohong. Dalam kes Raja Sherina Dato Mufti dah buat kerja bohong. Maknanya tak benar pengakuan "Saya mufti, takkan saya nak berbohong (disini)". Inilah bukti bahawa Dato mufti memang pernah berbohong

sumber : http://najwasuhaimi.blogspot.com/2010/08/mufti-perak-pernah-berbohong.html

Wednesday, August 18, 2010

Menyamar pahlawan Melayu

gambar di bawah ini tentu boleh menyaingi gelak Tukartiub.Blogspot.com

Selepas seorang ADUN Umno buat laporan polis kepadanya kerana menyeleweng balak Pahang, dia hilang di Pahang, dengarnya diangkat menjadi raja di Melaka untuk elak dari diambil tindakan (fakta tak pasti)..... tetapi tiba - tiba baru - baru ini dia muncul menyamar sebagai pahlawan Melayu dengan kasut sport.... hahahahahahaa

Tapisan Internet untuk laman web pro PR

Kebimbangan kerajaan Umno Barisan Nasional mengenai kemungkinan rakyat mengalih perhatian dari media arus perdana kepada laman web pro-pembangkang, mungkin faktor utama mendorong cadangan tapisan internet diteruskan.

Dan, bagi mengelakkan rakyat membuat bantahan terhadap hak kebebasan bersuara, pimpinan Umno BN yang bergelar menteri, menjadikan alasan antara lain ialah pembasmian laman web porno, sebagai alasan.

Ini dilihat sebagai gerakan terancang pimpinan Umno BN bagi mengekang maklumat sampai ke tangan rakyat, selepas beberapa media cetak terbitan parti pembangkang dikenakan tekanan, malah permit Suara keadilan sehingga kini tidak diperbaharui.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin menyifatkan kecurigaan rakyat terhadap media arus perdana mendorong Umno BN memintas usaha penyaluran maklumat melalui internet.
Ura-ura penapisan internet ini mula kedengaran selepas hasil kajian Merdeka Centre yang menunjukkan 60 peratus rakyat Malaysia tidak mempercayai media arus perdana, didedah kepada umum.

Bulan lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mempertimbang pandangan bekas Perdana MenteriTun Dr Mahathir Mohamad berhubung keperluan menapis bahan pornografi di internet.

Sekalipun bersandarkan alasan mengekang pornografi, lain pula ceritanya di organisasi kerajaan kerana jabatan kerajaan tidak boleh akses anwaribrahim.com dan harakahdaily.com.net,walhal jabatan kerajaan dibenarkan untuk akses laman-laman Umno.

"Ini jelas mengambarkan bahawa kerajaan sebenarnya dalam keadaan cukup tertekan,dan saya percaya dan yakin,mereka sebelum pilihanraya akan datang akan menhalang malaysia dengan maklumat internet dan sebagainya" kata beliau.

Pimpinan Umno BN seakan-akan tidak peduli terhadap faktor lain yang lebih penting, asalkan penyaluran maklumat dapat disekat bagi memastikan penguasaan politik tidak terlepas ke tangan pembangkang.

Tetapi akibatnya Malaysia akan mendapat tentangan yang hebat sekiranya mereka haramkan beberapa saluran internet,teknologi maklumat dan sebagainya malah akan mendapat hentaman hebat dalam aspek pelaburan kerana pelabur-pelabur tidak akan pergi ke negara yang demokrasinya mati dan palsu.

Tuesday, August 17, 2010

Tahniah anak muda NS

Sekretariat Anak Muda Selamatkan Malaysia (SAKSAMA) telah berjaya melancarkan Kempen : JOM! Daftar UNDI ~ Selamatkan Malaysia. Sekretariat ini akan hadir di tengah masyarakat secara neutral tanpa berpaksikan parti politik (non partisan). Malaysia kini dlm keadaan gawat : Minyak naik, harga barang naik, inflasi meningkat & masalah sosial berleluasa. Jika mahu ubah, beri undi pada yang mampu buat perubahan, macamana nak undi? kena daftar undi dulu. Dan jika anda selesa dengan keaadaan di Malaysia sekarang, anda perlu kekalkan kerajaan yg memerintah sekarang. Bagaimana caranya? daftar undi dahulu. Pilihan ditangan anda!!...~ JOM! Daftar Undi : Selamatkan Malaysia..

Siapa beralamat dlm parlimen Rembau dan masih tak daftar sebagai pengundi boleh buat demikian dgn hubungi Yaser 0126794704.

Monday, August 16, 2010

Bukan tangguh tapi batal saman ekor sebabkan senarai hitam

Pada tahun 2009 Lenonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitamkan kenderaannya oleh JPJ di Sarawak berikutan saman ekor. Beliau telah membawa kes tersebut ke Mahkamah dan Hakim mahkamah tinggi Sarawak, YA Hakim Datuk Abd Aziz Rahim dalam penghakimannya te3rhadap kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah JPJ Sarwak (2009) 6 CLJ 280 telah memberikan kemenangan kepada Lim.

Hakim mengambil asas Perlembagaan persekutuan Perkara 13 yang menjamin tiada seorang pun boleh dilucutkan hak menggunakan hartanya sendiri. Dalam penghakiman bertulis hakim secara panjang lebar telah memberikan komen terhadap saman ekor dan kegiatan senarai hitam oleh JPJ yang jelas ada salahnya.

Jesteru itu Datuk Mahfuz Omar, ahli Parlimen Pokok Sena telah menngetuai sebuah jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Jawatankuasa yang dianggotai orang dari perbagai latar belakang termasuk aktivis masyarakat, ahli politik dan peguam dengan jelas membuat desakan :
  • JPJ harus keluarkan dan perbaharui lesen kenderaan tanpa sekatan selaras dgn peruntukan seksyen 15 Akta Pengangkutan jalan 1987 dan bukan sekat perbaharui lesen kenderaan
  • PDRM harus batal semua saman yang tidak atau gagal diserahkan
  • PDRM harus ikut prosedur spt peruntukan Seksyen 53 Akta pengakutan Jalan 1987
  • JPJ atau PDRm tak boleh senartai hitam selagi kesalahan tak terbukti
  • semua pihak harus hormat keputusan mahkamah yang putuskan senarai hitam pemilik kenderaan adalah salah di sisi perlembagaan
KASE telah memulakan kempen dan pertemuan di bawah bersama mangsa-mangsa senarai hitam saman ekor. Responya cukup memberansangkan ketika pertemuan di Pusat Khidmat Dun Paroi dalam Parlimen Rembau petang menjelang Ramadhan ada ahli Umno dikenali juga datang dan mengeluh kerana teraniaya dengan sistem senarai hitam kemderaan oleh JPJ dan PDRM.

Mulanya regim sombong, Muhiyuddin (TPM) kononya bertegas untuk teruskan senarai hitam dan saman ekor kerana kononya ia ikut undang - undang, kenyataan ini jelas menghina Mahakamh Tinggi Sarawak yang membuat keputusan sebaliknya. Namun setelah menyedari respon rakyat terhadap aktiviti KASE maka regim telah tewas untuk pusingan pertama dengan desakan massa dengan menangguhkan semua senarai hitam, saman ekor sehingga Febuari tahun depan.

Ini bukan sasaran KASE, kami bukan mahu tangguh.....jelas ia salah maka batal sahaja.

Ini semua membuktikan betapa banyak yang regim ini lakukan tidak menghormati undang - undang dan hak rakyat. Dalam perkara ini asasnya seseorang tidak boleh dihukum tanpa dibuktikan bersalah. Pemilik kenderaan dihukum dengan senarai hitam sebelum dibuktikan bersalah. Banyak benda lain yang regim ini buat salah tapi sudah jadi kebiasaan.

Semua ini hanya boleh diperbetulkan dan hak rakyat dikembalikan dengan menjatuhkan sahaja regim ini.


cheGuBard berucap ketika dalam satu pertemuan dengan mangsa senarai hitam , saman ekor

Anti ISA: Polis Arah Sambung Ikat Jamin.

Polis mengarahkan mereka yang ditahan pada program nyalaan lilin sempena 50 tahun ISA disambung ikat jamin sehingga 1 September depan, jelas seorang yang terbabit, Steven Ng.
Difahamkan, ketetapan terbaru itu disampaikan oleh Pegawai Penyiasat (IO), ASP Azaidi Abdul Talib kepadanya pagi tadi.
Menurut beliau, ketetapan terbaru itu dibuat memandangkan Timbalan Perdakwa Raya (DPP) masih belum membuat ketetapan sama ada mengenakan caj kepada mereka atau sebaliknya.
Bagaimanapun, mereka yang terbabit akan dirujuk pada Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1 September ini, jam 8 pagi.
Sebelum itu, seramai 25 daripada 30 yang ditahan berhimpun di IPD Polis Petaling Jaya atas dakwaan menyertai perayaan nyalaan lilin anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Dataran MBPJ, Padang Timur (berdekatan Amcorp Mall) pada 1 Ogos lalu.
Salah seorang yang ditahan, Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) berkata, sepatutnya sebutan kes mereka yang ditahan dilakukan di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.
"Sepatutnya sebutan kes pagi ini di Mahkamah Majistrit PJ, mungkin sebab tiada bukti, kami dipanggil ke sini (IPD Petaling Jaya)," ujarnya selepas diikat jamin oleh polis secara jaminan mulut.
Katanya, tindakan polis itu semata-mata untuk menyusahkan mereka yang terbabit di samping mewujudkan budaya takut di kalangan rakyat dari menyertai GMI membantah akta tahanan tanpa bicara itu.
Katanya lagi, polis sepatutnya membebaskan mereka yang terbabit sekiranya nyata tidak mempunyai bukti yang munasabah.
"Kalau ada caj, caj lah. Kalau tiada caj, tak payah panggil kami lagi," beliau menambah.
Salah seorang yang ditahan, E. Nalini yang juga Setiausaha Gerakan Mansuh ISA (GMI) mencadangkan mereka yang terbabit tidak lagi melayan karenah polis sehinggalah pihak polis mempunyai ketetapan yang jelas berhubung status mereka masing-masing.
"Sebenarnya mereka sendiri masih belum ada bukti untuk mencaj kita di mahkamah. Kalau ASP Azaidi masih belum ada keputusan, kita jangan datang lagi ke sini," ujarnya yang juga Koordinator Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak asasi manusia.
Bercakap pada kenyataan yang sama Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan tindakan polis itu merupakan pengalaman terbaik untuk anak muda yang ditangkap.
Ini kerana, katanya lagi, tahanan tanpa bukti yang munasabah tersebut bakal mengajar anak muda dan mahasiswa yang terbabit supaya terus bangkit.
"Tangkapan kali ini, saya rasa agak seronok kerana ada banyak muka-muka baru di kalangan anak muda dan mahasiswa yang akan menjadi pengalaman biasa dengan proses biasa lagi mengarut yang sengaja diada-adakan oleh polis ini," ujarnya.
"Dengan tindakan-tindakan sebegini, saya semakin yakin bahawa anak muda dan mahasiswa semakin berani bangkin menentang rejim yang ada."
Beliau turut mendakwa polis melakukan kesalahan iaitu melakukan tangkapan rambang tanpa terlebih dahulu memberi arahan bersurai dalam masa yang wajar, seperti prosedur dalam Akta Polis sendiri.
Didapati, anak muda dan mahasiswa yang terbabit antaranya Lee Wei Ni, 23 tahun, See Tshiung Han (29), Albert Ang Yik Chuan (27), Muhammad Firdaus Khalid (21), Abdul Aziz Muhammad Ahmadi (21), Lim Jian Xing (21), Naqiuddin Sahar (23) dan Fiatriey al-Haqimiey.
Dalam perkembangan berkaitan, didapati pihak polis masih belum melakukan tindakan susulan ke atas mereka yang ditahan pada perayaan nyalaan lilin anti ISA di Ipoh dan Georgetown 1 Ogos lalu.
Nyalaan lilin anti ISA anjuran GMI, parti-parti oposisi serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) sebagai bantahan pada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kerana mempertahankan akta berusia lebih 50 tahun walaupun nyata bertentangan dengan prinsip demokrasi dan hak asasi manusia. (Harakahdaily)

Saturday, August 14, 2010

Politik dalam kain tak membijakkan rakyat

Berkesempatan diperdengarkan beberapa keratan rakaman teman - teman lama yang bersama Ezam menyeberang untuk bersama regim penguasa dalam parti Umno.

Umno yang makin hilang hujah dalam mempertahankan tindakan mereka dari serangan sudah tentu seronok mempergunakan mereka ini. Garis pendekatan mereka yang sensasi, bermain politik selak kain cukup untuk menarik perhatian rakyat dan mengalihkan tumpuan terhadap isu polisi dan dasar.

Cuma selaku anak muda hendak mempertegaskan politik selak kain ini tidak mendidik rakyat sama sekali.

Ramai yang hendak cheGuBard dan beberapa teman-teman bekas Exco Pemuda Keadilan Nasional atau Exco Angkatan Muda Malaysia di bawah Ezam menjawab serangan Ezam.

Kalau hendak jawab dan berlawan politik dalam kain mudah sangat.

Ghani Haron dalam banyak siri ucapanya menumpang pentas Ezam sering menyerang Azmin dengan menyatakan akan membogelkan Azmin. Walaupun semua dalam parti tahu selepas Ghani keluar ISA dia 'dibela' oleh Azmin. Pada ketika itu ramai kelompok seperti ini dalam parti di mana dia mahu disudu kerana pada mereka, mereka hilang punca pendapatan kerana bersama perjuangan maka pemimpin utama parti harus memikirkan makan minum mereka dan keluarga.

Masih teringat dalam satu mensyuarat Pemuda Keadilan terpaksa dihentikan kerana Ghani Haron dan Zahid Md Arif bergaduh. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Saifuddin Nasution pada ketika itu memangku tugas Ezam Md Nor terpaksa dihentikan kerana Zahid dengan lantang menuduh Ghani ada hubungan 'luar biasa' dengan isteri Ezam.

Ramai dalam Pemuda pada ketika itu mengetahui bagaimana Ghani sering bangga kerana ke sana sini beritahu orang dia pakai pakaian Ezam dan diberi tidur rumah Ezam.

Zahid dalam mesyuarat juga menuduh Ghani pernah cuba 'try' isteri seorang tokoh Sarawak tempat dia menumpang ketika mereka ke Sarawak untuk program parti. Ghani minta Zahid menarik tuduhan itu, tetapi Zahid enggan.

Tak perlu diteruskan kisah ini. Kini Zahid, Ghani dan Ezam semuanya duduk dalam Umno dan cuba bermain dalam garis politik akhlak dengan kononya membongkarkan politik dalam kain. Kalau nak kata orang dayus tidakkah Ezam dayus kerana terus membela Ghani Haron yang pernah dikaitkan dengan hubungan istemewa bersama isterinya ? cukup............

Pasal main sumpah-sumpah pun cukuplah juga.... Ezam paksa Kak Wan sumpah.... apa kata paksa pula kak Bahirah isteri Ezam sumpah nafi tuduhan Zahid mengenai hubungan Ghani dan dia semasa Ezam dalam penjara, kemudian paksa pula Ghani atau Zahid sumpah bukan susah semua dah ada dalam Umno.... lebih lagi paksa Lokman Adam yang kini exco pemuda Umno sumpah mengenai tuduhanya terhadap Ezam iaitu mengenai harta Ezam yang disebat dari sumbangan terhadap gerakan reformasi, suruh Ezam sumpah nafi cubaan mengorat Nurul Izzah ...ops lupa Lokman dah sumpah cuma Ezam tak jawab sumpahnya.... persoalanya bila nak sudah...??

Tahun 1998 di Batu Pahat, Anwar sudah bersumpah atas nama Allah bahawa dia tak terlibat dan tuduhan liwat semua fitnah....tapi apa jadi ...... terus fitnah, tangkap , pukul...cuba dibunuh....

Sumpah ini ada kaedahnya bukan main sumpah sumpit garam belacan jer..... Mufti Perak juga pernah kata Anwar tak perlu bersumpah..... Rujuk Yusuf Qardawi......

Cuma persoalanya apa untungnya pada rakyat ? Memang ia sensasi dan menarik tetapi tidak sama sekali mendidik.

Kerana itu cheGuBard mengajak diri dan rakan - rakan untuk bermain politik yang membincangkan dasar dan polisi. Menyerang lawan politik perlu dengan fakta yang mendidik dan tersangkut rakyat bukan kerana isu sulit dan peribadi.

Kepada penyokong Pakatan Rakyat khususnya teman anak muda juga harus ditegaskan tinggalkan politik serang peribadi selak kain dan seumpamanya. Politik sensasi yang tak mendidik massa rakyat.

Dalam kes Altantuya, ramai yang suka mensensasikan isu tersebut sehingga isu itu dilihat sebagai isu seks, perempuan simpanan dan seumpamanya. Buku Misteri di Sebalik pembunuhan Altantuya dikeluarkan kerana untuk menjelaskan isu itu demi membetulkan cara rakyat melihat isu itu. Siapa juga ada hubungan seks dengan Altantuya itu seharusnya bukan keutamaan, tetapi yang seharusnya diberikan keutamaan ialah wang negara yang hilang, proses perundangan dan penguatkuasaan yang pincang.

Contohnya rekod imegresen Altantuya hilang dari simpanan, malah ketika dibangkitkan oleh Azmin dalam Dewan Rakyat mengenai isu ini jelas Menteri juga tak menjawab, maka ini sebagai bukti dan rakyat harus sedar betapa negara boleh dikawal bagi menutup kelaku jenayah orang berkepentingan tinggi.

Kes Altantuya harus dibincangkan keluar dari kerangka 'politik selak kain'.....ia harus dibincangkan dari segi kaitan dengan rakyat dan negara.

Kepada semua cukuplah politik menyerang kotor dan memasuki ruang peribadi seseorang. Kita harus jujur dengan diri. Memang ada sebuah blog milik teman yang mengaitkan nama cheGuBard dengan serangan politik peribadi terpulangnya, cheGuBard tidak mahu terlibat kerana ia jelas tidak mendidik. Maaf kepada saudara Ezam dalam hal tersebut saudara lebih kenal penulis blog tersebut dari cheGuBard.

Kepada Ezam M.Nor, saudara pernah mengajak cheGuBard membuka sebuah organisasi yang dinamakan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK), kerana kononya memberikan penumpunan mendidik rakyat mengenai demokrasi dan rasuah yang rakyat sering tidak faham. Kita pernah bersama dalam banyak program dalam dan luar negara atas nama organisasi ini menimba ilmu dan pengalaman demi mendidik rakyat.

Walaupun akhirnya GERAK mati tanpa nisan. Alhamdulillah hampir semua anak muda didikan GERAK semuanya celik pendidikan politiknya. Nazree dan teman-teman muda lain semuanya tidak bersama saudara ke dalam Umno walaupun didesak untuk bersama kerana mereka kurang yakin garis politik yang kurang mendidik massa.

Cuma cheGuBard ingin bertanya mana dokumen yang berkilo - kilo kita kumpulkan bersama dalam operasi membongkar amalan korupsi pimpinan Umno. Mana dokumen korupsi Kementerian Pertanian (dibawah Muhiyuddin Yassin), dokumen korupsi Khir Toyo, Noh Omar, Hishamuddin Tun Hussien dan paling besar dan lengkap kita pernah kumpulkan dokumen korupsi Nor Mohamed Yaakop. Ada banyak lagi butiran dokumen rasuah tersimpan di GERAK. Adakah semua dokumen ini sebagai tukaran kepada surat lantikan sebagai senator ?

Saudara Ezam lupakah saudara dengan keputusan saudara untuk mendedahkan dokumen rasuah Rafidah Aziz dan rahim Thamby Chik yang dilabel sulit (OSA), walaupun dinasihatkan peguam agar guna cara lain kerana saudara pasti ke penjara namun saudara didik anak muda agar berani, saudara dedahkan juga..... Saudara ke penjara bukan kerana Anwar tetapi kerana keberanian saudara mendedahkan dokumen OSA yang melindungi rasuah pimpinan Umno....

Malangnya anak muda kecewa melihat saudara akhirnya sujud berkongsi pentas dengan Rafidah dan Rahim perasuah yang menyumbatkan saudara ke dalam penjara demi menyerang Anwar Ibrahim. Mana prinsip yang saudara sering laungkan dan didik anak muda ? Ketika saudara meletakan jawatan ramai yang ikut.....ketika saudara keluar parti ramai juga yang ikut ..... tetapi ketika saudara masuk Umno hanya dua tiga kerat yang ikut ......fikirkanlah..........

Satu ketika dahulu masih teringat bagaimana setia saudara dengan Anwar. Jangan kata apa pun terhadap Anwar walau bergurau sesama teman, pasti air muka saudara berubah. Pada ketika itu jangan pertikai setianya saudara kepada Anwar. Ketika parti sedikit terpesong dalam membincangkan isu, saudara mengarahkan teman - teman melancarkan Gerakan Anwar Bebas (GAB) agar semua kembali fokus isu Anwar..... bagi saudara semuanya kerana Anwar..... Kini ketika dalam Umno begitu jugalah saudara pula fokus menyerang seolah semuanya kerana Anwar....

Kerana itu anak muda harus pergi lebih jauh tinggalkan politik naungan. Anak muda harus bangkit dengan berani dan ilmu demi menerobos pintu perubahan. Perjuangan ini bukan sekadar persoalan individu tetapi ia kerana proses kemerdekaan rakyat. Perjuangan harus dilandaskan dengan kefahaman dan kesedaran bukan ikutan semata. Jika kita masuk penjara sekalipun ia kerana kesedaran diri dan amat rugilah kalau kita masuk penjara atau mati dalam perjuangan kerana hanya mengikut.............

Anwar kini ialah faktor penyatu gerakan massa yang dipersetujui bersama, itu sahaja selebihnya ia adalah kerana kita dan anak cucu kita.

Kepada anak muda yang ada dalam regim penguasa mahupun yang berada di pihak progresif, ayuh kita tekadkan bersama tinggalkan mainan politik garis 'selak kain' yang tidak mendidik lihat ke depan.....ayuh kita debatkan soal polisi, dasar dan proses penyampaian..... pertembungan biar dalam debat pengurusan dan kepimpinan. Aank muda yang ada dalam regim dicabar semarakkan politik perdebatan terbuka.

tulisan mso

Friday, August 13, 2010

Blogger Umno akan guna apa saja tanpa ketahui fakta

Anwar telah menyambut hari Jadinya sekali lagi di Mahkamah. Maka kesempatan ini tidak dilepaskan oleh bloggers pro Umno yang kebanyakannya berbayar sepenuhnya. Dalam satu laporan yang disiarkan kemudian dalam banyak blog kononya ada lelaki misteri beri bunga dan 'bercium' dengan Anwar depan mahkamah. Kononnya Wan Azizah yang melihat kejadian itu terkejut dan terus masam muka kerana marah.

Hahahaaa... satu 'spin' yang baik.... kalau siapa tak ada di tempat kejadian dan hanya membaca tentu terpedaya..... gambar yang dimaksudkan ialah gambar di atas itu.... kelihatan Hj Rusli Ibrahim, adik kandung Anwar menyambutnya di depan mahkamah dan memeluk Anwar.

Tak mengapa cuba lagi bloggers pro Umno....

update 19 Ogos : ada cubaan bloggers pro Umno serang guna gambar yang sama.... cuba tengok betul-betul gambar depan budak yang beri bunga dan gambar yang peluk yang diambil dari belakang.... seluar dan baju yang lain... cukup lemah cubaan mereka...

Thursday, August 12, 2010

[email dari pembaca] Peniaga Melayu di KLCC dan Alamanda Putrajaya tersisih ?

ini ialah petikan email dari pembaca yang dihantar ke cheGuBard.

Ni apa cerita ni, peniaga Melayu ditindas lagi di Suria KLCC ni ? Dulu tahun 2007 Restoran Melayu yang termaju di Suria KLCC Kelantan Delight pun tersingkir. Kalau peniaga Melayu di tengah ibu kota, sebelah Menara Berkembar Petronas pun tak terbela, apatah lagi Melayu di Pulau Pinang, Selangor, N.Sembilan, Melaka dan lain-lain tempat.

Kalau nak bela Melayu, nak tunjuk Melayu ditindas, jadi tajuk utama TV3 dan Utusan buatlah untuk semua negeri, jangan tumpu di Pulau Pinang dan Selangor saja, KESIAN Melayu tempat lain.

JANGAN SAMPAI MELAYU MELUAT DENGAN TV3 dan UTUSAN

******************************


Peniaga Alamanda dakwa ditekan, akhirnya 'ditendang'

ruangan surat pembaca - Utusan Malaysia 10 Ogos 2010

NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro.

Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.

Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.

Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat yang sama?

Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. Apakah wujud diskriminasi di sini?

Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara ini.

Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.

Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?

Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan.

Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?

Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita tidak diberi tempat di situ.

Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.

Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?

Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan satu persatu.

Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.

Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.

Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan B.

Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.

Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.

FAHMI FABILAH

Dengkil

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

MERDEKA ! Lagi kes peniaga Melayu disisih diKLCC

Selamatkan peniaga Melayu. Utusan Malaysia 9 Julai 2007 - Pada 19 April 2007 lalu, Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai peniaga bumiputera premis Levi’s/Dockers yang berniaga sejak sembilan tahun lalu diberi notis keluar oleh pengurusan Suria KLCC tanpa sebab.

Syarikat tersebut mencatat jualan RM5 juta setahun dan membayar sewa kira-kira RM500,000 setahun.

Beberapa pihak seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor dan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pengurusan Suria KLCC.

Hanya dengan campur tangan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barulah pengurusan Suria KLCC menarik balik tindakan asalnya.

Inilah hakikat keadaan yang dihadapi ramai pengusaha bumiputera di Suria KLCC. Daripada 325 premis perniagaan di Suria KLCC, sekitar 10 peratus melibatkan usahawan bumiputera.

Kadar penutupan premis perniagaan bumiputera adalah sekitar dua, tiga unit setiap tahun, sama ada kerana diberi notis keluar atau dibebani kenaikan sewa yang melampau.

Pengusaha bumiputera minta agar pihak berwajib mengambil tindakan munasabah untuk membela kepentingan mereka yang berniaga di situ.

Saya sendiri menjalankan perniagaan Restoran Kelantan Delights di Aras 4, Suria KLCC sejak 1997. Tempoh perniagaan saya di Suria KLCC akan ditamatkan pada Ogos 2007.

Pihak pengurusan Suria KLCC ada menawarkan perjanjian sewa yang baru tetapi telah menetapkan beberapa syarat baru, selain yang sedia ada. Antaranya ialah:

“Menaikkan sewa hampir 50 peratus lagi iaitu dari RM360,000 setahun kepada RM520,000 setahun. (Padahal, kadar sewa telah naik 100 peratus dalam tempoh enam tahun. Pada 2001, sewa adalah RM180,000 setahun dan sekarang RM360,000 setahun).

“Kos mengubah suai keseluruhan premis pula ditanggung sepenuhnya oleh penyewa (yang saya anggarkan antara RM600,000 hingga RM700,000).

Tindakan pengurusan Suria KLCC ini bagaikan usaha untuk ‘menghalau’ perniagaan saya keluar dari kompleks tersebut.

Padahal sepanjang menjalankan perniagaan di sini, saya tidak mempunyai masalah membayar sewa, gaji atau stok. Saya sudah melabur modal yang besar untuk berniaga di Suria KLCC.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk kegawatan ekonomi (1998-2001), SARS dan selesema burung (2002-2004) serta persaingan dari restoran-restoran lain, saya masih mampu menjalankan perniagaan yang menguntungkan.

Perniagaan saya mempunyai track record yang baik. Restoran Kelantan Delights mendapat sambutan baik daripada pelanggan tempatan serta luar negara dan antara yang paling sesak setiap bulan Ramadan.

Antara milestones restoran ini adalah menerima jemputan pengurusan Harrods London untuk mengadakan pameran makanan di Harrods London selama seminggu pada 1998 dan dipilih sebagai ‘Best Halal Malay Restaurant’ bagi tahun 2005-2006 oleh Halal Journal.

Restoran Kelantan Delights juga mendapat liputan dalam media massa tempatan dan asing termasuk Australia, Jepun, Rusia dan Arab Saudi. Terbaru, restoran ini dipilih untuk program pembangunan francais di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

Untuk berniaga di lokasi berprestij seperti Suria KLCC memerlukan keberanian. Namun sewa yang terlampau tinggi atau syarat yang menyesakkan boleh membunuh sesuatu perniagaan.

Sebagai peniaga, saya memahami jika sewa perlu dinaikkan tetapi peningkatan sewa yang begitu mendadak dan tidak munasabah amat membebankan.

Pada waktu ini pun, saya beroperasi sebagai restoran Melayu terakhir di Suria KLCC. Kita bangga dengan ketinggian bangunan ini, tetapi berapa orang yang sedar bahawa dalam bangunan ini hanya tinggal satu sahaja restoran Melayu dalamnya.

Bayangkan, dalam negara kita meraikan 50 tahun kemerdekaan tahun ini, hanya ada sebuah restoran Melayu di bangunan ikon kebanggaan negara dan rakyat Malaysia. Ini satu senario yang memalukan.

Satu-satunya restoran Melayu di Suria KLCC, selain Kelantan Delights iaitu Restoran Senja telah ditutup kira-kira dua tahun lalu.

Justeru, kerajaan sebagai payung perniagaan Melayu dan menjaga hak kepentingan bumiputera perlu memantau keadaan yang dihadapi peniaga bumiputera di Suria KLCC.

Berilah peluang untuk kami terus berniaga di Suria KLCC dengan kadar sewa yang munasabah. Janganlah semangat, perniagaan dan pelaburan kami dimusnahkan dengan sewa yang terlalu tinggi.

Kami tidak mohon bantuan kewangan atau wang ringgit, cuma mohon peluang dan meminta agar kebajikan kami dibela.

Matlamat saya berniaga di Suria KLCC ialah untuk membangunkan jenama restoran Melayu yang kukuh dan berpotensi untuk dibuka di luar negara dan difrancaiskan.

Saya ingin menyahut cabaran pemimpin negara dan tuntutan semasa untuk membuktikan saya boleh berjaya.

Hasrat dan matlamat kami berjihad dalam bidang ekonomi hanya akan berhasil andainya diberi ruang untuk bernafas dan berpeluang untuk sama-sama menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.

– JUHAIDI ABDULLAH,

Kelantan Delights Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

http://pasns.blogspot.com/2007/07/merdeka-lagi-kes-peniaga-melayu-disisih.html

[email pembaca] Malaysia beli jet pejuang enjin second hand ?

berikut ialah email pembaca yang dihantar dan dikongsi disini untuk perhatian semua.

Wartawan isu ketenteraan negara Marhalim Abas yang sebelum ini menimbulkan kontroversi kapal selam negara tidak boleh menyelam, kali ini menimbulkan kontroversi dan tanda tanya apabila mendakwa kemungkiinan Malaysia membeli jet pejuang baru tetapi menggunakan enjin second hand. Enjin second hand ini adalah dari jet pejuang TUDM yang lama yang dibaik pulih atau refurbish.

Apakah ada kemungkinan tersebut ? Jika ini berlaku, tiada negara lain di dunia yang menggunakan rangka jet baru tapi menggunakan enjin lama dakwa artikel tersebut lagi.

Jet pejuang yang dimaksudkan ialah jenis Aermacchi MB-339A yang telah dihantar satu ke Muzium TUDM Sg Besi. Ianya digantikan dengan Aermacchi MB-339CM. Malaysia telah membeli 8 buah jet ini pada harga 88 Juta Euro.

******************************
*****
First Macchi MB339A at RMAF Museum
Written on August 9, 2010 by Marhalim Abas

SHAH ALAM (Aug 9, 2010): The first of the last remaining batch of the Aermacchi MB-339As was put on display at the RMAF Museum at the Sg Besi Airbase last week. The plane serial number M34-12 is pictured here courtesy of NST journalist Sager Ahmad, who has a long history working with the museum.

Sager reported that the aircraft was transported to the museum on a low-loader with the wing taken out. The appearance of the M34-12 I believed marked the retirement of the As following the delivery of the 8 MB339CM last year. However there is no official confirmation from the RMAF just yet. But since the engines of the As had been taken out to be refurbished before they were fitted on the CMs, the argument is purely academic of course.

Only in Malaysia, so claimed DHEagle to me. He said such thing has never happen anywhere else. No other airforce he claimed would put an old engine into a new plane! How did this thing happened one may asked?

Well the short answer, based on conversations I had with DHEagle and confirmed by other sources, the RMAF had been planning to replace the As since 2000. But due to long negotiations plus an added requirement from the Ministry of Transport – extra landing rights to Malaysia Airlines for Rome – the deal was finally struck in 2006. However, by that time the allocation to purchase the new CMs had been fixed at around RM600. That means RMAF can only purchase 4 new CMs with new engines and eight, if they used the old engines from the As. We all know what happened next.

I was told that RMAF did not pursue the option of refurbishing the As into the CM version as it was expensive as buying new airframes. I am told that the As were retired prematurely as the airframes and engines had still half of their service lives when the deal to purchase the CMs was finalised, which was a pity of course…

The LOI for the 8 CMs was signed at DSA2006 while the contract was signed a few months later. The deal to refurbished the engines of the As (Viper Mk623.43) for the CMs was signed at Lima 2007. All of us (reporters) , including myself, missed out on that small print as we were always looking for bigger, newer things at such functions. Oh well, at least the museum got a new toy for display….

http://www.malaysiandefence.com/?p=1202

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA
Wednesday, 26 March 2008
SEJARAH

No 15 Skuadron di tubuhkan asalnya mengambil perjawatan Pusat latihan Terbang 3 (Pulatibang 3). PULATIBANG 3 talah ditubuhkan dengan kekuatan 12 x pesawat pejuang ringan jenis Aermacchi MB 339A telah diletakkan dibawah tanggungjawab Komandan. Ianya telah beroperasi selama lebih kurang 10 tahun dan berjaya melahirkan sebilangan besar juruterbang tempur dan pejuang yang ada pada masa ini. Unit ini telah melahirkan sebilangan besar juruterbang tempur dan pejuang yang ada pada masa ini. Unit ini telah dipindahkan ke Pangkalan TUDM Butterworth pada 15 Dis 93.

http://www.airforce.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=78&Itemid=94

Alenia Telah Kirimkan 8 Jet Latih MB-339CM Ke TUDM
Saturday, December 5, 2009

5 Desember 2009 -- Alenia Aermacchi Italia telah mengirimkan 8 jet latih MB-339CM ke Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sesuai kontrak senilai 88 juta euro pada akhir 2006.

Dua pesawat pertama diterima TUDM pada Maret 2009, diterbangkan langsung dari Italia oleh pilot Alenia kepala pilot penguji Cdr. Quirino Bucci dan pilot penguji Cdr. Matteo Maurizio.

Sedangkan dua pesawat terakhir juga diterbangkan langsung dari Venegono Italia 28 November.

Versi MB-339CM dibuat berdasarkan versi MB-339CD yang digunakan AU Italia, berkursi tandem dan bermesin tunggal serta dilengkapi peralatan pengisian bahan bakar di udara.

TUDM telah menggunakan versi MB-339A selama 20 tahun.

http://beritahankam.blogspot.com/2009/12/alenia-telah-kirimkan-8-jet-latih-mb.html

9 tahun rakyat N.Sembilan berputih mata

PAROI: Ketiadaan Sijil Layak Menduduki (CF) yang dipercayai akibat sistem pembetungan yang tidak memenuhi piawaian ditetapkan menyebabkan beberapa pembeli rumah di Fasa 2 Taman PJ Perdana di sini berputih mata untuk mendiami rumah mereka sejak sembilan tahun lalu.

Tanpa CF, pembeli tidak dapat memasuki rumah walaupun ia sudah siap. Bagaimanapun, beberapa pembeli yang tidak sabar terus mendiami rumah idaman mereka walaupun tanpa mendapat CF. Sesetengah pembeli lain pula tidak mahu menanggung risiko berikutan rumah tanpa CF tidak mendapat perlindungan insurans.

Ini menyebabkan pembeli rumah berkembar itu memohon pihak berkuasa campur tangan untuk menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi. Pembeli, Ali Mohamad, 28, berkata masalahnya sekarang terpaksa membayar pinjaman bank kira-kira RM1,000 sebulan sejak 2001 walaupun tidak menduduki rumah itu.

Katanya, pembeli tidak berpuas hati kerana pemaju perumahan tidak memberi jawapan konkrit untuk menyelesaikan masalah mereka.

Saya minta kerajaan negeri campur tangan dalam masalah ini kerana hampir 10 tahun menunggu, masih tiada kata putus daripada pemaju. Rumah sudah siap, cuma kekurangan beberapa kemudahan infrastruktur, katanya yang terpaksa membayar pinjaman bank dan pada masa sama membayar sewa rumah.

Beliau berkata, rumah yang tidak didiami dikhuatiri digunakan untuk kegiatan menghisap dadah dan akhirnya dirosakkan.

Tinjauan Berita Harian mendapati ada beberapa rumah didiami penduduk dan sebahagian terbiar hingga dipenuhi semak. Sebuah rumah didapati mempunyai banyak kesan, dipercayai akibat kegiatan menghidu gam.

Jamaludin Hussin, 49, pula tidak peduli dengan ketiadaan CF dan terus mendiami rumah itu sejak Januari lalu dengan menyiapkan kemudahan yang tidak disiapkan pemaju menggunakan wangnya sendiri.

Saya membuat keputusan tinggal di sini kerana sudah membeli rumah ini dan tiada rumah lain. Tinggal di mana-mana pun tetap ada risiko, tetapi di sini saya akan rugi jika berlaku apa-apa kerana rumah tidak dilindungi insurans, katanya.

BAGAIMANAPUN, DIA HAIRAN KERANA RUMAHNYA DIKATEGORIKAN SEBAGAI TERBENGKALAI SEDANGKAN BIL PEMBETUNGAN DITERIMA SETIAP ENAM BULAN.

Jika sistem pembetungan menjadi punca rumah tidak mendapat CF, mengapa saya menerima bil ini? katanya.

Seorang pembeli yang enggan dikenali berkata, mereka bosan kerana disuruh bersabar sedangkan CF masih belum diperoleh selepas bertahun-tahun menunggu, malah sesetengah pembeli terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk mendiami rumah itu.

Malah, katanya, masalah sosial sudah berlaku di kawasan itu berikutan keadaannya yang sunyi serta dipenuhi semak-samun.

Kawasan ini sunyi dan dipenuhi semak memudahkan perbuatan tidak senonoh dilakukan. Penduduk sering menjumpai botol arak dan tin gam. Walaupun diadukan kepada pihak berkuasa, masalah ini masih berlaku, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_9tahunputihmata/Article

Umno-BN Didakwa Cuba Ulangi Operasi Lalang 1987 (SK)

KUALA LUMPUR 11 0gos - Umno-Barisan Nasional didakwa membuat perancangan rapi bagi mencetuskan kegelisahan dan ketegangan kaum di negara ini apabila satu persatu pemimpinnya mula mengeluarkan pelbagai kenyataan bersifat perkauman.

Trend ke arah itu dipercayai menyediakan landasan dalam usaha politik kedurjanaan Umno-BN untuk mengulangi semula Operasi Lalang pada sekitar 1987 di mana ratusan pemimpin pembangkang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard berkata, tindak-tanduk itu dapat dilihat daripada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina Islam dan masyarakat Melayu baru-baru ini.

"Kenyataan ini sengaja dikeluarkan semata untuk meraih sokongan orang Cina khususnya bukan Islam yang menjadi kekuatan MCA sebelum ini, sebaliknya mutakhir ini semakin menjauhi MCA."

"Kenyataan ini juga ada kaitannya dengan pelan besar rejim untuk mewujudkan ketegangan kaum, memainkan skrip lama untuk kekal berkuasa. Setiap kali gabungan pewaris penjajah hampir hilang populariti maka mereka akan memainkan sentimen kaum untuk kembali meraih simpati rakyat yang dipecah perintah berdasarkan kaum mengikut pemikiran penjajah dahulu," kata beliau selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Soi Lek bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menghantar berhubung kenyataannya sambil mendesak beliau memohon maaf secara terbuka dalam masa 14 hari.

Memorandum itu diserahkan kepada Pembantu Khas Presiden MCA itu, Yap Chin Chin di Bangunan MCA, Jalan Ampang tengahari semalam.

"SAMM yang terdiri anak muda Malaysia daripada pelbagai latar kaum dengan ini menyatakan amaran kepada Dr Chua untuk menarik semula kenyataannya yang menghina Islam dan memohon maaf dalam tempoh 14 hari atau berdepan dengan aksi anak muda di seluruh negara," tegas beliau.

Pada 6 Ogos lalu, Chua secara terbuka mengecam PAS termasuk Umno kerana didakwa menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu dan Islam dengan memberi gambaran negara Islam tidak progresif serta mengamalkan rasuah.

Menurut CheGuBard, sentimen perkauman biasanya digunakan Umno-BN bagi menimbulkan huru-hara dan mencetuskan ketegangan kaum apabila parti pemerintah itu mula kehilangan sokongan dari rakyat sepertimana berlaku pada 1987.

"Rakyat masih tidak lupa bagaimana pada tahun 1986/1987 ketika Umno dan parti gabungan BN sedang menghadapi konflik dalaman dan makin menghilang populariti, Lee Kim Sai, Ketua Pemuda MCA dan Najib Razak, Pemuda Umno telah melancarkan perang kaum.

"Setelah suhu permusuhan kaum naik, regim mengambil kesempatan menahan pimpinan rakyat yang progresif di bawah ISA dengan tema Operasi Lalang. Dua watak penting pembakar sentimen kaum terlepas malah seorang darinya sudah menjadi perdana menteri dan berselindung di balik slogan 1Malaysia," ujar beliau.

Notis pada Dr.Chua dan MCA

10 Ogos lepas jam 1145 pagi, cheGuBard dan 7 lagi penyelaras SAMM telah menghantar satu notis kepada Presiden MCA. Notis ini telah diterima oleh Pegawai Khas Presiden MCA Puan Yap Chin Chin.

Wednesday, August 11, 2010

Umno tindas Melayu ?


surat ini diperolehi dari seseorang yang hanya mahu dikenali sebagai kakitangan JKR yang bosan dgn sikap Umno yang hipokrit.

Jika dokumen ini benar maka amat hipokritlah Bn konon bawa semangat perpaduan satu Malaysia tetapi dalam masa yang sama membawa sentimen penindasan dan memecah belah rakyat. Adakah dengan tidak menyokong Umno hilang hak sebagai bumiputera dan rakyat Malaysia ?