Saturday, May 29, 2010

Kongres lancar dan bersemangat

Sebaik sahaja selesai ceramah di Paka, Dungun 27 Mei. cheGuBard terus menuju ke Kota Bharu. Kali ini ke Kota Bharu membawa isteri dan anak-anak, tujuanya ialah Kongres Nasional KEADILAN ke 6. Sampai ke Kota Bharu jam 4.30 pagi. Sebanyak 4 kereta 1 van dari KEADILAN Rembau bersama ke Kota Bharu.


28 Mei 2010, paginya menjengok ke Kongres Sayap Wanita KEADILAN, nampak begitu bersemangat dan persiapan nampaknya cukup rapi, tahniah. Malah nampaknya kali ini kelompok wanita muda ramai menjadi perwakilan dalam Wanita. Mungkin masanya makin sampai kelompok wanita muda ini diberi ruang menjadi sayap rasmi parti agar lebih banyak pemimpin muda lahir.

28 Mei, 9.00 mlm bersama dengan YB Dato Paduka Husam Musa, YB Azmin Ali berceramah dalam satu program menerangkan mengenai isu Palestin. Program yang dianjurkan oleh Seketeriat Anak Muda Kelantan dan Seketeriat Cakna Palestin ini turut dihadiri oleh dua wakil pejuang dari Palestin dan seramai lebih 1000 orang membanjiri padang awam Ketereh malam tersebut.

Kemudian terus bekejar pulang ke 'Rumah Rembau' untuk BBQ Tengah Malam dan Sembang-sembang anak muda. Keseluruhan yang hadir dari jam 11.30 malam hingga group yang terakhir pulang jam 4pagi ialah hampir lebih 100 orang. Malam itu sembang-sembang yang diojangka santai menjadi begitu berat dan sarat dengan mencari hala tuju anak muda dalam negara. Kehadiran Hishamudin Rais telah menjadi provokator minda yang telah mengheret perbincangan ke arah idea dan pemikiran bernas.
Dari pagi tadi dengan perasmian dengan ucapan dasar dibacakan oleh DSWA, dengan kehadiran ramai wakil kedutaan, LKS wakil DAP, Mustafa Ali Wakil PAS dan TG Nik Aziz juga barisan exco kerajaan negeri Kelantan.

Sekarang ini dewan gamat dengan pembahas - pembahas Usul ucapan Presiden.

Malam ini Himpunan Perdana bersama DSAI, TGNA, LKS di Padang Awam, Kota Bharu.

Sempena Kongres ke 6,dapatkan buku Misteri Disebalik Pembunuhan Altantuya+3 VCD=RM16.
vcd1-siapa Rosmah Mansor ?,fahami pertikaian kes Altantuya
vcd2-pendedahn skandal jenayah Menteri Umno
vcd3-rakaman berita TV Najib menipu tiga hari yang bbeza dgn knyataan berbeza dlm kes Fitnah2,fatwa Yusof Qardawi & pemalsuan bukti kes Fitnah2.
dptkn dgn hubungi 0126937908 (Zam) penghantaran percuma sekitar kawasan kongres

Thursday, May 27, 2010

Walaupun di ugut dan dipindah lokasi 3 kali Program berjaya





Walaupun di ugut dan di tukar lokasi 3 kali namun program gempur DUN Rantau berjaya. Dengan persiapan pentas 'ala kadar', berceramah di atas Hilux milik Saudara Saufi (salah seorang Penyelaras SAMM) program tersebut berjaya mengumpulkan hampir 1500 orang. Ramai yang hadir, antara yang dikenal pasti termasuk aktivis Umno setempat. InsyaAllah terbuka sedikit-sedikit hati yang selama ini Umno.

Kaunter pendaftaran mencatatkan 95 permohonan keanggotaan baru KEADILAN dan 47 pengundi baru.

Terima kasih kepada semua aktivis yang membantu khususnya, 'adik beradik' Solidariti Anak Muda Malaysia. Tak lupa Abang Saleh (AJK KEADILAN Rembau) yang benarkan rumahnya digunakan walaupun ayahnya sakit teruk di Hospital.

untuk lihat gambar lagi sila ke http://solidaritianakmuda.blogspot.com/

Tuesday, May 25, 2010

Ceramah Md Sabu tetap diteruskan, akur nasihat polis lokasi ditukar

Semalam setelah Norazizi Aziz, Setiausaha KEADILAN Rembau berbincang dengan pihak Ketua Polis Daerah Seremban, akhirnya kami akur persetujuan diambil dengan ceramah diteruskan tetapi lokasi kami akur untuk ditukarkan ke Taman Angsamas, Rantau.

Jangan lupa datang dan hebahkan.

Ceramah Perdana bersama
Tn Hj Mohamad Sabu (J/K Pas Pusat),
YB Taufek A. Ghani (YDP PAS Rembau), cheGuBard (Ketua KEADILAN Rembau), YB Arumugam (DAP-ADUN Rahang) dan Ginie Lim (Exco AMK Pusat)

25 Mei, 9.00 malam,
Padang Awam, Taman Angsamas.

Monday, May 24, 2010

PDRM akui 'gangster' di belakang MB NS, ceramah diteruskan dengan pindah lokasi


akhbar Sinar yang hadir sidang media menulis dengan cara mengelirukan. Tuduhan kaitkan Menteri Besar dan gangster bukan tuduhan KEADILAN tetapi berdasarkan surat dari PDRM dalam menolak permit. Malah sidang media tersebut meminta untuk diumumkan lokasi baru juga tidak disiarkan oleh Sinar.... kenapa yer ?


22 Mei 2010, satu sidang media telah dibuat oleh cheGuBard (Ketua KEADILAN Rembau) dan YB Taufek Ghani (YDP PAS Rembau) mengenai program Pakatan Rakyat 'gempur' DUN Rantau.

Lebih 3 minggu lepas satu permohonan permit ceramah politik telah dihantar ke IPD Seremban memohon untuk satu ceramah politik di Kg. Nyatoh, Rantau. Namun seminggu selepas itu dimaklumkan secara 'mulut' oleh pihak polis meminta kami menukar lokasi ceramah tersebut kerana ia dekat sangat dengan 'lubuk' Mohamad Hassan (Menteri Besar N.Sembilan dan ADUN Rantau) selain dari alasan teknikal seperti lokasi tidak tidak berpagar dan jalan besar yang dekat dengan lokasi mempunyai garisan berkembar, yang mana bagi kami alasan teknikal tersebut boleh di atasi. Polis yang menyampaikan maklumat tersebut dengan meminta pihak kami memahami 'tekanan' yang mereka terima.

Untuk menjaga hubungan baik kami dengan polis maka 'permintaan' untuk mengalihkan lokasi ceramah kami akur dengan mengalihkan ke depan Pejabat DAP, Taman Ekar Rantau. Namun pada 21 Jun, Setiausaha KEADILAN Rembau, Sdr. Norazizi Aziz telah menerima dua pucuk surat yang menolak pemberian permit di kedua - dua lokasi ceramah.

Antara alasan penolakan dalam surat pertama yang menolak Kg Nyatoh, Rantau sebagai lokasi ceramah dalam surat yang ditandatangani oleh Ketua Polis Seremban ialah kawasan tersebut DUN Rantau ialah kawasan yang mana ahli dewan undangan negerinya merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan dan bimbang kumpulan penyokong Bn bertindak balas dan bertindak ganas.

Dalam surat kedua pula menolak Depan Pejabat DAP-Pakatan Rakyat di Taman Ekar, Rantau sebagai lokasi ceramah antara alasanya ialah terdapat Kumpulan Gangster India penyokong Bn di kawasan tersebut. Polis juga menyatakan bimbang jika penceramah akan membangkitkan provokasi dan mengundang indak balas kumpulan gangster India dan PAKEDA yang menyokong Menteri Besar.

Ini adalah alasan yang karut. KEADILAN Rembau merakamkan simpati dan amat memahami dengan situasi PDRM yang menerima tekanan. Kami jangkakan mungkin kalau bukan tekanan dari Menteri Besar sendiri tetapi kemungkinan dari penyokong dan ahli keluarga Menteri Besar yang juga terlibat dalam kumpulan yang dinyatakan oleh Polis. Namun ia masih kerana kelemahan Menteri Besar yang terlalu lemah hingga gagal mengawal penyokong khususnya ahli keluarganya sendiri. Di ingatkan bukan KEADILAN Rembau menuduh dan mengaitkan Menteri Besar dengan gangster tetapi ia terkandung dalam surat Polis. Ini mungkin polis yang tertekan dan menyampah dengan tekanan yang diberikan sehingga memaksa mereka mengeluarkan surat yang tertulis nyata mengenai tekanan mereka.

Ini sebagai bukti kenapa gangsterisma dan jenayah gagal diatasi dengan efisyen kerana ada ganster yang dilebel penyokong Bn terpaksa diberi layanan istemewa. Mungkin ini antara yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara, Musa Hassan sedikit masa lalu dengan menyatakan ada campur tangan luar yang mengganggu profesionalisme pihak polis.

Kepada Menteri Besar, kamu harus malu dengan perkembangan ini. Tunjukanlah contoh yang baik atau adakah kamu nak jadikan kawasan Pekan Rantau dan sekitarnya sebagai pekan koboi yang dikuasai oleh keluarga dan penyokong kamu sahaja ? Dalam politik matang hujah sepatutnya dibalas hujah bukan berselindung di sebalik ugutan dan penggunaan jentera kerajaan.

Untuk tidak mahu punya masalah dengan polis. Sebagai parti yang bersedia mengambil alih kerajaan negeri dalam PRU akan datang, Pakatan Rakyat tidak mahu membuang sumber (masa, tenaga dll) dalam bertempur dengan perkara yang tak sepatutnya maka memilih untuk mengalihkan kali ke 3 lokasi program.

Program tersebut tetap diteruskan dengan jemputan dan masa yang sama cuma lokasi di tukar ke Padang Awam, Taman Angsamas, Rantau. Harap ia tidak punya masalah lagi kerana ia lokasi yang agak jauh dari pekan yang dianggap keluarga dan penyokong Menteri Besar sebagai milik mutlak mereka.

Sdr. Norazizi Aziz pagi tadi telah berjumpa dengan pihak Ketua Polis Daerah Seremban sendiri. Alhamdunillah beliau nampak profesional. Lokasi terbaru tidak ada masalah. Namun sebagai persediaan seperti gangguan gangster atau upahan Bn maka kita mohon sebanyak mungkin petugas dapat digerakkan ke lokasi ceramah untuk memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang gangguan.

Kepada semua juga dirayu untuk menghebahkan maklumat ceramah melalui sms, email atau apa juga cara demi memastikan semangat dan kekuatan rakyat dapat ditonjolkan ke arah memerdekakan rakyat negeri ini.

Kita tahu ini semua kerana ketakutan regim Bn khususnya di negeri ini yang makin panik. Rakyat negeri ini hanya dibezakan dengan 4 kerusi sahaja lagi sebagai pemisah untuk melihat Bn Justify Fulltumbang.

Sunday, May 23, 2010

Gangsters in ceramah: PKR ticks off MB, police

By Zefry Dahlan

SEREMBAN: Pakatan Rakyat leaders in Rembau took to task the Seremban police for arbitrarily refusing a permit for a ceramah scheduled for May 25.
According to Rembau PKR chief Badrul Hisham Shaharin, the police were forced to relent to pressure from Negeri Sembilan Menteri Besar Mohd Hasan.

Initially the ceramah was to be held at Kampung Nyatoh, Kuala Sawah, Rantau. Police refused a permit, saying that the location was too close to the main road.

The organisers then switched the location to Taman Bandar Ekar, Rantau. Once again, police refused a permit, this time giving a different reason.

"Seremban OCPD Saiful Azly Kamaruddin said a permit could not issued due to the presence of Indian gangsters and Pekida,” said Badrul.

“The OCPD said there was a chance that groups might retaliate as the location of the ceramah was within the menteri besar's constituency.

"The OCPD’s statement clearly shows that the menteri besar is supported by the Indian gangsters and Pekida. The letter from the police clearly states this,” he added.

Badrul said the letter clearly shows that the police were forced to bow to pressure from the menteri besar and his proxy of gangsters.

Badrul, who is also a PKR supreme council member and popularly known as Chegu Bard, challenged Mohd Hasan to a ‘fight’ with facts and not ‘strong-arm tactics’.

Meanwhile Mohd Taufek, the Rembau PAS chief said the police action shows there is no room for democracy, and the impression given by the police is that it is not in control.

"The impression by the police is that it has lost the control over the whole matter. This is worrisome as confidence in the force will be further eroded,” said Mohd Taufek.

Among the speakers who were scheduled to take to the stage at the ceremah were PAS’ crowd-puller Mohamad Sabu, Paroi state assemblyman Mohd Taufek Abdul Ghani, Rahang state assemblyman MK Arumugam, PKR Youth exco Ginie Lim and Badrul Hisham.

In the press conference Badrul conceded to the pressure imposed by the police and announced that he is shifting the location of the ceramah to an isolated place which is more than 15 kilometers from original place.

With the same line-up of the speakers, the ceramah will be held in Taman Angsa Mas, Mambau at 8.30pm on 25th May 2010.

PAKATAN RAKYAT REMBAU SERANG KUBU MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

REMBAU - Pakatan Rakyat (PR) Rembau akan melancarkan serangan keatas "kubu" Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan (NS), Mohd Hasan pada 25 Mei ini.Sehubungan itu satu program ceramah penerangan isu sensasi semasa akan diadakan di hadapan Pejabat DAP Rantau, di Taman Ekar, Pekan Rantau.

Menurut Ketua Penganjur ceramah tersebut, Badrul Hisham Shaharin; pada mulanya ceramah tersebut sepatutnya diadakan di Kampung Nyatoh, Rantau tetapi pihak polis tidak memberikan permit atas alasan jalan depan tapak ceramah itu ada garisan berkembar.

" Alasan pihak polis tidak munasabah.Tetapi kami telah mengalihkan lokasi ceramah ke Taman Ekar.Sehingga ke hari ini permit yang dipohon masih belum diluluskan lagi.

" Tetapi hari ini saya mendengar 'sumber' dari polis meminta kami alih ke tempat lain pula untuk dapatkan permit kerana kononnya itu kawasan Menteri Besar.Ini bukan negara koboi, ada kawasan orang itu dan ada kawasan orang ini.Kalau tak boleh beri permit kerana kawasan MB, senang saja Polis istihar sahaja DUN Rantau semua tak boleh bertanding dan ia kawasan Darurat dibawah pemerintahan keluarga Mohamad Hasan.Senang!!!", tegas Badrul Hisham.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Rembau, Mohd Taufek Abdul Ghani pula menyifatkan Umno Rembau semakin gusar dengan kemaraan pengaruh PR di NS khususnya Rembau.

" Saya percaya Umno Rembau semakin mengelabah apabila kami di PR semakin banyak menganjurkan program kemasyarakatan demi kebajikan dan kepentingan rakyat.

" Amat lucu hanya kerana kami anjurkan program ceramah mereka mula gelisah, sedangkan mereka menguasai semua media termasuk tv, akhbar dan radio.Mereka gelisah kerana tidak mahu maklumat sebenar tentang kelemahan kerajaan Barisan Nasional sampai kepada rakyat", kata Mohd Taufek.

Program Ceramah yang bertemakan " Kugan, Beng Hock, Aminul & Siapa Lagi?? Siapa Agen Israel??" akan disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani; ADUN Rantau, MK Arumugam; EXCO AMK Pusat, Ginie Lim dan Ketua Cabang KeADILan Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Norazizi Abdul Aziz di talian 012-3696474. - Faiz Abdullah

Friday, May 21, 2010

Penjelasan isu YBK


Kecoh di Selangor kononya kerajaan Rakyat Selangor telah menzalimi anak yatim dan miskin. Isu ini timbul kerana kononya kerana Kerajaan Negeri Selangor dituduh cuba merampas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan.

Namun itu hanya mainan media pro Umno. Apa sebenarnya terjadi ? Kerajaan Selangor telah mengeluarkan Kertas Putih bagi menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar.

semua dijemput mengetahui kebenaran disebalik isu ini dengan klik pada tajuk dibawah ;

Thursday, May 20, 2010

Petikan email : JKR menipu dalam menamal jalan ?

Thursday, May 20, 2010-70 Modern Wonders of Malaysia - Jalan Tampal
Aku cukup tak paham dengan teknik penampalan jalan di Malaysia ni. Kenapa bila ada lobang muncul seperti herpes dipermukaan jalan, hasil tampalan majlis perbandaran mesti tak rata. 90% of the time hasil tambalan tadi akan terbonjol keluar macam jerawat baru nak tumbuh.

Why? Timkai?

Aku pernah tengok mamat tampal jalan ni buat kerja. Ada mini steamroller atau earth compactor. . Kalau dua alatan asas untuk menampal jalan diorang ada apsal hasil tampalan still membengkak? Akibatnya bila aku drive atas tampalan kereta aku rasa macam langgar anak kucing. Oh yes I ran over a few kitten in my lifetime. I thank god that I was listening to some hard rock that day because it drowned the death yelp of kitten.

"MEOWWWWWWWWWWWWWWRRRR WELP..."

I also once ran over a turtle and a biawak. The biawak one was the best because it died instantaneously after I ran over its head. For the next 7 days the the rotting carcass can be seen drying on the road. On day 5 I saw another biawak eating the carcass. CANNIBALISM WINS

Apa obsesi penampal jalan di Malaysia dengan hasil tampalan yang benjol? Adakah sebelum ditauliahkan menjadi seorang penampal jalan profesional, dia bekerja sebagai seorang penggali kubur? I came to this conclusion because the only place where you can fill up a hole and left a bulge afterward is in cemeteries. This is understandable pasal lepas dah sumbat mayat orang dalam lubang, kita ada lebihan isipadu tanah dari isipadu lubang asal. Nak tak nak kena lambakkan tanah yang terlebih tadi diatas kubur.

Didalam kes penampal jalan, lubang yang perlu ditampal tidak digali oleh diorang. Derang perlu datang tampal lubang aje. By right dia boleh agak jumlah isipadu McAdam yang diperlukan bagi menampal lubang yang sedia ada. Macamana boleh terover budget? Mata kero kah? Kalau mata kero takkan semua penampal jalan Malaysia kero matanya? Tengok dari jauh pun boleh nampak hasil tampalan tak sama rata dengan aras asal jalan.

Masa aku dekat UK dulu aku impressed gila dengan cara orang sana tampal jalan. Jalan yang ditampal is smooth and level. Lepas tu parameter lubang yang ditampal tadi dia line up with waterproof sealant (I reckon it was rubber based but I'm not quite sure) . It looked like black paint and works as a selant between the original road surface and the newly laid McAdam. Hasilnya jalan yang ditampal jarang rosak kembali dalam jangka masa terdekat. Lepas tu pulak setiap tampalan di UK cantik potongannya.

sumber : obefiend.blogspot.com

Di NS bukan takat dewan tapi permit pun diganggu.

Heboh kononya di Pulau Pinang, Program Pemuda Umno tak dapat kebenaran menggunakan Dewan Orang Ramai, tetapi di Negeri Sembilan nak dapatkan permit polis pun susah dan kadang kala dah dapat tetapi dibatalkan saat akhir.

Contoh terdekat ketika semua persiapan ceramah Tn Hj Mohamad Sabu sudah disiapkan untuk diadakan di Kg. Nyatoh, Rantau di sebuah tanah persendirian yang pernah sebelum ini dua kali buat program Barisan Alternatif (BA) satu ketika dulu dan semuanya 'ok'. Malangnya kali ini polis tak bagi permit kerana jalan depan tanah itu garisan berkembar.

Kami alih pula ke Depan Pejabat DAP, di Taman Ekar,Rantau permit di pohon semula tetapi sampai ke saat ini masih tak ada respon dari Ibupejabat Polis Daerah Seremban. Kami tak boleh tunggu untuk promosi dan persiapan, tetapi hari ini dengar 'sumber' dari polis cuba minta alih ke tempat lain (selain Rantau) untuk dapat permit kerana kononya itu kawasan Menteri Besar.

hahaha mengarut, ini bukan negara koboi ada kawasan orang itu dan ada kawasan orang ini. Kalau tak boleh beri permit kerana kawasan MB senang saja Polis istihar sahaja DUN Rantau semua tak boleh bertanding dan ia kawasan Darurat dibawah pemerintahan keluarga Mohamad Hassan, senang !!!!

Semua persiapan dah dibuat, insyaAllah semua urusan keselamatan seperti letak kereta, kelancaran trafik, tempat duduk ceramah dan seumpamanya sudah disusun dengan baik dan petugas yang cukup disediakan.

Semua dijemput keayuh kita gempur kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan dengan maklumat.

Kepada semua mohon rayu sebarkan maklumat hebahan ceramah ini kepada sebanyak mungkin orang.

Wednesday, May 19, 2010

PKR beri ahli ‘notis’ 1 bulan jika mahu keluar parti...yang nak keluar tu..cepat keluar...!!!


KUALA LUMPUR, 19 Mei — Ekoran siri tindakan keluar parti kebelakangan ini, pemimpin dan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi nasihat — sesiapa yang masih berhasrat mahu meninggalkan parti itu agar berbuat demikian dalam tempoh sebulan ini.
PKR memberikan ‘nasihat mesra’ ini bagi membolehkan parti itu menjalankan proses penjenamaan semula, dijangka dilaksanakan selepas kongres nasional hujung bulan ini.
Proses penjenamaan semula ini dilihat menjurus kepada usaha memperkukuhkan parti dan menepis sikap negatif ekoran serangan bertubi-tubi sejak kebelakangan ini.
Kongres Nasional PKR akan diadakan di Kota Baru mulai 27 hingga 30 Mei.
Nasihat ini diberikan oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Fuziah Salleh yang mahu memulihkan imej parti yang dilihat tercalar dengan serangan bertubi-tubi termasuk laporan tindakan keluar parti segelintir wakil rakyat dan pemimpin cabang dan negeri.
“Selaku pengarah pilihan raya, saya berpendapat mereka yang merasakan tidak lagi dapat memenuhi kepentingan peribadi mereka... mungkin mereka ini menyertai PKR (dulu dikenali sebagai Keadilan) atas alasan boleh mendapat manfaat peribadi, tetapi sekarang merasakan sebaliknya, wajar meninggalkan parti,” kata beliau.
“Saya beri notis kepada semua yang hendak melompat dari PKR untuk berbuat demikian dalam tempoh satu bulan. PKR akan membuat ‘rebranding’ (penjenamaan semula) selepas ini.
“Saya juga memaklumkan bahawa ‘we mean business’ dalam parti. Kita mahu PKR seiring dalam Pakatan Rakyat dan sesiapa yang hendak main-main (tidak serius) dalam PKR tidak diperlukan,” kata Ahli Parlimen Kuantan ini kepada The Malaysian Insider.
Fuziah yang mengetuai portfolio pilihan raya sejak Februari lalu melahirkan pendirian tegas ini beberapa hari selepas Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong keluar PKR.
Wee mengumumkan keluar PKR Jumaat lalu atas kerana kesal dengan kepimpinan parti itu dan Pakatan Rakyat yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil, Selangor.
Pada Februari dan Mac lalu, PKR kehilangan tiga Ahli Parlimen yang memutuskan untuk keluar PKR.
Sejak Februari 2009, PKR juga melalui pengalaman lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) meninggalkan parti itu yang ditubuhkan pada 1999 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan kerajaan.
Anwar kini berhadapan dengan kes mahkamah melibatkan tuduhan liwat.
PKR juga kehilangan satu lagi kerusi Parlimen selepas wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat dari parti atas masalah disiplin.
Sambil melihat tindakan Wee keluar parti sebagai yang terakhir membabitkan wakil rakyat, Fuziah berkata, nasihat ini diberikan kepada ahli akar umbi dan pemimpin semua peringkat.
“Saya yakin tindakan Wee keluar parti yang terakhir (membabitkan wakil rakyat).. jadi saya berikan tempoh (sebulan( ini,” katanya.
“Saya memberikan nasihat ini kerana jika mereka mempunyai sebarang rintihan dan rasa tidak puas hati, dan jika mereka benar-benar mencintai parti, saya lihat masih ada ruang untuk duduk berbincang dan menyelesaikan dan menguruskan konflik yang wujud,” kata beliau.
Ditanya sebab memberikan tempoh sebulan, Fuziah memberitahu, beliau merasakan tempoh sebulan ini memadai untuk mereka berfikir.
“Saya merasakan tempoh sebulan ini memadai (untuk membuat keputusan)... jika mereka benar-benar merasakan perjuangan parti ini menjadi keutamaan, mereka akan kekal bersama parti untuk menghadapi cabaran masa depan,” kata beliau sambil tidak menolak pihak lawan menggunakan situasi semasa untuk menyerang parti.
“Pihak lawan menggunakan ahli dan pemimpin (yang melahirkan rintihan) untuk menyerang parti. Sebagai pengarah pilihan raya, saya secara peribadi mahu mengakhiri serangan ke atas parti,” katanya.
Selain tindakan wakil rakyat keluar parti, PKR juga berhadapan dengan fenomena yang sama membabitkan pemimpin peringkat cawangan dan negeri yang keluar parti baru-baru ini khususnya ketika pilihan raya kecil.
Ia disaksikan secara bertali arus menjelang hari pengundian pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu dan minggu lalu semasa berlangsungnya pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.

Tuesday, May 18, 2010

Jika SPRM tidak bangkai bernyawa Najib sudah boleh didakwa

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.

Ini merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan dalam bahasa Inggeris.

I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me, kata Najib.

Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan ini juga melanggar akta Rasuah dimana tawaran rasuah telah dibuat, bukan lagi selindung tetapi disiarkan di seluruh negara.

Jika rakaman ini turut di siar ke negara asing bayangkan betapa imej Malaysia akan hancur.


Zul Nordin dah aku janji depan Dollah dan Najib

YB Zulkifli Nordin keluar lagi dalam Buliten Utama 16 Mei 2010 konon berlagak seperti Nujum Pak Belalang dengan menujumkan bahawa KEADILAN hanya akan bertahan dalam 10 bulan lagi.

Yang pasti kalau Zul Nordin beriman dengan tilikan dia itu, pasti dia akan kecewa.

KEADILAN akan jadi lebih matang dan kuat apabila kelompok yang membawa agenda peribadi keluar dari parti ini. Kelompok yang kecewa tak jadi menteri kerana tak terjayanya cita - cita 16 September.

Zul Nordin contohnya pernah sendiri mengakui bahawa beliau telah berjumpa dengan Abdullah (ketika menjadi PM) dan Najib (ketika itu TPM) dengan memberi aku janji. Ganjaranya Bn menarik semula kes saman terhadap SPR dan beliau. Kes tersebut benar kukuh, sememang beliau tidak memenuhi krateria menghantar laporan kewangan PRU 2004.

Kerana itu parti membuat keputusan mencadangkan DSAI bertanding di kerusi Kulim Bandar Baru kerana suka atau tidak lambat laun kerusi itu akan terpaksa dikosongkan kerana mahkamah akan membuat keputusan.

Namun Zul Nordin terus hilang dan melakukan 'deal' sendiri bagi menyelamatkan kedudukannya. Dia secara diam berjumpa Abdullah dan Najib, membuat aku janji di depan Presiden dan Timbalan Presiden Umno. Aziz Sheikh Fadzir tahu mengenai perkara ini. Aziz akur dan menarik semula saman beliau berdasar arahan atasan Umno.

Zul Nordin, ketahuilah parti ini akan jadi lebih kukuh dengan keluar lebih ramai lagi kelompok hipokrit seperti kamu.

Cuma bagi parti ini seharusnya segera mempersiapkan kelompok muda dengan idealisma perjuangan dan strategi perjuangan yang makin mencabar.

Monday, May 17, 2010

Tahniah ke atas jentera rakyat di PRK Sibu

Satu misi yang hampir mustahil. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan misi memenangkan kuasa rakyat yang diwakili oleh DAP-Pakatan Rakyat dalam PRK di Sibu. Pengundi bukan sahaja disogok malah diugut.

Media dipergunakan sepenuhnya untuk menyebarkan propaganda dan fitnah oleh Bn. Semua aparat kerajaan di gunakan sepenuhnya bagi tujuan memenangkan Bn. Kempen 'busuk' fitnah dan termasuk menyerang 'akidah' sendiri oleh Bn menggila. Orang Islam sanggup mengiyakan kempen menyerang Islam dan negara Islam oelh SUPP dikalangan masyarakat bukan Islam demi meraih undi.

Kapitalis kaya , tauke syarikat besar terus menabur wang demi mempertahankan Bn kerana hanya Bn yang mampu pertahankan kegiatan mencekik darah yang semala ini dilakukan.

Namun semuanya berjaya di tepis dengan menghasilkan kemenangan tipis.

Selepas kalah Najib segera menyatakan jadikan kekalahan Bn di Sibu sebagai kebangkitan. Najib dalam kenyataannya memperakui Bn tewas kerana jentera mereka tidak sekreatif dan bersungguh - sungguh seperti jentera Pakatan Rakyat. Persoalanya sejak bila Bn bergantung pada jentera mereka, bukankah yang bekerja sepenuhnya ialah jentera kerajaan yang disalah guna termasuk SPR dan Polis. Najib dan Timbalanya segera menyatakan juga semua janji Bn di Sibu tetap akan dilaksana.

Bagai Pakatan Rakyat kemenangan di Sibu seharusnya menjadi pengajaran berguna betapa kekuatan jentera rakyat ini harus diperkemas segera. Kekalahan di Bagan Pinang dan Hulu Selangor harus dijadikan 'sempadan' amat tak ternilai. Jangan cepat puas hati dengan kemenangan di Sibu.

Kempen mengatasi penipuan SPR harus diteruskan. Masih terngiang ditelinga ini apabila dalam mesyuarat pertama MPT (kini dikenali sebagai MPP) KEADILAN selepas PRU ke 12 yang lalu cheGuBard mengusulkan kempen BERSIH harus diperkemas dan diperhebat, ini kerana jangan ketika kita menang kita lupa pilihanraya tidak adil tetapi bila kalah nanti baru nak bising. Jika ini berlaku rakyat akan lihat kita hipokrit. Malangnya cadangan cheGuBard dalam mesyuarat MPT tersebut dijawab dengan sinis seorang ahli MPT yang bergelar YB ketika itu mungkin belum habis mabuk menang menjawab " tak lepas 16 September kita tukar Pengerusi SPR selesailah masalah'. Selepas kalah di Bagan Pinang dan Hulu Selangor baru kita bising balik - pilihanraya tak adil.

Di Sibu bukan SPR tak tipu, Polis dan jentera kerajaan tak diperkuda cuma gelombang rakyat yang kuat sudah tak 'lut' dengan penipuan itu. Dah tipu tapi Bn masih kalah. Kalah Pilihanraya itu berjalan adil pasti Bn kalah lebih besar di Sibu.

Sekarang satu lagi aspek yang harus di tumpukan di Sibu ialah janji Pilihanraya Bn. Najib dah janji semua janji akan tunai. Tubuhkan jawatankuasa pemantau rakyat untuk memantau semua janji dan perlaksanaan janji Bn.

Lihat sahaja di bawah ini janji serta pengumuman yang dibuat semasa kempen di Sibu :
  • Kadar penurunan premium pajakan tanah yang paling besar di negara ini sehingga 50 peratus daripada kadar asal
  • Kolej Laila Taib akan dinaik taraf sebagai Universiti Kolej Laila Taib menjelang 2012.
  • Pusat latihan termoden dan terbesar untuk pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di bawah (RMK-10)
  • RM1 Bilion projek perparitan dan tebatan banjir
  • RM611 Juta untuk membina dan menaik taraf projek jalan raya di Sibu
  • RM 20 Juta timbang bina kompleks sukan di Sibu
  • RM18 Juta bantuan kewangan kepada sekolah Cina dan sekolah mubaligh di Sibu.
  • RM18 Jua untuk projek teknologi rakyat bagi membantu masyarakat pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak
  • RM10 juta untuk transformasi Pos Malaysia di Sabah, Sarawak
  • RM 1.12 Juta untuk projek pembangunan Islam di Sibu
  • RM1 juta bangunkan semula Rumah penduduk daif Kampung Jeriah
  • RM926,200 projek pembangunan masyarakat di kawasan majoriti kaum Iban di Bawang Assan di sini.
  • RM600,000 untuk membaik pulih surau dan sekolah agama dan membina gelanggang sukan futsal di Kem Rascom
  • RM500,000 untuk meningkat prasarana SK Agama Sibu
  • RM200,000 untuk Rela Sarawak
  • RM100,00 untuk Persatuan Ibu Tunggal Sibu
  • RM100,000 projek makmal sekolah SK Nanga Tutus
  • RM50,000 kepada Rela Sibu
  • RM10,400 untuk Kampung Teknologi di setiap bahagian
  • RM10,000 di Kampung Bahagia Jaya, Teku, Kampung Wifi pertama di Malaysia
  • RM10,000 bagi penubuhan sebuah prasekolah
  • RM 1,000 saguhati khas kepada setiap polis zaman darurat di Sarawak.
  • Siaran TV satelit percuma kepada 200,00 penduduk kawasan pedalaman
  • 1,000 komputer canggih percuma kepada pelajar
  • Program komuniti SIRIM Pintar-Learning di tiga buah sekolah

Ini peluang 'knock out' terus Bn dalam Pilihanraya Negeri yang makin dekat.

......................................................................................
Beliau kemudiannya mengumumkan kadar premium pajakan tanah yang menyaksikan penurunan bayaran paling besar di negara ini sehingga 50 peratus daripada kadar asal
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm&arc=hive

Kolej Laila Taib jadi universiti kolej tahun 2012
SIBU 2 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Kolej Laila Taib yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Bersatu Sarawak (UCS) akan dinaik taraf sebagai Universiti Kolej Laila Taib menjelang 2012.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0503&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

SIBU 10 Mei – Penduduk Sibu diberi jaminan yang kerajaan akan melaksanakan projek perparitan dan tebatan banjir bernilai lebih RM1 bilion sehingga masalah itu selesai, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau juga sebelum itu mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk meningkat prasarana SK Agama Sibu yang disifatkannya antara sekolah terbaik di negeri ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0511&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

Kerajaan memperuntukan sebanyak RM611 juta untuk membina dan menaik taraf projek jalan raya di Sibu, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0514&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm&arc=hive

Perdana Menteri hari ini mengumumkan bantuan kewangan berjumlah RM18 juta kepada 67 sekolah rendah, menengah jenis kebangsaan Cina dan sekolah mubaligh di sekitar bahagian Sibu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

RM10 juta untuk transformasi Pos Malaysia di Sabah, Sarawak
Kerajaan akan melaksanakan pelan transformasi perkhidmatan Pos Malaysia di Sabah dan Sarawak yang akan menelan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM10 juta.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0514&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive

Peruntukan sebanyak RM926,200 bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan masyarakat di kawasan majoriti kaum Iban itu diumumkan oleh Muhyiddin di Bawang Assan di sini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0514&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm&arc=hive
Kem Rascom terima peruntukan RM600,000
SIBU 6 Mei - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM600,000 untuk membaik pulih surau dan sekolah agama di samping membina gelanggang sukan futsal di Kem Rascom hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0507&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm&arc=hive

Kampung Teknologi itu akan diadakan di setiap bahagian dan akan diperuntukkan sebanyak RM10,400 untuk membeli barangan yang diperlukan bagi tujuan tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive

Persatuan Ibu Tunggal Sibu mendapat peruntukan sebanyak RM100 ribu bagi membantu ahli-ahlinya membuka perniagaan untuk menjana ekonomi keluarga.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0515&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm&arc=hive

Rumah penduduk daif Kampung Jeriah dibangunkan semula
''Kos keseluruhan dianggarkan RM1 juta dan ia adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial syarikat terbabit," katanya kepada pemberita.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0515&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive

Sarawak akan mendapat sebuah pusat latihan termoden dan terbesar untuk pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada Rela Sibu dan RM200,000 untuk Rela Sarawak menjalankan aktiviti dalam usaha memartabatkan pasukan sukarela itu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0515&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm&arc=hive

RM1.12m assistance for six Islamic development projects in Sibu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0515&pub=themessenger&sec=Home_News&pg=hn_02.htm&arc=hive

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengagih-agihkan sebanyak 831 keping cek saguhati khas kepada bekas polis zaman darurat dari tahun 1962 hingga 1974 di Sarawak.
Setiap cek bernilai RM1,000
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0514&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melalui Satelit (RMS) ke pedalaman Sarawak dan Sabah yang memberi faedah kepada lebih 200,000 penduduk kawasan itu menikmatinya secara percuma.
''Komputer canggih buatan Malaysia ini yang berharga RM999 seunit akan diberikan percuma kepada para pelajar sekolah di seluruh negara dengan Sibu sebagai lokasi pertama penyerahan.
''Hari ini kita bagi 50 unit kepada pelajar, tetapi kita sudah menyediakan 1,000 unit untuk pelajar di kawasan Parlimen Sibu secara percuma," kata Najib.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive

Bahagia Jaya Kampung Wifi pertama
SIBU 12 Mei - Kampung Bahagia Jaya, Teku, di sini menjadi Kampung Wifi pertama di Malaysia mempunyai perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar dengan pancaran dari Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang terletak di sebuah sekolah kampung itu.
"Perkhidmatan ini akan menjimat kos, cepat dan tepat kepada sasarannya. Kos pemasangan hanya sekitar RM10,000.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm&arc=hive
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0512&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm&arc=hive

Kerajaan timbang bina kompleks sukan di Sibu
SIBU 10 Mei - Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew agar sebuah kompleks sukan dibina di bandar Sibu yang akan menempatkan gelanggang sukan badminton bernilai RM20 juta.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0511&pub=utusan_malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_06.htm&arc=hive

SIBU 10 Mei - SIRIM Berhad hari ini melancarkan program komuniti yang dikenali sebagai SIRIM Pintar-Learning di tiga buah sekolah di sini bagi memberi pendedahan tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada para pelajar.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0511&pub=utusan_malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_05.htm&arc=hive

RM18 juta untuk projek teknologi rakyat
SIBU 9 Mei - Kerajaan memperuntukkan RM18 juta untuk melaksanakan 165 projek teknologi rakyat bagi membantu masyarakat pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak untuk sama-sama menikmati arus pemodenan.
Sementara itu, Guru Besar SK Nanga Tutus, Enturan ak Jibang berkata, pihak sekolah dan penduduk setempat sangat berbangga kerana terpilih untuk mendapat projek makmal sekolah bernilai lebih RM100,000 itu yang boleh membantu para pelajar.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0510&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm&arc=hive

Kerajaan memperuntukkan geran permulaan RM10,000 bagi penubuhan sebuah prasekolah bagi menggalakkan penubuhan prasekolah swasta khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0508&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm&arc=hive

Najib dan Bn janji menipu

Seorang anak sekolah yang akan menduduki peperiksaan SPM berjanji akan mendapat 7 A1 dalam peperiksaan yang babak dia duduki. Malangnya selepas mendapat keputusan peperiksaannya dia cuma dapat 5A1. Adakah dia menipu dengan janjinya ? Bukankah janji itu lebih sesuai dipanggil cita - cita ? cuma mungkin dia dan orang berkepentingan seperti ibu bapa dan guru juga turut kecewa tetapi adakah yang kecewa tersebut boleh memanggil murid itu menipu ?

Najib tuduh Pakatan Rakyat merupakan 'penipu' kerana gagal melaksanakan janji / cita - cita membentuk Kerajaan Baru pada 16 September. Tiada siapa yang rugi dengan tidak tertunainya cita - cita tersebut kecuali rakyat yang sedar akan kezaliman kecewa kerana gagal mendapat kemerdekaan mutlak, dan terpulang pada rakyat tersebut untuk terus bangkit melawan atau rebah dan redha dengan kezaliman yang berlaku. Golongan kedua yang kecewa ialah golongan yang dah siap pasang badan untuk jadi menteri jika peristiwa !6 September benar berlaku perubahan kerajaan. Seperti Zaharin yang terang - terang mengaku kecewa kerana sebelum itu Zaharin sudahpun menjanjikan tempat kepada beberapa orang di Pulau Pinang apabila dia menjadi menteri pusat nanti.

Tetapi Najib yang sudah berada di kalangan mereka yang berkuasa menipu mengakibatkan rakyat susah. Lupakah rakyat dengan jani Najib ketika melancarkan manifesto Bn 2008 sebelum pilihanraya umum ke 12- Minyak tidak akan naik tahun ini..... selepas menang belum pun 100 hari Najib menjadi PM Najib sudah khianat rakyat dengan naikkan harga minyak........

Lu pikir lah sendiri.....................

Sunday, May 16, 2010

Bn (kapitalis) tersungkur di kaki kuasa rakyat Sibu

8.14malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP
terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada
110 saluran telah dikira.

DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138

Inilah VCD yang dicuri Polis di Sibu

Inilah petikan VCD Selepas Tsunami 2008 yang Bn arahkan Polis curi dari bilik gerakan Pakatan Rakyat. Sekurang kurangnya 200 vcd ini dicuri mengikut rekod tetapi jumlahnya jauh lebih besar.

Ikuti dan nilai isinya.







Friday, May 14, 2010

Polis terus mainkan peranan sebagai agen Bn sabotaj jentera rakyat

Terbukti di Hulu Selangor bagaimana PDRM memainkan peranan cukup baik sebagai agen Bn untuk mensabotaj jentera kempen KEADILAN. Bahan kempen yang dicuri ditemui dalam balai polis. sila klik sini untuk baca lanjut.

Kali ini di Sibu berlaku lagi. Secara terang Polis menyerbu dan mencuri sekurang kurangnya 200 keping VCD terbitan KOMAS yang secraa jelas dikeluarkan secara sah tetapi oleh kerana kandunganya tidak menguntungkan Bn maka PDRM telah mencurinya. Kenyataan Polis selepas mencuri VCD ini iaitu akan tengok dan siasat adalah sesuatu yang amat melucukan. Rampas dulu baru nak siasat ???? sila klik sini untuk baca 200 VCD di curi Polis.

Thursday, May 13, 2010

Ashaari Muhammad meninggal dunia

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Bernama memetik seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein bahawa jenazah Ashaari yang dipanggil Abuya oleh para pengikutnya telah dibawa ke kampung asalnya di Kampung Pilin, Rembau, untuk dikebumikan.

Katanya, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.

Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.

"Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan," kata Marzuki kepada Bernama selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di Ipoh.

Marzuki berkata rumah berkenaan adalah rumah tamu syarikat berkenaan.

Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan pada kira-kira 5.30 petang tadi.

Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan.

Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut.

Kumpulan itu dilaporkan menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Ashaari menimbulkan kontroversi kerana pernah mendakwa beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Petikan Malaysiakini : Memori suram 13 Mei

Ianya bermula apabila keputusan pilihan raya pada 10 Mei 1969 diumumkan pada hari berikutnya.

Buat pertama kalinya sejak kemerderkaan, Perikatan hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tumbang di Kelantan dan Pulau Pinang.

Dewan undangan negeri Selangor dan Perak pula digantung kerana tiada parti yang mencapai kemenangan majoriti.

Bagaimanapun, di Selangor, Perikatan kemudiannya dapat menguasai negeri itu selepas mendapat sokongan calon Bebas tunggal.

Untuk merayakan kemenaangan itu, pembangkang telah mengadakan perarakan kemenangan pada 12 Mei dengan kebenaran pihak polis.

Penyokong India dan Cina parti Gerakan yang merupakan parti pembangkang ketika itu, turut menyertai perarakan tersebut yang diketuai oleh ikon Gerakan Dr Tan Chee Khoon dari klinik dan pejabat politiknya, Tan Dispensary, yang terletak di Jalan Batu (sekarang dikenali sebagai Jalan Tunku Abdul Rahman).

Dalam memoirnya 'May 13 Before and After' Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman berkata perarakan untuk 1,000 anggota parti itu telah bertukar menjadi perarakan samseng.

Beliau menulis bahawa kegilaan ekoran kemenangan itu mencapai kemuncaknya dan orang ramai tidak dapat dikawal lagi.

Menurut Tunku lagi pihak komunis mengambil kesempatan dengan membakar emosi mereka.

Perarakan itu kemudian berubah haluan menuju ke Jalan Campbell (sekarang Jalan Dang Wangi) dan Jalan Hale (sekarang Jalan Raja Abdullah) menuju ke kampung majoriti orang Melayu - Kampung Melayu - dan melalui kediaman Menteri Besar ketika itu, Datuk Harun Idris.

Menurut seorang saksi yang berusia 18 tahun ketika itu, mereka berarak sambil membawa penyapu, cuba mengatakan bahawa bangsa Melayu akan disapu. Katanya, mereka membawa penyapu untuk menyapu Datuk Harun dari rumahnya itu.

Dalam keghairan untuk menunjukkan siapakah yang berkuasa, mereka melaungkan kata-kata menghina orang Melayu di kawasan itu sambil memperlihatkan pelakuan yang kurang ajar. Pada saat itulah ia membangkitkan kemarahan orang Melayu, katanya.

Demonstrasi itu kemudiannya reda, tetapi ia tidak berakhir di situ apabila orang Melayu pula merancang untuk mengadakan perhimpunan pada hari berikutnya.

Rumah menteri besar yang kini merupakan tapak pembinaan kondominium, dijadikan pusat operasi untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.

Menurut para saksi, orang Melayu dari beberapa kubu kuat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, telah berhimpun di rumah Datuk Harun dengan bersenjata seperti batang kayu dan parang.

Berita dilaporkan bahawa orang Cina telah menyerang dua orang Melayu di Setapak. Dan pertumpahan darah bermula kira-kira jam 6 petang.

Saiful 'gembira', tetap bertugas selepas diliwat

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa saksi utama yang juga pengadu dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan “kelihatan gembira” sehari selepas beliau mendakwa ketua pembangkang itu meliwatnya.

Semasa pemeriksaan balas, peguam bela, Karpal Singh membekalkan sekeping gambar yang dirakamkan pada 27 Jun 2008, sehari selepas Anwar dikatakan meliwat bekas pembantunya.

Saiful memberitahu mahkamah bahawa gambar itu menunjukkan dia di rumah Anwar pada lebih kurang jam 5 petang semasa pertemuan Anwar dengan beberapa blogger.

Gambar itu menunjukkan Saiful sedang menghidangkan teh kepada Anwar dan tetamunya.

“Adakah awak dalam gambar itu?” soal Karpal dan Saiful mengesahkannya.

“Awak kelihatan gembira,” kata Karpal dan diikuti dengan bantahan daripada Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum sempat Saiful menjawap.

“Ini menunjukkan bahawa sehari selepas kejadian itu, mereka masih berkomunikasi dan bekerja seperti biasa. Tetapi sebelum ini, Saiful kata dia takut dan tertekan akibat kejadian itu,” kata seorang lagi peguambela, Sankara Nair di luar mahkamah.

[Baca berita penuh]

Tuesday, May 11, 2010

Sibu menyerlahkan wajah sebenar Bn dan Umno

Persaingan di Sibu sengit. Sebelum permulaan kempen ramai yang menyatakan kemungkinan calon DAP - Pakatan Rakyat menang selesa kerana berdasarkan mood pengundi cina mutakahir ini menolak Bn dengan jelas.

Namun hari ini keadaan sedikit berbeza. Sikap bermuka - muka dan hipokrit serta kreatif nya kempen Bn dalam bab manipulasi persepsi dan membohong sekali lagi meletakkan Bn di depan. Di Hulu Selangor Bn sanggup mencetak akhbar bahan kempen rasmi mereka dengan gambar besar depan merupakan gambar Zaid yang telah dipalsukan menggunakan teknik komputer dengan menunjukkan calon KADILAN-Pakatan Rakyat dan botol arak. Kali ini di Sibu Bn menyebarkan poster dan bahan kempen berbunyi undi DAP bermaksud undi negara Islam, malah ada penceramah Bn yang terus terang berceramah di kalangan masyarakat cina dengan berkata "Negara Islam perlu ditolak kerana Malaysia akan jadi negara hukuman zalim, semua akan potong sana - potong sini..... Orang Melayu Umno pun tak mahu Islam kerana zalim maka orang cina Sibu harus tolak DAP kerana DAP bersama parti Islam PAS yang nak buat negara Islam"

SPR ternyata seperti kaldai kayu tak mampu berbuat apa. Dalam dalam Undang undang Pilihanraya dan Kod Etika Pilihanraya kononya serangan peribadi, serangan kepada parti lawan atau isu sensitif tidak boleh digunakan, namun nampaknya undang - undang ini hanya berlaku apabila ia merugikan regim Bn.

Contohnya apabila isu bagaimana Bn memecah belah masyarakat menggunakan isu kalimah Allah di utarakan, SPR dan Polis segera bertindak kerana isu ini membongkarkan betapa Bn bersikap hipokrit.

Penceramah Pakatan Rakyat menerangkan kepada rakyat penggunaan kalimah Allah dihalang digunakan dalam sebuah majalah yang mana lesen penerbitan dimiliki oleh sebuah pertubuhan Kristian di Selangor tetapi dibenarkan pula digunakan secara meluas di Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dimana undi bukan Islam banyak dan diperlukan oleh Bn untuk menang. Maka pendedahan ini mendidik pengundi tetapi Polis dan SPR segera bertindak dengan mengharamkan isu ini disebut. Malah media perdana pula menyelewengkan isu ini seolah Pakatan Rakyat yang memecahbelahkan masyarakat dengan berkempen isu ini termasuk menceroboh gereja.

berita kaitan boleh dibaca di link berikut :

Kewibawaan Saiful dicabar, mahkamah ditangguhkan

Perbicaraan kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela , Karpal Singh menyoal balas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan
dengan kerelaan maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.

"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.

Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377C.

Menurut Karpal, adalah kes pertama di negara ini melibatkan percanggahan besar antara pertuduhan dan keterangan saksi kepada polis serta keterangan oleh saksi di mahkamah.

Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar keboleh-percayaan atau kewibawaannya sebagai saksi.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menjawab bahawa terpulang kepada Peguam Negara selaku mendakwa untuk menetapkan pertuduhan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata ini kali pertama perkara seumpama itu timbul - tertuduh didakwa dengan hubungan seks (liwat) secara rela sedangkan bukti yang dikemukakan menunjukkan ia dilakukan tanpa rela.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga esok dan akan memutuskan sama ada membenarkan pemohonan peguam bela untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Sebelum itu, Saiful memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira adalah anggota polis tunggal yang mengambil kenyataanya. Dia tidak dapat mengingat jumlah kenyataan yang diberikan kepada polis.

"Setiap kali, kenyataan itu dirakamkan di balai polis Brickfield dan juga tempat lain.

"Kenyataan pertama dirakamkan pada 29 Jun 2008,” kata Saiful dengan menekankan bahawa dalam kenyataan itu, dia memaklumkan bahawa dia diliwat tanpa kerelaan.

Ditanya oleh peguam, Karpal Singh sama ada dia membuat kenyataan itu di luar mahkamah, saksi itu berkata dia tidak ingat.

Awal pagi tadi, keadaan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kecoh apabila beberapa pemyokong Anwar cuba meloloskan diri untuk memasuki dewan perbicaraan walaupun tidak mempunyai pas masuk

Turut mengiringi Anwar adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008 dan dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Hukuman itu sekaligus akan menamatkan karier politik ketua pembangkang ini yang telah berjaya menyatukan pembangkang untuk menafikan BN penguasaan dua pertiga BN di parlimen selepas pilihan raya umum 2008.

Anwar telah disabitkan dengan kesalahan liwat pada 2000, di samping hukuman atas kesalahan salahguna kuasa sebelumnya - selepas beliau dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri semasa kemuncak krisis kewangan Asia pada 1998.

Sabitan bagi tuduhan liwat itu dikecam secara meluas kerana didakwa tidak adil dan ia kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Berikutan itu, Anwar layak bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan prestasi terburuk BN, termasuk hilang kuasa di lima negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Manakala PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dengan tambahan kerusi.

Pilihanraya kini bermaksud kuasa kapitalis regim melawan kuasa rakyat tertindas

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sudah berlalu, banyak ulasan diberikan tetapi amat sedikit yang melihat bagaimana pilihanraya kini makin menyerlahkan imej perlawanan kuasa kapitalis (pemodal) besar pro regim melawan rakyat tertindas.

Di Bandar Sg. Buaya contohnya, Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) secara terang terangan membuka bilik gerakan menyokong calon Bn dan menaja barangan kempen Bn. Di Kawasan Gugusan Felda pula Syarikat Air Selangor (Syabas) secara terang - terangan menaja konvoi - konvoi motorsikal anak muda menyokong Bn.

Ini berlaku kerana kapitalis -kapitalis besar ini makin terasa ketakutan jika Bn hilang kuasa mereka tidak akan mendapat ruang yang seselesa kini dalam bab memunggah kekayaan negara dengan memeras rakyat. Pemegang saham PLUS sudah tentu berdepan dengan penstrukturan semula harga tol yang pasti akan diturunkan dan perjanjian akan disemak semula, itupun kalau PLUS tidak terkubur terus jika Bn kalah. Tan Sri Rozali tentu panik berdepan dengan kemungkinan Bn hilang kuasa. Tauke syabas ini yang berpendapatan RM 5.1 juta setahun tentu takut hilang sumber wangnya. Jika Bn terus berkuasa Tan Sri Rozali tentu terus selesa mencekik wang rakyat. Malah jika Bn berjaya rampas Selangor semula pasti tarif air berjaya dinaikkan seperti yang didesak Syabas konon kerana untung tak cukup.

Di Sibu, khabarnya Najib dah jumpa kelompok taikun kaya raya yang dikenali sebagai Wong Tuck Koon (WTK), KTS (pemilik Oriental Daily) dan Evergreen (pemilik Nan Yang). Apakah isyarat ini juga menunjukkan bahawa Bn sudah memberikan jaminan selamat atau signal ugutan kepada kumpulan pemodal yang sedia ada yang sedang mencekik rakyat dengan megarahkan sokong Bn sepenuh hati atau jika Bn hilang kuasa, maka pemodal juga akan hilang ruang bermaharajalela.

Di sibu bukan satu rahsia tauke balak dan taikun serta 'taiko' kaya disebalik penaja kempen Bn.

Maka bangkitlah rakyat tertindas........ perlawanan kelas makin jelas!!!

petikan artikel lama untuk dibaca juga
pendedahan oleh YB Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan bahas belanjawan pagi tadi yang menyatakan bahawa gaji tahunan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd. (Syabas) adalah RM5.1 juta setahun.

membuat perkiraan mudah dan memaklumkan kepada sidang Parlimen tadi bahawa dengan gaji RM5.1 juta setahun, perkiraannya menjadi seperti berikut:

Setahun – RM5.1juta
Sebulan – RM425,000
Sehari (8jam) – RM14,166
Sejam – RM1,770
Seminit – RM29.51

1. Kalau dibanding dengan gaji Speaker Parlimen @ RM18,000-00 sebulan, gaji setahun Pengerusi Syabas ini boleh menanggung YB Speaker selama 23 tahun;

2. Kalau dibanding dengan gaji/ elaun Ahli Parlimen @ RM12,500 sebulan, ianya boleh menanggung 34 Ahli Parlimen setiap bulan;

3. Kalau dibanding dengan gaji anggota polis @ RM1,000 sebulan, ianya boleh menanggung 425 anggota polis tiap bulan atau bersamaan dengan 5 pangkalan Unit FRU;

4. Kalau dibanding dengan bayaran purata bil air bulanan pada kadar RM50 sebulan, ianya boleh menanggung 8,500 buah rumah.

chegubard berpendapat sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan tidak berlaku ketirisan atau kebocoran dalam pengurusan dan perbelanjaan syarikat awam.

Presiden Barack Obama sendiri apabila menilai syarikat yang perlu diberi bantuan telah memutuskan supaya ada siling bagi gaji atau pendapatan Pengerusi atau Pengarah Urusan syarikat-syarikat yang kadang-kadang adalah melampau.

Monday, May 10, 2010

Saiful kelam kabut di soal Karpal

Perbicaraan kes liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini, selepas tiga bulan ditangguhkan, dengan peguambela Karpal Singh menuntut senarai saksi.

12.30tghari: Karpal Singh memohon penangguhan hingga pagi esok untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Hakim Zabidin membenarkannya dan menanguhkan perbicaraan hingga esok.

11.30pagi: Karpal minta rihat sekejab.

11.25pagi: Karpal memohon supaya kenyataan beramaran Saiful dikemukakan, dengan berkata saksi tersebut tidak bercakap benar.

11.22pagi: Saiful mendakwa, minyak pelincir digunakan sewaktu melakukan hubungan seks.

11.20pagi: Karpal, merujuk kepada laporan Hospital Kuala Lumpur, berkata tiada tanda parut atau kecederaan terbaru pada diri Saiful.

Saiful pula berkata dia tidak tahu kerana dia tidak dapat melihat duburnya.

11.06pagi: Karpal membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan Saiful adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam duburnya.

Saiful berkata laporan itu salah dan tidak betul.

Berikutan itu, Karpal berkata doktor berkenaan akan dibawa untuk memberi keterangan.

Saiful berkata dia tidak tahu dan "mungkin doktor berbohong".

10.54pagi: Karpal bertanya Saiful sama ada dia seorang muslim yang baik. Saiful menjawab iya.

Karpal berkata Saiful tidak memahami ajaran Islam kerana dia tidak mandi junub selepas melakukan hubungan seks.

Saiful mengakui dia tidak berbuat demikian selepas melakukan hubungan seks dengan Anwar kerana dia dalam keadaan darurat pada masa itu

Saiful berkata dia mandi sebelum pergi mengerjakan solat Jumaat.

10.45pagi: Saiful berkat dia tidak bertemu dengan Najib atau isterinya Rosmah Mansor sebelum pertemuan pada 24 Jun.

Saiful berkata dia berjumla ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun

selepas pegawai polis itu menghubungi bertanyakan mengenai masalahnya.

10.40pagi: Saiful berkata dia berjumpa PM Najib pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

10.39pagi: Karpal meminta Saiful mengangkat sumpah dengan betul dan memintanya bercakap benar.

10.35pagi: Hakim Datuk Mohd Zabidin Md Diah menolak usaha Anwar untuk mendapatkan senarai saksi ekoran keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan menolak permohonannya sebelum ini.

Sesi soal-balas ke atas Saiful.

10.14pagi: Karpal bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

Katanya, jika tiada sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, maka pihak pendakwa sepatutnya menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

10.06pagi: Peguamcara Negara 11 dan ketua pasukan pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan supaya tidak menyerahkan senarai tersebut, dengan berkata senarai saksi itu "mungkin" diberikan diakhir pendakwaan.

Mohd Yusof berkata beliau tidak nampak hubungan antara soal-balas dengan senarai saksi.

Menurutnya lagi, daripada keterangan Saiful, pihak pembela sudah boleh mengagak siapakah saksi-saksi berkenaan.

Karpal, bagaimanapun, berkata beliau mahu mahkamah menggunakan kuasanya mengikut Seksyen 56 Kanun Prosedur Jenayah untuk memaksa senarai saksi itu diserahkan.

Karpal juga mengadu tidak mendapat nota keterangan.

9.57pagi: Peguambela Karpal Singh mahu mahkamah memastikan mereka mendapat senarai saksi sebelum bermula sesi soalsiasat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau berkata, pihak pembela perlu tahu sama ada saksi mereka mungkin turut ada dalam senarai saksi pendakwa.

Sunday, May 09, 2010

Bapa Saiful kaki judi, pernah cuba melacurkan isteri!


Artikel di bawah dipetik dari email pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Dr.Hiadayah Jr. Semua dijemput membaca dan menilai tulisan tersebut. Saya minta sesiapa untuk cetak dan berikan artikel ini pada Saiful untuk bertanyakan kebenarannya.

Azlan Mohd Lazim
(gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.
Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama.
Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.
Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insuran AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati. Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris.
Halina meninggal beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten.
Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insurannya, begitu juga rumah mereka di yang beralamat di No 78, Jalan 7/6, Bandar Utama, Damansara, PJ. Hasil insuran ibunya juga, Saiful dan Tati mendapat RM2000 setiap orang setiap bulan. Saiful dan Tati bakal mendapat RM 1 juta setiap orang hasil insuran tersebut.
Tati, pada umur 19 tahun berkahwin dengan anak Tan Sri Sulaiman Sujak, bekas Panglima Tentera Udara. Mereka ada chalet di Terengganu, tetapi akhirnya bercerai.
Pada 17 Mei 2008, Saiful bertunang dengan Janna Shariza, anak kepada Mumtaz Jaafar, bekas pelari pecut tahun 70'an. Ketika itu, Saiful beliau bertugas di pejabat Anwar. Mumtaz adalah setiausaha peribadi kepada Rosmah. Apabila mengetahui Saiful bekerja dengan Anwar, maka konspirasi pun dirancang melibatkan puluhan juta ringgit. Dan ketika ini, Azlan yang sudah lama menghilangkan diri muncul kembali.
Ingat, di awal rencana dinyatakan Azlan sanggup melakukan apa saja untuk mendapat wang, walau pun cuba memaksa isteri jadi pelacur. Menggunakan anak untuk memfitnah Anwar adalah peluang pendapatan lumayan bagi Azlan. Ketika inilah berlaku pertemuan di Putrajaya dalam bilik bacaan melibatkan Najib, Rosmah, Mumtaz, Saiful dan seorang lagi yang tidak dikenali.
Antara tugas upahan Saiful yang diberi oleh Najib ialah:
  • Mendapat maklumat dan fail mengenai MP Umno/BN yang ingin menyertai PR. (Dan dia berkaya menyeludup sekurang-kurangnya 5 fail kepada Najib).
  • Mengaku diliwat untuk menghalang Anwar dari bertanding dalam PRk Permatang Pauh
  • Mengaku diliwat bagi menghalang Anwar menjadi PM
  • Mengaku diliwat memastikan Anwar terpenjara.

Tidak lama selepas itu, iaitu pada 28 Jun, Saiful pun membuat laporan polis kononnya beliau diliwat. Dan pada ketika ini Azlan muncul di khalayak ramai, iaitu dalam masjid Wilayah dan berlagak sebagai 'Bapa Mithali'.
(Anehnya, pertunangan Saiful dengan Janna masih kekal walau pun Saiful mengaku diliwat).
Berapakah wang yang diperolehi oleh Saiful dan Azlan untuk melakukan kerja kotor ini? Allah Maha Kaya. Dengan petunjuknya, akan didedahkan kemudian.

tambahan 13 Mac 2013 : sila klik sini untuk membaca lanjut 

Saturday, May 08, 2010

Lagi remaja kena tembak

cheGuBard tak pasti kedudukan sebenar tetapi dihubungi oleh Saufi, Ketua Penerangan AMK NS dan Norazizi, Timbalan Ketua AMK NS menyatakan seorang remaja 17 ditembak oleh polis di Ampangan, Seremban 3.30 pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.

Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tertembus ke bahagian usus.

Mangsa kini telah selesai menjalani dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Polis seronok jadi alat Bn

Semalam, 7 Mei 2010, kira - kira jam 3.30 petang telah hadir ke Balai Polis Kuala Kubu untuk melaporkan diri sambung jamin polis sangkut kes tangkap PRK 23 April 2010 di Kuala Kubu. Semua yang ditahan yang kononya akan didakwa tidak didakwa dan hanya disambung jamin. Ini menguatkan lagi hujah tangkapan hanya untuk mengganggu jentera kempen. cheGuBard juga telah dirakamkan percakapan ekoran laporan polis pada 30 Mei 2010 yang lalu.

30 Mei 2010, jam 11 pagi, cheGuBard telah membuat laporan polis ke atas Ketua Polis Negara kerana seronok menjadikan PDRM sebagai alat Bn, dan laporan spesifik dibuat ke atas Supt. Mazely dari JSJ (Kongsi Gelap) dari Bukit Aman dan pasukanya yang mempunyai niat buruk dan mensabotaj kelancaran kempen Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.

Peristiwa bermula semasa Penamaan Calon lagi. Sebaik sahaja cheGuBard dan teman - teman turun kenderaan di hari penamaan calon pasukan polis di bawah arahan Supt. Mazely mengekori dengan rapat. Ketika calon Pakatan Rakyat memasuki Pusat Penamaan Calon Supt. Mazely datang dekat dengan cheGuBard di tengah orang ramai dan meminta cheGuBard dan 50 orang lagi yang memakai kemeja-t, tertulis 'ARAHAN SIAPA ALTANTUYA DIBUNUH?' menanggalkan kemeja tersebut.

Apabila ditanya Mazely memberikan jawapan paling bodoh sekali iaitu tshirt itu bersifat provokasi dan boleh menimbulkan keadaan huru - hara. Tidak ada yang akan huru - hara kerana kami pakai tshirt tersebut kecuali yang terlibat dengan kes tersebut tentu panas punggung.

Maszely mati akal berhujah lantas dia menyatakan kes tersebut masih di mahkamah dan kami juga tak boleh serang mana - mana individu dalam kempen pilihanraya..... Kami hujahkan siapa individu kami serang ? dia gagal sebut...... Kami juga nyatakan di sebelah bn bukan setakat tshirt malah poster dan pemidang besar ternyata menyerang individu dan menimbulkan isu yang masih di mahkamah ternyata Polis gagal bertindak.....

Maszely ternyata tak mampu berhujah, dia ibarat kerbau yang diarahkan dan sudah punya siap niat jahat. Dia terus merempuh dengan ganas bersama pasukanya. Dilihat usaha ini sengaja bagi menimbulkan suasana tegang dan tak aman di tempat penamaan calon. Jika benar Maszely jujur dan berani kenapa tidak hadir di tengah pergelutan serangan penyokong Bn ke atas penyokong pakatan rakyat berhampiran Masjid KKB. Ternyata dia ada niat jahat lebih - lebih lagi kami punya bukti bergambar ada pegawai polis yang menyamar menggunakan kemeja berimej penyokong Pakatan Rakyat turut terlibat dalam insiden tolak menolak untuk wujudkan suasana tegang. Mujur petugas SAMM dengan dibantu petugas unit AMAL juga AMK berjaya menenangkan keadaan dengan segera tanpa melibatkan kecederaan. Malah ketika kami berucap di atas kenderaan yang disediakan ternyata ada polis menggunakan baju penyokong Pakatan Rakyat berdiri sama di atas lori tersebut dengan cuba menjerit-jerit membangkitkan sentimen.

Pada 23 April 2010, SAMM menganjurkan program besar iaitu Malam Tangisan Gaza di Stadium Kuala Kubu. Ketika sibuk dengan persiapan, Saufi salah seorang penyelaras SAMM ditangkap bersama Hiluxnya yang menjadi kenderaan nadi untuk logistik tugasan SAMM semasa kempen. Saya menghubungi Saufi dan beliau memberitahu dibawa ke Balai KKB. Saya terus ke Balai dan sebaik sahaja tiba di balai saya dikepung dan turut ditahan. Apabila ditanya kenapa saya ditahan Maszely hanya katakan yang ada laporan polis ke atas saya. Apabila saya meminta laporan polis tersebut saya dinafikan hak saya. Malam tersebut turut ditahan Norazizi,Timbalan Ketua AMK NS, Sani Md Shah, Pemangku AMK Rembau dan Md Nor, petugas SAMM.

Proses mengambil air kencing untuk ujian dadah juga dilihat cubaan menghina. cheGuBard diminta kencing dalam botol dengan pintu terbuka dan diperhatikan oleh polis. Ini juga satu pembaziran kerana setiap orang yang di uji sekurang menelan belanja RM 20 alat ujian tersebut dan hari tersebut polis membuang 6 set alat ujian tersebut hanya untuk menunjukkan ego dan 'mendera' kami.

Kami ditahan selama lebih 8 jam tanpa alasan. Kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dengan nilai RM 2000. Kami yakin dan percaya penahanan ini kerana untuk gagalkan program SAMM tetapi ternyata Maszely pasti kecewa apabila walaupun diculik petugas SAMM namun program Tangisan Gaza di Stadium Kuala Kubu anjuran SAMM berjaya mengumpulkan sekurang - kurangnya 3000 orang dan berjalan lancar. Terima kasih juga kepada Srikandi KEADILAN yang menjadi penganjur bersama untuk program tersebut.

Pasukan polis yang diketuai oleh Maszely ini mengekori rapat cheGuBard dan team SAMM. Mereka hadir ceramah dan ganggu program. Contohnya program bersama anak muda di Sg. Buaya iaitu program pemboncengan berhemat dan menukar minyak hitam percuma telah disabotaj oleh Polis dengan kehadiran yang ramai sehingga mengakibatkan rasa kurang selesa orang ramai.

Hari pengundian, cheGuBard dan team SAMM memberikan tumpuan bantuan logistik dan kami konvoi dari pusat mengundi ke pusat mengundi. Bila tiba di pusat mengundi kedua kami melihat dengan jelas Maszely dan pasukanya mengekori kami. Tiba di Sg. Buaya, dikhabarkan baru selesai berlaku kekecohan dimana petugas Bn dengan ramai hadir cuba menimbulkan suasana tegang di luar pusat mengundi.

Kami sampai dan rombongan cheGuBard membuat tugasan masing - masing termasuk penghantaran bahan logistik. cheGuBard dan sebahagian lagi berada di depan pusat pembuangan undi memerhati gelagat penyokong dan lawan.

Kami bergerak setelah 25 minit di pusat pembuangan undi Kg Sg Buaya. Kami diekori rapat oleh Maszely serta pasukanya kecuali apabila kami menghampiri kenderaan. Ketika yang sama dua orang penyokong Bn (memakai baju tertera logo dacing) menghalang teman kami dari membuka pintu kereta dengan motorsikal. Sambil menggunakan perbagai perkataan kesat kononya kami orang luar dan dia orang kampung tersebut.

cheGuBard segera meleraikan keadaan,ada juga penyokong pakatan rakyat dari penduduk kampung datang meleraikan dengan menyatakan 'pedulikan pemuda tersebut yang amat dikenali di kampung itu sebagai pengguna dadah. Walaupun jelas pemuda itu seperti berada didalam kawalan dadah namun cheGuBard sendiri minta maaf pada penyokong Bn tersebut dan mengarahkan semua naik kereta dan beredar. Jalan Kg. Sg. Buaya ini sehala dan kena berpusing semula, satu pusingan sebelum keluar. Sebaik sahaja menghampiri jalan keluar, pemuda yang sama mengekori kami dengan parang, oleh kerana tidak dipedulikan dia mula menendang dua buah kenderaan antara yang digunakan oleh konvoi kami. Ketika yang sama satu konvoi polis datang bertentangan arah kami. Kami cuba menahan konvoi tersebut tetapi tidak dipedulikan.

Salah sebuah kenderaan yang ditendang milik Muru, petugas SAMM turut dihalang oleh motor tersebut untuk elak kemalangan Muru berhentikan kereta. Bila turun Muru dan adiknya diserang. Mempertahankan diri Muru menolak penyerang. Insiden toal menolak berlaku, cheGuBard berada di kereta depan sekali konvoi segera berlari ke tempat kejadian dan meleraikan.

Setelah semua tenang, konvoi kami bergerak ke balai polis terdekat untuk membuat laporan polis. Sedang dalam perjalanan menuju Balai Polis Serendah, kami ditahan di tengah jalan dengan 'agak kasar' oleh Maszely dan pasukanya. Kad Pengenalan pemandu dan penumpang kereta yang diserang dirampas.

Kami di iring bagai orang salah ke balai. Sampai di balai Muru membuat laporan polis mengenai dia diserang dengan parang. Kami hadir lengkap dengan gambar seranan dan maklumat membantu polis. Malangnya Maszely dan pasukannya cuba buat cerita lain dia minta semua petugas SAMM di kawasan pilihanraya supaya datang balai, dia pula cuba timbulkan cerita mengarut kononya ada orang ketiga dalam kereta yang dipandu muru dan dia jadi punca pergaduhan. Mengarutnya Maszely memuncak apabila dia menjawab beberapa panggilan telefon, selepas itu dia terus cakap cheGuBard dan 5 lagi yang datang buat laporan ditahan. Kenderaan ditahan, semua barang di rampas termasuk telefon.

Saya diugut akan dihantar ke simpang Renggam ditahan dibawah akta darurat kerana tidak beri kerjasama.... saya disoal benda mengarut seperti terlibat dengan kongsi gelap mana, bakai baju (istilah kongsi gelap melayu) nombor berapa dan warna apa...... saya ditahan lebih 10 jam untuk hanya untuk gagalkan strategi gerak kerja di hari pengundian oleh team Solidariti Anak Muda Malaysia.

Ketika ditahan cheGuBard menuntut penyerang yang telah diberi butiran maklumat turut ditahan dan jika ditahan tentu dia tak lepas ujian saringan dadah. Namun Polis tidak bertindak. Sehingga hari ini yang menyerang tak ditahan sebaliknya insiden serangan parang yang mungkin dicipta oleh polis ini hanya alasan untuk gagalkan dan sabotaj gerak kerja kami.