Sunday, May 31, 2009

sila refresh untuk keputusan terbaru

(7.30 petang) Keputusan penuh tidak rasmi 32 saluran undi tambah undi Pos. Keadilan (6268), Kunci (402), Wau (534) dan Payung 55. Berdasarkan jumlah undi lebih dari 7,100 maknanya jumlah peratusan keluar mengundi lebih dari 46.15 % seperti yang dikatakan peringkat awal.

(7.15 petang)
Kesemua 32 saluran telah dikira. 6266 (keADILan), 390 (Kunci), 534 (Wau) dan 48 (Payung). Dr. Mansor menang dengan majoriti 5732 dan ketiga - tiga calon bebas hilang wang pertaruhan. Cuma menunggu pengumuman undi pos yang hanya berjumlah bawah 30 undi.

(7.10 petang) Telah dikira 27 saluran. Kelihatan seperti 3 calon bebas hilang wang pertaruhan. 5309 (keADILan), 329 (Kunci), 301 (Wau) dan 44 (Payung)

(7.04 petang) Data di Bilik Gerakan Utama sahkan 46.15 % sebagai jumlah keluar mengundi sebanyak 7,100 orang. Dewan di Yayasan Aman telah dipenuhi wartawan dan penyokong, menantikan keputusan terkini. Setakat ini 4,289 (keADILan), 258 (Kunci), 273 (Wau) dan 26 (Payung)

(6.45 petang) Beberapa pusat mengundi telah di kosongkan. Semua peti undi akan dibawa ke Pusat Penjumlahan di IKBN Bukit Mertajam. Setakat ini 18 saluran telah siap dikira dengan jumlah 3431 (keADILan), 223 (Kunci)), 243 (wau) dan 24(Payung)

(6.30 petang) Bilik Gerakan Utama PRK Penanti di Yayasan Aman kelihatan sibuk dan menjadi tumpuan wartawan. Kelihatan petugas agen calon yang mengira undi mula masuk seorang demo seorang untuk menghantar borang 13 dan keputusan saluran masing - masing. Setakat ini 14 saluran telah dikira dengan keputusan 2517 (Keadilan), 153 (Kunci), 71 (wau) dan 20 (payung).

(6.25 petang) kiraan setakat ini Keadilan 2089, Kunci 114, Wau 63 dan Payung 16

Peti undi ditutup ; 5.00 petang

(5.25 petang) Semua pusat mengundi telah ditutup.Setelah semua usaha yang dilakukan regim untuk memastikan pengundi tidak keluar mengunsi seperti kehadiran polis yang ramai, kamera video merakam semua pengundi dan rombongan serta arahan jangan mengundi maka sebanyak 46.15 % pengundi atau 7,100 pengundi telah keluar mengundi.

Dijangka kira - kira jam 7.30 malam keputusan penuh akan diumumkan.

Satu majlis meraikan kemenangan akan diadakan di Yayasan Aman, Jalan Kubang Ulu Sekitar jam 10.00 malam.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sembilan pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

che'GuBard menjangkakan keADILan akan diistiharkan menang dengan majoriti yang lebih besar InsyaAllah.

Polis buat apa di Penanti




Kehadiran Polis yang terlalu ramai amat tidak diperlukan dan membazir, Polis digunakan untuk menakutkan pengundi dan orang awam dari hadir program Pakatan Rakyat. Dan adakah strategi melambakkan polis seramai mungkin di kawasan mengundi juga untuk menakutkan.keadaan tenteram tanpa Bn boleh diterjemahkan dengan Polis yang tidur di tengah panas depan Pusat Mengundi


Kehadiran kamera (video digital, beta cam dan cctv) yang luar biasa banyak merakam semua pergerakan pengundi di lihat cubaan polis menakutkan pengundi.
- gambar diculik dari Mafrel

Gambar sekitar PRK Penanti


Hari ke 3 kempen - Guar Perahu, che'GuBard dan team Rembau
turun menampal poster, gantung bendera

Gambar ceramah terakhir 'Grand Finale' di Taman Guar Perahu
Bersama geng Bayan Baru 'terpegun' mendengar lawak Md Sabu


ceramah umum setiap malam hingga 3 tempat.Faris berjaya meletakkan semula AMK disegani dengan penyusunan bersungguh - sungguh jentera pemuda dengan dibantu Amir (Ketua AMK Permatang Pauh)
Main bola berkain batik, turut bersama anak muda di Mengkuang Titi bermain bola berkain sebelum Final Bola Piala AMK yang diusahakan oleh Fariz Musa

Saifuddin: Mansor sudah dapat 75% undi

(2.45 petang ) Selepas hampir 6,000 pemilih keluar mengundi sehingga jam 2 petang tadi, pengarah pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution yakin, calon parti itu, Mansor Othman, sudah mendapat sekurang-kurangnya 4,500 undi.

"Berdasarkan maklumat yang diterima dari petugas parti, sebahagian besar pemilih terbabit adalah penyokong tegar PKR," katanya.

mansor othman pkr penanti by election pc 290509 02Menurut Suruhanajaya Pilihanraya (SPR), sehingga jam 2 petang tadi, seramai 38.77 peratus atau 5,964 pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

Anggaran yang dibuat oleh Saifuddin itu menunjukkan bahawa Mansor mendapatkan kira-kira 75 peratus undi setakat ini.

Sehingga jam jam 12 tengahari tadi, seramai 29.86 peratus atau 4,593 orang keluar mengundi berbanding dengan 23.5 peratus atau 3,590 orang pada jam 11 tengahari tadi dan 14.6 peratus pada jam 10 pagi tadi.

SPR mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Isu pembunuhan Altantuya harus di rungkai sepenuhnya

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin yang disoalsiasat polis selama tiga jam selama berhubung ceramah beliau di Penanti yang menyentuh mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu berkata isu tersebut mempunyai kepentingan awam dan harus diterangkan sejelas-jelasnya kepada rakyat.

Ketika ditemubual oleh TV Antara beliau hairan mengapa perlu kerajaan Umno dan Barisan Nasional memandang serius perihal beliau membangkitkan isu pembunuhan kejam Altantuya semasa berkempen di pilihan raya Penanti.

Semalam Chegu Bard hadir di ibupejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah kira-kira jam 3.30 petang bagi membantu siasatan selepas polis menerima laporan dari ejen-ejen Cawangan Khas yang memantau aktiviti ceramah pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau yang lantang menyuarakan isu-isu rakyat berkata isu Altantuya adalah isu nasional kerana ia membabitkan nama baik dan maruah Perdana Menteri Malaysia.

Chegu Bard dalam ceramahnya mencabar Najib supaya menyaman akhbar dan media luar negara yang melaporkan pembabitannya dalam kes pembunuhan kejam ini dan jangan hanya berani bertindak terhadap media tempatan.

Beliau didakwa melanggar undang-undang di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 500 (1)(b) Kanun Keseksaan.

Sebelum itu sekitar jam 2.30 petang semalam, sekumpulan anggota polis telah pergi ke rumah Badrul di Bangi dan Seremban.

Polis juga telah menyampaikan amaran pada jam 7 malam kelmarin supaya beliau tampil ke IPD Seberang Perai Tengah.

Selain Badrul, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang turut disoal-siasat polis atas dakwaan yang sama.

Kit Siang disiasat berhubung ucapan beliau yang mengatakan Najib bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa di Perak.

Polis tiba di kediaman beliau di Pulau Glade, Pulau Pinang jam 11.30 pagi tadi untuk mengambil keterangan.

Sementara itu Pengarah Strategik, Tian Chua berkata terdapat kecenderungan di pihak polis untuk menekan dan menahan pemimpin Pakatan Rakyat kebelakangan ini terutamanya semasa kempen pilihan raya kecil Penanti.
untuk menonton video temuramah TvMutiara sila klik sini

Saturday, May 30, 2009

Perak Express.com : PKR lawan SPR ?

Tiga hari lalu…YB Zuraidah diperintahkan hadir ke Balai polis untuk diambil kenyataan berikutan ceramah yang didakwa mengandungi hasutan. Semalam…Chegu Bard pula dihadiahkan waran tangkap. Hari ini..Lim Kit Siang pula menerima surat jemputan ke Balai Polis.

Sepanjang tempoh kempen..PKR berhadapan dengan polis. Bermacam-macam peraturan baru dikeluarkan untuk menghalang penceramah dari berceramah.

Peneceramah tak boleh cakap pasal Altantuya…tak boleh sentuh pasal Sidang DUN Perak..tak boleh pasang video…pembesar suara mesti tak boleh didengari diluar kawasan ceramah…semua kawasan ceramah mesti cerah…SB mesti dibenarkan mengambil gambar dan video….macam-macam peraturan baru yang tak masuk akal.

Tetapi Umno bolrh berceramah walaupun depa tak bertanding. Umno boleh pasang bendera walaupun depa tak ada calon. Tak ada peraturan dan undang-undang terhadap umno…tapi macam-macam peraturan dikenakan kepada PKR.

Sepanjang tempoh kempen..PKR berhadapan dengan kerenah polis.

Hari ini hari terakhir tempoh kempen. Dan PKR terpaksa pula berhadapan dengan kerenah SPR. Macam-macam peraturan baru dikenakan.

Dalam mesyuarat diantara PKR dengan SPR diPutrajaya..SPR telah memperkenalkan beberapa syarat baru.

Mula-mula mereka bercadang untuk menghapuskan pondok panas. Kononya untuk mengelak pertembungan diantara penyokong PKR dengan Umno. Tup-tup Umno tak bertanding dan depa tak ada alasan lagi. Lalu dibenarkan pondok panas dibina.

Hari ini..semua pondok panas telah dinaikkan…tup-tup SPR buat arahan baru melalui telefon….pondok panas mesti bersaiz 8 kaki X 8 kaki! Gila ka? Kat mana nak cari khemah saiz tu dalam masa sehari? Pasai apa tak mau cakap dari awal? Pasai apa esok nak mengundi…dan selepas semua khemah yang bersaiz 20 X 20 kaki dinaikkan…baru SPR mengeluarkan arahan baru?

Dan mengapa arahan-arahan ini datang terus dari Putrajaya..manakala Pengarah Pilihanraya PRK Penanti sendiri tak tau?

Dalam mesyuarat tersebut juga..SPR menetapkan semua parti yang bertanding hanya dibenarkan menggunakan 100 buah kereta untuk mengangkut pengundi. PKR 100..Kak Min 100..Ramizu 100…Ari 100. Tu pun dah dipersetujui.

Tup-tup…SPR kata semua kereta yang mengangkut pengundi tak boleh bubuh lambang parti tapi mesti menggunakan sticker yang dikeluarkan oleh SPR. Mana-mana kenderaan yang tidak mempunyai sticker SPR boleh ditahan oleh polis …sebab boleh didakwa jadi teksi sapu. Ok la…yang tu pun boleh dipersetujui.

Tup-tup sampai hari ni tak ada sticker…dan bila SPR dihubungi..sticker belum siap! Esok macam mana?

Nak bubuh lambang parti tak boleh…sticker tak siap. Macam mana nak tau kereta mana yang nak bawa pengundi? Tak gila ka? Tapi itu lah SPR.

Sekejap tadi…PKR diberitahu arahan untuk memasang sticker ditarik balik…tapi bila ditanya sama ada boleh atau tidak memasang lambang parti…Pengarah Pilihanraya PRK Penanti tak boleh jawab. Kena tanya Putrajaya. Macam ni punya Suruhanjaya Pilihanraya pun ada ka?

Mengikut Akta Pilihanraya..pada hari mengundi…semua kenderaan berat termasuk bas dilarang memasuki daerah mengundi. Tapi esok Umno akan menyediakan bas-bas untuk mengangkut pengundi-pengundi Penanti keluar makan angin. Boleh pulak? Bila dilaporkan kepada SPR…depa kata itu bukan tugas depa!

Pilihanraya Kecil Penanti bukan lagi pertarungan diantara PKR dengan calon-calon bebas…tapi dengan Umno yang menggunakan polis dan SPR sebagai proxy.

Untuk PKR…bermacam-macam peraturan dikenakan…tapi untuk Umno…buat lah apa pun..tak salah.

umno-penerangan-1

umno-penerangan-2

Umno boleh buat ceramah..gantung bendera..sapa pun tak kacau. Malah diberi permit pulak.

ini lah taktik dan pembohongan Umno dan Barisan Nasional. Satu Malaysia dah tau.

Pengundi di rayu keluar.

Hari ini hari terakhir berkempen di Penanti. Esok merupakan hari mengundi. Pakatan Rakyat menurunkan calonya Dr. Mansor Othman dari Parti Keadilan Rakyat dan di dalam kertas undi akan tertera di kotak nombor satu.

Secara peribadi che'GuBard menjangkakan lebih kurang 60 % akan keluar mengundi dan Pakatan Rakyat akan menang insyaAllah dengan undi majoriti yang lebih besar dari PRU 2008.

Hari ini PAS telah mengeluarkan risalah saiz A4 depan belakang yang menyeru ahli PAS untuk keluar mengundi dan mengundi calon Pakatan Rakyat.

Antara kandungan risalah tersebut ialah kenyataan TG Hj Nik Abd. Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS, TG Dato Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS dan Ust Saleh Man, Pesuruhjaya PAS P.Pinang.

Rumusan risalah ialah 5 amanat kepada ahli PAS 1) Beriman dan bertakwa kepada Allah 2) Memperlihat akhlak mulia 3) Menjadi ahli yang patuh dan disiplin 4) Instiqamah dengan Pakatan Rakyat 5) Turun mengundi dan undi Dr.Mansor Othman.

YB Saifuddin Pengarah Pilihanraya Keadilan Pusat pula telah mengeluarkan kenyataan menyeru semua keluar mengundi seperti berikut :

Memandangkan hanya calon bebas yang lawan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam Pilihan Raya Kecil Penanti ini, ada kemungkinan segelintir pengundi rasa tidak perlu keluar mengundi. Kami ingin mengingatkan para pengundi Penanti bahawa pilihan raya kecil ini adalah amat penting dan bermakna.

Kami berharap semua pengundi Penanti akan keluar untuk mengundi calon KeADILan pada hari pengundian untuk menghantar isyarat yang jelas, bahawa rakyat mahu satu kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh di negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda perubahan yang dicerminkan oleh pencapaian-pencapaian kerajaan negeri sejak bulan Mac 2008.

Kami juga berharap pihak Barisan Nasional, walaupun tidak bertanding, tidak akan cuba mensabotaj usaha kempen Parti kami sama ada dengan menggunakan pihak polis, media arus perdana mahupun cara-cara lain seperti memberi pelancongan percuma di luar kawasan Penanti pada hari pengundian.

Walaupun Umno takut bertanding tetapi mereka telah tidak dapat menahan 'terliur' untuk turut turun 'tangan' dalam kempen Pilihanraya Kecil Penanti 2009.

Agen Bn telah terlibat menaja calon bebas. Kumpulan (cenderung Bn) yang mengaku menaja bekas ADUN Bukit Selambau telah berada di belakang salah seorang calon bebas.

Bn telah menaja poster, risalah dan banner yang menyerang calon dan Pakatan Rakyat.

kempen berterusan memberikan penerangan telah menyedarkan ramai termasuk ahli Umno. Takut dengan hakikat itu maka Bn turut terpaksa membuat ceramah. Seperti biasa PDRM alat regim turut memberikan kebenaran Umno membuat program walau tidak bertanding.

Malah khuatir dengan peningkatan majoriti Pakatan yang besar kerana akan ada ahli Bn akan undi Dr. Mansor maka Umno telah anjurkan lawatan melancong percuma dengan memberikan wang poket kepada pengundi.

Kepada ahli Umno sila baca dengan klik sini.

Lim Kit Siang pula dipanggil








Pagi ini YB Lim Kit Siang pula telah dipanggil oleh Polis untuk merakamkan percakapannya berikutan ada laporan polis terhadap ucapanya yang menyentuh mengenai Perak dan Altantuya.

Regim nampaknya makin panik akan terus dan dijangka akan ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat akan dikehendaki Polis.

Semalam che'GuBard telah hadir ke IPD Seberang Perai Tengah jam 3.00 petang seperti yang dijanjikan. Di sambut oleh ASP Norazizi B. Saad (Pengawai Penyiasat Kanan IPD SPU) yang terus menjalankan sesi soal siasat. Sesi soal siasat selama tiga jam itu turut disertai oleh dua orang anggota polis yang tidak beruniform. Seorang membuat rakaman video selama 3 jam dan seorang membuat rakaman gambar pegun.


Najib 'pengecut' untuk saman 19 media yang menyiarkan tulisan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tetapi hanya berani menggunakan kuasa polis 'membelasah' rakyat sendiri sahaja.

Soal siasat ekoran ada beberapa laporan polis terhadap ucapan che'GuBard. Antara yang membuat laporan polis tersebut ialah C/Inspektor Suhaimi Che Noh, Inspektor Naseer dan Inspektor Ahmad Shafiq Ahmad Nordin.

Laporan tersebut berkisar kepada ucapan yang kononya menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
che'GuBard nyatakan dengan tegas bahawa membuat kenyataan menjatuhkan populariti regim Bn tidak ada kena mengena dengan kententeraman awam. Keselamatan Bn untuk terus berkuasa amat berbeza dengan keselamatan negara. Negara tidak akan huru - hara dengan Najib dijatuhkan dari kerusi Perdana Menteri malah sebaliknya negara akan lebih aman dan imej dihormati.

Altantuya dikenang sebagai bukti penyelewengan (RM500juta rasuah) dan sistem negara yang melindungi penjenayah yang punya kedudukan.

Kebanyakan laporan polis dibuat oleh anggota polis sendiri, tetapi bagaimana polis boleh biarkan Umno membuat program dalam keadaan takut untuk bertanding pilihanraya dan dengan jelas penceramah Bn juga menghasut untuk rakyat melawan kerajaan sah Pulau Pinang. Bila diasak dengan soalan ini Polis tersebut hanya kata ....maaf saya tak dapat jawab saya hanya jalankan tugasan.

Siasatan berkisar kepada isu Altantuya dan isi ucapan che'GuBard. Siasatan di bawah sekseyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 500 (1) (b) KK. Namun hampir semua soalan che'Gubard menggunakan sub seksyen (ii) untuk tidak menjawab.

Paling pelik ialah laporan polis oleh Inspektor Naseer yang menyatakan dalam ucapan cheGuBard menyatakan tahun 1993 Umno telah melantik Ibrahim Ali sebagai Sultan Kelantan, maka Umno derhaka.... ketawa dengan rakaman tulisan yang salah tersebut... apa yang dinyatakan sebenarnya ialah tahun 1990 Pas menewaskan Bn di Kelantan, lantas Umno menuduh istana punca Bn kalah. Maka bermula dari 1990 Umno Kelantan serang istana dengan perbagai tohmahan. Kemuncak 1993 apabila Tengku Ibrahim (kononya kerabat Kelantan) telah di iring oleh Anuar Musa dan Ibrahim (Katak) Ali dari Kuala Lumpur ke Ketereh Kelantan. Di bawah pokok di padang Sekolah Ketereh, Ibrahim dan Anuar Musa telah menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan yang sah sedangkan DYMM Sultan Kelantan masih hidup di Istana Besar Kota Bharu.

Nampak sangat anggota polis yang turun ke tempat ceramah buat kerja sambil lewa. Lebih menyusahkan kerja sambil lewa anggota cawangan khas ini akan menyusahkan ramai lagi orang. Saya dalam pertimbangan untuk membuat laporan polis terhadap Insp. Naseer kerana laporan palsu tersebut.

Selepas jam 6 petang dilepaskan dengan di iring terus ke kenderaan untuk mengelakkan sebarang sidang media di kawasan balai cheGuBard diberikan tugasan dua ceramah malam semalam.

Ramai yang tertunggu ceramah semalam di Kubang Ulu. Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap semalam che'GuBard mengambil tempat dengan berucap masih mengekalkan nada ucapan dan isi yang sama.

Hari ini jadual tetap diteruskan, lawatan rumah ke rumah, penyebaran risalah dan ceramah umum

Bila modal perkauman tidak laku mereka jual ketakutan Komunis pula

Bn ialah 'perkumpulan parti perkauman' yang sentiasa mendapat keuntungan dengan membakar sentimen perkauman.

Contohnya apabila Mca dan Umno mengalami masalah dalaman dan penyusutan populariti yang teruk maka Najib (pada ketika itu Pemuda Umno) dan Lim Kim Sai (pada ketika itu Pemuda Mca) telah saling mencabar dalam isu perkauman. Pemuda Mca mencabar kuasa sultan, bahasa dan seumpamanya ..... bola tanggung Pemuda Mca ini dijawab dengan Najib seperti skrip yang mereka telah setuju iaitu Pemuda Umno bangkit menghunus keris dengan mengugut membasahkan darah orang cina dengan keris.....

Pada masa itu dilancarkan operasi lalang (ISA)...malangnya Najib dan Lee Kim Sai yang mewujudkan kekacauan tidak ditahan ISA...Najib dan Lee dihantar bercuti ke luar negara sebaliknya...Mohamad Sabu,Lim Kit Siang dan ramai lagi pimpinan bukan Bn ditangkap.

Sama juga kali ini selepas kalah teruk dalam Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 Umno dan parti dana Bn begitu giat dalam membangkitkan sentimen perkauman untuk menarik semula sokongan.

Fikiran mereka bila rakyat diancam sentimen perkauman maka rakyat akan kembali semula berlindung kepada parti perkauman. Jelas itu strategi lapuk, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang memangkin media baru, rakyat yang punya maklumat menolak politik jahat. Rakyat sudah tahu isu dan fakta sebenar memalui media alternatif dan tidak mudah tertipu dengan media milik regim semata - mata.

Mungkin tak berjaya dengan membakar sentimen perkauman maka regim terpaksa mencari musuh baru menakutkan rakyat supaya kembali bersatu dalam poket parti perkauman. Dalam pencarian itu mereka terjumpa satu blog yang 'berkisah' mengenai Regimen Ke 10 PKM. Maka terus menteri - mentara menghentam blog itu dengan kononya komunis akan kembali ke dalam negara.

Sila klik sini untuk melayari blog yang dihentam pak menteri.

Huh ! letih memikirkan strategi Bn ini.... dosa Bn dan Umno yang paling besar ialah memainkan politik takut, ugut dan akhirnya menjadikan rakyat bodoh. Sejarah harus di singkap dengan jujur dan mengambil iktibar, bukan dijadikan momokan.

Negara yang maju mengangkat sejarah dengan nilai ilmiah dan jujur. Korea Selatan contohnya pada 18 May 1980 merakamkan 'regim' pemerintah melakukan pembunuhan beramai - ramai dalam menangani kebangkitan rakyat yang kononya dipengaruhi komunis. Namun selepas berbelas tahun perjuangan rakyat Gwangju itu diangkat dala m sejarah Korea malah kerajaan mewujudkan sebuah Yayasan untuk rakyat mengenang dan mengkaji sejarah tersebut untuk menjadikan bangsa Korea lebih kuat. Malah Gwangju telah menjadi 'pusat tumpuan pelancong' kerana sejarah pertembungan rakyat dan kerajaan.

Bincang - bincang : Penggantungan Khir Toyo dan 4 ADUN pembangkang Selangor

Program Bincang-bincang pada kali ini membincangkan tajuk "Penggantungan Khir Toyo dan 4 Adun BN" yang dikendalikan oleh Badrul Hisham Shaharin.

Di antara ahli panel yang hadir ialah Teng Chang Kim Speaker Dun Selangor dan Ronnie Liu, Exco Negeri Selangor.

Ikuti perbincangan pada kali ini yang cukup hangat dan berinformasi untuk tontonan anda.

Bincang - bincang : Khir Toyo dan 4 Adun Bn digantung siri 1


Bincang - bincang : Khir Toyo dan 4 Adun Bn digantung siri 2

Bincang - bincang : Demam denggi di Selangor


Program Bincang-bincang pada kali ini membincangkan tajuk "Wabak Denggi" yang dikendalikan oleh Badrul Hisham Shaharin.

Di antara ahli panel yang hadir ialah Dr. Xavier Jayakumar - Exco Kesihatan Selangor, Dr B Venugopalan, Jabatan Kesihatan Selangor dan Dr idayanti, Pegawai Perubatan MBSA. Ikuti perbincangan pada kali ini yang cukup hangat dan berinformasi untuk tontonan anda.

Bincang - bincang : Demam denggi di Selangor siri 1

Bincang - bincang : Demam denggi di Selangor siri 2

sila klik sini pula untuk Info Kesihatan Denggi

Zahid hamidi - bayang Amir Bazli sentiasa menghantui...

Kenyataan Media dibawah diedarkan oleh pihak peguam saudara Amir Bazli yang didakwa dipukul oleh Ahmad Zahid Hamidi kerana mempunyai hubungan dengan anak Menteri berkenaan. Saya menerimanya dari seorang Ketua Pengarang sebuah akhbar tabloid. Saya menyiarkannya dengan suntingan.

__________________________________________________________________________________________________________

Kepada

Ketua Pengarang/Editor/Bloogers

Jemputan Hadir ke Mahkamah Tinggi, Shah Alam

Selasa: 12 Mei 2009 Jam:9 pagi

Perbicaraan kes saman malu En. Amir Bazli bin Abdullah terhadap YB Datuk Zahid Hamidi (ketika itu Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia)

Diharap pihak tuan dapat menghantar wartawan untuk sesi sidang tersebut. (Untuk urusan pertayaan sila hubungi pejabat peguam En. Amir Bazli)

(Tetuan Karpal Singh and Co.)

Sekian, terima kasih.

1. ***Sempena Hari Media Sedunia, jadilah anda seorang wartawan yang mempunyai prinsip dan beretika. Tidak seperti (disunting) dari Kelantan.

2. Beliaulah yang mula-mula mempertegahkan isu ini di dalam blog beliau tetapi telah berhenti separuh jalan. Urusetia Anak Kelantan yang membela Amar Bazli. www.anti-zahidhamidi.blogsport.com telah menyiasat dan mendapat pengakuan dari Ahmad Zahid Hamidi sendiri bahawa (disunting) telah dibayar sebanyak RM20,000 (dua puluh ribu Ringgit Malaysia) serta telah ditanggung untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah. Ini jenis wartawan yang dianggap Haji subsidi/wartawan pelacur.

3. Terkini, Amir Bazli patah hidung (KECEDERAAN KEKAL) akibat ditumbuk oleh penjenayah ini. Laporan perubatan daripada HUSM Kubang Kerian ada. Lengkap. Mata sebelah kiri (ROSAK KEKAL) akibat dilibas dengan batu oleh anak penjenayah ini. Dahi dan tulang dahi lekuk (KECEDERAAN KEKAL) akibat dihempuk dengan batu oleh menantu penjenayah ini.

4. Amir Bazli sendiri terlantar di wad HUKM Cheras, dan di wad HUSM Kubang Kerian selama 12 hari. Semuanya tiada tindakan daripada pihak berkuasa.

Saksi kejadian ada tetapi tiada kawad cam dilakukakan …. Dan laporan doktor yang lengkap juga ada tetapi semuanya telah DICOVERUP. Kerana melibatkan penjenayah VVIP ini.

KEADILAN UNTUK AMIR BAZLI!

artikel asal sila klik sini dan baca

sila juga baca dengan klik sini keadilan untuk mangsa Zahid Hamidi

Ezam juga main balak ?

Ezam juga main balak kah ? Atau sekadar mahu menyembunyikan kotak-kotaknya di dalam hutan balak sambil berlatih strategi lompat katak? Lihat apa Penarik Beca tulis di sini.

Friday, May 29, 2009

Gambar 'Safety Riding'









Program SAFETY RIDING berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik oleh penduduk GUAR PERAHU.Walaubagaimanapun terdapat dua sekatan jalan raya yang di buat berhampiran tempat program di langsungkan.Program turut di saksikan oleh calon PKR DR MANSOR OSMAN dan beliau memuji penganjur kerana berjaya merealisasikan program tersebut.Kehadiran bekas juara CUB PRIX ASIA YASIR SAID menceriakan program. Dr. Mansor sambil dibimbing oleh Yasir Said turut menservis sebuah motor dalam program tersebut.

Dalam pada itu juga pertunjukkan oleh pelumba cilik menunggang POCKET BIKE memanaskan lagi program SAFETY RIDING tersebut.Di sini kita dapat melihat bahawa anak muda sudah dapat menerima program yang di anjurkan oleh PKR dengan kehadiran anak muda tempatan datang menyaksikan pertunjukkan.Jika pihak berkuasa polis tidak melakukan sekatan jalan raya sudah tentu lebih ramai anak muda dapat menghadiri program tersebut.

Sebanyak 160 botol minyak enjin berjenama HI-Jet di gunakan dalam acara servis dan menukar minyak enjin percuma kepada 160 motosikal pertama.Program seperti ini harus di teruskan bagi mendekatkan anak muda dengan PAKATAN RAKYAT.

Antara yang hadir Ketua Wanita Pusat YB Zuraida atau lebih dikenali Kak Zu

Antara motor yang menuggu giliran untuk diservis

Kaunter pendaftaran gambar di awal proram

cheGuBard bersama saudara Yasir Saiddan YB Taufek (ADUN Paroi) sebelum program sefety riding bermula

Pihak Polis turut mengadakan sekatan jalan dihadapan simpang ke acara tersebut. Ratusan motorsikal anak muda terpaksa dipatah balik.

'Altantuya' seret Badrul ke balai - malaysiakini

kemaskini 8.57pm Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya DUN Penanti, seorang pemimpin PKR sekali lagi terpaksa memberikan keterangan selama tiga jam kepada polis.

Badrul Hisham Shaharin - yang tiba di balai mulai jam 3.30 petang untuk siasatan berhubung kesalahan menghasut - diarah berbuat demikian susulan empat laporan polis terhadapnya.

badrul hisham shaharin altantuya police questioning 290509 01Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu berkata seorang pegawai polis Seberang Perai Utara memintanya hadir di balai tersebut semalam.

Menulis di blognya semalam, Badrul Hisham bagaimanapun mengesahkan kehadirannya hari ini kerana semalam berada di Perak dan selepas itu terus ke Kuala Lumpur.

"Namun kira kira 2.30 petang (semalam, saya) dimaklumkan sekumpulan anggota polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban," katanya.

Tambahnya, kira-kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar beliau bahawa polis berpakaian seragam datang untuk mengingatkan kepadanya agar tidak mengabaikan arah hadir.

badrul hisham shaharin altantuya police questioning 290509 02Selasa lalu, dalam ceramahnya bagi berkempen untuk calon PKR Mansor Othman, Badrul Hisham mengulas isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan isu wanita Mongolia itu di media antarabangsa.

Awal bulan ini, beliau pernah disiasat polis setelah mengepalai sekumpulan pemuda untuk menyerahkan "kek hari jadi Altantuya" kepada Najib di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Beliau juga pernah mengugut untuk mengadakan perarakan "keranda Altantuya" dari Rembau, kawasan parlimen yang pernah ditandinginya, menjelang pilihanraya kecil Penanti tetapi membatalkannya kerana BN tidak bertanding kali ini.

Badrul Hisham merancang mengadakan perarakan tersebut, kali ini dari Pekan menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan awal bulan depan.

Baca berita penuh

sila klik tajuk untuk membaca sumber lain

Altantuya jibe lands PKR 'cikgu' in trouble again

Although it has been nearly three years since her gruesome murder, the spectre of Altantuya Shaariibuu continues to haunt the nation's political landscape.
MCPX

And of those who has refused to let the matter rest is PKR supreme council member Badrul Hisham Shaharin, who has thought of everything from a mock funeral procession to a birthday cake.

barisan rakyat 230208 badrulOn Tuesday, Badrul struck again during a ceramah in the run-up to the Penanti by-election, where he urged the police to haul up all those involved in the case.

Yesterday, he was slapped with a police order requesting him to be present at the district police headquarters.

The order was served at his residences in Seremban and Bangi.

Former school teacher Badrul, who is fondly known as 'Chegu Bard', suspects that it is related to his remarks made at the ceramah.

In a blog posting, the fiery orator also raised the possibility of being charged under the Sedition Act.

Mock funeral procession


When contacted, Badrul said he would report to the Central Seberang Perai district police headquarters in Bandar Perda, Bukit Mertajam today.

During the ceramah, the PKR leader had also raised the much taboo subject of Prime Minister Najib Abdul Razak's link to the scandal.

malaysia youth solidariti send altantuya birthday cake to najib 060509 sequence"When the prime minister is implicated in such a crime, the country is at risk of being controlled by foreign powers. We risk international condemnation," he told the audience.

Previously, the PKR leader had threatened to hold a mammoth nationwide mock funeral procession for the slain Mongolian national if Najib failed to sue the international media organisations that linked the latter to the crime.

Consisting of a convoy of cars and trucks carrying a coffin of Altantuya's effigy, the procession was supposed to be held from Rembau to Penanti during the by-election campaign.

He gave the Penanti nomination day last Saturday as the deadline for Najib to file the civil suit.

Although the premier did not do so, Badrul however dropped the idea after Umno decided not to contest in the Penanti by-election.

Now, he is contemplating on staging the mock funeral procession during July’s Manek Urai by-election - this time kicking off from Najib's Pekan parliamentary stronghold to the Kelantan state constituency.

Early this month, Badrul caused another furore when he attempted to present Najib with an Altantuya birthday cake at his office in Putrajaya.

The police however seized the cake and detained the PKR leader for questioning. He was released a few hours later.

Najib has repeatedly denied any involvement in the matter, but the speculations refused to die. The Altantunya case has become the biggest weapon in the opposition’s arsenal.

PKR information chief Latheefa Koya said Khairy has undermined the country's democratic process which allows the people the freedom to elect their representatives.

She pointed out that his statement has breached the Election Offences Act.

"No one can cause obstruction through physical means or statements, directly or indirectly, on voters from exercising their democratic rights," she told a press conference in Penanti today.

Allegations have also surfaced in recent days that Umno was organising free chartered bus trips to ferry voters to border towns in Padang Besar, Bukit Kayu Hitam and Wang Kelian.

BN and Umno were also alleged to be carrying out a whisper campaign to stop voters from casting their ballots on polling day.

At the same press conference, PKR election director Saifuddin Nasution accused Umno of misusing government departments in the by-election campaign.

He cited a public forum organised two days ago by the special affairs department of the Information Ministry at Guar Perahu, an Umno area in Penanti, as an example of such abuse.

The main speaker at the forum was Umno Youth exco member Lokman Adam, who is a former PKR leader.

'Police harassment'

Saifuddin also alleged that a police team had gone to a PKR member's house at 2am two days ago to record his statement after the man allowed a Pakatan public dialogue session to be held in his house in Mengkuang.

penanti state seat penang 200409PKR has also accused BN of manipulating certain segments of the media to highlight petty issues and give prominence to independent candidates Aminah Abdullah, Nai Khan Ari and Kamarul Ramizu Idris.

Yesterday, PKR workers purportedly spotted local Gerakan leaders campaigning for Nai Khan, a former local Gerakan leader himself, during a rally in Teluk Wang.

The last few days saw Pakatan heavyweights such as Anwar Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang, Husam Musa, Mohammad Nizar Jamaluddin, Azmin Ali, Lim Kit Siang and Lim Guan Eng calling on voters to throng in numbers to the polling booths to cast their votes for PKR candidate Mansor Othman.

PKR aims for at least a 70 percent voter turnout which could assure Mansor a thumping victory.

Forum Kanta Media : Penanti, kecelaruan Umno Bn dan SPR


che'GuBard dan YB ir. Khalid Samad telah dijemput menjadi ahli panel untuk mengulas isu Penanti. Forum ini dirakamkan di Annex, Shah Alam dan diterbitkan oleh Tv Antara melalui rancangan Kanta Media.

Untuk menonton lanjut sila klik sini.