Saturday, October 31, 2009

Jangan lupa malam ini ! Malam Kutipan dana dan kebajikan Rembau

Jangan lupa ramai - ramai ke

JAMUAN MAKAN MALAM KUTIPAN DANA DAN KEBAJIKAN
anjuran KEADILAN Rembau
31 Oktober, 2009
8.00 pm
Rest. Teratai, Seremban 2, Seremban (depan Jusco Seremban 2)

VIP guest :
Dato Zaid Ibrahim, ahli MPP KEADILAN (bekas Menteri Di JPM)
YB Tian Chua, ahli Parlimen Batu dan Pengarah Strategik KEADILAN
YB Sivarasa Rasiah, ahli Parlimen Subang dan Naib Presiden KEADILAN
Dato Fauzi Abd Rahman, bekas Timbalan Menteri Penerangan
YB Taufek Abd Ghani, ADUN Paroi dan Jawatankuasa PAS Pusat
YB Elizebeth Wong, Exco Kerajaan Negeri Selangor (KEADILAN)
YB Ronnie Liu, Exco Kerajaan Negeri Selangor (DAP)
YB Chai Tong Chai, ADUN Chua
cheGuBard, ahli MPP KEADILAN dan Ketua Cabang Rembau

dapatkan RM 35 / RM 50 tiket dari 0123696474 (Azizi) atau dipintu masuk restoran.

harap bantu kami untuk terus membantu rakyat !

bagi yang tak beli tiket boleh datang dengar ucapan....... sama - sama doa agar tak hujan maka tempat dengar ceramah besar !

che'GuBard bukan Badrul ADUN Perlabuhan Kelang

Dua hari lepas Badrul Hisham Abdullah, ADUN Perlabuhan Kelang, Selangor telah mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas (menyokong Bn).

Pengumuman ini telah dijangk lama cuma ramai yang mengetahui apa yang berlaku sebenarnya menanti bilakah pengumuman keluar parti ini akan dilakukan. Pengumuman dua hari lepas cukup melegakan bagi yang ternanti - nanti pengumuman tersebut.

Apa yang berlaku ialah sejak dari memenangi kerusi DUN Perlabuhan Kelang, Badrul sudah menunjukkan sikap tidak seriusnya.Dia tidak hadiri beberapa mensyuarat penting tanpa alasan munasabah. Dia juga tidak menjalankan khidmat selaku wakil rakyat dengan baik. Terlalu banyak rungutan wujud ditempatnya.

Sudah beberapa kali dia diberikan amaran namun seolah tidak dihiraukan.

Umno walaupun secara luaran menyerang prestasi ADUN tersebut namun secara senyap membuat hubungan untuk 'membelinya' kerana sedar sikapnya yang tidak serius menjadi wakil rakyat dan mungkin mudah dibeli.

Akhirnya beliau didesak oleh parti untuk meletakkan jawatan, mengosongkan kerusi DUN Perlabuhan Kelang bagi membolehkan seorang wakil rakyat yang lebih efisen dipilih kerana prestasinya yang tidak baik.

Akhirnya beliau mengistiharkan keluar parti dengan perbagai alasan. Serentak dengan pengumuman beliau pemimpin Bn pun ramai yang mengeluarkan kenyataan kononya sedia bekerjasama membantu dia melaksanakan tugas.

Ini semua sebagai bukti PAKATAN (KEADILAN) serius dana bab prestasi wakil rakyat. Tidak kira kamu wakil rakyat biasa atau Timbalan Ketua Menteri jika prestasi tidak baik maka kamu harus meletakkan jawatan.

Ini juga sebagai amaran kepada wakil rakyat sama ada ADUN atau Ahli Parlimen lain, jangan main - main perlu serius kalau tidak nasib kamu juga sama.

Biarlah seorang ADUN lari ke Bn asalkan KEADILAN membuktikan prinsip bukan semata kuasa politik tetapi janji kepada rakyat harus dikota.

Bn sememangnya sentiasa bersedia memancing semua wakil rakyat bermasalah dari PAKATAN. Di Perak contohnya wakil rakyat yang didakwa rasuah dipancing Bn di culik di tempat Najib sebelum istihar keluar parti. Sama juga di Selangor wakil rakyat bermasalah dipancing juga oleh Bn.
Cuma dalam perkembangan ini che'GuBard pula rasa kurang selesa apabila menerima banyak email, sms dan panggilan telefon. Perkara yang sama juga melanda teman - teman rapat cheGuBard.... semuanya kerana mengatakan Badrul (ADUN Perlabuhan Kelang) itu cheGuBard.

Malah akhbar berbahasa cina Kwong Wah Yit Poh 'tanpa segan silu' menyiarkan berita Badrul keluar parti dan meletakkan gambar cheGuBard dalam siaran berita muka depannya.

cheGuBard telah menghantar email kepada akhbar berkenaan memohon penjelasan.

Harap posting ini menjelaskan kekeliruan tersebut.

ikuti juga komen cheGuBard mengenai perkara ini dalam Selangor TV dengan klik sini

Friday, October 30, 2009

Fundraising & Charity Dinner


KEADILAN Rembau Fundrising and Charity Dinner
October 31, 2009
8.00 pm
Rest. Teratai, Seremban 2, Seremban

VIP guest :
Dato Zaid Ibrahim, YB Tian Chua, YB Sivarasa Rasiah, YB Elizebeth Wong & YB Ronnie Liu

Also present :
che'GuBard, YB Antony Loke, YB Taufek, YB Ravi & YB Chai Tong Chai

get RM 35 / RM 50 tickets from 0123696474 (Azizi)

please help us to help people in need.

Tuesday, October 27, 2009

Kerajaan Negeri Sembilan hutang RM2.14 b



LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
PENYATA KEWANGAN UNTUK NEGERI SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

HUTANG KERAJAAN NEGERI
Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007.

Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai.

Peningkatan baki pinjaman adalah disebabkan oleh pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM291.98 juta pada tahun 2008.

Kedudukan hutang Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2008 berbanding tahun 2007 adalah seperti di Jadual 4.39.

Analisis perbandingan antara jumlah baki hutang awam berbanding baki tunggakan bayaran balik pinjaman pada tahun 2008 adalah tidak memuaskan.

Ini disebabkan baki hutang awam dan tunggakan bayaran balik masing-masing telah meningkat sejumlah RM289.79 juta dan RM96.27 juta pada tahun semasa.

Kejohanan Bola Jaring Unit Ehsan

Unit Ehsan semakin aktif menjalankan kerja kebajikan dan sosial mengumpulkan anak muda. Baru - baru ini Unit Ehsan telah mengedarkan 8,000 topeng muka kepada jemaah Haji yang berlepas dari Lapangan Terbang Pulau Pinang dan yang terbaru Unit Ehsan akan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka UE di Pulau Pinang.

Maklumat seperti berikut ;

KEJOHANAN BOLA JARING

TERBUKA UNIT EHSAN P.PINANG

TARIKH : 22 NOVEMBER 2009 ( AHAD )

TEMPAT : PADANG USM, GLUGOR, P.PINANG

YURAN PENYERTAAN : RM 50.00

HADIAH :

  • JOHAN - RM 300.00 + PIALA IRINGAN + MEDAL
  • N/JOHAN - RM 200.00 + MEDAL
  • KETIGA - RM 100.00 + MEDAL

SYARAT-SYARAT AM KEJOHANAN

  1. Yuran penyertaan hendaklah dibuat secara tunai atau melalui cek atas nama PERTUBUHAN UNIT EHSAN PULAU PINANG. Penyertaan tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
  2. Pendaftaran pemain 8 orang : 7 orang pemain dan seorang pemain simpanan .
  3. Sistem pertandingan :- Kalah Mati. Hanya Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke pusingan kedua.

BORANG PENYERTAAN BOLEH DIDAPATI DARIPADA :

HAMIZAH BT CHE AMAT – 016-4848376

LATIFAH BT VARSHAY IBRAHIM – 017-4206246

ASWANIE BT HASHIM – 017-4060252

MARINA BT SHAFIEE – 016-4833090

NO. FAX : 04-508 3677 ATAU 04-643 7354

Monday, October 26, 2009

Ceramah bersama Mohd Sabu di Tampin


antara ribuan yang hadir mendengar penerangan
bersama dua aktivis setempat yang begitu aktif
t shirt che'GuBard yang dibuat oleh aktivis SAMM, Sdr. Saufi mendapat perhatian dan turut laku malam tersebut
Azizi, Salleh dan Along........
Program anjuran pakatan Rakyat dengan 'rostrum' berlogo DAP
bersama kanda Md Sabu ....lama tak jumpa borak panjang sambil makan sebelum
ceramah, Md Sabu siap datang pakai uniform BERSIH lagi.

22 Oktober yang lepas telah berjaya diadakan satu ceramah umum di Taman Indah Tampin. Ceramah anjuran bersama PAS Cawangan Pekan Tampin, KEADILAN Ranting Tampin Central dan DAP Repah. Kehadiran yang ramai dan luar jangkaan terdiri dari perbagai kaum.

Gempur Felda Air Tawar 2

Lan dan Aidil antara geng anak muda yang gigih di Johor
Sebelum ceramah berbual dengan Razak (berdiri) dan YDP Pas duduk sebelah kanan.
Walaupun 30 orang ceramah tetap disampaikan dengan mendedahkan perbagai fakta

antara orang ramai yang hadir

22 Oktober lepas cheGuBard telah memenuhi jemputan ceramah anjuran KEADILAN Kota Tinggi. Program ceramah umum diadakan di Felda Air Tawar 2 yang kononya terletak Cawangan Umno paling kuat di dunia dengan jumlah keahlian menjangkau 4,000 ahli.

Sampai di tapak ceramah dengan di iringi oleh geng anak muda Johor yang tunggu di tengah jalan tadi. Tapak program lengang hanya ada 30 orang sahaja. Penganjur, sdr.Razak Ketua Cabang Kota Tinggi kelihatan begitu resah. cheGuBard datang dekat dan salam dengan dia sambil senyum......

Bahu Razak ditepuk dan diucap tahniah berani buat program gempur kawasan yang konon kuat Umno.....

Sebelum memulakan ceramah Razak dan YDP Pas Kota Tinggi sempat berkongsi pengalaman bergerak di kawasan konon kubu kuat Umno. Bukan kuat sangat tetapi cuma berani dan ganas sesama Melayu sahaja. Naik sahaja bendera atau poster pasti dimakan oleh orang kuat Umno. Malam program pula Ketua Cawangan hadir untuk catat nama yang hadir untuk diambil tindakan......

Ketika cheGuBard mulakan ceramah ada kira kira 30 orang namun sebelum menamatkan ceramah bilangan makin bertambah....rupanya dalam gelap di jauh sikit ada ramai lagi yang nak dengar cuma takut.....

Sebelum balik seorang yang pakai kain dan baju melayu datang salam dalam keadaan tergesa - gesa.... dia kata saya orang Umno...apa yang cikgu cakap tadi memang saya pun tak tahu sebelum ini... kalau begitu lengkap dengan bukti ternyata sesuatu perlu dilakukan.... cheGuBard hanya ucap terima kasih dan tersenyum....

Sebelum pulang cheGuBard tepuk Rzak dan janji dalam masa terdekat akan kembali semula ke Kota Tinggi.......

Kalaulah berpuluh MPT di pusat itu boleh turun dan beri semangat kepada ahli dibawah tentu parti ini kuat........!!!!!

Sunday, October 25, 2009

Audit Negara dedah kelemahan Kerajaan Negeri




















LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
UNTUK NEGERI SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

Pada umumnya, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi Negeri Sembilan pada tahun 2008 masih menunjukkan kelemahan seperti yang saya laporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Terhadap Aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2007.

Di antara kelemahan tersebut adalah kelemahan mengurus bekalan air yang bersih dan berkualiti boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan umum.

Kemusnahan kawasan hutan dan faktor-faktor lain telah memberi kesan kepada alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh, pencemaran udara serta kepupusan flora dan fauna.

Kelemahan pelaksanaan KAFA sedikit sebanyak telah juga menjejaskan kualiti pendidikan Agama Islam.

Selain itu Pusat e-Komuniti juga tidak mencapai matlamatnya untuk meningkatkan celik IT di kawasan luar bandar.

Secara amnya, kelemahan ini mencerminkan kelemahan dalam sistem penyampaian Kerajaan yang wajar diatasi segera demi memperbaiki imek Kerajaan Negeri dan perkhidmatan awam.

JABATAN BEKALAN AIR N.SEMBILAN/SYARIKAT AIR NEGERI

Beberapa kelemahan ditemui seperti kualiti air mentah yang berada pada tahap separa tercemar, Kompleks Ozon yang tidak dimanfaatkan penggunaannya, pelepasan enap cemar yang tidak dirawat terlebih dahulu, pencucian tangki dan kolam air yang tidak mengikut jadual dan ketiadaan program pencucian paip agihan dan komunikasi.

PEJABAT KEWANGAN NEGERI DAN PERBENDAHARAAN N.SEMBILAN

Penyata Penerimaan Dan Pembayaran yang dijana oleh Pengurusan sistem SPEKS (Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri) tidak menunjukkan angka yang tepat dan perlu diedit secara manual.

JABATAN PERHUTANAN N.SEMBILAN

Beberapa kelemahan telah dikenal pasti semasa kajian Audit ini dijalankan seperti peruntukan kewangan yang terhad, kekurangan kakitangan, kenderaan dan peralatan yang tidak mencukupi bagi tugas-tugas pemantauan serta ketiadaan kawasan rizab hutan paya bakau sebagai zon penampan dan kawasan habitat laut.

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM N.SEMBILAN

Pada keseluruhannya, pelaksanaan program KAFA adalah kurang memuaskan. Beberapa aspek penting seperti pematuhan garis panduan, prestasi guru, kurikulum kelas KAFA, penilaian kelas KAFA serta kemudahan bangunan dan kemudahan pembelajaran memerlukan penambahbaikan bagi memastikan program KAFA berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN DAN MAJLIS DAERAH JEMPOL

Majlis gagal menjaga kepentingannya kerana lewat mengambil tindakan terhadap ketidakpatuhan syarat dan terma Perjanjian oleh pihak syarikat. Kerugian hasil yang dianggarkan adalah sejumlah RM 0.48 juta bagi MPS dan RM 0.20 juta bagi MDJL. Secara keseluruhannya, pengurusan tempat letak kereta di kawasan Majlis adalah kurang memuaskan.

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN N.SEMBILAN , PROJEK E-KOMUNITI

Secara keseluruhan, projek e-Komuniti di Negeri Sembilan gagal mencapai matlamatnya kerana kelemahan pengurusan oleh Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan projek ICT di Negeri Sembilan. Beberapa kelemahan dikenal pasti seperti kajian keperluan tidak dilaksanakan, peruntukan kewangan yang tidak mencukupi, prosedur perolehan yang tidak dipatuhi dan pemantauan terhadap pelaksanaan projek yang kurang berkesan. Kesannya, pusat e-Komuniti Serting dan e-Komuniti Juasseh terpaksa ditutup akibat masalah pengurusan dan kewangan dan ini merugikan masyarakat setempat khususnya dan Kerajaan Negeri amnya.

Program Jelajah MPP Che'gubard Berjaya!!! (15,16 dan 17 Oktober 2009)

Pada 15 - 17 Oktober lepas cheGuBard telah membuat 'tour' di Negeri Johor. 3 hari bergelumang bersama penggerak muda di Johor.

Sebentar tadi mendapat email dari teman yang membaca 'suarajohor' (blog yang diusahakan oleh aktivis di Johor) yang melaporkan lawatan di Johor. Ucap terima kasih dan amat hargai laporan tersebut. Namun yang penting bukan itu semua tetapi gerakan dalam kesatuan hati bersama.

laporan tersebut boleh dilayari di http://suarajohoronline.blogspot.com/2009/10/program-jelajah-mpp-chegubard-berjaya.html

Rumusan lawatan tersebut cuma satu gerakan ini terlalu kuat semangatnya di akar umbi cuma pemimpin atasan jangan sibuk mengulit 'bos' semata - mata tetapi tengok aktivis dibawah bergerak bersama mereka.

Jamuan Raya di KEADILAN Ulu Kinta

Jamuan raya rakyat 24hb Oktober jam 0900-1200 di Pusat Khidmat keadilan Tambun Dun Ulu kinta telah berjaya menarik pelbagai kaum seramai 3oo orang telah menghadiri jamuan tersebut.Di samping itu Pkr Tambun telah memberi bantuan kepada fakir miskin di Dun ulu Kinta yang di sampaikan oleh YB Chan Meng Kai Adun simpang Pulai.Penceramah Jemputan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin atau lebih di kenali dengan panggilan cheGu Bard.

Barisan pimpinan Pkr Cabang Tambun dan pimpinan Caw.Pas ulu Kinta


Perbincangan antara pimpinan


Pelbagai kaum sedang mengambil jamuan pada malam tersebut.


Urusetia sedang memerhatikan kehadiran tetamu yang ramai pada majlis tersebut




Betapa mesra antara pemimpin pakatan Rakyat


Amboi akak ni.. sedap ke lemang tu?


Isteri ketua Cabang Tambun sibuk melayan tetamu yang hadir





Pak Haslam sibuk melayan tetamu yang hadir


Pembuka majlis saudara Pak Din


Gambar tetamu yang hadir


Pengerusi majlis saudara Arafat


Ketua cabang Tambun Ustaz Zulkifli menyampaikan kata-kata aluan.



Saudara Thanimalai memberi ucapan di majlis tersebut


Pimpinan Pas kaw.Tambun Dr Khairuddin sedang sedang berucap


Tetamu terpegun mendengar pengerusi Majlis berucap dengan penuh semangat






Gambar di atas Yb Chan Meng Kai sedang menyampaikan sumbangan


YB Chan Meng Kai sedang memberi ucapan


Penceramah Jembutan Che gu Bard sedang berucap dengan penuh bersemangat