Tuesday, March 25, 2008

Sultan Umno...


Dia inilah Patrick Badawi. Utusan menantu keramat ke Terengganu. Semua juak Umno di Terengganu fahamilah kamu bukan pertahankan Idris tetapi pertahankan utusan keluarga Abdullah, Patrik Badawi.

Daulat Tuanku!

Gambar menunjukkan- Ferrari Man ‘angkat sembah’ kepada Patrick Badawi.Istana mahukan Menteri Besar untuk Rakyat Terengganu bukan 'yes man' kepada utusan Dinasti Keluarga Abdullah. Idris telah menyerahkan RM1.2 bil kepada Patrik Badawi. Benarkah Umno sanggup membuat apa sahaja asalkan pertahankan Abdullah, menantu dan anaknya ?
ikuti lah gambar seterusnya........gambar di atas semasa Jazz Festival di kediaman Imam Hadhari diteliti betul selain Tiara dan suaminya Afendi...juga kelihatan berbaju merah Chau Soi Lek....

banyak koleksi gambar lagi akan diupdate esok.... sila cetak dan edar...

Apa dia WPI ? Isu MB Terengganu, tolak Idris atau tolak Abdullah ? Kenyataan Prowaris mengenai Perak disiar tetapi kenapa


cheGuBard dengan ini menjemput semua pembaca mengikuti sebuah weblog yang dibina oleh seorang teman yang menerangkan mengenai WPI. Jemput layari http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com/

Tahniah, nampaknya semakin ramai rakyat yang mempergunakan ruang siber ini untuk mempraktikan hak demokrasi mereka. Cuma mungkin khalayak yang terhad menjadi masalah. Jesteru itu diseru semua pembaca agar sentiasa ringan tangan untuk mencetak dan menyebarkan bahan - bahan yang difikirkan berguna.

Dalam posting ini juga cheGuBard ingin menyentuh mengenai perkembangan terkini.

Pertama mengenai penolakan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu oleh Istana walaupun Idris mendapat watikah lantikan dari Abdullah Hj. Ahmad. Perkara ini bukan pertama berlaku selepas PRU 12. Shahidan Kasim contohnya telah ditolak oleh Istana Perlis walaupun mendapat watikah Abdullah dan kini berlaku sekali lagi di Terengganu. Apakah ia sekadar penolakan tokoh negeri itu atau pun Istana sudah muak dan menyampah dengan Abdullah yang terlalu lemah dan dipergunakan oleh menantu dan anaknya ?

Apa dosa Idris Jusoh ? Selain dari dosa rasuah, korupsi di Terengganu Idris berkongsi dosa seketegori dengan Mohamad Hassan (N.Sembilan). Ramai bertanya cheGuBard kenapa 'pembangkang' mampu memenangi 15 kerusi di Negeri Sembilan dalam keadaan yang tak tersangka. Jawapanya selain dari gelombang Anwar yang didokong rakyat, selain dari menyampah dengan korupsi Mohamad Hassan dan adik beradiknya yang menguasai pemerintahan negeri...dosa paling besar Mohamad sehingga kehilangan 15 kerusi ialah membawa menantu keramat bertanding di Negeri Sembilan. Ini menjadikan PRU NS menjadi tumpuan, bahan dan semangat anti Abdullah / Khairy yang ditembak ke Rembau telah membuak keluar ke Teluk Kemang, Seremban, Rasah dan kawasan sekitar.

Dosa Idris paling besar ialah untuk memastikan kononya terus berkuasa maka ia telah memilih untuk berpayung dibawah payung menantu tunggal PM. Hampir 1/2 kekayayaan Terengganu telah di serahkan kepada utusan menantu keramat iaitu Patrik Badawi. Dari Monsoon cup hinggalah ke Masjid Kristal. Malah dari cakap cakap kedai kopi Idris juga begitu yakin kekal berkuasa kerana Istana mula mengemari dia khususnya selepas utusan menantu keramat telah berjaya menambat hati istana dengan pembinaan padang polo contohnya.

Tindakan Istana kali ini juga penting untuk menghentikan cakap cakap fitnah kedap kopi yang mengatakan padang polo di tengah Terengganu itu adalah salah satu lambang bagaimana raja Melayu boleh dibeli. Ketegasan Istana kali ini dipuji.

Namun menyentuh perkembangan yang sama cheGuBard berpendapat suara majoriti perlu dihormati tanpa mendiskriminasi minoriti dalam sistem demokrasi ini. Walaubagaimanapun semua pihak khususnya Istana yang menjadi lambang kedaulatan boleh meenggunakan kuasa yang ada jika ada sebarang lantikan yang bakal memusnahkan negeri dan bakal memparahkan masalah umum. Namun dalam dunia demokrasi moden ini, Istana juga perlu ada tanggungjawab umum, maknanya Istana juga perlu menjelaskan justifikasi tindakan yang diambil (menolak Idris) agar dapat difahami rakyat, mententeramkan keadaan.

Sehubungan dengan itu juga tindakan serta kenyataan Abdullah, Adnan Mansor (Setiausaha Umno Baru) dan Umno Terengganu adalah amat tidak baik. Ia memberikan contoh bertentangan dengan Rukun Negara prinsip kedua Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kenyataan Abdullah dan sekutunya telah mengaspirasikan penyokong Idris sehingga menghina institusi Raja Melayu. (lihat pic atas yang memmaksud kami hendakan Idris, Binatang!!)

Tindakan memecat secara terbuka Adun Kijal, Dato' Ahmad Said dari BN selepas mendapat watikah Istana sebagai MB ternyata menderhaka dan menghina. Semua dilakukan kerana semata mata mempertahankan seorang Menteri Besar yang berpayung di bawah naungan menantu keramat.

Kepada NGO melayu yang bersungguh - sungguh mempertahankan Institusi Raja Melayu yang telah membuat demonstrasi di Perak mungkin perlu dijemput ke Terengganu atau Putrajaya. (itupun jika mereka benar mahu mempertahankan Institusi Raja Melayu bukan kerana dibayar oleh kroni Umno yang ketakutan hilang kuasa).

Media juga dalam hal ini perlu belajar bersikap lebih adil dalam melaporkan. (Ingat antara punca kekalahan Bn tempoh hari ialah kerana rakyat bosan dengan penipuan media Bn). Kenapa contohnya ketika Prowaris, memberikan komen terhadap kuota exco Perak, diberikan liputan oleh media. Kenyataan penuh Nonee Ashirin Radzi,AJK Prowaris mengenainya disiarkan oleh Buliten Utama. Malangnya kenapa tidak disiarkan kenyataan Prowaris mendesak Abdullah letak jawatan ?

Jika Abdullah bijak apa salahnya mengetuk pintu Istana dalam malam yang gelap mengadap raja.

Katakan " Ampun tuanku jika hamba ada salah silap...hamba akan akur dengan teguran jika ada...mohon janganlah diperbesarkan lagi kemaluan hamba terimalah sembah lantikan Idris..."

Tindakan bijak ini mungkin akan menyelamatkan maruah dan keadaan....tetapi ini tidak berlaku.... atau adakah keadaan ini sengaja dicipta untuk mewujudkan keadaan seolah tegang dan memberi ruang kepada MAGERAN 2008 ?

Awas Umno kini kian tidak waras.... seperti kata Muhd Taib selepas majlis serah tugas di Kementerian barunya yang mengatakan Pemilihan Umno harus tangguh kerana untuk elak malapetaka politik (umno) kerana kini semua (pemimpin Umno) tidak boleh fikir dengan waras...klik untuk ke Malaysiakini

Tetapi banyak yang sokong terus tanding..termasuk teman saya Tok Mat....ikuti laporan dipetik dari Agendadaily.

MB Negeri Sembilan tak setuju tangguh

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini hendaklah diteruskan. Beliau yang juuga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, UMNO perlu berfikiran rasional dalam perkara tersebut. "Ini adalah pandangan peribadi saya. Bagi saya, kita jangan lari daripada masalah... kita kena hadapinya... kita tangguh sampai bila pun, masalahnya akan ada juga,” katanya kepada pemberita di Seremban, hari Rabu. “Pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini memberi pengajaran yang amat mahal. Oleh itu, kalau orang UMNO sayangkan UMNO tidak payah kita tangguhkan pemilihan parti ini. Kalau agenda peribadi mengatasi perjuangan, tangguhkan sampai bila pun, ia tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya.

Tarik Abdullah keluar dari Pulau Pinang bukan projek mega

Setiausaha badan perhubungan UMNO Pulau Pinang yang 'berjaya' mempertahankan kerusi DUN Penaga (dalam kawasan undi Parlimen Kepala Batas), Datuk Azhar Ibrahim meminta kerajaan persekutuan supaya membatalkan semua projek mega yang dirancang untuk Pulau Pinang termasuk jambatan kedua, monorel, jalan lingkaran luar Pulau Pinang (PORR) serta perkhidmatan pengangkutan Rapid Penang.

Alasan bodoh yang diberikan oleh Azhar ialah rakyat Pulau Pinang telah menolak kerajaan BN dan memilih pentadbiran baru yang diketuai oleh DAP. Oleh itu rakyat Pulau Pinang menolak pembangunan. Satu hujah yang boleh dikatakan balas dendam walaupun dinafikan oleh Azhar. Azhar tidak faham erti demokrasi, mungkin baginya Umno parti keramat yang tidak boleh ditewaskan.

Yang melucukan ialah Azhar meminta Rapid Penang* dibatalkan sedangkan perkhidmatan itu telahpun dilaksana dan berjalan lancar. Saya tidak faham dimana letaknya kewarasan dan kebijaksanaan Azhar apabila membuat gesaan tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Azhar bagi pihak UMNO Pulau Pinang tidak lain daripada perumpaan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Inilah mentaliti dunia ketiga yang dimiliki oleh seorang pemimpin yang hidup dalam persekitaran kelas satu.

Jangan persalahkan rakyat kerana menolak BN dan UMNO. Cerminkan diri sebelum membuat tuduhan dan desakan. Rakyat hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab. Inilah kuasa yang ada di tangan rakyat dan kuasa pemerintahan bukan hak milik kekal BN.

Jika diteliti keputusan PRU 12 yang terjadi selain dari faktor Anwar Ibrahim, faktor tekanan hidup...dan faktor yang penting juga ialah faktor rakyat menolak pemimpin Umno & Bn yang sombong dan rasuah khususnya di Pulau Pinang rakyat menolak kepimpinan Abdullah yang lemah dan dikuasai menantu dan anak yang tamak. Maknanya rakyat tidak menolak projek mega tetapi menolak Abdullah. Maknanya yang perlu 'dicabut' keluar dari Pulau Pinang bukan projek tetapi Abdullah. Mungkin boleh dihantar ke Kg. Gadong, Rembau..kerana disitu 'dikatakan' kampung Umno paling kuat di dunia.

Menyentuh
Noh Omar dalam Akhbar Sinar 23hb Mac 2008 - Dalam komen beliau mengenai Ku Li, beliau menyebut Ku Li kena terlebih dahulu menumpukan perhatiannya pada Kelantan sebelum ingin bertanding sebagai Presiden. Satu komen yang agak melucukan, kerana sepatutunya komen seperti itu boleh di tujukan kepada Pak Lah. Dalam konteks yang serupa kenapa Noh Omar tidak mempersoalkan Pak Lah dan meminta beliau menyelesaikan Pulau Pinang sebelum mahu mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri? Bukankah nada itu serupa. Kalau Noh Omar boleh minta Ku Li selesaikan Kelantan kenapa tidak meminta Pak Lah selesaikan Pulau Pinang. Agak janggal Perdana Menteri asal dari negeri yang dikuasi pembangkang

*Rapid penang ialah projek yang dibuat hasil dari projek mempertingkatkan pengangkutan awam. Wang projek rapid ini ialah dari RM3bil. yang diambil dari wang rakyat sehingga menyebabkan harga minyak naik 30sen, hasil dari projek Rapid ini scomi (syarikat anak Abdullah) telah mendapat keuntungan besar.

Zaid : mohon maaf krisis kehakiman 1988 dan lepas ini kes AlTantuya

Zaid Ibrahim, seorang peguam yang kontroversi yang kini menjawat jawatan 'de facto Law Minister' tidak membuang banyak masa dalam memenuhi 'misi' lantikanya. Pertamanya dia telah mengumumkan mengenai betapa Kerajaan perlu meminta maaf kepada mangsa yang dizalimi kerana krisis kehakiman 1998.

cheGuBard menyambut baik kenyataan / cadangan Zaid ini cuma persoalanya bagaimana perkara ini ditangani...?

Krisis kehakiman ini bukan sahaja memangsakan individu seperti Tun Salleh Abbas tetapi turut memangsakan seluruh rakyat Malaysia secara amnya. Kesalahan juga tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas seorang individu sahaja ia juga perlu dikaji sebagai kesalahan dan kelemahan sistem. Umno sendiri secara insitusi dan mereka yang mendokong kezaliman mencabul institusi kehakiman perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

Zaid Ibrahim selaku peguam muda yang begitu lantang dalam penghapusan hak Melayu dan Agama Islam juga perlu bertanggungjawab, kerana dia juga sebahagian dari institusi Umno (baru) yang beliau pertahankan. Beliau menjadi kaya raya kerana menduduki banyak sumber kekakayan selaku proksi Umno (baru) tidak boleh hanya dengan mendesak kerajaan memohon maaf dan menyimpulkan Tun Mahathir Mohamad seorang sahaja bersalah.

Jika hanya ini yang berlaku maka ia pasti mengesahkan cakap cakap kedai kopi yang menyatakan keanggotaan Zaib Ibrahim dalam Kabinet (ala kabinet dapur Abdullah) hanya untuk melengkapkan misi pengukuhan kuasa Abdullah. Dan mungkin selepas ini selepas menyenyapkan Tun Mahathir Zaid akan merungkai kes Altantuya pula untuk memastikan Abdullah dan tingkat 4 tidak tersentuh.

p/s : jika Zaid benar jujur kenapa tidak disentuh juga bagaimana 1998, seluruh jentera kerajaan termasuk kehakiman diperkuda untuk memenjarakan Anwar Ibrahim. Kedua harap bukan sekadar mohon maaf tetapi hukum mereka terlibat, kembalikan penghakiman yang tergantung dan kembalikan semula hak Tun Salleh Abbas yang dirampas kerana peristiwa tersebut.

Update seminggu...kenduri, lawatan kerja ke P.Pinang, DEB, ulasan pengumuman kabinet...

18 Mac lepas selepas sesi Penerangan Perdana bersama YB Fairuz, Timb. Ketua Menteri Pulau Pinang di Teluk Kumbar, cheGuBard didekati oleh sekumpulan anak muda yang datang dan mahu bergambar bersama. Mereka mengatakan pembaca setia blog ini, tetapi mereka sering kecewa kerana blog ini kadang kadang kelihatan 'terlalu' lembab untuk update..... mereka mengatakan tak semestinya update panjang - panjang...pendek ringkas dan padat..janji ada maklumat baru...

Ha ha..cheGuBard disekolahkan oleh mereka... dan kini cuba akur...update !! ok update...disiplin... hahaha..

15 Mac lepas, Bilik Gerakan Utama PRU 12 keADILan Rembau telah mengadakan Majlis Kenduri Rakyat menghargai petugas parti dan penduduk setempat kerana sumbangan sepanjang PRU 12. Kehadiran luar jangkaan makanan disediakan untuk 2,000 orang. Sesi makan bermula 8.15 malam namun kira kira 9.30 malam makanan habis. Nasib baik tindakan Abang Din dan Kak Maznah serta kawan - kawan yang menjadi tulang belakang kenduri ini bertindak pantas mengoreng mee hoon...itupun masih ada yang tidak dapat makan malam itu. Saya mohon maaf...

Malam tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran YB Tian Chua (Parlimen Batu), Ketua Penerangan keADILan, Ybhg. Tn. Syed Shahir, Presiden MTUC, Datuk Kamarul Baharin (Parlimen Teluk Kemang), Pengerusi Perhubungan keADILan NS, YB Taufek A.Ghani (PAS- Dun Paroi), Ketua DPPNS, YB. Chai Tong Chai (Dun Chuah), Pn. Aishah Lamshah (calon Rantau) dan kemunculan khas Sdr. Hishamudin Rais yang turut berucap malam tersebut.

Malam itu juga di umumkan perancangan untuk menubuhkan Tabung Amanah Rakyat Rembau iaitu sebuah tabung amanah yang bakal menguruskan dana untuk pengurusan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rembau, bantuan keluarga miskin dan cacat serta bantuan kepada pelajar anak Rembau. Untuk permulaan cheGuBard sendiri telah memasukan RM 3,000 untuk tabung tersebut. Malam tersebut 5 orang keluarga miskin dari mendapat bantuan dan 6 orang pelajar anak Rembau cemerlang SPM 2007 telah mendapat sumbangan inisiatif sebagai menghargai usaha dan pencapaian baik mereka.

Saya mengakhirkan pertemuan Kenduri Rakyat malam itu dengan ucapan kira - kira 25 minit. Sebagai ulasan mengenai keputusan pilihanraya saya mengatakan dalam hati Khairy, dia tahu dia kalah. Saya mendedahkan bagaimana gangster, penggunaan jentera kerajaan, SPR yang tidak adil...dan tong terakhir yang masuk sekitar 10.30 malam ke Pusat Penjumlahan. Saya berterima kasih atas sokongan dan dokongan yang diberikan. Rembau yang sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat Umno 'totok' hanya tinggal kenangan. Kehadiran menantu PM dan semangat angin Reformasi telah menukar Rembau sebagai medan rakyat. Jika tanpa penipuan dan wang yang banyak sudah pasti Menantu bakal tersungkur di Rembau. Berpuluh Laporan polis yang dibuat sepanjang pilihanraya sudah dikumpulkan dan laporan penuh diserahkan oleh Pengarah Pilihanraya Rembau, Sdr. Azizi kepada pasukan peguam. InsyaAllah hari ini atau esok pasukan peguam akan membuat keputusan mengenai bantahan pilihanraya.

Saya sendiri akan menghantar bantahan rasmi kepada SPR kerana bukan sahaja gagal memastikan PRU yang adil di Rembau tetapi lebih memainkan peranan sebagai pemasti kemenangan menantu PM. Apapun keputusanya saya mengumumkan saya akan terus berada di Rembau dan saya akan pastikan Barisan Rakyat (keADILan) akan menguat di Rembau. Khidmat saya dan rakan - rakan akan terus di Rembau. malah Bilik Gerakan akan terus dibuka seminggu sekali untuk memastikan rakyat Rembau mendapat pembelaan sewajarnya.

18 Mac 2008, cheGubard telah bertolak ke Pulau Pinang seawal 6.30 pagi untuk sesi lawatan kerja 2hari ke Pulau Pinang. Sebelum 3.00 petang Pertemuan Rasmi dengan Timbalan Ketua Menteri, cheGuBard telah menghadiri dua sesi pertemuan dengan beberapa kumpulan aktivis pengerak pertubuhan - pertubuhan melayu setempat untuk membincangkan mengenai kekeliruan orang Melayu Pulau Pinang terhadap isu DEB. Pertemuan awal ini telah terakam persetujuan untuk bekerjasama dan berjaya menjelaskan isu sebenar. Melalui pertemuan ini juga disahkan bahawa sebuah parti perkauman dan ahli keluarga presiden parti perkauman tersebut menjadi dalang terhadap kekeliruan yang berlaku. Usaha ahli keluarga presiden parti disambut baik oleh semua pimpinan di peringkat negeri dan bahagian kerana jelas mereka ketakutan untuk menghadapi hakikat periuk nasi yang hilang malah kemungkinan lebih parah kemungkaran kegiatan meraih kekayaan menggunakan nama Melayu akan terbongkar.

Dalam perjalanan ke Komtar cheGuBard dihubungi melalui telefon dimaklumkan YB Datuk Husam Musa juga berada di Komtar. Jam 2.30 petang, cheGuBard dengan ditemani oleh dua exco AMK pusat, Din Binjai dan Zul Nibong Tebal bersama Zul mamak (Jawatankuasa AMK negeri) memasuki Komtar. Terus ke Pejabat YAB Ketua Menteri bersama YB Datuk Husam, YB Mujahid Rawa dan rombongan bertemu YAB Lim Guan Eng. cheGuBard hanya menyertai sebentar sahaja pertemuan tersebut sebelum meninggalkan mereka untuk ke Pejabat Timbalan Ketua Menteri untuk pertemuan rasmi.

Pertemuan di Bilik Mesyuarat Pejabat Timb. Ketua Menteri disertai oleh YB Fairuz, Timbalan Ketua Menteri dan hampir semua AJK AMK Negeri. Perbincangan lebih satu jam ini membincangkan harapan AMK Negeri terhadap Kerajaan Negeri. cheGubard menegaskan betapa AMK perlu negeaskan kesedian untuk membantu kerajaan negeri juga kesediaan mengembeling lebih lagi usaha ke arah mengisi dan memberi makna kepada kemenangan rakyat. Jangan sesekali ada niat mengambil kesempatan menikmati atau melobi kedudukan melalui kemenangan ini. AMK perlu terus kekal independent menjadi pengkritik sosial kepada kerajaan negeri dan dalam masa yang sama perlu mengembeling tenaga membantu kerajaan memberikan khidmat terbaik buat rakyat.

YB Timbalan Ketua Menteri telah memberikan taklimat kepada kami mengenai beberapa perkembangan terkini. Bagi cheGuBard dalam masa 4 hari kerajaan negeri mereka sudah mula menunjukkan usaha ke arah menjadi kerajaan yang telus, berhemah dan beramanah. YAB Ketua Menteri dan YB Timb. Ketua Menteri telah secara rasmi menolak untuk berpindah ke kediaman Rasmi sebaliknya kekal duduk di rumah mereka sendiri. Keputusan ini telah menyelamatkan kira kira RM600,000 wang rakyat. Ucapan Guan Eng dihadapan kakitangan awam pagi itu yang menegaskan Kerajaan Pulau Pinang akan berusaha menjadi seperti Kerajaan Khalifah Umar yang begitu efisyen dan telus sehingga mensasarkan kemiskinan sifar benar benar mengujakan.

YB Timb. Ketua Menteri menamatkan pertemuan petang itu dengan menyatakan kesedian bekerja sama dengan AMK dan jentera parti ke arah mengisi dan memberi makna kepada keputusan PRU kali ini sebagai kemenangan rakyat.

Selepas itu cheGuBard terus ke sebuah Berjaya Georgetown Hotel untuk sesi pertemuan dengan beberapa aktivis untuk membincangkan beberapa tindakan segera untuk menggerakan jentera parti membantu kerajaan negeri. Pertemuan itu turut disertai oleh YB Ong Chin Wen (Adun Bkt Tengah). Namun Ong terpaksa meninggalkan kami ditengah - tengah perbincangan kerana mendapat panggilan telefon Banjir di kawasanya.

Malamnya pula menghadiri Majlis Penerangan Umum bersama YB Fairuz, Timbalan Ketua Menteri di Dewan Orang Ramai Teluk Kumbar. Menghampiri Dewan sekitar jam 9.20 malam, terkejut kerana dari jauh lagi sudah kelihatan kereta diletakkan di kiri dan kanan jalan. Dewan melimpah penuh sehingga penganjur terpaksa memasang skrin untuk memastikan orang ramai diluar dewan juga dapat mengikuti ucapan.

Malam itu ucapan bermula 9.40malam berakhir kira kira 10.30 malam dengan kehadiran YB Timb. Ketua Menteri dengan di iringin serunai dan gendang oleh Kelab Sukan Teluk Kumbar. Dalam ucapan saya menegaskan betapa rakyat Pulau Pinang perlu tenang, khususnya orang Melayu. Jangan mudah terpedaya dengan kumpulan yang cuba membangkitkan api perkauman. Penerangan mengenai apa dia DEB dan bagaimana DEB telah disalahgunakan untuk kelompok tertentu menjadi kaya dilihat diterima baik oleh pendengar malam itu.
Hakikatnya, DEB yang diperkenalkan pada tahun 1971 telah tamat tempoh perlaksanaannya pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) serta Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) (2001-2010).

cheGuBard memberikan contoh penyelewengan DEB dengan membongkarkan bagaimana keluarga Abdulah Hj Ahmad menggunakan kedudukan Abdullah sebagai PM untuk menjadi kaya raya termasuk sanggup menjual kedaulatan negara. Pendedahan lengkap malam itu dengan menyebut nombor transaksi, nombor kad pengenalan, tarikh, masa dan tempat telah berjaya mematahkan tuduhan media yang menyatakan tuduhan rasuah kepada keluarga PM hanya retorik politik dan serangan peribadi. Malah selepas sesi ceramah ramai yang datang untuk meminta salinan pendedahan untuk disebarkan. InsyaAllah satu 'booklet' membongkar salah laku kerajaan 3 beranak akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi.

Sudah tentu 'peristiwa hitam' Rembau turut disentuh kerana ramai yang hadir turut hendak mendengar perkara itu.

Ucapan YB Fairuz menjadi penutup malam tersebut. Fitnah Kerajaan Pulau Pinang anti Melayu dan Islam dipatahkan dengan pengumuman menaikkan elaun dan keistemewaan guru guru KAFA seluruh Pulau Pinang. Guru - guru agama yang selama ini terpinggir oleh Kerajaan sebelum ini mendapat perhatian YAB Ketua menteri sendiri katanya. Beliau juga mendedahkan bagaimana seorang bekas exco Kerajaan lalu enggan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Jam 1.00 pagi pula telah menghadiri sesi perbincangan dengan seorang Juara dan nama besar dalam dunia permotoran tempatan. Perbincangan yang turut dihadiri oleh seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam perniagaan permotoran. Perbincangan 3 jam ini berkisar dengan bagaimana menyelesaikan masalah sosial dan 'rempit' dikalangan remaja dan apa sumbangan yang cheGuBard selaku MPT keADILan boleh mainkan.... banyak yang diperbincangkan. Nampaknya beliau yang dikenali lama dulu ketika bersekolah di Ipoh, Perak melebihi dari apa yang disangka. Jiwanya patriotik dan kesungguhan untuk bersama dalam membina belia negara cukup tinggi. Perbincangan terhenti hampir 4.oo pagi dan kami bersetuju untuk bertemu hujung bulan ini di Kuala Lumpur dengan proposal lebih lengkap.

19 Mac, 11 pagi cheGubard telah mengambil kesempatan bersama keluarga yang ikut serta untuk menghabiskan sejam melawat Georgetown. Sudah tentu peluang menikmati makan tenghari Nasi Kandar Line Clear tidak dilepaskan. Ketika menikmati nasi kandar cheGuBard dimaklumkan bahawa sekarang ini ada usaha memboikot restoran nasi kandar khususnya rangkaian restoran besar seperti Pelita. Usaha kempen boikot yang disebar melalui sms ini kerana penglibatan Pelita secara terbuka dan bersungguh berkempen dan membantu kempen BN. Malah terdapat juga tuduhan mengatakan pengusaha nasi kandar juga terlibat sebagai dalang dibelakang usaha protes - protes pro DEB yang diadakan. Tidak hairan restoran Nasi Kandar lengang tidak seperti selalu. Nampaknya rakyat makin matang menggunakan kuasa demokrasi mereka.

Jam 1.30 petang, bersama dengan AMK P.Pinang membuat sidang media di Pej. Perhubungan keADILan P.Pinang, Seberang Jaya. Dalam sidang Media ini Dr. Azhar, Ketua AMK P.Pinang menegaskan sokongan tidak berbelah bagi AMK P.Pinang terhadap kerajaan negeri termasuk dalam implimentasi Agenda Ekonomi Malaysia. AMK juga bersedia mendedahkan bagaimana dasar ekonomi lama diperguna golongan tertentu untuk mengaut keuntungan untuk kelompom mereka atas nama Melayu sedangkan majoriti melayu negeri ini ketinggalan. AMK P.Pinang bersedia berdebat dengan sesiapa sahaja khususnya Umno P.Pinang untuk mempertahankan Agenda Ekonomi Malaysia.

Dalam sidang media ini cheGuBard telah menegaskan bagi pihak anak muda Malaysia tidak meletakkan sebarang harapan untuk kabinet yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri. Kabinet ini masih penuh dengan pemimpin rasuah dan rosak. Pengumuman kabinat ini juga telah telah membuktikan Abdullah makin hilang populariti dan makin lemah dalam kerajaan apabila dua timbalan menteri mengumumkan penolakan sebaik sahaja diumumkan lantikan. Keadaan lebih parah apabila Setiausahanya sendiri meletakkan jawatan dengan di ikuti perletakan jawatan Khir di Selangor. Pengumuman kebinat penuh dengan kontroversi dan protes.

Ketidakhadiran Khairy, menantu PM dalam kabinet boleh dianggap kejayaan peribadi cheGuBard dan jentera rakyat dalam menyekat sedikit kegilaan kuasa menantu ini. Namun walaubagaimanapun ini bukan tanda Khairy sudah berjaya disekat sepenuhnya.

Abdullah jelas panik dengan usaha 50 orang 'orang kuat wanita' yang berhimpun dirumahnya yang memprotes tidak melantik Rafidah, Ketua Wanita Umno di dalam Kabinet. Sebagai bukti Abdullah lewat petang selepas pengumuman kabinet telah melantik Sharizat Jalil yang kalah di Lembah Pantai sebagai penasihat khas PM bertaraf Menteri (gaji dan elaun sama dengan menteri). Sharizat memikul tugas mengepung sokongan wanita kepada PM....ada yang mengatakan PM berharap Rafidah kecewa dan kemudian meletakkan jawatan. Namun nampaknya Abdullah akan menghadapi masa sukar apabila Rafidah memilih kekal sebagai Ketua Wanita dan membuat kerja protes dari dalam. Begitu juga Pm kecewa apabila tindakan disiplin terhadap Mukhriz yang mendesak dia meletakkan jawatan lansung tidak dibincang dalam Mesyuarat Pemuda Umno Pusat. Sebaliknya ada beberapa peringkat pemuda seperti Pemuda Umno Johor yang mula menyatakan persetujuan terbuka terhadap surat Ku li mendesak Mesyuarat Agong Khas Umno.

Perletakan jawatan Khir yang mengtatakan beliau bertanggungjawab penuh terhadap pencapaian Umno/Bn adalah isyarat berat buat Abdullah dan keluarganya. Sebenarnya selain angin perubahan, populariti Anwar Ibrahim antara punca besar lain kekalahan Bn ialah kerana kebencian dan penolakan rakyat kepada Abdullah yang lemah dan menantu serta anak yang tamak. Abdullah juga perlu mengambil tanggungjawab terhadap apa yang terjadi !! Begitu juga Najib yang terpalit dengan kontroversi Altantuya dan skandal rasuah pembelian senjata, kapal dan jet.

Mengenai kumpulan - kumpulan yang bangkit kononya pro kepada DEB cheGuBard menyeru semua pihak termasuk Kerajaan Negeri P.Pinang, Perak dan Selangor menghormati hak kumpulan ini menyatakan pendapat. Ugutan menggunakan ISA oleh Ketua Polis P.Pinang perlu difikirkan semula dan tidak wajar. Cuma cheGuBard mempelawa pihak - pihak tersebut berdebat secara ilmiah dengan mengambil kira realiti dalam perkara ini. Perdebatan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat adalah budaya demokrasi matang dan maju.

Ketika cheGuBard turun ke jalan raya budaya perdebatan dan media jelas terpenjara. Adakah menantu PM sudah menarik semula tuduhan atau gelaran kepada mereka yang melakukan protes jalanraya sebagai monyet dan beruk ? Jika belum sewajarnya kumpulan ini pergi dahulu meminta menantu PM menarik tuduhan itu, sambil mungkin jika ada sedikit keberanian bertanyakan bagaimana dia menggunakan nama Melayu dalam parti Melayu melakukan perkara berikut ;
  • mendapat RM9.2 juta membeli ECM libra dan dalam tempoh dua bulan mertuanya menjadi PM memaksa ECM Libra bergabung dengan Avenue Capital sebuah syarikat negara yang menguruskan berbilion aset negara, dan kemudian setelah perkara ini terbongkar menjualkan peganganya dalam Ecm Libra.... jika perkara ini sah kenapa perlu dijual dan kepada siapa ia dijual...?
  • penglibatanya dalam menjual Pantai Holding kepada Singapura dan kemudian kerajaan terpaksa membazirkan wang berlipat kali ganda membeli syarikat ini semula..?
  • tanya juga mengenai kedaulatan selatan Johor yang tergadai atas nama WPI yang menjemput Singapura mentadbir wilayah Malaysia...
  • jangan lupa juga mendapat penjelasan mengenai Kontrak dan Tender kerajaan yang dimiliki scomi... naikkan minyak RM3 billion rakyat derita kononya kerana nak pertingkat pengangkutan awam tetapi hampir semua projek yang terhasil dari rampasan RM3billion wang rakyat diserapkan kepada projek yang ada kepentingan scomi....
  • dan sebelum salam balik tanya juga dia mengenai scandal oil for (Iraq) mana keluarganya mendapat keuntungan atas nama negara dan kenapa BSA Tahir, rakan perniagaan KamaLudin Abdullah ditahan ISA..?
cheGuBard dengan ini mencabar menantu yang cuba menjadi juara Melayu dan DEB untuk berdebat di mana - mana pentas terbuka selepas takut untuk hadir di pentas yang disediakan oleh keADILan semasa PRU 12 di Rembau. Menantu perlu berani keluar 'bertempur' secara jantan bukan setakat berkokok dibawah lindungan ketiak bapa mertua.

p/s : seorang teman yang dikenali sebagai 'Jo' secara tiba - tiba telah sudi menaja penginapan saya, isteri, cheNurZaima dan Abg. Ryhzal....saya tak pasti dia suka atau tidak namanya disebut namun saya rakamkan terima kasih.Cadang kami hanya menumpang seperti biasa di rumah kenalan.....

Monday, March 17, 2008

Copy Paste and Replace some Words = NEWS

Bukan sukar hendak menjadi wartawan! Ubah ayat sikit je!

IGP: MALRAF trying to garner support from terrorist groups

Pulau Pinang: There are signs lately that the Malay Rights Action Force (MALRAF) is trying to garner support from terrorist groups, the police charged yesterday.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said MALRAF has also set up a fund by misleading the public into believing that the money is to finance its activities.

“We view such matters very seriously. It is also very worrying especially when we live in a multi-racial society.

Ominous words: The front page of Thursdays edition of Singapore’s The New Paper which interviewed UMNOputera and quoted him as saying that MALRAF will not rule out violence.

“The police will not hesitate to take stern action against anyone to ensure that peace and security prevails in this country,” he said.

Musa also said the group was trying to sow hatred towards the Government and that its actions could spark racial clashes.

He said such dangerous sentiments were being widely spread via MALRAF forums, distribution of books and leaflets, on websites as well as through the short messaging service.

“It is also trying to rope in gangsters to prevent local authorities from demolishing illegal surau, mosques and “kedai burger tepi jalan” in the near future"

“The fanning of such racial sentiments among the Malays is very unhealthy and dangerous,” Musa said, adding that the police would not hesitate to invoke the Internal Security Act (ISA) against those who abused technology to stoke racial hatred or unrest.

The IGP said those found guilty of spreading such messages through SMS or e-mail could be jailed up to three years, fined RM10,000, or both, under Section 28 of the ISA.

One of MALRAF leaders, UMNOputera bin Dibayar KJ, was reported as saying in an interview in Thursday’s edition of Singapore’s New Paper that that he would not rule out using violence.

He was quoted as saying that the protest by Bersih and HINDRAF in Kuala Lumpur last November inspired MALRAF’s public protest.

“The rakyat were prepared to die for their cause. I’ve shown slides of rakyats getting tear gassed and “disumbat black maria" during my roadshows and I think it struck a chord with the people"

“I think it’s quite unlikely we’ll head down that path towards a civil war but there’s always that possibility. Some of the uneducated may resort to violence,” UMNOputera was quoted as saying by the paper.




The lone FRU guy tried to blend in.But failed. His "Where's Waldo" skill sucked




Spot the FRU and Water Canon and win 1000000 dollars




I swear to god i am MELAYU




Yeah US toooo!


p/s: no MAMAKS Malays were harmed during this demonstration. FRU was being nice for once. Bravo. LOL

(bukan artikel cheGuBard cuma ingin berkongsi artikel dipetik dari blog yang menggunakan terma kebebasan berpesatuan)

Saturday, March 15, 2008

petikan dari Rembau Hari Ini

Fakta ini diambil dari Keputusan Penuh PilihanrayaUmum Ke 12 2008 Utusan Malaysia Isnin 10 Mac 2008
mukasurat 23.

Sepatutnya jumlah kertas undi yang dikeluarkan diperingkat DUN dan Parlimen sepatutnya sama. Di Parlimen Rembau ada 4 DUN, iaitu Paroi, Chembong,Rantau dan Kota. Jumlah kertas undi yang dikeluarkan
untuk 4 DUN ini sepatutnya sama dengan jumlah kerusi Parlimen Rembau.

Tetapi apabila dijumlahkan semuanya ini didapati 957 undi di Parlimen Rembau telah hilang. Mana pergi 957 undi di peringkat Parlimen Rembau ini ? Apa alasan SPR akan berikan ?

Berikut perkiraannya :

Parlimen Rembau : Undi BN 26525 + Undi PKR 20779 + Undi Rosak 1066 = 48370

DUN Paroi : Undi BN 8316 + Undi PAS 9423 + Undi Rosak 299 = 18038

DUN Chembong : Undi BN 7017 + Undi PAS 2944 + Undi Rosak 175 = 10136

DUN Rantau : Undi BN 7739 + Undi PKR 3956 + Undi Rosak 371 = 11966

DUN Kota : Undi BN 6278 + Undi PAS 2665 + Undi Rosak 244 = 9187

Jumlah undi 4 DUN : 49327 – Jumlah undi Parlimen 48370 = 957 UNDI HILANG !

FAKTA LAIN :
Calon Parlimen Rembau Badrul Hisham dari PKR mendapat lebih 1791 undi dari jumlah 4 DUN undi yang diperolehi PAS dan PKR

Calon Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin BN mendapat kurang 2825 undi dari jumlah 4 DUN yang diperolehi BN

Ini bermakna 4616 pengundi mengundi BN di peringkat DUN , tetapi mengundi PKR di peringkat Parlimen

(tulisan ini adalah petikan email dari editor Rembau-Hari-Ini.blogspot.com)

Friday, March 14, 2008

Makin hebat..desakan Abdullah letak jawatan !!!


apa yang dilakukan Mukhriz ini mengingatkan cheGuBard mengenai satu catatan sejarah yang merakamkan taktik yang sama pernah dilakukan oleh Mahathir ketika usia mudanya. Menurut sumber ini merupakan sebahagian dari tindakan terancang . Persoalanya ialah jika Abdullah Ahmad meletakan jawatan siapa bakal menggantikan....? Adakah Najib sesuai untuk mengambil posisi sebagai PM dalam keadaan krisis seperti sekarang ini ?

Ku Li desak perhimpunan khas Umno 11 Mei ini(petikan harakah)

Ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang menuntut beliau berundur sebagai tidak bertanggungjawab dan mahu Exco Pemuda Umno itu diambil tindakan, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula mendesak diadakan Perhimpunan Agung Khas parti itu.

Dalam suratnya kepada semua 193 Ketua Umno Bahagian, Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat itu menggesa diadakan perhimpunan agung khas itu untuk membincangkan masa depan parti itu berikutan keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu dan masa hadapan orang-orang Melayu.

Tengku Razaleigh mencadangkan perhimpunan agung khas Umno itu diadakan pada 11 Mei ini.

"Saya mencadangkan tarikh tersebut kerana ia adalah hari ulang tahun (penubuhan) Umno," The Malaysian Insider memetik beliau.

Tokoh veteran Umno itu menyifatkan keputusan pilihan raya baru-baru ini "bukan sahaja memeranjatkan malah menakutkan".

"Dalam pilihan raya pertama pada tahun 1955, Umno menguasai dua pertiga kerusi Parlimen. Hari ini, kita adalah suara minoriti di Parlimen. Di peringkat persekutuan, Umno bukan lagi kuasa politik yang kuat. Saya hampir menitiskan air mata memikirkan senario ini," kata bekas Menteri Kewangan itu.

Beliau meminta di cari sebab mengapa pengundi Cina dan India menolak calon-calon MCA dan MIC.

"Mengapa calon-calon Umno yang mempertahankan jawatan ditewaskan oleh calon-calon PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS? Kita mesti mencari sebab mengapa...

"Jika tidak, di dalam pilihan raya akan datang, jika kita tidak mengubah polisi, budaya dan semangat kita di dalam BN (Barisan Nasional) dan Umno serta berubah dengan radikal, BN dan Umno mungkin tidak akan memerintah lagi," katanya.

Razaleigh dianggap oleh sebahagian pengkritik Abdullah sebagai tokoh yang boleh menyatukan Umno dan mendapatkan semula sokongan kaum Cina dan India

Khir ketakutan musnahkan bukti rasuah....




Gambar - gambar di atas dipetik dari blog 'YB' Elie Wong...gambar - gambar yang dirakam secara curi kegiatan memusnahkan bukti korupsi Kerajaan BN Selangor di bawah Khir Toyo sebaik sahaja keputusan pilihanraya diumumkan.

Wednesday, March 12, 2008

Menantu letak jawatan...tidak kena mengena dengan cheGuBard

Saya mendapat banyak sms mengatakan tahniah kepada saya kerana menantu Pm meletakan jawatan sebagai Naib ketua pemuda Umno..... saya ingin katakan di sini ia tidak ada kena mengena dengan cheGuBard. cuma mungkin tahniah kepada jentera Umno yang menyertai jentera rakyat di Rembau secara malu malu kucing tempoh hari....

Persoalan saya ialah bukan jawatan si menantu ini dalam Umno tetapi persoalanya ialah penglibatan si menantu dalam keputusan yang merugikan negara dan menguntungkan peribadinya dan Kamaludin Abdullah.....sebelum saya menulis sendiri apa yang saya kempemkan di Rembau saya raya elok saya kongsikan petikan tulisan seorang ahli Parti Mahasiswa Negara yang menulis sebelum debat calon Rembau yang menantu takut datang.........

LEWAT jam 3 petang tadi, saya mendapat sistem pesanan ringkas (SMS) berhubung cita-cita perdebatan Sdr. CheguBard (PKR) dengan Sdr. Khairy Jamaluddin (UMNO) di Parlimen Rembau. Entah benar atau tidak, hanya Allah sahaja yang tahu. Begini masej tersebut :-

…debat antara 2 calon Parlimen Rembau, Badrul Hisham (PKR) dan Khairy Jamaluddin (UMNO) di Taman Seri Rembau. Moderator (oleh) Sdr. Anuar Mohd Nor dari umno-reform.net jam 8 malam hari ini. (Sila) hubungi +6013-2728500 untuk keterangan lanjut. Sebarkan debat terbuka bersejarah di Malaysia..”

Seketika kemudian, saya mendapat sms pula daripada Sdr. Azlan Zainal, Presiden Penaja Parti Mahasiswa Negara (PMN). Beliau meminta saya menggalurkan semula soalan dan penjelasan akademia khusus untuk Khairy Jamaluddin (KJ) malam ini.

Menurut beliau, malam ini PMN akan menghantar beberapa opinion leaders untuk bersemuka dengan KJ.

Saya bertanya, ‘Mengapa tidak kita mengutarakan soalan kepada kedua-dua calon muda Parlimen Rembau ini?

Kita telah temuai Sdr. Badr (CheguBard), malah telah berpidato dengan beliau lebih 4 kali di Rembau 2 Mac lalu.

Beliau juga telah memberi jaminan untuk memerangi rasuah, nepotisme, kezaliman dll.

Yang masih belum kita bersemuka adakah KJ. Jadi kita perlu bersemuka dan bertanya beberapa soalan juga kepada KJ…” respon Sdr. Azlan Zainal.

Kesempatan ini, saya mengambil taklifan merangka soalan khusus untuk KJ. Saya juga cuba menggalurkan beberapa fakta untuk makluman KJ dan pembaca sekalian. Selebihnya, saya berharap KJ dapat menjawab soalan tersebut dengan penuh jujur dan bertanggungjawab.

Berikut adalah 5 SOALAN TERBUKA UNTUK KHAIRY JAMALUDDIN :-

——————————————

SOALAN PERTAMA:

Asalnya ‘kepentingan’ akhbar perdana The Straits Time Press (STP) pernah dikuasai oleh Singapura. Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) telah berjaya menguasai semula kepentingan dalam STP tersebut dari terus dimanipulasi oleh Singapura. STP telah dijenamakan sebagai The News Straits Time Press (NSTP).

Dengan penguasaan semula kepentingan NSTP tersebut telah menyebabkan banyak tokoh-tokoh Melayu-Malaysia mengisi jawatan-jawatan penting dalam akbar tersebut.

Selepas Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5, terdapat beberapa inisiatif tidak munasabah (unreasonable) telah dilaksanakan oleh beliau dengan nasihat Sdr. Khairy Jamaluddin. Pertama, menamatkan perkhidmatan atau memecat Dato’ Abdullah Ahmad, Ketua Editor NSTP. Kedua, PM telah melantik Dato’ Kalimullah Hassan, bekas Journalist akhbar Singapore Straits Times yang diimport langsung dari Singapura menjadi Ketua Editor baru NSTP.

Lebih malang, NSTP telah menjadi proksi strategik menyalurkan maklumat berhubung keselamatan dalaman Malaysia kepada Singapura.

Sebagai contoh, pengumuman Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah disiarkan dalam Singapore Straits Times di Singapura lebih awal sebelum Perdana Menteri membuat pengumuman rasmi di Putrajaya; dan disiarkan dalam NSTP.

Contoh di atas cukup munasabah (reasonable) untuk membuktikan bahawa Dato’ Kalimullah Hassan adalah agen Singapura di Malaysia.

PMN melihat isu penguasaan kepentingan NSTP ini mampu menggugat keselamatan negara kerana akhbar merupakan medium strategik dalam melaksanakan satu-satu propaganda.

SELAKU IKON PEMUDA MALAYSIA YANG LANTANG, APAKAH PANDANGAN DAN INSIATIF SDR. KHAIRY JAMALUDDIN DALAM ISU PENGUASAAN KEPENTINGAN NSTP OLEH INDIVIDU PRO SINGAPURA?

——————————————-

SOALAN KEDUA:

Selepas menguasai kepentingan NSTP, Dato’ Kalimullah Hassan dengan beberapa rakan korporatnya telah diberi peluang menerajui ECM-Libra. Beliau dan beberapa rakan sejawatnya dalam Ahli Lembaga Pengarah ECM-Libra tersebut telah bersetuju meminjamkan RM9 JUTA kepada Sdr. Khairy Jamaluddin agar beliau boleh membeli saham (kepentingan) dalam ECM-Libra seterusnya menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut.

PMN melihat percaturan tersebut demi memastikan ECM-Libra boleh mendapat ‘kemudahan istimewa’ dalam projek-projek mega Kerajaan melalui pengaruh Sdr. Khairy Jamaluddin, menantu (bekas) Perdana Menteri Malaysia.

PMN juga melihat percaturan tersebut meletakkan Khairy Jamaluddin dan Dato’ Kalimullah Hassa sebagai penasihat tidak rasmi (gate keeper) kepada Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam menguruskan kekayaan/pembangunan Malaysia.

ADAKAH PEMBERIAN RM9 JUTA OLEH DATO’ KALIMULLAH HASSAN KEPADA SDR. KHAIRY JAMALUDDIN SUATU HADIAH ATAU BALASAN (ATAU RASUAH) ATAS PERANAN SDR. KHAIRY JAMALUDDIN MEMELIHARA KEPENTINGAN DATO’ KALIMULLAH HASSAN DI MALAYSIA?

———————————————

SOALAN KETIGA:

Selepas didesak oleh FBI (Amerika), pada Jun 2006, 5 warganegara jepun melalui Syarikat Mitutoyo telah dibuktikan terlibat membekalkan komponen senjata nuklear tersebut pada Syarikat SCOMI (milik Sdr. Khairy Jamaluddin) sebelum dieksport ke Libya.

SCOMI dan Sdr. Kamaluddin Abdullah (anak kandung Pak Lah) di Malaysia masih selamat walaupun FBI mulai mengintai peranannya demi memerangi keganasan global.

Selepas tekanan kuat oleh FBI, akhirnya BSA Tahir, seorang rakyat Sri Langka yang juga rakan kongsi Sdr. Kamaluddin Abdullah dalam SCOMI telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

PMN melihat penahanannya suatu kezaliman. Sepatutnya, beliau dibicarakan di Mahkamah secara bebas dan adil. Biar Mahkamah yang memutuskan sama ada beliau bersalah atau sebaliknya. Dan biar mahkamah juga putuskan siapa lagi yang sepatutnya dibicarakan secara bebas dan adik di sana.

Bagi PMN, penahanannya tidak lebih demi menyekat kebenaran maklumat berhubung keselamatan negara agar sampai kepada rakyat dan mahasiswa.

ADAKAH PENAHANANNYA DI BAWAH ISA DEMI MEMELIHARA KESELAMATAN NEGARA; ATAU KEPENTINGAN SCOMI, BAPAK MERTUA KEPADA SDR. KHAIRY JAMALUDDIN (JUGA BEKAS MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI YANG BERKUASA MENYALAHGUNAKAN ISA)?

———————————————–

SOALAN KEEMPAT:

Transparens Antarabangsa (TI) telah mengeluarkan satu kajian berhubung pengamalan rasuah di peringkat antarabangsa – Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI).

Menurut CPI, kedudukan Malaysia dalam kegiatan rasuah semakin kronik. Sebagai contoh, Malaysia berada pada tangga ke-37 (2003), tangga ke-39 (2004), tangga ke-43 (2007).

Bagi PMN, budaya rasuah di Malaysia bertambah kronik dan memerlukan pemulihan segera. Mahasiswa dan generasi baru Malaysia patut melaksanakan perubahan dan menolak kepemimpinan ‘rasuah’ secara berdepan melalui PRU12.

SEBAGAI IKON PEMUDA DI PARLIMEN, BERANIKAH SAUDARA MENERIMA PERLAWAAN PMN UNTUK BERWACANA ISU RASUAH DALAM KONTEKS MALAYSIA?

—————————————————

SOALAN KELIMA:

Isu WPI dan kedaulatan Malaysia. Menurut Comprehensive Development Plan - CDP, pelaksanaan WPI akan mengorbankan 16, 997 hektar (42 000 ekar) Tanah Rezab Melayu (TRM). Keluasan tersebut adalah 7.7% WPI. 7.7% TRM tersebut merangkumi Felda Cahaya Baru, Felda Ulu Tebrau, Felda Taib Andak, Felda Inas, Felda Bukit Permai & Felda Bukit Batu. Semuanya milik rakyat berbangsa Melayu. Sila rujuk sumber rasmi Kerajaan.

IRDA Act 2007 (Akta 664) selaku statutory body yang kebal (immunity) diperkenalkan dan dipengerusikan sendiri oleh YAB Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Bapa Mertua kepada Sdr. Khairy Jamaluddin (Timb. Pemuda UMNO Malaysia - parti yang sepatutnya memelihara kepentingan bangsa Melayu) UMNO sebulat suara bersetuju dengan pembangunan tersebut dalam AGM dan Parlimen sebelum ini.

IRDA Act 2007 ini bertentangan dengan Bahagian 11 Artikel 8(1) Perlembabagaan Persekutuan (PP) yang menjadi landasan tertinggi dalam perundangan negara

Akta ini (Iskandar Regional Development Authority -IRDA) bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. IRDA Act 1997 jauh lebih zalim berbanding Akta Pengambilan Tanah 1960 dan langsung tidak memelihara hartanah dan TRM bumiputera Melayu/rakyat di Malaysia.

Seksyen 50 IRDA Act 2007 tersebut sepatutnya terbatal dengan Artikel 4 PP. Seksyen 56(1) akta tersebut juga bertentangan dengan ’separation of powers’ sebagaimana yang diperuntukan dalam PP - Federal List & State List.

Mengapa dokumen WPI ini hanya dikeluar dalam bahasa Inggeris sahaja; tidak dalam pelbagai bahasa - Bahasa Melayu, Cina, India dll? Adakah kerana UMNO/BN bimbang rakyat bawahan tahun posisi sebenar ‘kepentingan’ mereka sedang dirompak oleh UMNO/BN?

Bagi PMN, sepatutnya WPI ini dirancang dan diselia oleh Unit Perundingan Ekonomi (EPU) kerana hanya EPU lebih mementingkan kepentingan negara. WPI ini tidak seharusnya diurus oleh Khazanah Nasional Berhad, syarikat kapitalis Melayu-Bumiputera yang diketahui umum sangat mementingkan keuntungan & bukan kebajikan rakyat.

SEBAGAI IKON PEMUDA YANG AGAK LANTANG DALAM ISU KENEGARAAN DAN KEPEMUDAAN, BERANIKAN SDR. KHAIRY JAMALUDDIN BERSEMUKA DENGAN PMN; BERWACANA DAN MENASIHATKAN PENGERUSI IRDA (BAPA MERTUA SDR. KHAIRY JAMALUDDIN) DEMI MEMELIHARA KEPENTINGAN RAKYAT/KEDAULATAN NEGARA NEGARA DARI DIKUASAI OLEH SINGAPURA?

“SDR. KHAIRY JAMALUDDIN, SILA BERI PENJELASAN

Saya terus di sini....

Malam keputusan PRU 12 saya seolah hilang punca. Melalui kiraan pantas iaitu maklumat dari semua ajen kiraan undi saluran / peti undi keADILan mendahului kira kira 100++. Namun angka yang diterima bukan angka rasmi. Banyak ketua pusat mengundi pula menafikan hak agen kiraan undi keADILan mendapat salinan borang 14. Selepas maghrib suasana di Pusat Penjumlahan di Dewan Merdeka, Rembau agak tak tentu arah. Saya mengambil keputusan untuk terus berada di Bilik Gerakan keADILan Parlimen Rembau (5 minit dari Pusat Penjumlahan) untuk monitor keputusan yang masuk dan cuba menghubungi semula semua agen pengiraan undi untuk menghantar borang 14 ke bilik gerakan.

Saya menghantar 3 orang untuk memasuki dewan, malangnya cuma Rozmal, agen calon sahaja yang dibenarkan masuk. Bayangkan dalam keadaan ratusan penyokong Bn di dalam dewan, apa yang Rozmal seorang mampu lakukan. Sekitar jam 9.00 malam saya sudah merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Rozmal yang saya hubungi melalui telefon seperti hilang punca. Dia mengatakan kemungkinan kiraan semula (dia juga tidak pasti) tetapi semua berlaku dengan pantas. Jam 10.15 malam dua peti undi di bawa masuk, dan 5 minit selepas itu terus calon BN parlimen Rembau di isytiharkan menang dengan majoriti 5,000 lebih.

Semenjak peristiwa itu saya mendapat ratusan panggilan telefon dari teman dan wartawan yang ingin mengetahui apa sebenarnya terjadi. Maka semalam saya menganggil sidang media di SCAH, KL.

Saya istiharkan PRU 12 ini merupakan PRU paling kotor dan Rembau merupakan yang terkotor. Media, agensi kerajaan diperkuda secukupnya demi menjamin kemenangan BN. Di Rembau contohnya Pengurus Pilihanraya yang juga Pegawai Daerah Rembau serta 'team'nya sendiri terpaksa tunduk kepada menantu Abdullah dan menekan lawan Bn.

Begitu banyak majlis kerajaan, peruntukan kerajaan dan premis/kawasan milik kerajaan dipergunakan oleh jentera Bn demi memastikan menantu Pm menang. Tn. Rawi, pegawai daerah Rembau ketika saya hubungi melalui telefon bertanyakan kenapa menantu Abdullah boleh menggunakan kemudahan kerajaan tetapi saya dinafikan hak untuk menyewa padang Rembau ? Beliau menyatakan meluluskan atau tidak itu kuasanya... dan dia sudah membuat keputusan untuk tidak membenarkan calon lawan menantu Pm menggunakan padang dan dia juga punya kuasa untuk membenarkan menantu Pm menggunakan padang Rembau..katanya menantu Pm lain dia Bn...selepas ditanya mengenai saya juga membayar deposit pilihanraya seperti menantu Pm dan selaku pegawai yang menjalankan tugas SPR dan makan gaji yang dibayar oleh rakyat dia harus bertindak adil...dia meletakkan telefon !!!

Kejadian kedua ialah apabila banyak aduan yang saya buat seperti bahan kempen hilang, terbakar...penggunaan bendera Umno yang tidak bertanding Pilihanraya...dan banyak lagi tidak dilayan walaupun telah berkali - kali membuat aduan ke Bilik Gerakan SPR Rembau (pejabat Daerah)...saya telah menelefon ke Bilik Gerakan SPR tetapi malangnya saya ditengking oleh A.D.O Rembau dan mengugut untuk mengambil tindakan ke atas saya kerana mengganggu pegawai awam. Saya terus mencabar beliau jika anak jantan sila ambil tindakan undang undang .... dia mengatakan "dengan awak dengan Anwar Ibrahim boleh jalan.." .... saya hilang sabar dan terus mengatakan Kamu memang anjing BN dan meletakkan telefon...saya tahu penggunaan perkataan anjing itu melampau...di sini saya memohon maaf tetapi beliau juga harus mengakui tindakan beliau yang gagal memastikan pilihanraya di P131 berjalan secara adil.

Rembau telah melalui 12 kali Pilihanraya Umum. Ramai orang 'lama' di Rembau sendiri mengakui bahawa dia tidak pernah tengok pilihanraya yang sekotor ini dengan pelibatan gangster. Saya mengalami kerugian tidak kurang RM20,000 kerana banner, bendera dan poster yang hilang, dicuri, dirosakkan dan dibakar. (klik untuk pic antara kejadian bakar billboard)

Kegiatan kekasaran seperti menahan atau menghalang atau mengasari petugas pilihanraya juga wujud. Seorang yang mengaku Eksekutif kempen Khairy (putih, gebu, berjanggut) yang dipercayai bukan 'budak tempatan' sering kali cuba membuat kecoh dalam kempen individu saya. Contohnya di Masjid Rembau selepas solat jumaat saya di serbu dan dituduh berkempen menggunakan masjid. Saya tidak mempedulikan 'tentera berbayar' menantu Pm ini dan terus bersalaman melayan jemaah. Mujur kawalan keselamatan calon berjaya membawa 'tentera berbayar Khairy ini jauh dari saya. Sekali lagi 'tentera berbayar yang sama' dengan kumpulanya cuba menyerbu saya di Masjid Paroi. Kali ini mengugut dengan menuding jari dan mengatakan siap kau !!! sekali lagi kumpulan pengacau upahan Khairy ini berjaya dikuis jauh dari saya.

Kejadian kedua terjadi terhadap calon keADILan DUN Rantau dalam Parlimen Rembau. sekitar 2.00 pagi 5 hari sebelum pembuangan undi, rumah beliau di Rantau telah di kelilingkan dengan bendera BN/Umno tetapi dengan keberanian wanita lebih 50 tahun ini sendiri keluar dan menanggalkan bendera Bn/ Umno yang menceroboh tanah beliau dan memasukkan dalam plastik hitam. Mungkin tidak puas hati dengan keberanian Aisah Lamsah, sekumpulan besar petugas Bn telah mengepung rumah beliau dan meletakkan lebih banyak bendera, poster, flag line Bn di sekitar tanah rumah Puan Aisah. Laporan polis dibuat tetapi sehingga kini tiada tindakan.

Kejadian pendokong Parti Mahasiswa Negara yang hadir untuk bertemu orang kampung juga perlu diberikan perhatian. Anak - anak muda ini turun ke Rembau untuk merancakkan lagi kempen PRU 12. Namun ketika kira kira 10 orang dari mereka ingin memasuki kampung Gadong, meeka dihalang gangster Umno secara kasar. Polis yang dipanggil cuma mampu menasihatkan agar kami akur dengan gangster Umno itu. Malah kebetulkan ketika itu telah masuk waktu solat, kumpulan kami yang hendak solat di Surau Kampung itu juga dihalang bersolat.

Hari yang sama di kawasan Rumah Rakyat Astana Raja, saya diserbu oleh Ketua Wanita Umno kawasan itu yang menjerit - jerit seperti orang gila mengakatan saya tak boleh masuk kerana ini kawasan Umno. Ramai penduduk keluar untuk melihat apa yang berlaku...ramai antara mereka yang datang dan menyatakan sokongan kepada saya sambil berkata...biasalah itulah akibat menantu Pm datang bertanding sini...akak tu dah terbayang nak jadi setiausaha menteri kut...

Hari yang sama sekumpulan petugas kempen keADILan di Kampung Semin dihalang perjalanan kenderaannya oleh kereta waja WMJ 8327 warna kelabu, dan diugut supaya berhenti kempen atau nyawa melayang.

Sekumpulan anak muda yang menamakan diri mereka GERAK Mahasiswa yang hadir ke Rembau kerana menyampaikan manisfesto GERAK yang berbunyi tolak calon rasuah. Manifesto ini dihantar ke semua bilik gerakan parti politik termasuk keADILan, BN dan PAS. Malangnya petugas GERAK Mahasiswa ini telah diambil kad pengenalanya dan mereka di iring keluar dari kawasan parlimen Rembau oleh petugas BN.

Dari aspek senarai pemilih sendiri sejak dari awal sememangnya disedari kotor. Ini membuktikan SPR sudah sedia memenangkan menantu Pm. Saya sendiri telah membuat laporan polis mengenai wujudnya ratusan pengundi ragu iaitu mereka yang dibawah umur dan berumur lebih 150 tahun. Saya juga membuat laporan polis kerana 'layanan istemewa' SPR yang dengan pantas menukar status menantu Pm dari pengundi di Lembah Pantai menjadi pengundi di Gadong Rembau. Walaupun sebelum itu hanya 2-3 bulan sebelum itu dia pengundi berdaftar di Wilayah Persekutuan berdasarkan carian SPR. Bukan itu sahaja Jabatan Pendaftaran juga begitu pantas membuatkan MyKadnya yang beralamat di Gadong.

laporan penuh hari pengundian akan disiapkan pada 13 Mac ini dan akan dihantar ke kumpulan peguam untuk meneruskan tindakan bantahan. Antara kejadian yang dilaporkan ialah pemberian wang secara terbuka, dua nama sama tetapi kad pengalan berbeza (berbeza 3bulan lahir) dalam alamat rumah yang sama didapati mengundi, pengundi dibenar mengundi tanpa membawa kad pengenalan, kejadian pukul, kejadian datang mengundi tetapi nama sudah diundikan dan banyak lagi kejadian pelanggaran undang undang berlaku.

Semalam 9.30 malam saya hadir mesyuarat bersama jentera di Pejabat Gerakan PRU keADILan Rembau. Tak sangka ramai yang hadir, semua tidak mengakui kemenangan 'tipu daya' BN, mereka mendesak tindakan lanjut diambil. Semalam juga ramai yang berikrar untuk tetap meneruskan gerak kerja bukan seperti kebiasaan selepas pilihanraya terus senyap. Mereka meminta saya terus membuka Bilik Gerakan PRU untuk dijadikan pusat khidmat. Saya hanya mampu menyatakan InsyaAllah kerana sedang usaha berkira dan mencari perbelanjaan operasi sekurang kurangnya sehingga PRU 13.

Namun saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua. Memang rakyat belum menang kerana kemenangan kita dinafikan dengan tipu daya tetapi saya janji akan terus berjuang. Semua dijemput datang ke Kenduri Perdana Rakyat 15 Mac 2008, 8 malam di depan Pusat Gerakan PRU 12 keADILan Rembau (belakang Pej. Daerah Rembau).

Thursday, March 06, 2008

ANWAR DI REMBAU 6/3/2008



Upacara bermula jam 4.30 petang. Bermula dengan ucapan dari calun DUN dan CheguBard. Membawa bersama buku rujukan kisah salah guna kuasa Dollah Badawi dan Khairy. Berkisar tentang penyelewengan skandal pertukaran minyak dan makanan Iraq, kisah Kamaluddin yang bersekongkol dengan pengeluaran peralatan senjata dan beberapa kisah menarik. Beliau turut mempertikaikan asal usul KHAIRY yang mengaku sebagai anak jati REMBAU sedangkan lahirnya di luarnegara dan membesar di SIngapura sementara melanjutkan pelajaran ke London. Menggunakan bahasa NEGERI SEMBILAN dan jelas beliau adalah anak tempatan yang terus menjunjung budaya sendiri.

Beberapa minit kemudian, Anwar pun tiba dengan diringi konvoi motosikal dan jeritan “REFORMASI” pun bergema. Kelihatan beliau amat keletihan tetapi bersemangat untuk menemui rakyat di REMBAU. Ucapan beliau disambut dengan gelak ketawa. Beberapa cerita dan kisah tentang penahanan, salah guna kuasa dan cita cita Barisan Alternatif apabila memenangi pilihanraya nanti. Sedikit tentang penyelewengan perlantikan penghakiman dan rakyat memberikan sambutan yang amat hebat apabila Anwar berjanji untuk mengurangkan harga minyak, pendidikan percuma dan disudahi dengan memperkenalkan wakil DUN DUN di Rembau.

Kedatangan dianggarkan seramai 6,000 orang dan Chegubard menjelaskan bahawa pada awalnya mereka memohon untuk mengadakan di padang yang lebih besar tetapi beliau telah TIDAK DILAYAN oleh Pegawai Daerah Rembau, malah menyedihkan panggilan talipon beliau diputuskan oleh Pegawai tersebut. Namun tidak mematahkan semangat dan kedatangan hari ini sekurang kurangnya memberikan beliau suntikan untuk meneruskan cita cita beliau.

Sebelum ceramah dimulakan, sempat juga wak bertemu dengan CheguBard sendiri dan beliau menyatakan kekecewaannya apabila signboard dan bendera dibuang oleh samseng samseng BERUK REMBAU tajaan Khairy. Berbelas ribu sudah dibelanjakan tetapi banyak poster dan bendera yang musnah dan dibuang oleh samseng UMNO. Jentera PKR memasangnya pada waktu malam dan keesokan harinya semua sudah hilang. Malah ada yang dibakar.

Setibanya di lokasi ceramah, Anwar di usung dan terus memberikan ucapan

Pada hadirian memberikan perhatian

Chegubard memberikan posing istimewa

Sedang memberikan taklimat kepada penyokong DAP yang datang memberikan sokongan

Anwar membongkar kisah Dollah, Kerajaan dan Beruk Rembau

Penonton semakin ghairah mendengar ucapan

T SHirt menarik …… “UNDI CIKGU, JANGAN UNDI MENANTU

Penonton yang semakin teruja sambil ketawa mendengar penerangan