Tuesday, March 14, 2006

sibuk ....sibuk...'betulke aku sibuk?'

Salam buat semua pembaca blog aku yang mulai hensem ini.....nampaknya tiba tiba jumlah kemasukan pembaca meningkat aku percaya maybe sebab aku di linkkan oleh beberapa teman bloger khususnya faisal....tq

Erm............ seminggu dua nie aku rasa betul - betul sibuk.....apa yang aku sibukkan akupun tak tahu...... mak aku punyalah marah sebab dalam tiga minggu ini hanya 3 malam aku tidur rumah di Seremban selebihnya aku di Johor, Penang, Perak, Kl heeeeee...seluruh negara....tapi pagi nie aku sedar bahawa sebenarnya aku sibuk sebab aku sendiri.....

dah tu habis semua keje aku nak buat ..... heee.....tamak betul aku.....aku sibuk sebab kerja dan perancangan yang lemah dalam susun jadual dan keutamaan kerja....maybe mula hari ini aku kena buat susunan keutamaan kerja....

Pejabat GERAK pun tak selesai setting lagi.....mesin photostat n fax dah bawa masuk cuma meja dari pejabat tengku belum bawa lagi.....line fon dah settle dah 'terima kasih pada tengku tolong banyak kerja yang sepatutnya aku selesaikan'....kalau tengku tak ada lagi le aku kelam kabut..... Hope this week Era boleh tolong selesaikan database 800 lebih aktivis berdaftar GERAK yang dah dua bulan aku gagal nak siapkan itu ...heeeeee....

Lagi satu yang menambah sibuk semalam lak ambil card dengan letter head dari kilang.....mereka silap print logi GERAK salah n colour salah ! Pagi ini kena hantar balik .....

Angkatan Muda Negeri pun terabur lagi.....perjumpaan AJK negeri dengan AJK bahagian baru minggu nie di susun ...... aku dah bagi tahu Hj supaya teruskan sahaja jangan tunggu aku baru nak gerak...... Hope Amir (Setiausaha Angkatan Muda Negeri) boleh perbaiki performance.....

Latihan Bahagian Rasah yang sepatutnya dijadualkan 19 ini terpaksa ditangguhkan kerana persiapan yang bukan tak rapi tapi aku tak buat pun heeee.......nanti aku bincang balik dengan Chai.

Demo lah ceramah lah trainning lah kena teruskan juga walaupun aku sibuk.....

nak update blog pun rasa macam tak sempat pun........(kepada pelayar baru tu bacale arkib dengan tekan ikut bulan banyak gak bahan - bahan lain sementara aku ada masa nak tulis bahan baru)..............tapi dalam tak sempat tupun aku bangga dengan diri aku kerana aku dapat sudahkan baca dua buah buku satu buku biografi Che Guevara - David Sandhison (Ezam punya buku) dan Korupsi - Pramoedya AnantaToer (Yusmadi punya buku).

tapi tak apa lah apa - apa pun mulai minggu ini aku akan susun keutamaan kerja agar banyak kerja boleh selesai dan aku rasa tak le sibuk sangat.....

Friday, March 10, 2006

GAMBAR KEM KEPIMPINAN ANGKATAN MUDA JOHOR

Antara gambar yang sempat dirakamkan ketika che'GuBard mengendalikan Kem Kepimpinan Angkatan Muda Johor, 25-26 Febuari 2006 di Sedili, Johor.
pic 1 : menerangkan kepada Nurin mengenai
perjalanan kem
Sepanjang mengendalikan kem dua hari ini che'Gubard banyak dibantu oleh Yusof (Ketua Angkatan Muda Melaka), Paklang (selaku Kem Komandan) dan sudah tentu Era. Shamsul Iskandar juga datang untuk sesi malam.
Pic 2 : Yusof dan Era sedang meengemaskini modul dan bahan latihan sebelum pendaftaran. (banyaknya laptop Angkatan Muda Johor guna)
Kem ini diadakan secara ala kadar dari segi persiapan logistiknya. Biasalah kewangan yang terlalu menghimpit seingat che'GuBard seorang peserta membayar RM 25 untuk menyertai kem ini.
Pic 3 : sesi pengenalan bawah khemah 'perang' jerk. (masa awal tak berapa ramai lagi sebab pagi sabtu ramai kerja.

Pic 4 : Kol. (B) Mislan (kiri) sempat berkongsi pengalaman ketika menjadi tentera dan terlibat dalam operasi di luar negara. Beliau juga berkongsi pandangan mengenai politik dalam negara. Paklang (baju merah) kem Komandan yang memastikan disiplin kem dipatuhi sepanjang kem.
Pic 5 (kiri) : che'Gubard mengajar yang lain kena dengar heeee....
Pic 6 (kanan) : tapi che'GuBard tahu ada yang pura - pura dengar yang itu namanya Najib maybe malam sibuk bantu persiapan kem kut.



pic 7 : sesi makan kelihatan Dr. Zaliha (Pengerusi Perhubungan Johor) yang memang best dan sporting ! che'GuBard kenal Dr. Z nie kali pertama pun di tempat yang sama pada tahun 2002, masih ingat dia minim air perigi masin.
Pic 8 : heee.....inilah satu kelemahan che'GuBard ...bab makan tak leh control mesti kena makan banyak.......
pic 9 : yang makan kat tengah macam pengerusi mesyuarat tu namanya Din (Ketua Angkatan Muda JB) ramai yang mengeluh tak boleh handle Din) tapi sebenarnya Din best sempoi dan sporting cuma gila - gila remaja dia tu buat orang takleh tahan kut......

Pic 10 : Dua org yang pakai baju merah nie peserta yang datang dari Melaka (ikut Yusof). Ajk Angkatan Muda Bahagian Masjid Tanah. Hidayah (kiri) nie ler jadi bunga penyeri sepanjang kem.

Pic 11 : antara cubaan mengurat Hidayah yang berjaya che'GuBard rakamkan sendiri ...kantoi..

Pic 12 : sesi LDK kumpulan Rosli sibuk berbincang bawah pokok


Pic 13 : Ketua Kumpulan nie abg. Khalid, dia nie unik sikit suka pakai seluar kotak, tapi dia baik hati. che'GuBard balik pun dia hantar sampai stesen Bas dan tunggu sampai bas jalan malam tu.

Pic 14 : sepanjang kem kami dipantau oleh Polis Cawangan Khas. Apalah diorang nie nak mengabiskan duit negara bayar elaun kerja luar dan suruh pegawai SB buat kerja takda faedah. Sebelah itu pic antara yang memantau kami (Pajero SB)

Pic 15 : hanya ini sahaja pic yang boleh dikongsi di sini...pic semasa sesi latihan tak boleh le sebab ini latihan dalaman parti heeee......tahniah kepada semua yang berjaya menamatkan kursus ada 25 orang peserta yang daftar masuk tapi ini sahaja yang berjaya menamatkan kursus ini.

Tuesday, March 07, 2006

Lagu tiga kupang (minyak naik lagi)


Lagi Tiga Kupang (minyak naik lagi)

Lagi tiga kupang
Minyak naik lagi
Rakyat kena bohong
Konon subsidi tinggi

Bila harga minyak
Borong naik saja
Tentu rakyat hairan
Pak Lah buat apa?

Pak Lah sungguh lemah
Ekonomi tak tau jaga
Lebih baik undur
Rakyat pasti gembira.. yeah!!

Berita tiap malam
Mahu tutup pekung
Kroni BN beri ilham
Tipu orang kampung kampung..
kampung kampung kampung..
kampung kampung kampung

(ulang le mana - mana yang patut)

Ciptaan / Gubahan: Sabri Zainal Abidin - harakahdaily

Monday, March 06, 2006

Rakyat ubah cara hidup.....

salam.......................

Minyak naik lagi.....Dollah (Ketua Kampung Malaysia) kata " Rakyat perlu ubah cara hidup " Rakyat kata " Kita perlu ubah kerajaan ".......

Ketua Kampung nie suruh kita ubah cara hidup dan guna kenderaan awam.....nie aku nak habaq mai....... dua minggu berturut turut aku ada program luar KL minggu lepas di Penang dan hujung minggu sebelum itu di Sedili, Johor.....aku guna kenderaan awam ikut nasihat ketua kampung nie..............

Ya Allah Seksa nya..............ikulah esok surat terbuka aku kepada Ketua Kampung yang kita kasihi ini menceritakan betapa seksanya pengguna kenderaan awam di negara yang dicintai ini...........

Esok (8 Mac 2006) surat terbuka buat ketua kampung ku................

Jemputan bercanda di tepi tasik

AKTIVITI: BERCANDA DI TEPIAN TASIK
TARIKH: 11.3.06 [Sabtu]
MASA: 10 pagi - lewat malam
TEMPAT: Artport, Galeri Shah alam, Tasik Shah Alam.
TIKET: Donasi [sumbangan ikhlas dari anda ini akan digunakan untuk membayar kos instrument dan juga kos-kos berbayar yang lain. Jadi, donate-lah sebanyak mungkin.J.terima kasih.]
[ATURCARA]> Pameran dan jualan zines/buku-buku underground.>
Penerangan ringkas tentang acara yang dianjurkan.> Diskusi tentang zine/alternatif literatur. Panelis: ________, ______ & _______.> Persembahan musik band-band independent tempatan dan juga band jemputan khas dari Jepun.*juga akan terdapat persembahan pemusik bebas [busking] dari rakan-rakan sekitar KL sepanjang aktiviti berlangsung

lanjut layari http://www.bilik.blogspot.com/

'Undur Dolah’ bergema di Permatang Pauh


Oleh Zulkifli Mohamed

PERMATANG PAUH: “Undur, undur....undur Dolah ! Hancur, hancur....hancur kapitalis! Hidup, hidup....hidup rakyat! Minyak naik....rakyat susah! Minyak naik....polis pun susah,” antara laungan anak-anak muda ketika menyertai demontrasi aman membantah kenaikan harga minyak berhampiran Plaza Tol Kubang Semang, di sini petang semalam.Tidak cukup dengan itu, pelbagai sepanduk bertulisan Melayu, Cina dan Inggeris menghiasi demontrasi tersebut.Antaranya tertera, “Satu lagi projek BN…petrol naik, elektrik naik, inflasi naik. Kenaikan harga minyak amat membebankan rakyat. Pemimpin kaya rakyat derita. Petronas untung sampai gila - rakyat terus merana. Mana pi untung duit Petronas? Minyak naik lagi..cemerlang-gemilang-temberang, BN = Barang Naik, Don’t suck our blood with oil. Oil hike keep cronies fat. Pak Lah -you allow lawless bus operators to renew licence-how to expect public transports improvement?”Demo lebih sejam bermula 5.30 petang itu ekoran keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan disel iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara.Pada sebelah pagi bantahan yang sama menuntut Abdullah meletakkan jawatannya diadakan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sebelah pulau.Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Badrul Hisham Saharin yang berucap pada perhimpunan di Permatang Pauh, berkata Abdullah sewajarnya meletakkan jawatan kerana kegagalannya mengurus tadbir dengan baik, terbaru membebankan rakyat dengan menaikkan harga minyak dan gas.Kerajaan katanya menaikkan harga bahan bakar itu ketika harga minyak dunia turun.“Padahal ketika ini harga minyak dunia lebih rendah sekitar USD61 setong, berbanding USD75 setong tahun lalu,” jelasnya.Justeru katanya harga barangan pasti melonjak naik, termasuk kadar elektrik.“Jangan salahkan peniaga yang terpaksa menaikkan harga barangan kerana kelemahan kerajaan mentadbir negara,” tegasnya.Sehubungan itu, beliau berharap rakyat menilai semula mandat besar yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.Timbalan Pengerusi II Keadilan Pulau Pinang, Cheah Kah Peng pula mendakwa kerajaan tidak mengambilkira kesulitan rakyat khususnya peniaga kecil.“Kerugian yang dialami MAS, Proton dan seumpamanya cuba ditampung dengan menaikkan harga minyak, sekaligus rakyat menjadi mangsa,” katanya pada perhimpunan itu.
--------------------------------------------------------
PULAU PINANG, 6 Mac (Hrkh) - Dua demontrasi aman semalam yang dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik pembangkang mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan atau tarik balik pengumuman kenaikan harga minyak petrol, disel dan gas sebanyak 30 sen mulai 28 Februari lalu.
Perhimpunan aman sebelah pagi diadakan di hadapan Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) manakala pada sebelah petang pula di Plaza Tol Kubang Semang, Permatang Pauh.
Kedua-dua perhimpunan tersebut mendapat reaksi yang membanggakan apabila ramai pengguna jalan raya membunyikan hon tanda sokongan terhadap gesaan dan tujuan tersebut.
Bukan itu sahaja malahan mendapat bantuan penuh daripada Pasukan Polis, Special Branch (SB) dan Polis Trafik yang bertindak mengawal lalu lintas.
Antara NGO yang kelihatan ialah Save Ourselves (SOS) dan Suaram manakala pimpinan politik pula ialah DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.
Selain dari memberikan ucapan pendek pimpinan dan jentera parti menyampaikan risalah tentang statistik kenaikan minyak dan gas bermula beberapa tahun lalu.
Penyelaras Fight Fuel Hike Front, Ong Boon Keong menyifatkan kenaikan itu tidak pun menyelesaikan masalah pengangkutan khasnya di Pulau Pinang sebaliknya menambahkan lagi kesengsaraan rakyat.
Sementara itu di Plaza Tol Kubang Semang, Timbalan Ketua Penerangan PKR, Badrul Hisyam Shaharin menegaskan, Dato' Seri Abdullah tidak wibawa untuk memimpin negara kerana beliau dibayangi oleh orang lain.
Sepatutnya, beliau menggunakan kuasa yang dimiliki untuk memperbaiki kelemahan pengtadbiran bekas Perdana Menteri lepas bukan laksanakan kerakusan.
"Ramai orang tidak menyangka beliau merupakan pemimpin yang paling kuat menekan rakyat dengan kenaikan barangan keperluan seharian, minyak, toldan sebagainya, " ujar beliau kepada pemberita. Katanya lagi, untuk mentadbir negara bukan semudah menganjurkan 'My Team' yang sedang diperkasakan oleh menantunya, Khairy Jamaludin.
Mereka sanggup memunggah wang Telekom Malaysia (TM) semata-mata untuk memperkemaskan pengaruh mertuanya di samping menguatkan kedudukannya politiknya lebih lagi untuk berhadapan dengan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo yang menjadi seteru ketat Khairi ketika ini.

Friday, March 03, 2006

Kompilasi Khas : Seriuskah Abdullah perangi rasuah ?

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Ketika ditanya mengenai rasuah baru-baru ini, Bangkok Post melaporkan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah berkata, ia perlu dibanteras.
Bagaimanapun, seolah-olah menyatakan kegagalannya, beliau menyatakan bahawa ia bukan satu tugas yang mudah kerana bukti dan fakta perlu dikemukakan sebelum seseorang itu boleh didakwa. (more…)

anak muda

Laskar Cinta
-
wahai jiwa-jiwa yang tenang..jangan sekalikali kamu..
mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan mengahakimi....
bahawasanya kamu memang tak punya daya dan upaya,serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati..
bukankah kita memang tercipta laki laki & wanita dan menjadi suku suku bangsa dan bangsa.. yang pasti berbedabukankah kita harus saling mengenal dan menghormati.....
bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata

satu bangsa ...satu arah....

aik ? Boleh pulak UMNO kerjasama dengan Komunis !

http://www.umno-online.com/

sila rujuk laman Umno - Online pada 2 Mac 2005 menyiarkan berita utama mengenai kerjasama komunis party china dengan UMNO.......

1. ingat menjelang ulangtahun merdeka yang lepas bagaikan gempa Malaysia kerana isu komunis apabila timbul isu komunis juga ada peranan dalam kemerdekaan negara. Maka juak2 UMNO nie pun termasuk para menteri khususnya Zam dan Khairy macam hilang pertimbangan mengamuk tidak tentu pasal dalam hal ini. RTM dan media milik UMNO diperkudakan secukupnya memburukkan imej komunis tetapi yang hairanya kenapa secara tiba - tiba umno bangga dapat kerjasama dengan parti komunis china ? ini buktikan umno sekarang ini hanya berpolitik berdasarkan sokongan semata - mata kerana logik dan edologi atau idealisma yang kukuh.

2. jika umno ada ideologi yang kukuh seperti yang digembar gemburkan sebelum ini seperti khairy (menantu abdullah yang anti komunis) ayat ini keluar dari mulut dia sendiri.......... sepatutnya kerjasama harus antara negara china dan kerajaan malaysia bukan antara dua parti.

3. bagi GERAK terlanjur dah jalin hubungan parti berasaskan perkauman ini seharusnya belajar bagaimana ketelusan yang diamalkan dalam china komunis party ini. rujuk http://gerakmalaysia.org/web/?p=52 bagaimana parti komunis itu mempunyai rekod mendakwa 115,000 pemimpin perbagai peringkat kerana perbagai salah laku korupsi. disember lepas menteri tanah dan sumber china di hukum kerana rasuah.

4. begitulah seriusnya china di bawah pemerintahan komunis menjalankan kempen anti rasuah bukan seperti malaysia yang menunya hanyalah tangkapan ikan bilis ...rakyat bosan dengan cerita koperal ditangkap kerana rasuah rm30 .....rakyat nantikan 18 kes profail tinggi yang dikatakan rais yatim ..................

kenyataan atas nama

Badrul Hisham Shaharin
Ketua Ko ordinator
Gerakan Demokrasi dan Anti korupsi

DEBAT KARTUN HINA NABI

Debat Umum: Kartun Hina Nabi

Penyiaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W tahun lalu oleh surat khabar Denmark, Jyllands-Posten bukan sahaja menimbulkan kemarahan kelompok Muslim, namun memberi kesan sosial, politik dan kebudayaan termasuk persoalan dialog Timur-Barat.

Selain bantahan dalam pelbagai bentuk, media juga dikecam dan sensitiviti umat Islam terhadap kartun yang disiarkan media menjadi begitu tinggi. Di negara kita, beberapa surat khabar ditutup, sama ada yang menyiarkan imbasan kembali karikatur berkenaan mahupun material lain yang dianggap ‘menghina Nabi’.

Open Dialogue Centre (ODC) dengan rasa bertanggungjawab cuba menghubungkan beberapa pihak yang mewakili beberapa pandangan, termasuk di kalangan pemimpin politik dan NGO.

Satu debat umum akan berlangsung dengan butiran berikut:

Pendebat: 1. Mohamad Hanipa Maidin
Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS

2. Hasmi Hashim
Karyawan, Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT)

Moderator: Fathi Aris Omar
Ketua Wartawan, The Star

Tarikh: 7 Mac 2006 (Selasa)

Tempat: Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya.

Tentatif: 8:00 malam - 8:30 malam -Kehadiran dan Pendaftaran.
8:45 malam - 11:00 malam -Debat.
11:00 malam -Bersurai.

Selain nama pendebat daripada Pas dan KsJT, kami masih berusaha untuk mendapatkan seorang lagi pendebat daripada mana-mana parti politik atau NGO lain kerana sudah beberapa kali usaha berkenaan menjadi begitu sulit sekali.

Perkembangan terbaru menunjukkan isu ini mulai reda, tetapi kita harus sedar bahawa ianya telah juga memberi kesan kepada perkembangan media massa umumnya di Malaysia. Oleh itu, ODC berharap dengan debat ini bakal menjernih dan memulihkan kembali semangat kebebasan media yang diikuti oleh rasa tanggungjawab.

Sekian dimaklumkan.