Saturday, October 30, 2004

PKR parti masa depan Malaysia

Malaysia Today

Pada 13 - 16 Oktober yang lalu dua wakil parti keadilan Sdr. Tian Chua (Naib Presiden) dan Badrul Hisham Shaharin (Timb. Ketua Penerangan Angkatan Muda) telah dijemput untuk menghadiri satu seminar yang bertajuk "The Relevance of social democratic parties and progressive Movement in east and Southeast Asia".

Seminar anjuran Friedrich Ebert Stiftung (FES) ini telah diadakan di Discovery Center, Ortagas Center, Pasig City, Metro Manila, Filipina.

Seminar ini telah menghimpunkan tokoh aktivis, ahli akedemik dan pemimpin politik dari serata pelusuk dunia khususnya dari Asia Pasifik.

Dalam seminar tersebut Tian Chua telah dijemput untuk membentangkan kertas seminar beliau bertajuk "Progressive Movement : Into the realm Electoral Politics?"

Parti Keadilan Rakyat mendapat perhatian khusus. Ramai peserta berpendapat jika PKR benar-benar dapat merealisasikan matlamat penubuhannya, maka parti inilah merupakan parti masa depan Malaysia.

Badrulhisham berkata,
"dalam sesi soal-jawab, dua wakil Parti Keadilan Rakyat itu terpaksa menjawab berbagai soalan yang diajukan mengenai keadilan dan keadaan Malaysia selepas ketiadaan Mahathir".
Badrul memberitahu Seruan Keadilan sekembalinya, bahawa seorang ahli parlimen Jerman, Prof. Dr. Herta Daubler-Gmelin. MdB yang turut menyatakan kepercayaan beliau bahawa Parti Keadilan Rakyat perlu diberi perhatian kerana parti itu mampu memberi gambaran sebagai parti masa hadapan malaysia.

Seminar tersebut turut dihadiri oleh Prof Dr. Thomas Mayer Pengarah, Akademi politik FES, Mr. Nyo Ohn Myint (Pengerusi hubungan antarabangsa NLD-Burma), Dr. Ronaldo Llamas (President, Parti Akbayan, Filipina), Mr. Apichart Thongyou (Jurucakap, Mahachon Party), Mr Prof Mike Smith (Setiausaha Agong New Zealand Labour Party - parti memerintah).

Di antara negara yang telah menghantar wakil terdiri dari negara Thailand, Kemboja, Burma, Malaysia, Indonesia, Australia, New Zealand, Filipina, Jerman, Mongolia, Japun, Korea, dan wakil berbagai pertubuhan antarabangsa.

Di akhir seminar itu, satu kesepakatan telah dipersetujui betapa pentingnya keperluan membina kesefahaman dalam memperjuangkan hak asasi manusia di rantau ini dengan mengadakan persefahaman sesama negara serantau.

Ahli perwakilan juga telah bersetuju bahawa rantau ini tidak boleh menghalang gelombang globalisasi yang membawa impak pasaran terbuka tetapi perikatan serantau juga perlu memberi perhatian untuk mewujudkan pasaran yang adil. (not only free trade but fair trade too).

Monday, October 25, 2004

MIC samseng: 3 anggota polis berpihak

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA MALAYSIA PARTI KEADILAN RAKYAT

Pada 25 Oktober 2004 lebih kurang pada pukul 12.30 tengah hari semasa saya menghadiri sidang Media Mendesak Samy Vellu meletakkan jawatan di depan Selangor Assembly Hall, Jalan Datuk Maharajalela, K. Lumpur, hadir sekumpulan 10-15 orang yang mengaku anggota MIC. Mereka telah mencuba membuat kacau dan secara kasar meminta kami beredar dari kawasan tersebut. Walau bagaimanapun kami tetap tidak beredar. Kira-kira dalam sepuluh minit kemudian datang tiga orang anggota polis, salah seorang daripadanya berpakaian preman minta kami bersurai dan menanggalkan dua sepanduk yang digunakan dalam sidang media itu.†Sejurus itu secara tiba-tiba kumpulan MIC yang berada di situ terus meluru kepada kami dan secara kasar menolak saya dan kawan-kawan yang lain. Mereka bertindak ganas dengan diperhatikan oleh polis lalu mengoyak sepanduk kami. Apabila kami mencuba bertegas polis yang berpakaian preman tersebut mengarahkan kami diam dan mengugut akan membuat tangkapan jika kami tidak diam.Kemudian semua sepanduk tersebut diserahkan oleh anggota MIC itu kepada polis di situ.Kami menyesali tindakkan tiga orang anggota polis yang hadir itu kerana berat sebelah dan melindungi tindakan ganas dan samseng kumpulan MIC tersebut. Kumpulan MIC itu diketuai oleh Senator Datuk Saravanan, juga ahli jawatankuasa pusat MIC.